Anda di halaman 1dari 60

TM t NEGARA PUSAT PERMATAp n ari

A+

DISEDIAKAN OLEH : MIOR MUHAMMAD SAIFUL NIZAN BIN MUHD SAALI

PUSAT PERMATApintarTM NEGARA

TEKNIK MENJAWAB SOALAN KERTAS 1 PENGENALAN

Penulisan karangan adalah Satu proses yang melibatkan penyusunan dan pembentangan idea-idea oleh penulis tentang sesuatu isu untuk dipersembahkan kepada pembaca/ pemeriksa. Setiap idea yang disampaikan itu hendaklah jelas maksudnya iaitu berkemampuan menyalurkan idea kepada pembaca/ pemeriksa, menerusi penggunaan bahasa yang tepat dan berkeupayaan menggunakan teknik penulisan yang sesuai . (Samsu Yaacob, Bahasa Melayu Kertas Satu, Masa Enterprise, Kajang 1995) BAHAGIAN A : KARANGAN BERPANDUKAN BAHAN RANGSANGAN PRAWACANA Item Peruntukan masa Bilangan perkataan Bilangan muka surat Bilangan Perenggan Bilangan isi Jumlah markah KRITERIA PENSKORAN KARANGAN BAHAGIAN A PERINGKAT MARKAH 26 30 (28 30) Cemerlang (26 27) KRITERIA Karangan menepati tema bahan rangsangan. Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat. Penggunaan tanda baca betul dan tepat. Ejaan mengikut Sistem Ejaan Rumi Baru. Penggunaan kosa kata luas dan tepat serta sesuai. Wacananya lengkap. Unsur bahasa yang digunakan bervariasi dan menggunakan ungkapan yang menarik dan tepat serta sesuai. Idea relevan dengan tema bahan rangsangan dan dihuraikan dengan jelas dan matang. Karangan menepati tema bahan rangsangan. Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat. Penggunaan tanda baca betul dan tepat. Ejaan mengikut Sistem Ejaan Rumi Baru. Penggunaan kosa kata luas. Wacananya lengkap. Unsur bahasa yang digunakan bervariasi. Idea relevan dengan tema bahan rangsangan dan dihuraikan dengan jelas. Karangan masih menepati tema bahan rangsangan. 2 Karangan Bahagian A 45 minit 200 hingga 250 pp 2 halaman 5 perenggan 3 isi 30 markah

20 25 Kepujian (23 - 25) (20 22)

15 19

PUSAT PERMATApintarTM NEGARA

(17 - 19) Memuaskan (15 16)

Bahasa masih gramatis dari segi kata dan ayat. Penggunaan tanda baca masih betul dan tepat. Ejaan masih mengikut Sistem Ejaan Rumi Baru. Penggunaan kosa kata umum. Wacananya masih lengkap. Unsur bahasa masih bervariasi. Idea masih relevan dengan tema bahan rangsangan. Huraian idea masih jelas. Karangan kurang menepati tema bahan rangsangan. Bahasa kurang gramatis dari segi kata dan ayat. Kesalahan-kesalahan tatabahasa ketara. Ejaan masih mengikut Sistem Ejaan Rumi Baru tetapi terdapat kesalahan ejaan yang ketara. Penggunaan kosa kata terhad (Ayat yang pendek) Wacananya kurang lengkap. Unsur bahasa kurang bervariasi. Idea kurang relevan dengan tema bahan rangsangan dan huraiannya kurang jelas. Calon tidak menunjukkan penguasaan kemahiran menulis. Banyak kesalahan bahasa dari segi kata dan ayat. Idea kurang menepati tema bahan rangsangan.

10 14 (12 - 14) Kurang Memuaskan (10 11)

Pencapaian minimum

01 09 (06 - 09) (01 05)

CIRI-CIRI PENULISAN BERKESAN TEMA BAHASA : Menepati tema & tugasan bahan rangsangan : Gramatis dari segi kata dan ayat Tanda baca betul dan tepat Ejaan mengikut Sistem Ejaan Rumi Baru Kosa kata luas dan tepat : Lengkap Unsur bahasa bervariasi Guna ungkapan yang menarik : Relevan dengan tema & tugasan bahan rangsangan Dihuraikan dengan jelas dan mata

WACANA

IDEA

SKOP KARANGAN SPM MENGIKUT DIMENSI & JENIS / BIDANG: Jenis Bahan Rangsangan; Gambar Foto Gambar rajah Ilustrasi kartun 3

PUSAT PERMATApintarTM NEGARA

Pelan Iklan Petikan Catatan KAEDAH PENULISAN KARANGAN SECARA TERANCANG Contoh Soalan

Lihat gambar di bawah dengan teliti kemudian huraikan pendapat anda tentang cara-cara untuk memartabatkan bahasa kebangsaan. Panjang huraian hendaklah antara 200 hingga 250 perkataan Isi 1 Isi 2 Isi 3 Tugasan Tema Kata kunci : : : : : : Kempen Cintai Bahasa Kita Aktiviti Kebahasaan Penerbitan Bahan Bacaan cara-cara untuk memartabatkan bahasa kebangsaan bahasa kebangsaan cara-cara (alternatif : langkah-langkah/usah-usaha/strategi/kaedah/mekanisme)

PERENGGAN PENDAHULUAN Akhir-akhir ini/Pada masa ini/Belakangan ini/Mutakhir/Mayapada/Marcapada Tema isu berkaitan dengan... ...(sebutkan tema) Ayat 1 : TEMA Sasaran Dalam kalanganpelajar/remaja/masyarakat/belia Prioriti saban waktu diwara-warakan dalam media arus perdana malah sering menjadi polemik yang hangat diperdebatkan di negara kita. Wacana Justeru, / Sehubungan dengan itu, / Menyedari hakikat ini, Saranan semua pihak mestilah komited dan beriltizam untuk Ayat 2 : JUSTIFIKASI mendepani isu ini kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan /hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih /yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang Persoalannya, apakah...( salin selepas perkataan tentang dalam soalan) dan berakhir dengan tanda Ayat 3 : TUGASAN soal (?) Belakangan ini, isu berkaitan dengan bahasa kebangsaan dalam kalangan masyarakat saban waktu diwara-warakan dalam media arus perdana malah sering menjadi polemik yang hangat diperdebatkan di negara kita. Justeru, semua pihak mestilah komited dan beriltizam untuk mendepani isu ini kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Persoalannya, apakah cara-cara untuk memartabatkan bahasa kebangsaan? Kait dengan semasa

PUSAT PERMATApintarTM NEGARA

PERENGGAN ISI PERTAMA Rumus

Ayat topik Ayat 1 Rumus Ayat 2 Ayat huraian

Rumus Ayat 3 Ayat contoh

Rumus Ayat penegas Ayat 3

Rumus Pada pendapat saya/Pada hemat saya/Pada pandangan saya, + Ayat Topik (KATA KUNCI tanpa gandaan) + yang paling utama/efektif/dominan + ialah +(ISI PERTAMA YANG TELAH DITRANSFORMASI MENJADI KKAT) Pada hemat saya, cara yang paling efektif ialah mengadakan Kempen Cintai Bahasa Kita. Hal ini dikatakan demikian kerana + Pasifkan Isi + pelaku + impak Hal ini dikatakan demikian kerana kempen yang diadakan oleh pihak kerajaan dan swasta dapat memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan mendaulatkan bahasa kebangsaan sebagai lambang jati diri rakyat Malaysia selaras dengan citra Bahasa Jiwa Bangsa. Contohnya, + isi yang dipasifkan + bukti yang relevan + kaitkan dengan tema Contohnya, kempen yang diadakan seperti Kempen Penggunaan Bahasa Baku, Kempen Pengucapan Bertatasusila, Kempen Memartabatkan Bahasa Kebangsaan Dalam Iklan dan sebagainya yang menjurus kepada penggunaan bahasa kebangsaan yang betul. Tegasnya, + isi pertama + tugasan Tegasnya, kempen Cintai Bahasa Kita merupakan strategi untuk memartabatkan bahasa kebangsaan di negara kita.

PERENGGAN ISI KEDUA Rumus Ayat topik Ayat 1 Rumus Selain itu, + Isi Kedua yang telah ditransformasikan + Tugasan Selain itu, menganjurkan aktiviti kebahasaan juga merupakan langkah untuk memartabatkan bahasa kebangsaan. Saya berpendapat demikian kerana + Pasifkan Isi + pelaku + impak Saya berpendapat demikian kerana aktiviti kebahasaan yang dianjurkan oleh pihak sekolah dapat menarik minat para pelajar untuk menggunakan bahasa kebangsaan yang betul secara lisan atau penulisan. Misalnya, + isi yang dipasifkan + bukti yang relevan 5

Rumus Ayat 2 Ayat huraian

Rumus

PUSAT PERMATApintarTM NEGARA

Ayat 3 Ayat contoh

Rumus Ayat penegas Ayat 3

+ kaitkan dengan tema Misalnya, aktiviti kebahasaan yang dianjurkan seperti Pertandingan Debat, Pesta Pantun, Pementasan Teater, Deklamasi Puisi dan sebagainya mampu memperkasakan aspek keterampilan berbahasa dalam kalangan pelajar. Memang tidak dapat dinafikan + tugasan + isi kedua Memang tidak dapat dinafikan, langkah memartabatkan bahasa kebangsaan menjadi lebih berkesan dengan menganjurkan aktiviti kebahasaan di sekolah-sekolah.

PERENGGAN ISI KETIGA Rumus Ayat 1 Rumus Ayat 2 Ayat huraian Tugasan + yang berikutnya ialah + Isi 3 Usaha untuk memartabatkan bahasa kebangsaan yang berikutnya ialah penerbitan bahan bacaan Hal ini bermaksud + Pasifkan Isi + pelaku + impak Hal ini bermaksud, bahan bacaan yang diterbitkan oleh pihak swasta mahupun kerajaan dapat mempelbagaikan sumber bacaan masyarakat dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai wahana untuk menyampaikan maklumat dan hiburan. Tamsilannya, + isi yang dipasifkan + bukti yang relevan + kaitkan dengan tema Tamsilannya, bahan bacaan yang diterbitkan seperti majalah, surat khabar, bahan pandang dengar dan sebagainya berupaya menarik minat masyarakat untuk menggunakan bahasa kebangsaan dalam urusan harian mereka. Saya optimis + isi 3 + tugasan Saya optimis, penerbitan bahan bacaan yang menggunakan bahasa kebangsaan di pasaran merupakan usaha murni untuk memartabatkan bahasa ini di negara kita.

Ayat topik

Rumus Ayat 3 Ayat contoh

Rumus Ayat penegas Ayat 3

PUSAT PERMATApintarTM NEGARA

PERENGGAN KESIMPULAN Rumus

Saranan + Harapan

Ayat 1

Rumus Ayat 2 Seruan

Kesimpulannya, + sasaran dalam tugasan + mestilah berusaha untuk meningkatkan/menangani + Tema + Harapan Kesimpulannya, semua pihak mestilah berusaha untuk memartabatkan bahasa kebangsaan supaya bahasa ini dapat diperkasakan di negara kita. Seruan (hafal dan ubah suai) Penggemblengan tenaga dan usaha untuk menjayakannya amatlah diharapkan kerana orang bijak pandai pernah berpesan kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Dalam pada itu, usaha yang sistematik dan proaktif mestilah digerakkan mulai dari sekarang kerana perjalanan yang beribu batu, mestilah bermula dengan langkah yang pertama!

CONTOH 1 Belakangan ini, isu berkaitan dengan bahasa kebangsaan dalam kalangan masyarakat saban waktu diwara-warakan dalam media arus perdana malah sering menjadi polemik yang hangat diperdebatkan di negara kita. Justeru, semua pihak mestilah komited dan beriltizam untuk mendepani isu ini kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Persoalannya, apakah caracara untuk memartabatkan bahasa kebangsaan? Pada hemat saya, cara yang paling efektif ialah mengadakan Kempen Cintai Bahasa Kita. Saya berpendapat demikian kerana aktiviti kebahasaan yang dianjurkan oleh pihak sekolah dapat menarik minat para pelajar untuk menggunakan bahasa kebangsaan yang betul secara lisan atau penulisan. Contohnya, kempen yang diadakan seperti Kempen Penggunaan Bahasa Baku, Kempen Pengucapan Bertatasusila, Kempen Memartabatkan Bahasa Kebangsaan Dalam Iklan dan sebagainya yang menjurus kepada penggunaan bahasa kebangsaan yang betul. Tegasnya, kempen Cintai Bahasa Kita merupakan strategi untuk memartabatkan bahasa kebangsaan di negara kita. Selain itu, menganjurkan aktiviti kebahasaan juga merupakan langkah untuk memartabatkan bahasa kebangsaan. Saya berpendapat demikian kerana aktiviti kebahasaan yang dianjurkan oleh pihak sekolah dapat menarik minat para pelajar untuk menggunakan bahasa kebangsaan yang betul secara lisan atau penulisan. Misalnya, aktiviti kebahasaan yang dianjurkan seperti Pertandingan Debat, Pesta Pantun, Pementasan Teater, Deklamasi Puisi dan sebagainya mampu memperkasakan aspek keterampilan berbahasa dalam kalangan pelajar. Memang tidak dapat dinafikan, langkah memartabatkan bahasa kebangsaan menjadi lebih berkesan dengan menganjurkan aktiviti kebahasaan di sekolah-sekolah.

PUSAT PERMATApintarTM NEGARA

Usaha untuk memartabatkan bahasa kebangsaan yang berikutnya ialah penerbitan bahan bacaan. Hal ini bermaksud, bahan bacaan yang diterbitkan oleh pihak swasta mahupun kerajaan dapat mempelbagaikan sumber bacaan masyarakat dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai wahana untuk menyampaikan maklumat dan hiburan. Tamsilannya, bahan bacaan yang diterbitkan seperti majalah, surat khabar, bahan pandang dengar dan sebagainya berupaya menarik minat masyarakat untuk menggunakan bahasa kebangsaan dalam urusan harian mereka. Saya optimis, penerbitan bahan bacaan yang menggunakan bahasa kebangsaan di pasaran merupakan usaha murni untuk memartabatkan bahasa ini di negara kita. Kesimpulannya, semua pihak mestilah berusaha untuk memartabatkan bahasa kebangsaan supaya bahasa ini dapat diperkasakan di negara kita. Penggemblengan tenaga dan usaha untuk menjayakannya amatlah diharapkan kerana orang bijak pandai pernah berpesan kalau tidak dipecahkan ruyung,manakan dapat sagunya. Dalam pada itu, usaha yang sistematik dan proaktif mestilah digerakkan mulai dari sekarang kerana perjalanan yang beribu batu, mestilah bermula dengan langkah yang pertama!

CONTOH 2 Mafhum daripada sepotong hadith Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud,Jagalah masa sihatmu sebelum tiba masa sakit. Hadith ini jelas menggambarkan betapa pentingnya kesihatan dalam kehidupan. Kesihatan merupakan kurniaan Allah yang sangat bernilai. Kesihatan yang baik membolehkan kita mengurus kehidupan dengan baik. Persoalannya, adakah kita sedar tentang kepentingan kesihatan dalam kehidupan? Justeru itu, kita perlu mencari wasilah dan ikhtiar untuk terus hidup dalam keadaan sihat dan sejahtera. Asas kepada kehidupan yang sihat bermula daripada pemakanan. Oleh itu, untuk menjalani kehidupan yang sihat, pemakanan seimbang perlu diamalkan. Pematuhan kepada piramid makanan amat digalakkan. Hal ini membawa maksud lebihkan makan makanan seperti bijirin, sayur-sayuran, buah-buahan dan ikan serta mengurangkan pengambilan gula, lemak dan makanan ringan. Sebaikbaiknya, makan di restoran atau kedai makan perlu dielakkan. Hal ini kerana, kandungan yang terdapat dalam makanan tersebut tidak pasti asal usulnya. Berkemungkinan juga makanan tersebut datang daripada sumber yang kotor seterusnya meninggalkan impak yang tidak sihat kepada tubuh badan. Tubuh yang sihat juga mampu dizahirkan melalui aktiviti bersenam dan bersukan. Sebaikbaiknya, aktiviti bersukan dan bersenam dilakukan pada setiap petang. Namun jika tuntutan kerja tidak membenarkan bersukan pada setiap petang, apalah salahnya bersenam empat kali dalam seminggu. Janganlah kerja yang membukit dijadikan alasan. Situasi ini bertepatan dengan peribahasa di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Selain itu, ahli keluarga boleh dijadikan nukleus untuk bersama-sama melakukan senaman. Banyak jenis senaman yang boleh dilakukan termasuklah berlari, tai-chi dan aerobik. Namun begitu, menanam pokok bunga juga merupakan senaman yang menyihatkan. Jika berkesempatan, senaman boleh dilakukan di taman atau gimnasium. Selain dapat menyihatkan tubuh badan, hubungan kekeluargaan turut dipereratkan. Pemeriksaan kesihatan boleh dilakukan untuk melengkapkan grafik penjagaan kesihatan seharian. Meminta pada yang ada, bertanya pada yang tahu. Oleh itu, doktor boleh dijadikan medium yang penting bagi mendapatkan tahap kesihatan semasa diri. Dalam pada itu, kehadiran kita ke klinik atau hospital membolehkan kita menambah pengetahuan yang sedia ada. Apa tidaknya? Berjuta-juta 8

PUSAT PERMATApintarTM NEGARA

maklumat yang terdapat di hospital. Terdapat juga papan tanda yang bermaklumat dan berwarna-warni dihidangkan tanpa sedikit bayaran pun yang dikenakan untuk mendapatkan maklumat. Justeru itu, mengapakah wujud sikap malas untuk bertemu doktor? Berpeganglah pada prinsip bukan senang untuk menjadi senang dan bukan susah untuk menjadi susah. Kesimpulannya, kesihatan merupakan elemen terpenting dalam kehidupan. Tanpa kesihatan yang baik, tidak mungkin tugasan seharian dapat diselesaikan dengan baik. Jagalah kesihatan seperti menjaga nyawa sendiri. Hal ini kerana tiada satu pun barang di dunia ini boleh menandungi nikmat kesihatan pemberian Allah. Jadilah manusia yang bersyukur ke atas kurniaan Allah. Kita boleh menjadikan mafhum sepotong hadith yang menyatakan bahawa Kehidupan sebagai sebatang tubuh. Jika ada anggotanya yang sakit, justeru semua tubuh akan berasa sakit dan bersama-sama berjaga malam. Hadith ini boleh menggambarkan bahawa kesihatan manusia memainkan perana penting dalam kehidupan. Jika tiada kesihatan yang baik, maka tempanglah kehidupan. Berdoalah kepada Allah supaya dikurniakan kesihatan yang baik. CONTOH 3 Badan cergas , otak cerdas. Slogan ini sering kita dengar dan kita lihat di media massa seperti majalahmajalah kesihatan, radio dan juga di institusi-institusi perubatan seperti hospital dan klinik. Seiring dalam mengejar arus globalisasi, amalan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat harus ditingkatkan bagi merealisasikan visi dan misi negara menjadi negara maju pada tahun 2020. Sejajar dengan itu, bagi merealisasikan misi negara tersebut, kita perlu melahirkan masyarakat yang mempunyai pemikiran yang kreatif dan berpandangan jauh serta mempunyai emosi yang stabil kerana daripada aspek-aspek inilah lahirnya masyarakat yang akan menjadi peneraju untuk menggerakkan kemajuan negara pada masa hadapan. Terdapat pelbagai cara untuk kita mengaplikasikan amalan gaya hidup sihat dalam rutin harian kita nataranya menjalani pemeriksaan kesihatan yang berkala di institusi perubatan seperti hospital. Perkara ini penting bagi menyedarkan kita tetang tahap kesihatan diri. Sekiranya kita menghidap penyakit seperti demam, selesema dan lain-lain segeralah mencari penawarnya dan pergilah ke hospital untuk mendapat rawatan. Hal ini penting bagi mengelakkan penyakit tersebut merebak kepada masyarakat yang lain. Kesimpulannya, amalan menjalani pemeriksaan secara berkala penting bagi menyedarkan kita tentang tahap kesihatan diri. Tidur dan rehat yang mencukupi juga merupakan salah satu prakarsa bagi melestarikan amalan gaya hidup sihat. Dengan tidur serta rehat yang mencukupi secara tidak langsung akan memberikan impak yang positif kepada tubuh badan kita. Hal ini demikian kerana , tubuh dan anggota badan kita akan menjadi lebih segar dan bertenaga selepas menjalani ubat yang secukupnya. Sebagai contoh, pelajar yang tidur sekurang-kurangnya 6 jam akan mendapati badannya akan lebih segar dan ini memberikan semangat kepada pelajar tersebut ketika di sekolah. Tegasnya, tidur dan rehat yang mencukupi penting bagi seorang pelajar kerana melalui perkara tersebutlah lahirnya pelajar yang cemerlang. Amalan pengambilan makanan seimbang juga penting di samping bersenam dan bersukan untuk membentuk masyarakat yang sihat. Melalui pengambilan makanan yang seimbang seperti mengikut jadual piramid makanan dan diet seimbang, kita dapat menghindarkan diri daripada menghidap penyakit obesiti yang semakin meruncing sejak akhir-akhir ini. Situasi ini, perlulah ditangani dengan segera bak kata bidalan mencegah lebih baik daripada merubati. Kita perlulah mengambil makanan 9

PUSAT PERMATApintarTM NEGARA

yang kaya dengan karbohidrat untuk membekalkan kita tenaga yang secukupnya seperti nasi dan roti. Selain itu, pengambilan makanan yang kaya dengan protein juga penting kerana protein membekalkan kandungan kalsium yang tinggi untuk tumbesaran anak-anak dan juga kekuatan tulang. Konklusinya, amalan makanan secara seimbang merupakan langkah yang bijak bagi mengatasi gejala obesiti dan melahirkan masyarakat yang sihat. Deduksinya, amalan gaya hidup sihat ini merupakan sesuatu yang signifikan bagi melahirkan masyarakat yan bebas daripada penyakit-penyakit kronik seperti sakit jantung, kegagalan buah pinggang, kencing manis dan sebagainya. Perkara ini penting bagi memanifestasikan masyarakat yang sihat serta remaja yang proaktif untuk menerajui legasi kepimpinan negara agar berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara-negara metropolitan yang lain. Tegasnya, tanpa amalan gaya hidup sihat ini sudah semestinya masyarakat dan remaja kita mudah dihidapi penyakit yang akan merencatkan visi dan misi negara. CONTOH KARANGAN CEMERLANG (PENANDAAN) 1 Pada era modenisasi ini, manusia sering mengejar kekayaan dan kebendaan serta kemewahan yang menyebabkan mereka alpa akan penjagaan kesihatan tubuh badan mereka sama ada dari segi fizikal mahupun mental. Sebagai akibatnya, masyarakat kita sering menghidap penyakit yang berbahaya dan kronik seperti penyakit kardiovaskular, penyakit diabetes, tekanan darah tinggi serta pelbagai kanser organ dalaman kita. Kajian statistik telah meramalkan bahawa 70 peratuskes kematian yang berlaku pada sepuluh tahun akan datang berpunca daripada penyakit-penyakit kronik seperti kanser paru-paru, diabetes, penyakit buah pinggang serta penyakit kardiovaskularyang berpunca daripada cara pemakanan dan amalan hidup yang tidak sihat. Oleh itu, penjagaan kesihatan merupakan aspek kehidupan yang amat penting. Langkah pertama untuk menjaga kesihatan tubuh badan kita adalah dengan mengamalkan pemakanan yang seimbang. Makanan yang seimbang lazimnya mengandungi kandungan serat atau fiber yang tinggi serta mampu memudahkan proses pencernaan dalam tubuh badan kita. Hal ini penting untuk mengelakkan kita daripada menghadapi masalah sembelit. Sesungguhnya, kita harus mengamalkan pemakanan yang seimbang dengan berpandukan piramid makanan. Piramid makanan menentukan kuantiti dan komposisi pelbagai kelas makanan yang perlu kita ambil. Makanan yang seimbang merangkumi tujuh kelas makanan yang diperlukan dalam kuantiti yang optimum. Misalnya, karbohidrat, protein, lemak, serat, vitamin, zat-zat yang berkhasiat seperti zat besi dan kandungan air yang mencukupi. Menurut pakar kesihatan, kita harus meminum sekurangkurangnya lapan gelas air sehari untuk memastikan kesihatan tubuh badan kita terjamin. Kita juga harus mengelakkan makanan segera dan makanan makanan ringan yang tidak mengandungi nutrien serta memudaratkan kesihatan kita. Kita harus berpegang kepada prinsip makan untuk hidup dan bukannya untuk makan. Selain itu, kita harus menjalankan pemeriksaan badan atau kesihatan sekurang-kurangnya dua kali setahun bak kata pepatah mencegah lebih baik daripada mengubati. Pada era moden ini, pakarpakar perubatan dunia mahupun tempatan telah berjaya mencari penawar kepada pelbagai jenis penyakit. Jikalau kita kerap menjalankan pemeriksaan kesihatan, kita mungkin dapat mengesan tandatanda awal sesuatu penyakit yang boleh diubati jika pemeriksaan dilakukan lebih awal. Selain itu, kita juga boleh berjumpa dengan pakar-pakar kesihatan untuk mengetahui pelbagai tip tentang gaya hidup sihat. Bukan itu sahaja, kita juga boleh neminta tunjuk ajar doktor wanita ataupun jururawat yang ada di klinik untuk melakukan pemeriksaan payu dara dengan sendiri. Hal ini mustahak kepada 10 10

PUSAT PERMATApintarTM NEGARA

semua kaum wanita kerana kanser payu dara dianggap sebagai pembunuh senyap kaum wanita dan telah mengorbankan banyak nyawa. Badan cergas, otak cerdas. Slogan ini jelas memberitahu kita bahawa peri pentingnya badan yang cergas untuk melahirkan minda yang cerdas. Oleh itu, masyarakat kita seharusnya menjaga kesihatan diri masing-masing dengan bersenam dan bersukan. Kita hendaklah melakukan senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Jikalau boleh, kita harus melakukan pelbagai bentuk senaman yang mampu mengerakkan otot-otot kita misalnya berjoging, berenang mahupun bermain badminton, bola sepak dan sebagainya. Bersenam sememang mampu meningkatkan sistem keimunan dan sistem peredaran darah kita. Namun, apa yang menyedihkan ialah pelbagai automasi yang wujud pada era moden ini menyebabkan manusia menjadi malas. Persoalannya ialah siapakah yang memulakan kehidupan harian dengan aktiviti senaman ringan? Tepuk dada, tanyalah selera. Kebanyakan masyarakat kita pada hari ini hanya perlu menggunakan pengangkutan awam seperti bas dan perkhidmatan transit aliran ringan serta memandu kereta sendiri untuk sampai di tempat kerja atau sekolah atau mana-mana sahaja. Masyarakat kini kurang bergerak atau berjalan dan amalan sebegini boleh memudaratkan kesihatan dalam jangka masa yang panjang. Oleh itu, masyarakat kita harus berusaha mengikis tabiat yang negatif. Akhir sekali, masyarakat harus tidur dan dan rehat yang cukup supaya dapat memulakan kehidupan harian dengan penuh bersemangat dan bukan sebaliknya. Oleh yang demikian, kita dapat menjamin kesihatan kita yang baik di samping memastikan kecekapan kita semasa bekerja ataupun semasa bersekolah. Kita juga boleh meminum segelas susu sebelum tidur untuk memastikan kita tidur dengan lena. Selain itu, kita patut tidur awal dan bangun awal untuk mengelakkan keletihan yang berlebihan. Kita juga boleh meluangkan masa bersama-sama ahli keluarga kita untuk berehat pada hari Ahad atau Sabtu dengan menjalankan aktiviti riadah. Hal ini boleh diibaratkan sebagai sambil menyelam minum air. Tuntasnya, kesibukan yang baik merupakan anugerah daripada Yang Maha Kuasa yang tidak ternilai harganya. Oleh itu, kita harus menjaga kesihatan kita. Dengan kesihatan yang baik, barulah kita dapat membangunkan negara dengan cekap dan bijaksana. Rakyat yang sihat mampu merealisasikan Wawasan 2020 dan menyumbang ke arah pembangunan negara. Rakyat Sihat, Negara Makmur . Semua pihak patut berusaha untuk mewujudkan rakyat yang cergas dan cerdas agar mampu bersaing dengan negara lain di persada dunia dalam bidang politik, ekonomi mahupun sosial. CONTOH KARANGAN MEMUASKAN (PENANDAAN) 2 Kesihatan merupakan anugerah Tuahn yang telah diberikan kepada semua umat di muka bumi ini.Setiap individu seharusnya menjaga dan memantau tahap kesihatan untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat dan sejahtera tetapi ramai yang masih mengabaikan kesihatan mereka sehingga menghidapi penyakit kronik baru ingin bertindak. Antara cara menjalani kehidupan yang sihat ialah menjalani pemeriksaan kesihatan di klinik-klinik yang terdekat. Pemeriksaan kesihatan ini hendaklah dilakukan tiga kali dalam setahun. Pemeriksaan ini amat penting bagi menguji tahap kesihatan supaya dapat mengelakkan daripada menghidapi penyakit kronik.

11 11

PUSAT PERMATApintarTM NEGARA

Selain itu, kehidupan yang sihat dapat direalisasikan apabila setiap individu kerap bersenam dan bersukan untuk mengeluarkan peluh. Apabila berpeluh, toksin-toksin di dalam badan dapat dikeluarkan sekali gus membuat badan berasa sihat dan ringan. Seterusnya, tidur dan rehat yang mencukupi merupakan salah satu cara menjalani kehidupan yang sihat. Bagi individu yang telah bekerja, mereka sentiasa menginginkan tidur dan rehat yang cukup bagi menguatkan badan supaya dapat melakukan kerja dengan sempurna dan bersemangat. Bagi pelajar pula, mereka akan belajar dengan lebih tumpuan dan fokus apabila guru sedang mengajar. Hal ini kerana, tidur dan rehat mereka mencukupi. Di samping itu, mengamalkan pemakanan seimbang adalah langkah yang perlu dititikberatkan dalam menjalani kehidupan yang sihat. Bagi individu yang berikhtiar untuk mengurangkan lemak, amalan pemakanan seimbang seharusnya diamalkan. Akhirnya sekali, kita haruslah bersyukur atas nikmat kesihatan yang telah diberikan oleh-Nya. Selain itu, kita hendaklah mengamalkan penjagaan kesihatan agar dapat menjalani kehidupan yang lebih sihat dana sejahtera dia atas muka bumi ini. CONTOH KARANGAN KURANG MEMUASKAN (PENANDAAN) 3 Kesihatan merupakan anugerah Tuhan yang tidak terhingga nilainya kepada manusia. Pada zaman moden kini, manusia sentiasa ingatkan kerja dan lupa kesihatan mereka. Kita ada banyak cara untuk menjalani kehidupan yang sihat. Dalam kehidupan kita, makanan adalah sangat penting. Jadi, mengamalkan pemakanan seimbang adalah sangat penting untuk menjaga kesihatan kita. Makan secara sihat, orangnya juga akan sihat. Pada zaman yang moden kini, sudah ada banyak makanan segera(Fast food), sepert (KFC), (MCD) dan lain-lain. Banyak orang suka makan makanan segera, tapi makanan segera tersebut tidak baik kepada kesihatan kita. Makanan yang kita makan mestilah seimbang dengab tujuh bahan, iaitu karbohidrat, protein, garam, lemak,vitamin, mineral dan pelawas. Tetapi makanan segera kebanyakan adalah lemak. Jadi, untuk menjaga kesihatan kita, kita boelh mengikut makan piramid makanan. Selain itu, bersenam dan bersukan juga ialah cara untuk menjaga kesihatan kita. Ramai orang hanya pentingkan kerja mereka, tetapi bersenam dan bersukan juga adalah sangat penting. Kita perlu buat aktiviti untuk mencergaskan badan kita, seperti berjoging, bersenam dan lain-lain. Aktiviti-aktiviti tersebut perlulah membuat sekurang-kurangnya tiga kali pada setiap minggu.Seterusnya, menjalani pemeriksaan kesihatan juga penting. Pemeriksaan kesihatan tersebut juga perlu dijalankan pada setiap tahun sekali. Tambahan pula, tidur dan rehat yang cukup adalah sangat penting juga. Kes-kes jalan raya semakin bertambah disebabkan oleh pemandu tidak cukup tidur dan rehat. Median masa juga selalu cakap, rehat dulu sebelum memandu. Tetapi banyak orang masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Mereka tidak mengambil tahu tentang perkara tersebut. Perkara tersebut menimbulkan banyak tragedi berlaku. Akhir sekali, sayangkan badan kita, supaya tidak mencederakan orang yang sayang kita. Kita mestilah menjaga kesihatan diri sendiri untuk menjadikan seorang yang berguna dan bantu memajukan negara kita untuk mencapai wawasan 2020. 12 12

PUSAT PERMATApintarTM NEGARA

SARANAN

1. Karangan mestilah menepati tema bahan rangsangan/menepati arahan soalan. 2. Karangan mestilah mempunyai isi-isi penting yang relevan dan tersusun. 3. Isi-isi penting itu pula perlu dihuraikan dengan jelas dan disokong dengan contoh-contoh yang tepat dan menarik. 4. Perenggan-perenggan pula harus seimbang. 5. Karangan mestilah menggunakan bahasa yang gramatis, kosa kata luas dan tepat penggunaannya. 6. Unsur bahasa yang digunakan mestilah bervariasi dan menggunakan ungkapan yang menarik seperti peribahasa, cogan kata, frasa menarik, petikan ucapan, kata-kata hikmat, hadis nabi, terjemahan ayat suci Al-Quran dan lain-lain. 7. Karangan juga harus mempunyai idea yang relevan dengan tema rangsangan yang diberi dan dihuraikan dengan jelas. 8. Keseluruhan karangan mestilah memperlihatkan kematangan calon. 9. Karangan mestilah ditulis dengan tulisan yang kemas, bersih dan jelas. 10. Jumlah perkataan seboleh-bolehnya dalam lingkungan 250 hingga 300 patah perkataan. Walaupun tiada pemotongan markah, namun peraturan dalam pemarkahan boleh berubah pada bila-bila masa.

13 13

PUSAT PERMATApintarTM NEGARA

BAHAGIAN B : RESPONS TERBUKA PRAWACANA Item Peruntukan masa Bilangan perkataan Bilangan muka surat Bilangan Perenggan Bilangan isi Jumlah markah KRITERIA PENSKORAN KARANGAN BAHAGIAN B PERINGKAT Cemerlang MARKAH 80 100 (90 100) (80 89) Karangan Bahagian B 90 minit Lebih 350 pp 4 halaman 7 perenggan 5 isi 100 markah

Kepujian

66 79 (73 - 79) (66 72)

KRITERIA Penggunaan pelbagai jenis kata yang sangat luas dan tepat. Penggunaan pelbagai jenis ayat majmuk yang gramatis. Ejaan dan tanda baca yang betul. Laras bahasa sesuai dengan tugasan. Penggunaan kosa kata sangat luas dan tepat. Idea yang relevan mengikut tugasan, dihuraikan dengan jelas dan matang, disertakan dengan contoh yang sesuai. Ada penegasan isi. Pengolahan sangat menarik dan berkesan serta pemerengganan sesuai. Wacana lengkap dan terdapat kesinambungan idea yang jelas antara perenggan. Penggunaan unsur bahasa bervariasi. Gaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan seperti peribahasa, pantun, cogan kata atau frasa. Penggunaan pelbagai jenis kata yang tepat. Penggunaan pelbagai jenis ayat majmuk yang gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum. Ejaan dan tanda baca yang betul. Laras bahasa sesuai dengan tugasan. Penggunaan kosa kata luas dan tepat. Idea yang relevan mengikut tugasan, dihuraikan dengan jelas, disertakan dengan contoh yang sesuai. Pengolahan menarik dan berkesan serta pemerengganan sesuai. Wacana lengkap dan terdapat kesinambungan idea yang jelas antara perenggan. Penggunaan unsur bahasa bervariasi. Gaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan 14 14

PUSAT PERMATApintarTM NEGARA

Baik

51 65 (58 - 65) (51 57)

Memuaskan

36 50 (43 - 50) (36 42)

Kurang Memuaskan

21 35 (28 - 35) (21 27)

penggunaan ungkapan seperti peribahasa, pantun, cogan kata Penggunaan pelbagai jenis kata yang sesuai. Penggunaan ayat majmuk yang gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum. Ejaan dan tanda baca masih betul. Laras bahasa sesuai dengan tugasan. Penggunaan kosa kata masih tepat. Idea masih relevan mengikut tugasan, huraian isi masih jelas dan contoh masih sesuai.. Pengolahan masih menarik dan pemerengganan masih sesuai. Wacana masih lengkap. Penggunaan unsur bahasa masih bervariasi. Gaya bahasa masih menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan masih berkesan. Penggunaan pelbagai jenis kata masih/kurang tepat. Ayat masih/kurang gramatis. Ejaan dan tanda baca betul tetapi terdapat kesalahan yang minimum. Laras bahasa masih/kurang sesuai. Penggunaan kosa kata umum. Idea masih relevan mengikut tugasan, huraian isi kurang jelas dan contoh kurang sesuai.. Pengolahan kurang menarik. Wacana masih/kurang lengkap. Penggunaan unsur bahasa masih/kurang bervariasi. Gaya bahasa masih/kurang menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan kurang berkesan. Penggunaan kata kurang tepat. Ayat tidak gramatis tetapi masih difahami. Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara. Idea masih relevan / idea bercampur aduk dan huraian tidak jelas / tidak berkembang dan contoh tidak sesuai. Pengolahan tidak menarik. Wacana tidak lengkap dan binaan perenggan tidak seimbang. Unsur bahasa tidak bervariasi. Gaya bahasa dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan lemah. Keseluruhannya menunjukkan penggunaan kata dan ayat yang tidak gramatis. Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara. Idea bercampur aduk dan huraian tidak jelas / tidak berkembang dan contoh tidak sesuai. 15

Pencapaian Minimum

01 20 (11 - 20) (01 10)

PUSAT PERMATApintarTM NEGARA

Pengolahan tidak menarik. Wacana tidak lengkap dan binaan perenggan tidak seimbang dan tidak sesuai. Gaya bahasa dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan lemah dan tidak menarik. Keseluruhan karangan sukar/tidak difahami. TAJUK KARANGAN BERDASARKAN KOMBINASI : BIDANG INTERPERSONAL BIDANG MAKLUMAT BIDANG ESTETIKA (IP) (M) (E)

SKOP SOALAN MERANGKUMI 5 DIMENSI : DIRI KELUARGA & MASYARAKAT NEGARA ANTARABANGSA UNSUR SASTERA DIMENSI DIRI : CONTOH SOALAN 1. Masalah kegemukan atau obesiti dalam karangan rakyat negara ini semakin serius. Menurut kajian yang telah dilakukan, sebanyak 20% daripada 26 juta rakyat negara ini menghadapi masalah kegemukan. Huraikan usaha-usaha yang perlu anda lakukan untuk menjadi remaja yang sihat dan cergas. 2. Kempen Gaya Hidup Sihat telah diperkenalkan oleh kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang mementingkan kesihatan dan kesejahteraan hidup. Bincangkan usahausaha yang boleh dilakukan untuk mewujudkan masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat. 3. Pencapaian seseorang tokoh dalam sesuatu bidang seperti politik, sukan dan budaya telah memberikan inspirasi kepada diri anda. Jelaskan bagaimanakah kejayaan mereka itu membakar semangat anda untuk mencapai kejayaan dalam hidup. 4. Pelbagai salah laku disiplin berlaku dalam kalangan murid pada masa ini. Sebagai seorang murid, huraikan peranan yang dapat anda sumbangkan untuk membantu pihak sekolah dalam menangani salah laku disiplin murid-murid di sekolah anda. 5. Anak-anak merupakan permata dalam sesebuah keluarga. Jelaskan tanggungjawab anakanak terhadap ibu bapa bagi melahirkan keluarga bahagia. DIMENSI KELUARGA / MASYARAKAT : CONTOH SOALAN 1. Anak-anak merupakan modal insan yang penting dalam sesebuah institusi keluarga. Oleh

16 16

PUSAT PERMATApintarTM NEGARA

itu, ibu bapa perlu memainkan peranan proaktif agar dapat melahirkan anak-anak yang bersahsiah terpuji .Berikan pendapat anda tentang peranan keluarga dalam pembentukan sahsiah anak-anak. 2. Anda mengambil bahagian dalam pertandingan syarahan di peringkat daerah sempena Hari Kesihatan Sedunia. Tajuk syarahan anda ialah Amalan Gaya Hidup sihat. Sediakan teks syarahan anda selengkapnya. DIMENSI NEGARA : CONTOH SOALAN 1. Kepelbagaian kaum dan etnik serta budaya mampu menjadi aset untuk memajukan sektor pelancongan di negara ini. Berikan komen anda. 2. Air bersih merupakan keperluan penting dalam kehidupan manusia. Malangnya kebanyakan sumber air bersih di negara ini telah tercemar. Huraikan langkah-langkah untuk mendidik masyarakat agar menghargai sumber air. i. BIDANG INTERPERSONAL Surat Rasmi Surat Tidak Rasmi Wawancara Forum Syarahan Ucapan Ceramah* Perbahasan ii. BIDANG MAKLUMAT Rencana Laporan Berita Pendapat Mengulas Pendapat Perbincangan Membahaskan Tajuk Ulasan Buku Ulasan Cerpen/Novel/ Drama/ Puisi Peribahasa/ Cogan Kata Menulis Minit Mesyuarat iii. BIDANG ESTETIKA Gambaran/ Keperihalan 17 17

PUSAT PERMATApintarTM NEGARA

Menulis Cerpen Menulis Skrip Drama PANDUAN MENULIS KARANGAN 1. TIP PENULISAN KARANGAN YANG BERKESAN

Untuk menulis, pelajar mestilah mempunyai strategi tertentu yang dapat menarik perhatian pemeriksa. Lima strategi tersebut ialah : I. Memilih Soalan Yang Tepat Ii. Mengenal Pasti Kata Kunci Soalan Iii. Menyediakan Rangka Karangan Iv. Menulis Karangan V. Menyemak Karangan 2. MEMILIH SOALAN YANG TEPAT

Para pelajar perlu membaca kesemua soalan yang dikemukakan sambil menggarisi setiap kata kunci dalam soalan. Pilih soalan yang paling sesuai dengan pengetahuan anda untuk menjawabnya. 3. MENGENAL PASTI KATA KUNCI SOALAN

Para pelajar perlu memahami setiap kata kunci yang terdapat dalam soalan peperiksaan. Setiap soalan peperiksaan mempunyai tiga perkara utama yang perlu dikesan oleh pelajar. Tiga perkara itu ialah TEMA (T), SKOP (S) dan FORMAT (F). Baca dan garisi ayat yang mengandungi tiga kata kunci tersebut. Contoh soalan: Sejak akhir-akhir ini, program televisyen realiti telah mendapat tempat dalam hati masyarakat. Program seperti ini mendatangkan pelbagai impak negatif kepada penonton Bincangkan kesan buruk program tersebut dalam kalangan masyarakat. TEMA SKOP FORMAT 4. : persoalan yang dibincangkan - program televisyen realiti : kehendak soalan - kesan buruk kepada masyarakat : jenis karangan - perbincangan/pendapat

MERANGKA PENULISAN KARANGAN

Setelah mengenal pasti tema, skop, dan format pelajar perlu mula merangka untuk menulis karangan. Sama seperti manusia, karangan juga mempunyai anatomi yang terdiri daripada kepala, tubuh, dan kaki. 5. PERENGGAN PENDAHULUAN

Bahagian kepala sama maksud dengan perenggan pendahuluan. Perenggan ini melibatkan tema dan isu semasa. Jangan masukkan apa-apa contoh dalam perenggan ini. Ayat akhir dalam perenggan ini

18 18

PUSAT PERMATApintarTM NEGARA

sebaiknya menggunakan ayat tanya yang merujuk kepada skop soalan. Perenggan pendahuluan hendaklah mempunyai lima perkara yang ditulis dalam satu perenggan: I. II. III. IV. V. Contoh : (Tema) Komuniti hari ini sering digembar-gemburkan dengan pelbagai rancangan televisyen realiti. (Isu semasa) Rancangan televisyen realiti kini semakin mendapat tempat dalam hati populasi di negara ini. (Huraian isu) Tambahan pula , setiap rumah di negara ini sekurang-kurangnya mempunyai sebuah televisyen. Hal ini memudahkan penerbit untuk menerbitkan pelbagai rancangan televisyen realiti. Oleh sebab itu, pertambahan rancangan televisyen realiti semakin meningkat dari semasa ke semasa. Antara rancangan televisyen realiti yang sering dipaparkan melalui skrin televisyen sekarang termasuklah `Akademi Fantasia, `Mentor, `One In A Milion dan banyak lagi. (Pendapat) Penerbit rancanganrancangan tersebut berpendapat bahawa dengan penerbitan rancangan tersebut dapat menyediakan ruang bagi mencungkil bakat-bakat dalam bidang nyanyian dan lakonan melalui mekanisma yang betul. Walhal, mereka mengaut keuntungan yang besar daripada penonton dengan mengadakan undian melalui sistem pesanan ringkas. Hal ini dapat diibaratkan seperti pepatah Melayu sambil menyelam minum air. (Skop soalan) .Persoalannya apakah kesan-kesan rancangan televisyen realiti kepada komuniti di negara kita? Selangkan sebaris untuk menulis perenggan berikutnya iaitu perenggan isi. 6. PERENGGAN ISI AYAT TEMA : MERUJUK KEPADA TEMA KARANGAN ISU SEMASA HURAIAN ISU PENDAPAT PENDIRIAN PENULIS : MERUJUK KEPADA SKOP SOALAN

Seterusnya ialah bahagian tubuh karangan atau juga dikenali sebagai perenggan isi karangan. Perenggan isi karangan juga mestilah dibina secara sekata bagi setiap perenggan. Penulisan isi karangan yang baik mesti mempunyai empat unsur/perkara. Unsur-unsur tertsebut terdiri daripada: I. AYAT FOKUS II. AYAT HURAIAN III. AYAT CONTOH IV. AYAT SIMPUL : ISI / IDEA UTAMA : 5W1H (MASB2D) : RELEVAN DAN TERKINI : KESIMPULAN PERENGGAN

Ayat fokus mestilah dimulakan dengan pernyataan isi dalam satu ayat sahaja. Gunakan ayat penyata yang jelas dan berwibawa. Ini diikuti dengan ayat huraian daripada penyataan isi. Gunakan teknik penyoalan 5W1H. Jumlah ayat huraian tidak terhad tetapi bergantung pada kemampuan pelajar. Seterusnya, pelajar perlu mengemukakan contoh atau bukti bagi menyokong huraian di atas. Contoh / bukti yang diberikan mestilah relevan dan terkini. Gunakan sumber rujukan daripada majalah atau akhbar harian. Setiap isi karangan mesti diakhiri dengan ayat kesimpulan. Perenggan isi mesti terdiri sekurang-kurangnya lima isi yang ditulis dalam lima perenggan. Setiap perenggan mesti diselangkan dengan satu baris. Jangan dicampuradukkan beberapa isi dalam dalam satu perenggan. 19 19

PUSAT PERMATApintarTM NEGARA

Contoh :

(Ayat fokus) Rancangan televisyen realiti mendatangkan pelbagai impak negatif kepada masyarakat di negara kita. (Ayat huraian) Rancangan televisyen realiti ini menyebabkan berlakunya pembaziran sama ada masa atau wang. Rancangan ini melalaikan para penonton. Hal ini kerana penonton yang menggemari rancangan ini akan setia menanti di hadapan televisyen untuk menonton rancangan tersebut. (Ayat contoh) Selain itu, mereka sanggup juga membatalkan janji temu mereka dengan sahabat handai semata-mata ingin menonton rancangan tersebut yang tidak membawa keuntungan kepada penonton. Para pelajar turut membuang masa dengan menonton rancangan tersebut dan menggadaikan masa ulang kaji mereka. Sehubungan dengan itu, rancangan televisyen realiti ini juga membazirkan wang para penontonnya. Hal ini kerana para penonton akan mengundi artis pilihan mereka. Walaupun satu undian hanya bernilai RM, tetapi para penonton perlu menghantar undian mereka beberapa kali untuk memastikan artis yang diminati mereka berjaya. (Ayat simpul) Jelaslah di sini bahawa rancangan televisyen realiti ini membazirkan masa dan wang. 7. PERENGGAN PENUTUP

Akhir sekali, sesebuah karangan perlu mempunyai kaki supaya boleh berdiri kukuh. Perenggan penutup ini tidak boleh diabaikan oleh pelajar kerana berperanan sebagai pelengkap sesebuah karangan. Unsur yang perlu ada dalam perenggan ini ialah: I. AYAT KESIMPULAN II. AYAT CADANGAN III. AYAT HARAPAN IV. AYAT PENEGASAN Ayat pertama yang ditulis merumuskan keseluruhan isi yang telah dibincangkan. Jangan masukkan isi baru dalam perenggan ini. Rumusan secara umum keseluruhan isi sudah memadai untuk menyimpulkan karangan. Kemudian, nyatakan cadangan dan harapan anda terhadap isu yang telah dibincang. Sebagai penutup ayat karangan anda, pelajar digalakkan menegaskan pendirian terhadap keseluruhan isi karangan. Contoh: (Ayat kesimpulan) Kesimpulannya, rancangan televisyen realiti mendatangkan pelbagai kesan dan dapat memudaratkan masyarakat di negara kita. (Cadangan) Bagi penerbit yang ingin menerbitkan rancangan televisyen realiti ini haruslah semata-mata untuk mencungkil bakat baru dalam kalangan masyarakat di negara kita. Pihak penerbit tidak seharusnya mengambil kesempatan daripada rancangan yang diterbitkan. Selain itu, pihak penerbit perlu juga mengurangkan undian melalui sistem pesanan ringkas. Peserta-peserta haruslah dinilai berdasarkan bakat yang terpendam dalam diri mereka bukan kerana kecantikan rupa paras semata-mata. Rancangan televisyen realiti haruslah dikurangkan. Ini penting untuk mengelakkan pertambahan masalah sosial dalam kalangan remaja di negara kita. Pihak penerbit haruslah menggantikan rancangan televisyen realiti dengan rancangan-rancangan ilmiah yang lebih memberikan keuntungan sama ada kepada penerbit ataupun penonton. (Harapan) Dengan ini, masyarakat yang berilmu dapat dilahirkan di negara kita. (Penegasan) Saya yakin andainya cadangan ini dapat dilaksanakan sudah pasti akan dapat meningkatkan imej dan karier masyarakat di negara ini walaupun sebagai seniman dan seniwati dalam bidang seni nyanyian dan lakonan.

20 20

PUSAT PERMATApintarTM NEGARA

8.

MENULIS KARANGAN

i. Karangan yang ditulis mestilah mepunyai TUJUH perenggan yang terdiri daripada Pendahuluan (1 perenggan), Isi (5 perenggan) dan Penutup (1 perenggan) ii. Setiap perenggan terdiri daripada 12 baris yang sekata. Pastikan karangan berselang sebaris antara perenggan. iii. Isi utama merupakan ayat pertama dalam karangan. iv. Ayat huraian menggunakan teknik 5W1H (MASB2D) v. Setiap isi perlu ada kesimpulan. vi. Ungkapan menarik berupa peribahasa, cogan kata, kata-kata hikmat tokoh, pantun, dan seumpamanya mesti diselitkan dalam setiap perenggan. vii. Gunakan kosa kata yang luas seperti anjakan paradigma, kedangkalan ilmu dan seumpamanya. viii. Susun isi mengikut kepentingan, contohnya diri - keluarga - negara -global. ix. Setiap ayat yang ditulis mestilah mempunyai subjek dan predikat dengan jelas. Ayat mesti betul. x. Kertas karangan mesti bersih, kemas dan mudah dibaca. Setelah menulis karangan, pelajar perlu menyemak karangan yang telah siap. Pastikan ejaan, tanda baca, penanda wacana dan struktur ayat telah ditulis dengan betul. Kesalahan-kesalahan yang dilakukan akan menyebabkan pemotongan markah. 9. TIP-TIP LAIN

i. Pelajar MESTI membaca akhbar setiap hari. Luangkan masa sekurang-kurangnya 15 minit sebelum P&P dengan membaca isu semasa. ii. Guru menggunakan akhbar untuk membina karangan di samping sebagai bahan rujukan. iii. Latihan menulis karangan perlu dilakukan pada setiap hari dalam tempoh yang ditetapkan. iv. Gunakan kertas berformat kertas jawapan LPM untuk latihan (boleh difotokopi). Ini untuk membiasakan pelajar dengan kertas peperiksaan sebenar. v. Semua pelajar menggunakan pena yang sama jenis semasa peperiksaan. vi. Pelajar boleh menyalin karangan contoh sekurang-kurangnya seminggu sekali. vii. Sebulan sekali perlu diadakan ujian masa menulis karangan. Patuhi masa peperiksaan sebenar.

21 21

PUSAT PERMATApintarTM NEGARA

9.

TEKNIK MEMBINA PERENGGAN YANG MATANG

TEKNIK 1: Menggunalkana Lembaran Pengurusan Grafik Jadual (Sumber : Saudara Asmui Mustafa) Isi Pokok 1 2 Isi Pokok Siapa? :

Bagaimana?

Analogi

Kesan/akibat

Kesan lanjutan

Peribahasa

Penegasan

CONTOH APLIKASI TEKNIK 1 : Soalan: Negara kita merupakan salah sebuah negara di dunia yang mencatatkan kadar kemalangan jalan raya yang tinggi. Jelaskan punca-punca berlakunya kemalangan jalan raya di negara kita. Analisis Soalan: TEMA FORMAT TUGASAN Kerangka isi : : : : Kemalangan Jalan Raya Perbincangan Punca-Punca

a) faktor kecuaian pemandu b) faktor jalan raya 22 22

PUSAT PERMATApintarTM NEGARA

c) faktor cuaca d) faktor kenderaan e) kelemahan penguatkuasaan undang-undang Contoh Olahan Isi : Kecuaian pemandu menjadi punca kemalangan 1 2 3 Isi Pokok Siapa? Bagaimana?

Pemandu kenderaan yang cuai selalu menjadi punca berlakunya kemalangan. Pemandu yang paling berisiko tinggi ialah penunggang motosikal. Pemandu yang kurang sopan sewaktu di jalan raya selalunya memandu secara berbahaya, contohnya ialah pemandu yang terlibat dengan lumba haram, mabuk dan lain-lain. Kalau berjalan di jalan berduri, perlulah berhati-hati, begitulah juga di jalan raya, umpama mulut harimau yang sentiasa ternganga menunggu mangsa. Diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain turut terdedah untuk mendapat kemalangan.Kadangkala orang yang tidak bersalah turut menjadi mangsa disebabkan oleh golongan cuai ini. Mangsa kemalangan akan merana sepanjang hayat. Pemandu ini umpama apabila dibawa keranda barulah mereka bercucuran air mata atau sudah terhantuk baru tengadah. Setelah mereka terkena barulah mereka menyesal. Justeru, sebelum roh meninggalkan jasad, sebelum nasi menjadi bubur, pemandu mestilah berfikir terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu perkara. Jadilah seorang pengguna yang berhemah tinggi.

Analogi

Kesan/Akibat

6 7

Kesan lanjutan Peribahasa

Penegasan

CONTOH APLIKASI RUMUS Tema : Menabung Arah soalan : Langkah menghadapi kemelut ekonomi AT AH 1 Apa AH 2 Mengapa AH 3 Menabung merupakan aktiviti tradisi yang kita warisi sejak zaman nenek moyang lagi tetapi caranya sahaja yang berbeza. Aktiviti ini perlulah dihidupsuburkan bagi menghadapi kemelut ekonomi yang melanda negara. Kita pasti berasa terjamin terutama sekali pada masa kecemasan sekiranya tabungan sudah memadai Sementara itu, menabung tiga puluh peratus daripada 23 23

PUSAT PERMATApintarTM NEGARA

Bagaimana AH 4 Bila AH 5 Siapa AH 6 Sekiranya AC Di mana AS Peribahasa

pendapatan sangatlah digalakkan kerana jumlah ini dianggap berpatutan. Kita semua tentu sependapat bahawa kepentingan menabung perlu ditekankan kepada setiap anggota keluarga sejak zaman kanak-kanak lagi. Pelbagai bentuk tabung telah direka dan ditawarkan oleh bank-bank atau institusi kewangan untuk menarik perhatian kanak-kanak menabung. Sekiranya setiap anggota keluarga memberikan komitmen yang tinggi terhadap aktiviti menabung, tentulah kemelut ekonomi akan dapat diatasi Sebagai contoh, kita boleh menyimpan di bank dalam bentuk simpanan tetap, simpanan semasa atau melabur dalam dana tertentu. Jadi, pepatah nenek moyang kita yang berbunyi beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis patutlah dijadikan amalan hidup dan pegangan yang berterusan.

TEKNIK 3 : TEKNIK MUDAH PERENGGAN (Sumber : Saudara Mohd Nazir Noh) A. STRUKTUR SETIAP PERENGGAN A1 = Idea utama A2 = Huraian A3 = Huraian A4 = Data, contoh, statistik, pendapat, peribahasa, ungkapan menarik A5 = Kesimpulan perenggan * A ialah ayat PANDUAN PERMULAAN PERENGGAN PENDAHULUAN Pelajar memulakan karangan dengan kata / frasa berikut ; Akhir-akhir ini,... Kebelakangan ini,... .. Belakangan ini... Mayapada,... . Marcapada,... .. Dalam mengejar era modenisasi...

1. Pelajar tahu mengesan tema dan arah soalan dalam soalan yang diberi. 2. Selepas mengesan tema dan arah soalan, pelajar mula menulis ayat 1 hingga ayat 5 mengikut kerangka konsep penulisan yang dicadangkan di bawah.

24 24

PUSAT PERMATApintarTM NEGARA

3. Pelajar tidak boleh memasukkan isi seperti sebab, cara, langkah, kesan, kepentingan dan sebagainya dalam bahagian pendahuluan. 4. Pelajar boleh memasukkan peribahasa dan kosa kata menarik dalam bahagian pendahuluan sama ada dalam ayat 4 atau ayat 5 sebelum ayat kesimpulan perenggan. Secara ringkasnya, perenggan pendahuluan mempunyai bentuk seperti berikut: Ayat 1 Ayat 2 Ayat 3 Ayat 4 Ayat 5 Ayat penyataan tema(mayapada,marcapada..) Definisi tema(Dari segi konsepsinya.....) Ayat rangsangan (mengapa/bagaimana/siapa) Ayat contoh / tokoh(Menurut......) Ayat arah soalan (Oleh itu,... arah soalan)

TEKNIK 4 : CONTOH HURAIAN PERENGGAN: Masalah sosial dalam kalangan remaja di negara kita sudah menjadi semakin serius sejak akhir-akhir ini. Pada pendapat anda bagaimanakah kita hendak membendung masalah ini daripada menjadi semakin buruk. bagaimanakah kita hendak membendung masalah ini daripada menjadi semakin buruk = TUGASAN Contoh Perenggan 4 Unsur Salah satu cara untuk membendung masalah sosial dalam kalangan remaja ialah peranan institusi keluarga. Institusi keluarga merupakan elemen yang rapat dengan remaja. Sehubungan itu, hubungan yang rapat ibarat isi dengan kuku membolehkan institusi keluarga mengenali, mengawasi dan menasihati remaja. Selain itu, institusi keluarga hendaklah mewujudkan suasana harmoni di rumah kerana rumah merupakan asas kepada kehidupan berkeluarga. Sebarang bentuk pertengkaran hendaklah dihindarkan sebaliknya ketua keluarga mengambil langkah untuk merancang sesuatu yang membina kepada ahli keluarganya seperti bersembahyang dan makan bersama. Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd Fadhillah Kamsah menyatakan institusi keluarga merupakan entiti penting bagi mengatasi masalah sosial dalam kalangan remaja. Sejajar dengan itu, remaja sememangnya memerlukan perhatian maka, adalah penting bagi institusi keluarga untuk memainkan peranan yang utama agar masalah sosial dalam kalangan remaja dapat dibendung. Oleh itu, memang tidak dinafikan bahawa peranan institusi keluarga merupakan satu cara bagi membendung masalah sosial remaja. Salah satu cara untuk membendung masalah sosial dalam kalangan remaja ialah peranan institusi keluarga = ISI UTAMA elemen = KOSA KATA MENARIK

25 25

PUSAT PERMATApintarTM NEGARA

Sehubungan itu = PENANDA WACANA ibarat isi dengan kuku = UNGKAPAN MENARIK Selain itu = PENANDA WACANA rumah merupakan asas kepada kehidupan berkeluarga = FRASA MENARIK

Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd Fadhillah Kamsah menyatakan institusi keluarga merupakan entiti penting bagi mengatasi masalah sosial dalam kalangan remaja = AYAT CONTOH Sejajar dengan itu = PENANDA WACANA Oleh itu, memang tidak dinafikan bahawa peranan institusi keluarga merupakan satu cara bagi membendung masalah sosial remaja. = AYAT PENEGAS

PANDUAN MEMULAKAN PERENGGAN IDEA Mulakan ayat idea utama kata arah soalan seperti berikut; Punca/ cara / usaha / kepentingan yang perlu diperhalus ialah, 1. Pelajar mengesan arah soalan dalam soalan yang diberi dan menyatakan isi. 2. Pelajar boleh mula menulis isi mengikut kerangka konsep penulisan yang dicadangkan di bawah. 3. Pelajar memasukkan isi seperti sebab, cara, langkah, kesan, kepentingan dan sebagainya. 4. Pelajar boleh memasukkan peribahasa dan kosa kata menarik dalam bahagian pendahuluan sama ada dalam ayat 4 atau ayat 5 sebelum ayat kesimpulan perenggan. 5. Pelajar perlu menjawab persoalan mengapa, bagaimana, dan siapa, bagi menjelaskan isi secara terperinci. Secara ringkasnya, perenggan isi TMP mempunyai bentuk seperti berikut: Ayat 1 Ayat 2 Ayat 3 Ayat 4 Ayat 5 Ayat arah soalan isi Ayat rangsangan ( mengapa, bagaimana, siapa) Ayat rangsangan( mengapa, bagaimana, siapa) Ayat contoh / tokoh( Menurut./ Hal ini) Ayat kesimpulan perenggan (Sekiranya,...)

PANDUAN MENULIS KESIMPULAN / PENUTUP KARANGAN Mulakan ayat kesimpulan dengan kata berikut; Kesimpulannya,..... Secara tuntas,... 26 26

PUSAT PERMATApintarTM NEGARA

Sebagai akhir kalam,... . Konklusinya,... Sebagai intiha,... . Ayat 1 Ayat 2 Ayat 3 Ayat 4 Ayat 5 Ayat penyataan tema(Akhirulkalam.....)salin A1P1 Ayat rangsangan harapan (Semoga.) Ayat rangsangan Pandangan (sememangnya,.....) Ayat rangsangan cadangan(Oleh itu, kita perlu....) Ayat rangsangan kesimpulan perenggan(Sekiranya....)

KONSEP ASAS YANG PERLU DIKETAHUI Tema Ayat Arah Ayat Huraian Ayat Contoh = isu dalam soalan = ayat yang menjurus kepada kehendak soalan = ayat yang menghurai idea = ayat yang menyatakan contoh (dimulakan dengan Menurut ...atau Sebagai contoh,..)

Ayat Simpul = Ayat yang menggabungkan harapan,pandangan dan cadangan terhadap isu berdasarkan pengetahuan sedia ada pelajar tanpa merujuk bahan / maklumat. Contoh : PENDAHULUAN Mayapada, ..[tema]........................................................................................................................... .......................................(AH=Apa).Dari segi konsepsinya, (tema ) ialah...... (AH)BAGAIMANA/MENGAPA/SIAPA.............................................................................................................. (AC)Menurut... .(AA)Oleh itu, ..... (ARAH) .. ISI Langkah yang harus diambil supaya semangat kejiranan dalam kalangan penduduk dapat ditingkatkan ialah ............................................................................................................................................................... (AC)Sebagai. .(AH) Justeru, ................................................................................................................................................ contoh,.......................................................................................................................................................... (AH)Hal ini demikian, kerana ..................................................................................................................... (AS)Sekiranya,.............................................................................................................................................. (AC)Sebagai contoh,..................................................................................................................................... (AS)Sekiranya,............................................................................................................................................... KESIMPULAN Akhirulkalam, . (Harapan)Semoga........................................................................................................................................... 27 27

PUSAT PERMATApintarTM NEGARA

(Pandangan)Sememangnya........................................................................................................................... (Cadangan)Oleh itu, kita perlu ........................................................................................................................ RUJUKAN BESTARI UNGKAPAN MENARIK : peribahasa (simpulan bahasa, bidalan, pepatah, petitih dan perumpamaan). cogan kata. frasa menarik. petikan ucapan. kata-kata hikmat. maksud hadis. maksud ayat Al-Quran.

PERIBAHASA MELAYU ( JENIS DAN CIRI- CIRINYA) : Peribahasa ialah ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap dan mengandungi pengertian yang tertentu. Menurut Za'ba, peribahasa ialah susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya. JENIS PERIBAHASA 1 SIMPULAN BAHASA

Rangkaian perkataan yang tersimpul dengan susunan yang khas.Terhasil daripada pemerhatian terhadap persekitaran, kepercayaan dan resam bahasa.Mempunyai makna yang tersirat.Terdiri daripada dua patah perkataan. Apabila perkataan dalam pasangan perkataan itu dipisahkan, perkataan yang berkenaan hanya membawa makna asalnya. Contoh : air muka, akal kancil, banyak mulut,batu api, bendera putih, cakar ayam, durian runtuh,cepat tangan. 2 PERUMPAMAAN

Membandingkan dengan apa-apa yang ada di sekeliling.Didahului dengan kata-kata perbandingan, seperti umpama, bagai, seperti, laksana, ibarat dan bakMempunyai makna tersurat dan tersirat. Contoh : seperti anjing berebut tulang; bagai ayam disambar helang; umpama burung, mata terlepas badan terkurung; ibarat air di daun keladi; laksana katak diharung ular. 3 PEPATAH

Mempunyai patah-patah perkataan yang disusun untuk menyampaikan maksud tertentu .Terdiri daripada dua baris atau lebih dan disebut satu demi satu seolah-olah orang sedang membuat perbilangan atau perkataan.Dibentuk berdasarkan sesuatu peristiwa yang berlaku dalam

28 28

PUSAT PERMATApintarTM NEGARA

kehidupan .Bertujuan untuk mendidik masyarakat supaya berhati-hati dan berfikir sebelum melakukan sesuatu perkara .Mempunyai maksud yang jelas. Contoh : biar putih tulang, jangan putih mata; bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat; hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah; cubit paha kanan, paha kiri sakit juga; ditelan mati emak, diluah mati bapak. 4 BIDALAN

Susunan kata-kata yang umum digunakan. Seakan-akan pepatah.Mempunyai nilai, ilmu dan pengajaran.Merangkumi aspek kehidupan, pengajaran dan anutan atau fahaman sesebuah masyarakat .Mempunyai maksud selapis dan tidak mempunyai maksud tersembunyi . Contoh : air tenang jangan disangka tiada buaya; nasi sudah menjadi bubur; malu berkayuh perahu hanyut, malu bertanya sesat jalan; jika kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga; sambilmenyelam minum air; rumah sudah pahat berbunyi. PENERAPAN PERIBAHASA / UNGKAPAN MENARIK DALAM KARANGAN Cara menulis peribahasa dalam karangan adalah seperti berikut: 1. Menggunakan satu tanda petik ... . Tanda petik jenis ini digunakan untuk menyatakan sesuatu tajuk atau bahagian yang difokuskan. Contoh: Peribahasa usaha tangga kejayaan perlu dijadikan pegangan oleh sesiapa sahaja yang ingin mengecapi kejayaan dalam hidup ini. 2. Menggunakan dua tanda petik ... . Tanda dua petik digunakan untuk maksud konsep cakap ajuk atau unsur personifikasi, iaitu seolah-olah `pepatah itu manusia atau orang tua yang memberikan nasihat atau berkata-kata. Contoh: (a) Ibu bapa hendaklah mendidik anak sejak kecil bak kata pepatah,kalau hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya. (b) Orang tua-tua mengatakan, jauh perjalanan, luas pengalaman.(Tiada kata hubung `bahawa') 3. Tanpa menggunakan tanda petik Jika ayat tersebut berbentuk ayat cakap pindah atau keterangan, tanda petik tidak perlu digunakan. Contoh:

29 29

PUSAT PERMATApintarTM NEGARA

(a) Setiap pelajar mestilah berusaha untuk mencapai kejayaan seseorang kerana kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. (b) Ibu bapa sepatutnya menjadi model kepada anak-anak mereka kerana pepatah Melayu mengatakan bahawa bagaimana acuan begitulah kuihnya. (Ada kata hubung `bahawa') CONTOH PENERAPAN PERIBAHASA DALAM AYAT 1. Hal ini bersesuaian dengan peribahasa. 2. Peribahasa Melayu ada menyatakan bahawa... 3. Hal ini jelas dinyatakan dalam peribahasa.. 4. Orang tua-tua pernah berkata 5. Situasi ini boleh diperjelas melalui peribahasa 6. Perkara ini bertepatan dengan maksud peribahasa. 7. Ibu bapa hendaklah mengasuh dan mendidik anak sejak kecil kerana kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya. 8. Sebagai rakyat Malaysia kita mestilah mempertahankan negara kita daripada dijajah oleh musuh bak kata pepatah biar putih tulang jangan putih mata. 9. Kita hendaklah berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam pelajaran demi masa depan kerana usaha tangga kejayaan. 10. Sikap penduduk di taman itu yang selalu berbincang dan bermuafakat untuk melaksanakan sesuatu aktiviti ibarat hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah. 11. Sikap seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing perlu dielakkan, sebaliknya sikap ke bukit sama didaki ke lurah sama dituruni perlulah diamalkan dalam kalangan masyarakat setempat untuk memperkukuh perpaduan. 12. Kita hendaklah menjaga perpaduan yang telah kita bina dengan menghindarkan perkara-perkara yang boleh menimbulkan ketegangan atau kehancuran ibarat telur sesangkak, pecah sebiji pecah semua. 13. Sikap sesetengah rakyat yang menjadi seperti api di dalam sekam menyebabkan pihak asing cuba mencampuri urusan pentadbiran negara kita. 14. Kita janganlah bermain api dalam keadaan negara kita yang aman damai ini kerana seekor kerbau yang membawa lumpur semuanya akan terpalit, iaitu kesilapan yang dilakukan oleh seorang akan menyebabkan semua orang di sekelilingnya ditimpa kesusahan.

30 30

PUSAT PERMATApintarTM NEGARA

15. Kita hendaklah membalas jasa ibu bapa yang telah memelihara dan membesarkan kita supaya kita tidak dikatakan bagai kacang lupakan kulit. SENARAI PERIBAHASA DALAM BUKU TEKS TINGKATAN 4 1. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat. 2. Darah daging Maksud : Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri. 3. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing Maksud : mengalami susah senang bersama-sama. 4. meninggi diri Maksud : Sombong 5. bermuka dua Maksud : Tidak jujur. 6 baik hati Maksud : Bersikap baik dan penyayang (suka menolong). 7. tulang belakang Maksud : Punca kekuatan/ orang harapan 8. bara yang digenggam biar sampai jadi arang Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan. 9. bagai kaca terhempas ke batu Maksud : Sangat sedih atau kecewa. 10. melentur buluh biarlah dari rebungnya Maksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi. 11. duduk sama rendah, berdiri sama tinggi Maksud : dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat 12. seperti lembu dicucuk hidung Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang 13. yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing Maksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu. 14. dayung sudah di tangan, perahu sudah di air Maksud : segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.

31 31

PUSAT PERMATApintarTM NEGARA

15. terang hati Maksud : Lekas pandai. 16. rendah hati Maksud : Tidak sombong 17. murah hati Maksud : Pemurah. 18. tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh. 19. Tangan kosong Maksud : Hampa. SENARAI PERIBAHASA DALAM BUKU TEKS TINGKATAN 5 1. lintah darat Maksud : Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi. 2. bagai aur dengan tebing (N-2010 ) Maksud : Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu. 3. anak dagang Maksud : Orang luar yang datang menetap di sesuatu tempat

4. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri Maksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi. 5. kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai Maksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah 6. indah khabar daripada rupa Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan. 7. hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah(n-2008) Maksud : Pengagihan yang sama banyak. 8. bukit sama didaki, lurah sama dituruni Maksud : Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama. 9. kacang lupakan kulit Maksud : Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat kesenangan. 10. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung (n-2009) Maksud : Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal.

32 32

PUSAT PERMATApintarTM NEGARA

11. masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak (n-2009) Maksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan

12. ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua Maksud : kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya.. 13. memerah otak Maksud : Berfikir dengan bersungguh-sungguh. 14. kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya Maksud : Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah 15. berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian Maksud : Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian hari. 16. yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang Maksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha 17. sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit Maksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga. 18. bak cendawan tumbuh selepas hujan Maksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa. 19. bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat. 20. yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran Maksud : Bernasib malang kerana setelah memperoleh sesuatu, tetapi yang sudah di tangan hilang pula. 21. mencari jalan Maksud : Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara. 22. biar mati anak, jangan mati adat Maksud : orang yang kuat perpegang pada adat. 23.sediakan payung sebelum hujan Maksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana. 24. berbesar hati Maksud : Gembira. 25. anak buah Maksud : a. Anak saudara. b. Pekerja di bawah jagaan kita. 26. tuan rumah Maksud : tempat berlangsungnya sesuatu acara

33 33

PUSAT PERMATApintarTM NEGARA

27. yang lama dikelek, yang baharu didukung Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu. 28. batu penghalang Maksud : Halangan 29 untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikan Maksud : orang lelaki yang merisik bakal isterinya. 30. bagai ikan pulang ke lubuk Maksud : a. Orang yang pulang ke tempat asal. b. Kehidupan yang senang. PERIBAHASA PILIHAN 1 Ada udang di sebalik batu. Berbuat baik kerana ada hajat terselindung 2 Air dicencang tak akan putus. Perpecahan adik-beradik tidak berpanjangan. 3 Air perabung mengalir ke cucur atap. Semua perwatakan ibu bapa diikuti oleh anak-anak. 4 Alang-alang mandi biar basah / alang-alang berdakwat biar hitam.

Apabila melakukan sesuatu kerja, lakukan sampai berjaya walaupun susah. 5 Bagai kerakap di batu, hidup segan mati tak mahu. Orang yang malas berusaha tidak akan berubah selama-lamanya. 6 Batu yang sentiasa bergolek tidak akan mengumpul lumut. Orang yang selalu bertukar kerja (berubah pendirian) tidak akan berjaya. 7 Beraja di mata bersultan di hati. Meletakkan hukum mengikut nafsu sendiri. 8 Berbudi kepada tanah, tanah tidak tipu. Hasil usaha bercucuk tanam pasti berjaya. 9 Berjagung-jagung dahulu sementara padi masak. Sementara beroleh kerja yang kekal buatlah kerja-kerja sementara dahulu.

34 34

PUSAT PERMATApintarTM NEGARA

10

Berpantang mati sebelum ajal. Jangan sengaja mencari nahas (maut).

11

Besar periuk, besarlah keraknya. Semakin berada bertambah boros.

12

Besar sendal daripada gelegar. Lebih berbelanja daripada pendapatan

13

Biar putih tulang jangan putih mata. Rela mati demi mempertahankan hak.

14

Biduk berlalu kiambang bertaut. Perbalahan akan selesai apabila tiada penghasut.

15

Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. Mesti berhati-hati bercakap dalam perkara-perkara yang sulit dan rahsia.

16

Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum balik. Perpecahan sesama ahli keluarga lambat-laun berbaik semula.

17

Cubit paha kanan, paha kiri pun sakit juga. Memberi malu kepada kaum keluarga sendiri akhirnya diri kita pun terasa.

18

Dahan pokah (sekah) dedalu tumpang mati. Mendapat susah apabila hilang tempat bergantung.

19

Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung. Hormat akan tempat kita bernaung (berlindung).

20

Di mana-mana air bertakung di situ ikan berkampung. Di mana-mana tempat berpeluang mencari rezeki orang akan bertumpu.

21

Direndam tak basah direbus tak empuk. Sangat sukar ditewaskan / dilembutkan hatinya.

22

Gajah sama gajah berjuang pelanduk mati di tengah-tengah. Pertembungan antara kuasa besar, rakyat jelata menanggung susah.

35 35

PUSAT PERMATApintarTM NEGARA

23

Harapkan pagar, pagar makan padi. Orang yang tidak memegang amanah.

24

Harapkan sokong, sokong membawa rebah. Orang yang tidak memegang amanah.

25

Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah. Rela mati demi mempertahankan hak.

26 27

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Susah dan senang lebih baik di tanah air sendiri. Ibarat berdagang buluh kasap, hujung hilang pangkal lesap. Menjalankan perniagaan yang belum pasti akhirnya menanggung rugi.

28

Ibarat menarik rambut di dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan terserak. Selesaikan masalah secara baik dan tidak menimbulkan masalah sampingan.

29

Ikutlah resmi padi semakin berisi semakin runduk. Tidak sombong walaupun semakin berada.

30

Jarak panggang dari api. Usaha yang tidak mendatangkan kejayaan.

31

Jauh berjalan luas pandangan, lama hidup luas pengalaman. Ilmu dan pengalaman akan diperoleh apabila sentiasa belajar dan mengembara.

32

Jikalau tiada angin masakan pokok bergoyang. Tidak timbul sesuatu perkara tanpa sebab.

33

Jong pecah yu yang menang. Kejatuhan sesebuah negara memberi untung kepada musuh.

34

Kalah jadi abu, menang jadi arang. Tiada untung berperang sama ada yang kalah atau yang menang.

35

Ke gunung sama didaki, ke lurah sama dituruni. Bermuafakat dan sentiasa bersatu padu. 36 36

PUSAT PERMATApintarTM NEGARA

36

Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi? Perwatakan ibu bapa akan dituruti oleh anak-anak.

37

Keluar daripada mulut harimau masuk ke mulut buaya. Tidak putus-putus dilanda bahaya (musibah).

38

Kerana nila setitik habis susu sebelanga. Rosak maruah masyarakat kerana keburukan seseorang.

39 40

Kerja bertangguh tak menjadi, kerja beransur tak bertahan. Sesuatu urusan tidak akan selesai jikalau selalu bertangguh. Keruh di muara kerana di hulu keruh juga. Rosak akhlak anak-anak akibat salah didikan ibu bapa.

41

Lempar batu sembunyi tangan Perbuatan yang tidak bertanggungjawab.

42

Lesung sama antan bertelingkah, ayam yang kenyang. Bergaduh sesama adik-beradik, musuh yang mendapat habuan.

43

Ludah ke langit jatuh atas batang hidung sendiri. Perbuatan menjatuhkan maruah keluarga sendiri, akhirnya kita yang mendapat malu.

44

Luka hilang parut tetap tinggal. Perasaan terluka tetap ada walaupun sudah berbaik-baik.

45

Lunak gigi daripada lidah. Manis tutur kata apabila berhajatkan sesuatu.

46

Macam mentimun dengan durian, digelek luka, menggelek pun luka. Orang berkuasa tetap mengatasi orang lemah sama ada benar ataupun salah.

47

Macam melukut di tepi gantang. Terasing dan tidak dipedulikan.

48

Menahan lukah di pergentingan. Mencari untung pada saat-saat kesusahan. 37 37

PUSAT PERMATApintarTM NEGARA

49

Mencurah air ke daun keladi. Nasihat yang tidak berbekas.

50

Mencurahkan garam ke laut. Berbudi kepada si kaya tiada berguna.

51

Mendengar guruh di langit, air di dalam tempayan dicurahkan. Mengharapkan sesuatu untung yang belum pasti, harta yang ada diboroskan.

52 53

Panas setahun basah bumi oleh hujan sehari. Selama-lama kebaikan musnah dek sekali tersalah langkah. Patah sayap bertongkat paruh. Gigih berusaha walaupun kudrat terhad.

54

Patah tumbuh hilang berganti. Memperoleh ganti yang sama dengan yang sebelumnya.

55

Pepat di luar rencong di dalam. Sikap yang tidak jujur.

56

Pipit sama pipit, enggang sama enggang. Tidak sama antara golongan berdarjat dengan golongan bawahan.

57

Pisang berbuah dua kali. Mengulangi kesilapan yang sama.

58

Pucuk dicita ulam mendatang / orang mengantuk disorongkan bantal. Memperoleh habuan serta merta atas perkara yang amat diingini.

59

Pukul anak sindir menantu. Mengata-ngata orang, tetapi sebenarnya perkataannya itu ditujukan kepada orang lain.

60

Rosak bawang ditimpa jambak. Rosak anak-anak kerana perbuatan ibu bapa.

61

Sehari selembar benang lama-lama menjadi kain. Walaupun dilakukan sedikit demi sedikit akhirnya selesai. 38 38

PUSAT PERMATApintarTM NEGARA

62

Sekali air bah, sekali pantai berubah. Apabila bertukar pemimpin, berubahlah stail kepemimpinannya.

63

Seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Hidup yang hanya mementingkan diri sendiri

64

Sepuluh jong masuk kuala anjing tetap bercawat ekor. Orang yang berfikiran tertutup dan tidak boleh menerima kemajuan.

65 66

Serumpun bak serai, sesusun bak sirih. Hidup yang saling bermuafakat. Sudah jatuh ditimpa tangga. Bencana yang bertimpa-timpa

67

Tak akan buaya menolak bangkai. Orang jahat tetap memilih kejahatan.

68

Tak dapat tanduk telinga dipulas. Menggunakan pelbagai helah untuk memenuhi hajat.

69

Tangan yang menghayun buaian memerintah dunia. Jasa ibu terlalu besar terhadap masa depan anak-anak.

70

Tepuk air di dulang percik ke muka sendiri. keluarganya, maka diri sendiri juga yang dapat malu.

71

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Keterlanjuran tutur kata amat buruk padahnya.

72

Tidak Iari gunung dikejar, hilang kabus tampaklah juga. Sikap yang hanya menunggu tidak akan mendapat apa-apa faedah.

73

Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Habuan atau nasib kadang-kadang bergantung kepada tuah.

74

Telunjuk lurus kelengkeng berkait. Sikap yang bermuka-muka dan tidak jujur. 39 39

PUSAT PERMATApintarTM NEGARA

KATA-KATA HIKMAT Aristotle

Tamadun sebenar sesuatu bangsa itu bukan terletak pada kesuburan tanahnya, tetapi kepada jiwa rakyatnya yang merdeka. Bill Gates Sekiranya kita mahu berubah selepas orang lain sudah berubah, sebenarnya kita tidak berubah. Charles Fourier Tinggi rendahnya darjat bangsa itu bergantung kepada ketinggian darjat kaum wanitanya. Hamka Hairan melihat setiap hari orang menyisir rambutnya tetapi tidak pernah menyisir otaknya, memperkemaskan dadanya tetapi tidak mencuci hatinya, digosok kasutnya tetapi tidak akalnya. Sesuatu kuasa apabila sudah berada terlalu tinggi, itulah petanda bahawa masa untuk jatuh sudah tiba. Wanita yang baik budi pekertinya adalah laksana matahari yang memancar pada waktu fajar bagi orang yang menunggu kedatangan siang. Hukama Orang yang mempunyai kekuatan peribadi ialah orang yang kuat kemahuannya dan sanggup melaksanakan sesuatu dengan tabah dan tekun mengikut prinsip yang dipegangnya. Imam al Ghazali Untuk mengenal wajah lihatlah pada cermin, untuk mengenal peribadi bercerminlah pada wajah. Nabi Muhammad Sebaik-baik umatku ialah mereka yang banyak manfaatnya. Berilah sesuatu walaupun sebuah senyuman sudah memadai daripada mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati. Socrates Terlalu banyak bercakap kerap kali membawa kekesalan, tetapi diam itu membawa keselamatan. Sukarno Sekiranya aku diberikan 10 orang peria, aku mampu menggoncangkan dunia ini, tetapi jikalau diberikan 100 orang tua aku pasti jatuh (tewas).

40 40

PUSAT PERMATApintarTM NEGARA

Tao

Jikalau kamu hendak hidup setahun tanamlah gandum, jikalau kamu hendak hidup sepuluh tahun tanamlah pokok, dan jikalau kamu hendak hidup selama-lamanya tanamlah jiwa manusia. William Shakespeare Berhati-hatilah dengan cemburu. Cemburu ialah raksasa yang mengejikan daging yang dimakan sendiri olehnya. PENANDA WACANA (i) Fungsi :

(a) Menyambungkan ayat dengan ayat, (b) Menghubungkan perenggan dengan perenggan, agar berlaku kesinambungan antara ayat dan perenggan serta ayat menjadi gramatis. (ii) A. Contoh Penanda Wacana Bahasa Melayu : Penanda wacana memulakan karangan

a. Pada era globalisasi ini b. Dewasa ini c. Pada masa ini d. Dasawarsa ini e. Belakangan ini B. Penanda wacana untuk ayat pertama setiap perenggan

a. Sebagaimana yang kita ketahui b. Lazimnya dalam keadaan c. Umum mengetahui bahawa d. Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa e. Sementara itu f. Pada waktu yang sama C. Penanda wacana huraian isi karangan

a. Hal ini demikian kerana 41 41

PUSAT PERMATApintarTM NEGARA

b. Dalam konteks ini c. Dengan berbuat demikian d. Bertitik tolak daripada itu e. Hal ini bersangkut paut dengan D. Penanda wacana bagi menerangkan huraian/pendapat yang berbeza

a. Walau bagaimanapun b. Kontradiksinya c. Jika dilihat dari sudut lain d. Di sebalik itu e. Namun demikian E. Penanda wacana untuk menyatakan contoh

a. Sebagai contohnya b. Sebagai analoginya c. Misalnya d. Tamsilnya e. Biar kita ambil contoh F. Penanda wacana untuk menunjukkan statistik

a. Berdasarkan perangkaan terkini yang diperoleh, didapati sebanyak b. Statistik yang sahih lagi tepat telah dikeluarkan oleh kementerian pada tahun menunjukkan bahawa sebanyak G. Penanda wacana menghuraikan contoh

a. Jelaslah bahawa b. Oleh itu c. Maka d. Hal ini menyebabkan e. Hal ini menunjukkan 42 42

PUSAT PERMATApintarTM NEGARA

H.

Penanda wacana menutup isi

a. Kesannya b. Natijahnya c. Dengan berbuat demikian d. Justeru I. Penanda wacana untuk kesimpulan karangan

a. Sudah terang lagi bersuluh b. Intihanya (Sebagai intiha) c. Kesimpulannya d. Dengan ini diharapkan e. Konklusinya PENGGUNAAN PENANDA WACANA DALAM KARANGAN Tajuk : Langkah-langkah untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat lebih berkesan sekiranya dimulakan dari rumah. Bincangkan peranan yang dapat dimainkan oleh ibu bapa dalam usaha menyemai semangat perpaduan yang jitu dalam diri anak-anak CONTOH APLIKASI PENANDA WACANA DALAM BAHAGIAN PENDAHULUAN Belakangan ini, semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia sudah semakin luntur. Dari segi konsepsinya, semangat perpaduan boleh ditakrifkan sebagai kerjasama antara satu sama lain tanpa mengira kaum, bangsa dan agama. Semangat perpaduan sememangnya cukup penting dalam mendepani dunia yang semakin mencabar pada hari ini sehinggakan masyarakat lebih suka membuat hal sendiri. Hal ini bertepatan dengan peribahasa Melayu, bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Menurut Tun Abdullah Ahmad Badawi, untuk mewujudkan masyarakat Hadhari, perpaduan antara kaum harus dipupuk terlebih dahulu pada peringkat akar umbi. Oleh itu, ibu bapa mestilah menyemai semangat perpaduan dalam diri anak-anak supaya mereka menyedari kepentingan semangat perpaduan dalam konteks Satu Malaysia. CONTOH APLIKASI PENANDA WACANA DALAM BAHAGIAN ISI Antara peranan ibu bapa ialah menjadi suri teladan kepada anak-anak melalui hubungan mereka dengan jiran tetangga. Dengan kata lain, perlakuan ibu bapa memberi pengaruh yang kuat terhadap sikap anak-anak mereka. Hal ini bertepatan dengan peribahasa Melayu yang menyatakan, anak-anak ibarat kain putih dan ibu bapalah yang mencorakkannya. Selain itu, tingkah laku ibu bapa merupakan elemen didikan tidak formal bagi mengukuhkan sikap positif dalam diri anak-anak. Menurut Datuk Dr. 43 43

PUSAT PERMATApintarTM NEGARA

Fadzillah Kamsah, sebanyak 70 peratus masalah sosial dalam kalangan remaja berpunca daripada suri teladan tidak baik yang dipamerkan oleh ibu bapa di rumah. Di samping itu, ibu bapa boleh menunjukkan nilai perpaduan dengan jiran tetangga melalui amalan ziarah, tolong-menolong, bertoleransi dan menjaga kepentingan jiran. Secara tuntas, ibu bapa yang berjaya menunjukkan suri teladan yang baik kepada anak-anak mampu merapatkan dan mengukuhkan hubungan dengan jiran. CONTOH APLIKASI PENANDA WACANA DALAM BAHAGIAN KESIMPULAN Akhirul kalam, perpaduan kaum di Malaysia amat penting dalam membina impian masa depan yang gemilang. Semoga ibu bapa tidak memandang enteng keperluan semangat perpaduan dalam jiwa anak-anak. Sesungguhnya, generasi yang berketerampilan, bersahsiah mulia dan berilmu perlu dijana untuk melahirkan pemimpin pelapis pada masa akan datang. Sememangnya, perpaduan perlu menjadi cerucuk utama pembangunan sesebuah negara. Oleh itu, kita perlu mengorak langkah dengan memberi sokongan dan dokongan kepada ibu bapa dalam usaha pembentukan masyarakat sakinah. Tegasnya, jika semua pihak bersinergi mewujudkan perpaduan kaum nescaya segala impian akan menjadi kenyataan. KARANGAN BERFORMAT BAHASA MELAYU SPM (1103/1)
BIL 1 Surat Kiriman Rasmi JENIS KARANGAN FORMAT Alamat (di sebelah kiri) Menghadap surat Tarikh Tajuk Penutup Tandatangan Alamat ( di sebelah kanan) Menghadap surat Tarikh Penutup Tandatangan Tajuk Nama Penulis Tuan/puan di tengah-tengah( syarahan/ ucapan/ ceramah/ pidato ) Penutup Nama buku Nama pengarang Nama penerbit Nama pengulas Tajuk drama Watak Latar Dialog Tajuk Cerpen Nama Penulis Pengenalan Wawancara/ Forum Bentuk dialog Tajuk Nama pelapor Menghadap majlis

Surat Kiriman Tidak Rasmi

3 4

Rencana Syarahan/ Ucapan/ Ceramah/ Pidato Ulasan Buku

Drama

7 8 9 10

Cerpen Wawancara/ Forum Laporan Bahas Ala Parlimen

44 44

PUSAT PERMATApintarTM NEGARA

Pembentangan kes Kata sapaan (Yang berhormat) Penutup

CONTOH KARANGAN CEMERLANG (PENANDAAN) 1 Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri. Budaya kuning yang kian menular umpama virus epidemik dalam masyarakat telah menyebabkan mereka semakin alpa dan lalai tentang tanggungjawab mereka terhadap tanah air tercinta ini. Era globalisasi sejajar dengan arus pemodenan telah mengaburi mata setiap individu untuk mengutamakan kesejahteraan negara. Nilai materialistik dan individualistik yang menguasai jiwa masyarakat telah menyukarkan usahausaha kerajaan untuk menyuburkan semula semangat perpaduan atau nasionalisme yang semakin luntur .Setiap rakyat Malaysia memikul tanggungjawab yang berat untuk menghidupkan nilai perpaduan, kesyukuran dan taat setia rakyat kepada raja dan negara yang begitu syumul pada suatu masa dahulu. Sebagai warganegara yang mendukung nilai cinta akan negara, kita perlu mengamalkan prinsip bertolak ansur dalam kehidupan seharian. Dalam masyarakat majmuk ini, sikap toleransi amat diperlukan dalam mengukuhkan kesejahteraan negara. Integrasi nasional mampu dicetuskan sekiranya setiap rakyat dapat memahami satu sama lain tanpa mengira kekurangan dan kelebihan kaum lain. Hanya amalan bersatu teguh, bercerai roboh yang harus disematkan dalam sanubari setiap rakyat Malaysia.Kesepakatan yang utuh dalam masyarakat mampu menangani segala anasir subversif yang ingin mengucar-ngacirkan keamanan dan kesejahteraan negara. Pelbagai jenis perayaan yang disambut oleh rakyat Malaysia sepanjang tahun. Oleh itu, setiap rakyat Malaysia bolehlah bertindak mengunjungi rumah rakan yang berlainan kaum sewaktu musim perayaan. Lebih-lebih lagi, kerajaan juga melaksanakan program rumah terbuka pada setiap perayaan. Rakyat Malaysia boleh bertindak mengunjungi dan melibatkan diri dalam usaha-usaha yang diambil oleh kerajaan untuk memupuk nilai perpaduan. Hal ini kerana aktiviti sebegini dapat membuka mata dan memberi peluang kepada rakyat untuk memahami budaya dan adat resam kaum lain supaya tidak menjadi seperti katak di bawah tempurung. Sementelahan, rakyat yang berminda murni dan berwatak mithali merupakan hasrat negara. Ibu bapa menjadi suri teladan dalam mendidik dan membentuk generasi pewaris yang mempunyai lahiriah dan rohaniah yang cukup ampuh dan jitu. Merujuk kepada Rukun Negara, hasrat pertama ialah Kepercayaan Kepada Tuhan. Hal ini menunjukkan masyarakat yang beragama mudah dibentuk oleh kerajaan. Dengan itu, ibu bapa berperanan memberikan didikan agama berbentuk pendidikan tidak formal untuk anak-anak. Kepatuhan kepada ajaran agama mampu melahirkan rasa kesyukuran dalam diri setiap rakyat Malaysia lantas memberi jaminan kepada kesejahteraan negara. Bertitik tolah daripada perkara di atas, setiap waris negara perlu berusaha melengkapkan diri dengan bekalan ilmu agama yang mencukupi agar dapat menangkis segala kepincangan sosial dan kemelut jiwa kerana hanya jauhari mengenal manikam. Kita tidak boleh memandang sebelah mata kesan kegoyahan institusi agama terhadap keamanan dan kesejahteraan negara. Setiap individu perlu sentiasa bersyukur kerana dapat menghirup udara di bumi merdeka ini hasil perjuangan para 45 45

PUSAT PERMATApintarTM NEGARA

nasionalis negara. Tegasnya, walaupun kini dunia telah mencapai tahap dunia tanpa sempadan, namun kita mesti sedar akan kepentingan agama dalam usaha membangunkan negara. Tak kenal maka tak cinta. Generasi pewaris terutamanya pelajar yang bakal menerajui tampuk kepimpinan harus peka dan prihatin terhadap mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dan mata pelajaran Sejarah yang diajar di sekolah. Dasar pendidikan ini bertindak sebagai serampang dua mata untuk mendidik modal insan yang berilmu dan memiliki semangat patriotik yang tinggi. Pelajar haruslah berusaha untuk memahami segala inti pati nilai-nilai murni yang cuba disampaikan oleh kedua-dua mata pelajaran ini. Pendidikan merupakan pendekatan terbaik untuk menerapkan erti kepentingan kesejahteraan negara. Tambahan pula, pelajar harus melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang dianjurkan bertujuan untuk memupuk semaangat kerjasama antara satu sama lain. Pelajar juga perlu berusaha sedaya upaya untuk mengekalkan keamanan negara supaya nostalgia dan memorabilia sewaktu kita dijajah dahulu, kekal dalam lipatan sejarah. Nilai taat setia kepada rakyat dan negara boleh dihayati melalui peristiwa-peristiwa lampau melalui pembacaan buku sejarah kerana sejarah bukan bertujuan untuk dihafal tetapi untuk diselami dan difahami. Izharnya, sesebuah negara tidak akan duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara maju tanpa kesepakatan dan tanggungjawab yang dipikul oleh setiap golongan dalam mengekalkan keamanan negara. Ingatlah bahawa air mata dan titik peluh yang menitis pada hari ini akan menjadi mutiara kejayaan pada hari esok. Usaha kita tidak sia-sia sekiranya kita berkolaborasi dengan setiap pihak untuk menjulang negara ke puncak jagat. Tiada pihak yang boleh berpeluk tubuh dalam impian negara untuk mashyur dan disegani di seantero dunia. Majukan negara berpaksikan visi dan misi serta kesejahteraan negara agar bangsa kita tidak dibelenggu kejahilan dalam mengejar aspirasi negara iaitu Wawasan 2020 yang meletakkan negara di puncak kejayaan. CONTOH KARANGAN BAIK (PENANDAAN) 2 Semangat patriotik merujuk kepada semangat kebangsaan dan sikap cinta akan negara. Negara Malaysia amat digeruni dan dihormati oleh negara-negara luar yang lain. Hal ini kerana, perpaduan yang dikecapi walaupun berlainan bangsa, warna kulit dan agama. Semangat cinta akan negara tetap utuh di dalam hati setiap rakyat Malaysia. Setiap rakyat Malaysia harus memainkan peranan yang penting dalam menjamin kesejahteraan negara seperti bertegur sapa dengan jiran walaupun jiran itu bukan sebangsa dengan kita. Hal ini kerana, hubungan yang erat dapat dibentuk dan dapat melahirkan bangsa yang menghormati bangsa lain. Selain itu, peranan setiap rakyat Malaysia dalam menjamin kesejahteraan negara iaitu tidak membuat kekecohan di dalam negara. Apabila kekecohan berlaku, ini mengakibatkan pergaduhan terjadi. Pelancong yang melancong di negara ini akan merasa takut dan mereka akan balik ke negara mereka dengan segera. Aktiviti pelancongan negara akan terjejas dan hasil pendapatan negara berkurangan akibat kekecohan yang berlaku.

46 46

PUSAT PERMATApintarTM NEGARA

Seterusnya, setiap bangsa mestilah mengadakan rumah terbuka apabila perayaan utama setiap bangsa menjelang tiba. Apabila rumah terbuka diadakan, bangsa lain turut dijemput untuk memeriahkan majlis tersebut. Mereka akan bersalam-salaman dan bermaaf-maafan antara mereka. Secara tidak langsung, perpaduan telah diwujudkan. Antara peranan lain ialah setiap rakyat Malaysia haruslah bersyukur atas nikmat yang telah dikecapi selama ini. Tanpa pemimpin-pemimpin, pejuang-pejuang yang sanggup menggadai nyawa mempertahankan tanah air, kehidupan kita akan menderita dan sengsara sehingga kini. Tetapi, dengan kebijaksanaan pemimpin kita telah bebas daripada penjajah sehingga ke hari ini. Di samping itu, subjek Sejarah yang kita pelajari di sekolah bertujuan mengenang jasa dan menyanjungi para pemimpin dan pejuang yang berjuang demi tanah air tercinta. Tambahan pula, setiap rakyat harus taat dan setia kepada raja dan negara. Hal ini kerana, apabila setiap rakyat taat setia kepada raja dan negara, perasaan cinta akan tanah air akan wujud. Setiap warganegara mestilah mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Apabila rakyat mematuhi undangundang, kesejahteraan negara terjamin Akhir sekali, perpaduan kaum mestilah diterapkan pada setiap rakyat. Selaras dengan Gagasan 1Malaysia, rakyat didahulukan pencapai diutamakan akan tercapai jikalau setiap rakyat mengamalkan konsep rukun negara dan perpaduan kaum yang erat agar kesejahteraan negara Malaysia terjamin. KERANGKA PENULISAN KARANGAN BAHAGIAN B ANALISIS SOALAN: Tema : Format : Tugasan : PENDAHULUAN: Ayat Rangsangan : Ayat Keterangan: Ayat Arah : PERENGGAN ISI : Contoh

Isi

Huraian

Peribahasa/Ungkapan Menarik

KESIMPULAN : Rumusan Umum : Ayat Pandangan : Ayat Cadangan : Ayat Harapan : 47 47

PUSAT PERMATApintarTM NEGARA

TEKNIK MENJAWAB SOALAN KERTAS 2 SOALAN 1: RUMUSAN

Markah penuh 30 dibahagikan kepada: Isi 20 markah Bahasa 10 markah Panduan mengira perkataan

Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan: nama khas (Kota Bharu) perkataan berulang/kata ganda (cara-cara) penggunaan kata depan di dan ke (di sana, ke atas) tarikh yang ditulis dengan ayat atau angka angka yang ditulis dengan nombor atau perkataan gelaran (Yang Amat Berhormat) Jawapan calon akan diperiksa setakat 120 perkataan sahaja, yang selebihnya tidak akan diperiksa. Isi yang tepat dan lengkap sahaja akan diberi markah. MULAKAN RUMUSAN DENGAN Petikan membincangkan Ditulis dalam satu ayat sahaja JANGAN ADA PERKATAAN tentang SELEPAS Petikan membincangkan Sinonim perkataan selepas tentang dalam soalan Contoh sinonim: kesan/akibat/implikasi langkah-langkah/cara-cara/usaha-usaha/strategi masalah/halangan/kekangan faedah/kepentingan/manfaat/ kebaikan/keistimewaan Faktor-faktor/punca-punca/sebab-sebab Tujuan/matlamat/objektif Ciri-ciri/kriteria

1. 2. 2. 3.

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang tindakan mengatasi masalah disiplin murid di sekolah dan kesan masalah itu kepada negara. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan Rumus: Subjek + sinonim + tema + sasaran + lokasi Subjek Sinonim Tema Sasaran Lokasi : : : : : Petikan membincangkan langkah-langkah menangani masalah disiplin dalam kalangan murid di sekolah 48 48

PUSAT PERMATApintarTM NEGARA

Contoh Pendahuluan: Petikan membincangkan langkah-langkah menangani masalah disiplin dalam kalangan murid di sekolah. Kaedah Penandaan Isi Tersurat: Pada masa ini, Kementerian Pelajaran Malaysia sedang berusaha untuk memperkasakan pendidikan di negara kita kerana pendidikanlah yang akan menentukan hala tuju sesebuah negara. Menerusi pendidikan juga kita akan dapat melahirkan pemimpin yang berwibawa, berkaliber dan kental jati diri. Walau bagaimanapun, hasrat murni kementerian ini menghadapi beberapa kekangan, antaranya termasuklah masalah disiplin murid di sekolah-sekolah. Untuk menangani masalah ini, kementerian telah menubuhkan Jawatankuasa Petugas Khas Menangani Gejala Disiplin. Sehingga penghujung tahun 2004, sebanyak 250 pendapat awam diterima di samping ratusan aduan yang dikategorikan dalam masalah salah laku murid. Tindakan lain yang diambil oleh Kementerian Pelajaran adalah dengan membuka talian penting dan e-mel untuk mangsa buli dan keganasan di sekolah. Dengan cara ini, Kementerian Pelajaran akan mendapat maklumat tentang masalah disiplin dengan lebih tepat. Ibu bapa dan orang awam boleh membuat aduan tentang masalah disiplin murid. Selain itu, maklumat boleh disalurkan menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) kepada pegawai yang bertanggungjawab. Bagi menangani masalah disiplin yang berat, pihak sekolah dibenarkan untuk mendapatkan bantuan daripada polis. Sekiranya perlu, pihak polis dibenarkan untuk menahan murid yang berada di luar kawasan sekolah pada waktu persekolahan. Kementerian Pelajaran telah mengingatkan pihak sekolah bahawa mereka boleh dikenakan tindakan tatatertib jika menyembunyikan kes disiplin yang berlaku di sekolah masing-masing. Hal ini demikian kerana Kementerian Pelajaran menerima laporan bahawa terdapat pihak pentadbir sekolah terutamanya sekolah yang berstatus elit, cuba menutup kes disiplin di sekolah mereka. Sebenarnya masalah disiplin yang berlaku ini boleh ditangani menerusi prosedur yang sedia ada seperti mengenakan hukuman rotan, denda, gantung sekolah dan buang sekolah. Namun demikian, sebelum hukuman dikenakan, setiap kes itu mestilah disiasat puncanya terlebih dahulu. Tindakan ini diambil supaya kita dapat berlaku adil kepada murid tersebut kerana ada murid yang melakukan kesalahan disiplin semata-mata kerana ingin akan perhatian dan mereka sebenarnya bukan penjenayah. Kita akui bahawa masa depan negara amat bergantung pada kejayaan dan kemantapan sistem pendidikan. Kemantapan ini pula bergantung pada kecemerlangan kakitangan Kementerian Pelajaran melaksanakan peranan masing-masing. Dengan itu, akan tercapailah hasrat negara untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Contoh Penulisan Isi Tersurat: Antaranya ialah Kementerian Pelajaran telah menubuhkan Jawatankuasa Petugas Khas Menangani Gejala Disiplin (S1). Kementerian Pelajaran juga membuka talian penting dan e-mel untuk mangsa buli dan keganasan di sekolah (S2). Seterusnya Ibu bapa dan orang awam boleh membuat aduan tentang masalah disiplin murid (S3). Maklumat boleh disalurkan menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) kepada pegawai yang bertanggungjawab (S4). Sekolah dibenarkan untuk

49 49

PUSAT PERMATApintarTM NEGARA

mendapatkan bantuan daripada polis (S5). Masalah disiplin boleh ditangani menerusi prosedur yang sedia ada. (S8) Kaedah Menulis Isi Tersirat: Rujuk Tugasan Soalan Bahagian 2: Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang tindakan mengatasi masalah disiplin murid di sekolah dan kesan masalah itu kepada negara. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan Kesan masalah itu kepada negara ialah... T1 T2 T3 T4 T5 T6 T7 Pelaburan negara dalam bidang pendidikan tidak setimpal dengan hasil yang Menjejaskan matlamat negara untuk melahirkan warganegara yang baik Guru mengambil masa yang banyak untuk mengendalikan masalah disiplin Kejadian jenayah meningkat Imej negara terjejas di mata dunia Pembangunan negara tidak seimbang Amalan berbudi bahasa diabaikan oleh kebanyakan rakyat diperoleh

Contoh Isi Tersurat: Kesan masalah itu kepada negara ialah kejadian jenayah akan semakin meningkat (T4) dan imej negara pula akan terjejas di mata dunia (T5). Selain itu pembangunan negara menjadi tidak seimbang (T6) dan amalan berbudi bahasa diabaikan oleh kebanyakan rakyat (T7). [Anda boleh menyenaraikan 4 isi tersirat seperti yang di atas asalkan jumlah perkataan keseluruhan tidak melebihi 120 patah perkataan] Panduan Menulis Kesimpulan: Ditulis dalam satu ayat sahaja {Saranan] + [Harapan] Kesimpulannya semua pihak mestilah bekerjasama untuk menangani masalah disiplin supaya kita dapat mewujudkan sebuah negara yang sejahtera. Contoh Rumusan Yang Lengkap Petikan membincangkan langkah-langkah menangani masalah disiplin dalam kalangan murid di sekolah. Antaranya ialah Kementerian Pelajaran telah menubuhkan Jawatankuasa Petugas Khas Menangani Gejala Disiplin. Kementerian juga membuka talian penting dan e-mel untuk mangsa buli dan keganasan di sekolah. Seterusnya Ibu bapa dan orang awam boleh membuat aduan tentang masalah disiplin murid. Maklumat boleh disalurkan menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) kepada pegawai yang

50 50

PUSAT PERMATApintarTM NEGARA

bertanggungjawab. Sekolah dibenarkan untuk mendapatkan bantuan daripada polis. Masalah disiplin boleh ditangani menerusi prosedur yang sedia ada Kesan masalah itu kepada negara ialah kejadian jenayah akan semakin meningkat dan imej negara pula akan terjejas di mata dunia. Selain itu pembangunan negara menjadi tidak seimbang dan amalan berbudi bahasa diabaikan oleh kebanyakan rakyat. Kesimpulannya semua pihak mestilah bekerjasama untuk menangani masalah disiplin agar kita dapat mewujudkan sebuah negara yang sejahtera. (120 patah perkataan) TEKNIK 2 Jawab soalan ini dulu kerana inilah lubuk markah. Saya cadangkan 10 patah kata untuk pendahuluan, 70 kata untuk isi tersurat, 25 patah kata untuk isi tersirat dan 15 patah kata untuk kesimpulan. Rancang perenggan anda dengan teliti. Untuk pendahuluan, sila semak kata-kata sinonim untuk faktor, kepentingan, kesan dan sebagainya. Apakah makna perkataan ini? Natijah, kekangan, kemaslahatan, manfaat, gejala, strategi, . Sila cari makna yang tepat daripada kamus dewan. Mulakan isi tersurat dengan (rujuk soalan, katakanlah faktor) Salah satu faktor keracunan makanan ialah (isi pertama). Selain itu, (isi ke-2), Seterusnya, (isi ketiga), Seperkara lagi, (isi ke4), malahan (isi ke-5). Di samping itu(isi ke-6) dan juga, (isi ketujuh). Justeru bukan penanda wacana. Kalau isi tersurat dah tulis 6, kira jumlah kata. Kalau baru 60, boleh tambah satu isi lagi. Kalau sudah 65 ke atas, semak semula kalau-kalau ada perkataan yang tak perlu untuk dibuang dan boleh tambah satu isi lagi. Kalau tidak, ada teruskan saja ke perenggan seterusnya iaitu menuliskan isi tersirat. Mulakan isi tersirat dengan menuliskan kembali soalan untuk isi tersirat. contohnya usaha-usaha untuk mengatasi keracunan makanan. Contoh: usaha-usaha untuk mengatasi keracunan makanan ialah (isi 1) dan (isi 2). Kalau belum cukup 25 patah kata, boleh tambah isi. Selain itu, (isi 3). Kesimpulan hendaklah satu ayat sahaja yang terdiri daripada 2 unsur. Unsur pertama ialah cadangan anda iaitu apa/siapa yang patut melakukan sesuatu. Unsur kedua ialah mengapa cadangan itu patut dilaksanakan/kesan daripada cadangan itu. Contoh: Kesimpulannya, semua pihak harus bekerjasama untuk mengelakkan keracunan makanan (unsur pertama) agar keselamatan awam terjamin. (unsur kedua). Kira balik jumlah perkataan dan kalau sudah berpuas hati, tuliskan jumlah perkataan yang benar di bawah rumusan anda. Ingat, di samping itu dikira 2 perkataan. (di dan ke tidak dikira) Nama khas, walau panjang mana sekalipun dikira 1 perkataan dan kata ganda juga 1 perkataan. Contoh Soalan : Baca petikan yang diberi di bawah, kemudian buat satu rumusan tentang faktor-faktor yang menyebabkan Malaysia menjadi tumpuan pekerja asing dan kesan-kesannya. Panjang rumusan tidak melebih 120 patah perkataan.

51 51

PUSAT PERMATApintarTM NEGARA

Kebanyakan media menganggarkan jumlah pekerja asing di negara kita telah melebihi dua juta orang. Daripada jumlah tersebut, sebahagian besarnya pula adalah bertumpu di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Johor Bahru. Kebanyakan daripada mereka adalah pendatang asing yang datang dari negara jiran seperti Indonesia, Myanmar, Bangladesh dan Nepal. Tumpuan mereka adalah dalam sektor pembinaan, perindustrian, perladangan dan pembantu rumah. Kedatangan golongan ini sedikit sebanyak telah memberi kesan negatif khususnya dalam segi pekerjaan penduduk tempatan dan pembangunan negara. Sebab utama mereka bertumpu ke negara kita adalah untuk mendapatkan peluangpekerjaanyanglebihbaikberbandingdengandinegaraasalmereka. Selain itu, matlamat utama mereka bertumpu ke Malaysia adalah disebabkan banyak pekerjaan yang terdapat di sini memberi pendapatan yang tinggi. Rata-rata golongan ini mampu memperoleh pendapatan sehingga ribuan ringgit sebulan. Daripada jumlah tersebut, sebahagian besarnya akan dikirimkan kepada keluarga mereka yang menetap di negara asal. Ini ditambah pula dengan keadaan negara kita yang aman dan makmur, telah menggalakkan mereka bertumpu ke Malaysia. Hal ini amat berbeza sekali dengan keadaan di negara asal mereka seperti Indonesia, Bangladesh dan Nepal yang kerap berlaku pergolakan politik dan peperangan. Justeru, walaupun banyak usaha yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia untuk mengekang kebanjiran pendatang asing ini, namun jumlah mereka semakin bertambah. Selain faktor di atas, kebanjiran pendatang asing di negara kita turut disebabkan oleh permintaan yang tinggi terhadap buruh asing dari luar negeri olehmajikan di Malaysia. Hal ini kerana pendatang asing sanggup menerima upah yang lebih rendah berbanding dengan buruh tempatan. Keadaan ini ditembah pula oleh sikap pekerja tempatan yang lebih gemar memilih pekerjaan dengan gaji yang tinggi. Lebih menyulitkan keadaan, ada pihak di negara kita yang memberi perlindungan kepada pekerja asing sehingga menggalakkan mereka bertumpu di Malaysia. Ini menyebabkan pendatang asing berasa selamat bekerja di sini walaupun sebahagiannya tidak memiliki permit. Sikap negatif penduduk tempatan ini telah banyak menyebabkan operasi membanteras pekerja asing tanpa permit menemui kegagalan. Memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara yang dikelilingi oleh lautan, keadaan pantainya yang terlalu luas menyebabkan kawalan daripada pihak berkuasa menjadi terhad. Sebagai contohnya, sepanjang pantai barat Semenanjung Malaysia menjadi kawasan pendaratan pekerja asing tanpa permit untuk bekerja di Malaysia. Tambah merumitkan keadaan, jabatan yang ditugaskan untuk mengawal kebanjiran pekerja asing itu masih mengalami kekurangan penguatkuasa bagi menjalankan rondaan dan serbuan. Situasi ini telah menyebabkan ramai pekerja asing yang memasuki negara kita secara tidak sah, bebas tanpa berjaya dikesan. Kebanyakan rondaan yang dilakukan gagal menemui pekerja asing tersebut yang sebahagian besarnya menjadikan Selat Melaka sebagai laluan yang selamat untuk ke negara kita. Oleh sebab jumlah mereka yang terlalu ramai telah memberi kesan yang amat parah, penguatkuasaan perlulah lebih kerap dilakukan. Untuk tujuan tersebut, kerajaan turut menggunakan tenaga RELA bagi menjalankan rondaan dan tangkapan terhadap pekerja asing tanpa permit. Mereka yang ditangkap akan ditempatkan di pusat-pusat tahanan sebelum didakwa dan dihantar pulang ke negara asal mereka. Usaha ini bukan sahaja memerlukan kos yang tinggi malah merugikan negara

52 52

PUSAT PERMATApintarTM NEGARA

Pendahuluan

Petikan membincangkan sebab-sebab yang mendorong Malaysia menjadi tumpuan pekerja asing.

1 2 3 4 5 6 7

Isi-isi Tersurat peluang pekerjaan yang lebih baik berbanding dengan di negara asal mereka. banyak pekerjaan yang terdapat di sini memberi pendapatan yang tinggi keadaan negara kita yang aman dan makmur permintaan yang tinggi terhadap buruh asing dari luar negeri oleh majikan di Malaysia ada pihak di negara kita yang memberi perlindungan kepada pekerja asing keadaan pantainya yang terlalu luas menyebabkan kawalan daripada pihak berkuasa menjadi terhad kekurangan penguatkuasa bagi menjalankan rondaan dan serbuan Isi-isi Tersirat peluang pekerjaan penduduk tempatan semakin terbatas jenayah membabitkan golongan ini semakin berleluasa di Malaysia perumahan setinggan akan semakin berleluasa dan menyesakkan kawasan bandar Kesimpulannya, kerajaan perlu mengambil tindakan tegas agar jumlah pekerja asing dapat dikurangkan.

1 2 3

Kesimpulan

Contoh Jawapan : Petikan membincangkan sebab-sebab yang mendorong Malaysia menjadi tumpuan pekerja asing. Malaysia menjadi tumpuan pekerja asing disebabkan peluang pekerjaan yang lebih baik berbanding dengan di negara asal. Selain itu, mereka berkunjung ke Malaysia kerana banyak pekerjaan di sini memberi pendapatan yang tinggi. Pada Masa yang sama, negara kita yang aman, telah menggalakkan mereka bertumpu ke Malaysia. Faktor lain yang menggalakkan kedatangan mereka ialah permintaan yang tinggi terhadap buruh asing oleh majikan di Malaysia. Faktor yang turut mempengaruhi kehadiran mereka ialah ada pihak di negara kita memberi perlindungan kepada pekerja asing. Pantai Malaysia yang panjang juga menyukarkan pemantauan pekerja asing dilaksanakan. Kehadiran mereka telah menyebabkan peluang pekerjaan penduduk tempatan semakin terbatas. Malahan, jenayah membabitkan golongan ini semakin berleluasa di Malaysia. Kesimpulannya, kerajaan perlu mengambil tindakan tegas agar jumlah pekerja asing dapat dikurangkan. (121 patah perkataan)

53 53

PUSAT PERMATApintarTM NEGARA

Format mudah menulis rumusan Petikan membincangkan

Punca yang menyebabkan Malaysia menjadi tumpuan pekerja asing yang pertama, . Kedua, . Ketiga, . Keempat, . Kelima, . Keenam, . Antara kesan-kesan kemasukkan pekerja asing ialah . Selain itu, Kesimpulannya, kerajaan mestilah cadangan harapan
Soalan 2: PEMAHAMAN

agar/supaya .

Jenis Soalan : Maksud Rangkai Kata (i) Berikan maksud rangkai kata sekolah yang berstatus elit. [2 markah]

Rujuk kepada petikan: Hal ini demikian kerana Kementerian Pelajaran menerima laporan bahawa terdapat pihak pentadbir sekolah terutamanya sekolah yang berstatus elit, cuba menutup kes disiplin di sekolah mereka. Skema: - Sekolah-sekolah ternama/sekolah yang dikhususkan kepada pelajar-pelajar pintar - Sekolah hebat Contoh jawapan: Maksud rangkai kata tersebut ialah sekolah yang ternama Jenis Soalan (ii) : Analisis Petikan [3 markah] 54 54

Apakah peranan pendidikan di negara kita?

PUSAT PERMATApintarTM NEGARA

Rujuk kepada petikan: Pada masa ini, Kementerian Pelajaran Malaysia sedang berusaha untuk memperkasakan pendidikan di negara kita kerana pendidikanlah yang akan menentukan hala tuju sesebuah negara. Menerusi pendidikan juga kita akan dapat melahirkan pemimpin yang berwibawa, berkaliber dan kental jati diri. Walau bagaimanapun, hasrat murni kementerian ini menghadapi beberapa kekangan, antaranya termasuklah masalah disiplin murid di sekolah-sekolah. Skema: -

Menentukan hala tuju negara Melahirkan pemimpin yang berwibawa Melahirkan pemimpin yang kental jati diri Melahirkan insan yang seimbang dan harmonis

Antara peranan pendidikan di negara kita ialah dapat menentukan hala tuju negara. Seterusnya, pendidikan berperanan dalam melahirkan pemimpin yang berwibawa. Selain itu, pendidikan juga berperanan dalam melahirkan pemimpin yang berkaliber dan kental jati diri. Jenis Soalan : (iii) KBKK

Pada pendapat anda, bagaimanakah pendekatan kaunseling dapat mengurangkan masalah disiplin di sekolah? [4 markah]

Skema: -

Mewujudkan hubungan baik Pelajar rasa dihargai Pelajar mendapat perhatian Maklumat pelajar dirahsiakan Pelajar ada tempat mengadu Pelajar dibantu untuk menyelesaikan masalah

Pada pendapat saya, pendekatan kaunseling dapat mengurangkan masalah disiplin di sekolah kerana melalui kaunseling hubungan baik dalam kalangan pelajar dapat diwujudkan. Selain itu, pelajar akan berapa diri mereka dihargai kerana masalah mereka mendapat perhatian daripada guru. Seterusnya pendekatan kaunseling juga membolehkan guru-guru membantu menyelesaikan masalah pelajar berkenaan secara rasional. Tambahan pula, pelajar akan rasa dihargai dan ini dapat mengurangkan masalah disiplin di sekolah. SOALAN 3 Soalan 3 (a) Peringatan: 1. 1 markah setiap ayat yang betul 2. Memberi makna dan tepat maknanya, 1 markah 3. Kesalahan ejaan/ jalan bahasa/ tanda baca tolak markah bagi keseluruhan soalan. 55 55 : : PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA Membina Ayat

PUSAT PERMATApintarTM NEGARA

4. 5. 6. 7. 8. 9.

Perkataan berkenaan diguna sebagai peribahasa atau nama khas, 0 markah. Sengaja meninggalkan/ menambah imbuhan,0 markah Ayat yang dibina seperti satu ayat, tetapi sebenarnya lebih, tolak markah bagi setiap ayat. Jika semua perkataan diguna dalam satu ayat, dipertimbangkan sebagai satu ayat. Boleh menggunakan struktur cakap ajuk dengan mematuhi tanda bacanya. Isi tidak jelas, tolak markah setiap ayat

Soalan 3 (b) Bentuk 1: Tukar ayat bersusunan biasa di bawah kepada ayat bersusunan songsang tanpa mengubah maksud asalnya. (i) (ii) (iii) Kanak-kanak berumur lima tahun itu sungguh petah bercakap. Masyarakat kita terkenal dengan sikap peramah dan berbudi bahasa. Sektor hartanah mencatatkan perkembangan positif setelah mendapat galakan daripada kerajaan. [6 markah] Bentuk 2: Kenal pasti jenis-jenis ayat yang berikut. Tentukan sama ada ayat tersebut ialah ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah atau ayat seru (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) Istana di atas bukit itu cantik? Wah, hebatnya nyanyian awak malam ini! Tengoklah barang-barang antik yang baru kami beli. Para pemain bola sepak itu sedang beraksi di padang. Sekarang jugakah ayah hendak membaca akhbar semalam? Dana PNB dijangka mencecahRM100 bilion tiga tahun lagi. (6 markah) Bentuk 3: Tulis ayat-ayat di bawah ini semula supaya menjadi tiga ayat saja tanpa mengubah maksud asal ayatayat tersebut. Suatu ketika dahulu kita dikejutkan dengan isu vandalisme.Vandalisme ialah kegiatan merosakkan harta benda awam. Perbuatan vandalisme ini dilakukan oleh remaja yang tidak bertanggungjawab. Pelbagai strategi dilaksanakan bagi mengatasi masalah itu. Strategi itu membuahkan hasil. Strategi itu mengambil masa yang lama. Kini, timbul satu masalah baru dalam kalangan remaja. Masalah yang dimaksudkan ialah gengsterisme. [6 markah] Bentuk 4: Tulis petikan di bawah ini dalam bentuk cakap ajuk. Anda dikehendaki mengekalkan susunan isi dalam petikan ini. Sakinah memberitahu Mariam bahawa dia bercadang untuk mengikuti kursus usahawan muda yang dianjurkan oleh kerajaan. Mariam menyokong rancangan Sakinah itu. Seterusnya, Mariam menyatakan 56 56

PUSAT PERMATApintarTM NEGARA

bahawa Sakinah akan dapat menimba pengetahuan melalui kursus itu. Sakinah melahirkan hasratnya untuk menjadi usahawan yang terkenal pada suatu hari nanti. Mariam menyatakan keyakinannya bahawa Sakinah mampu untuk mencapai cita-citanya dan mendoakan kejayaannya. Sakinah mengucapkan terima kasih kepada Mariam. [6 markah] Bentuk 5: Tukar ayat pasif di bawah kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asalnya. (i) Tugas mengisi kemerdekaan akan kita pikul bersama-sama. (ii) Semenjak program kitar semula dilancarkan oleh kerajaan, tahap kebersihan di kawasan kediaman semakin meningkat. (iii) Sebuah gelanggang badminton telah dibina oleh mereka secara gotong-royong pada minggu lepas. [6 markah] Bentuk 6: Cerakinkan setiap ayat majmuk di bawah kepada dua ayat tunggal. (i) (ii) (iii) Adakah Encik Amran hendak ke Muzium Negara atau ke Putrajaya? Pendebat itu petah berhujah dan bijak mematahkan hujah lawan. Siswazah yang berpandangan jauh tidak mengharapkan kerja makan gaji sahaja. [6 markah] Bentuk 7: Tukarkan ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya. (i) 2006. (ii) (iii) Saya telah menghasilkan beberapa buah buku masakan tradisional antara tahun 2000 hingga

Setiap petang kamu mesti menyiram sayur-sayuran di belakang rumah. Pelatih Program Latihan Khidmat Negara menjalani latihan intensif selama tiga bulan. [6 markah] Bentuk 8: Nyatakan pola bagi ayat-ayat di bawah sama ada ayat tersebut berpolakan Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN), Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK), Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA) atau Frasa Nama + Frasa Sendi (FN + FS) (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) SOALAN 3 (c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan 57 57 Baju sutera ini untuk ibu Kuda putih itu berlari pantas. Sekolah baharu itu sangat cantik landskapnya. Tun Abdul Razak Bapa Pembangunan Malaysia. Penduduk kampung akan bergotong-royong pada hujung minggu ini. Encik Ramli guru mata pelajaran Bahasa Melayu di SMK Seri Murni.

PUSAT PERMATApintarTM NEGARA

lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. Pengguna kad pintar adalah bagi membolehkan pelajar mengakses bilik-bilik tertentu sahaja, sekaligus menjamin keselamatan kampus. II. Naskah Melayu lama yang bertulisan tangan itu masih tersimpan di Arkib Negara untuk dijadikan rujukan para pengkaji. III. Pertandingan kaligerafi anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia telah disertakan oleh muridmurid dari seluruh negara. [6 markah] Teknik Menjawab: Soalan 3 (c) (i) Sekaligus Pengguna Naskah bertulisan Kaligerafi disertakan sekali gus penggunaan naskhah bertulis kaligrafi disertai I.

(ii)

(iii)

SOALAN 3 (d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. i. Kerajaan menghabiskan berjuta-juta ringgit untuk menyediakan berbagai kemudahan di universiti-universiti tempatan. Kemajuan sesebuah negara dalam melahirkan rakyat berminda kelas pertama penting demi untuk membolehkannya bersaing pada peringkat antarabangsa. Penghawa dingin yang dipasang di makmal komputer sekolah itu tidak berjalan dengan baik. [6 markah]

ii.

iii.

Teknik Menjawab: Soalan 3 (d) (i) Menghabiskan berbagai Kemajuan demi untuk membelanjakan pelbagai kemampuan demi 58 58

(ii)

PUSAT PERMATApintarTM NEGARA

(iii)

Penghawa dingin berjalan

pendingin hawa berfungsi

SOALAN 3 (e) Peringatan 1. 2.

Peribahasa mesti lengkap dan tidak ditokok tambah. Kesalahan ejaan atau bahasa ditolak markah daripada keseluruhan.

Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat tersebut. i. Mendapat keuntungan dengan tidak disangka-sangka ii. Bertindak dengan yakin kerana berada pada pihak yang betul iii. Apabila menyedari bahawa kita telah melakukan kesalahan, kita hendaklah insaf dan berusaha untuk membetulkannya [6 markah] Teknik Menjawab: Soalan 3 (e) (i) (ii) (ii) Durian runtuh Berani kerana benar, takut kerana salah Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan : NOVEL

SOALAN 4 Soalan 4(a) -

Jawapan berdasarkan satu daripada novel yang dipelajari. Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat yang lengkap Berikan 2 markah untuk 1 peristiwa yang lengkap/jelas Berikan 1 markah untuk 1 peristiwa yang kurang lengkap/kurang jelas Markah isi maksimum 4 markah Markah bahasa maksimum 3 markah Markah bahasa diberikan secara impression Baik = 3 markah Sederhana = 2 markah Lemah = 1 markah Jika calon menjawab dan markah isi 0 markah, berikan 1 markah untuk bahasa Calon tidak menjawab 0 markah

Soalan 4(b) Jawapan berdasarkan dua daripada novel yang dipelajari. Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat yang lengkap 59 59

PUSAT PERMATApintarTM NEGARA

Berikan 1 markah untuk 1 konflik setiap watak dalam setiap novel Berikan 2 markah untuk cara menyelesaikan konflik yang dihuraikan dengan lengkap dalam setiap novel Berikan 1 markah untuk cara menyelesaikan konflik yang tidak dihuraikan dengan lengkap dalam setiap novel Huraian tanpa menyatakan konflik berikan 0 markah Markah isi maksimum 6 markah (maksimum 3 markah bagi setiap novel) Markah bahasa maksimum 2 markah Markah bahasa diberikan secara impression Baik = 2 markah Lemah = 1 markah Jika calon menjawab dan markah isi 0 markah, berikan 1 markah untuk bahasa Calon tidak menjawab 0 markah

60 60