Anda di halaman 1dari 1

Refleksi Aktiviti Perkara : Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP

)

Pada minggu yang pertama, saya dan rakan saya, Tan Yee Ching dijemput untuk menghadir satu Latihan Dalam Perkhidmatan yang akan dihadiri oleh guru dari lima buah sekolah pada hari Sabtu. LDP ini dibahagi kepada dua sesi iaitu sesi pertama yang disampaikan oleh pegawai dari Jabatan Nazir Sekolah dan sesi kedua disampaikan oleh Guru Besar Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Wan Hwa 2, En. Chan. Pada sesi pertama, saya dapat pengetahuan yang baru tentang masalah yang akan dihadapi oleh guru-guru sebenar, cara pengajaran yang berpusatkan pelajar, penggunaan alat bantu pengajaran yang pelbagai dalam pembelajaran dan pengajaran, cara membuat refleksi tentang pembelajaran dan pengajaran dengan baik, cirri-ciri seorang guru yang cemerlang, syarat-syarat untuk menjadikan sekolah sebagai sekolah kluster dan sebagainya. Walaupun kebanyakan isi yang disampaikan adalah sedikit terlalu awal kerana kami masih merupakan pelatih sahaja, malah saya berasa isi yang disampaikan adalah sangat penting pada masa yang akan datang. Bagi sesi yang kedua yang disampaikan oleh En. Chan lebih kepada satu “motivational talk”. Sepanjang sesi ini, En. Chan menyampaikan tentang perwatakan yang seharusnya ada pada seorang cikgu yang professional, cara untuk menangani tekanan, kepentingan memegang pada prinsip sendiri, kepentingan mengikut peraturan-peraturan dan sebagainya. Saya berasa amat gembira kerana dapat peluang ini untuk menghadiri LDP ini kerana saya dapat pengetahuan baru yang banyak dalam LDP ini di mana pengetahuan ini tidak dapat dipelajari di institute dan amat berguna semasa saya berkhidmat sebagai seorang cikgu.