Anda di halaman 1dari 11

Soalan: Kegiatan ekonomi tradisional penting dalam memperkukuhkan semangat nasionalisme bangsa Malaysia. Berikan pendapat anda.

Kegiatan ekonomi tradisional di Malaysia secara umumnya bermula dari kawasan luar bandar. Bagi masyarakat Melayu, kegiatan ekonomi tradisional biasanya lebih berbentuk kepada ekonomi sara diri. Sebagai contohnya, keperluan asas ekonomi petani dan nelayan adalah secukup hidup iaitu untuk menyara keluarga sendiri. Kerajaan telah lama membantu dan mengalakkan rakyat dalam mengusahakan ekonomi tradisional. Dalam menjalankan kegiatan ekonomi tradisional, pengusaha akan menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan seperti kesukaran mendapat bahan, kekurangan tenaga kerja, dan modal. Oleh itu, pengusaha perlu berdikari dan tabah menghadapi cabarantersebut.

Kegiatan ekonomi tradisional sememangnya dapat memperkukuhkan semangat nasionalisme dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Melalui kegiatan tersebut pihak yang terlibat telah menunjukkan nilai rajin dan gigih. Hal ini kerana mereka perlu melakukan pelbagai aktiviti sebelum mendapatkan hasil.

Sebagai contoh dalam kegiatan cencalok dan belacan, pengusaha perlu mendapatkan bekalan udang geragau yang secukupnya untuk menghasilkan produk keluaran mereka.

Dalam mengusahakan kegiatan ini, semangat kerjasama dan bermuafakat dapat dihidupkan. Nilai bersatu padu dan berharmoni ditonjolkan oleh para pengusaha sewaktu proses

produk keluaran mereka. Sikap kerjasama dan tolong menolong ini haruslah menjadi ikutan para generasi muda sekarang. Amalan ini akan dapat memupuk semangat nasionalisme yang tinggi bagi menjamin kedaulatan Negara.

Masyarakat Malaysia kaya dengan sifat-sifat terpuji. Mereka hidup saling bekerjasama dan tolong menolong antara satu sama lain dalam melaksanakan aktiviti harian. Kesempurnaan kerja diperoleh apabila mereka sentiasa bersefahaman dan bermuafakat menjayakan sesuatu kerja. Hasilnya keutuhan negara semakin mantap dan gah di mata dunia.

Kita perlu bersyukur sebagai warganegara kerana negara kita aman dan makmur .Keadaan ini membolehkan kita menjalankan kegiatan ekonomi dengan baik tanpa ada perasaan takut dan bimbang. Seterusnya dapat menjana pendapatan masyarakat, bangsa dan negara.

Soalan: Kegiatan ekonomi tradisional penting dalam memperkukuhkan semangat nasionalisme bangsa Malaysia. Berikan pendapat anda.

Sejarah ekonomi tradisional negara kita melalui pelbagai fasa yang menarik kerana sejarah Malaysia banyak dikaitkan dengan faktor penjajahan yang mencorakkan sistem ekonominya. Sistem ekonomi sebelum kedatangan penjajah Inggeris ialah sistem ekonomi tradisional. Kedatangan Inggeris banyak berdasarkan faktor mencari keuntungan ekonomi untuk negara dibawa dan memakmurkan negara mereka. Sistem ekonomi semasa penjajahan Inggeris ialah dengan memperkenalkan penanaman tanaman baru bagi menggantikan tanaman tradisional yang diamalkan oleh masyarakat Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak. Kedatangan kaum imigran yang bekerja di ladang getah lombong telah menyebabkan kegiatan ekonomi terbahagi kepada dua iaitu bercorak tradisional dan bersifat komersial. Kegiatan eknomi tradisonal seperti penanaman gambir, kelapa, padi, menangkap ikan dan sebagainya terus memberi sumbangan walau dalam masa yang sama arus ekonomi bersifat moden mula dilaksanakan. Dengan sistem eknomi yang dilaksanakan oleh Inggeris maka lahirlah masyarakat berbilang kaum di negara kita pada masa itu. Masyarakat dan rakyat negara ini pada masa tersebut dapat hidup dalam keadaan aman dan harmoni dengan masing-masing menyumbang tenaga ke arah memakmurkan ekonomi negara ini dan saling berganding bahu membangunkan negara dalam bidang ekonomi. Menjelang akhir abad ke 20 , negara kita telah dilanda dengan kemelesetan ekonomi. Ini menyebabkan harga komoditi atau hasil bahan mentah negara kita seperti minyak sawit, getah

dan bijih timah terpaksa menerima bahang dan percaturan sistem ekonomi dunia tetapi rakyat negara ini masih tabah menghadapi cabaran dan dugaan .Ianya ialah hasil daripada semangat juang yang tinggi rakyat negara ini terhadap usaha memajukan diri dan di pihak kerajaan pula ianya disebabkan oleh komitmen membantu rakyat negara ini daripada cengkaman kemiskinan dan kemunduran. Warisan sejarah yang membentuk persekitaran ekonomi pada masa kini telah cuba diubah oleh pihak kerajaan dan kepimpinan negara ini. Kita memiliki kepimpinan yang peka kepada masalah dan isu tentang bangsa dan negara dan sedia membangunkan ekonomi tradisonal kepada ekonomi yang bersifat komersial melalui pendekatan dan pembaharuan . Hasil kerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan seperti FAMA, RISDA, FELDA, FELCRA , MARDI , Jabatan Perikanan, Pertanian, Jabatan Haiwan dan Penternakan dan beberapa kementerian sedia bergabung tenaga bagi memakmurkan ekonomi negara ini dan demi kesejahteraan rakyatnya. Tegasnya pelbagai program, insentif dan inisiatif dilakukan bagi menjana dan membantu para petani,pekebun , nelayan dan penternak di negara ini bagi memakmurkan ekonomi mereka. Natijahnya melalui pendekatan ini , kita dapat meningkatkan pendapatan petani dan menggalakkan kerjaya dalam bidang ini yang menjanjikan pulangan yang menguntungkan. Kesimpulannya kita wajar bersyukur sebagai warganegara negara ini kerana kegiatan ekonomi negara ini berada di landasan yang betul dalam usaha mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk negara ini dan menjanjikan hasil yang berpanjangan jika terlibat dalam bidang pertanian.

Soalan: Kegiatan ekonomi tradisional penting dalam memperkukuhkan semangat nasionalisme bangsa Malaysia. Berikan pendapat anda. Kegiatan ekonomi tradisional bukanlah antara kegiatan ekonomi gergasi di Malaysia. Hal ini menyebabkan ekonomi tradisional negara kian lenyap ditelan zaman. Mengapakah keadaan ini berlaku? Sesetengah berpendapat bahawa kurangnya perhatian kerajaan terhadapkegiatan ini menjadikan masalah ini berlarutan. Kurangnya pengusaha-pengusaha muda juga menyumbang kepada isu ini. Oleh itu, orang ramai seharusnya sedar akan kepentingan ekonomi tradisional ini meskipun industri ini berskala kecil. Mari kita fokuskan minda kita kepada perkara yang pertama iaitu ekonomi tradisional dapat menjadi sumber kewangan kepada penduduk luar bandar. Seperti mana yang kita sudah sedia maklum, terdapat jurang ekonomi yang besar antara penduduk bandar dan penduduk luar bandar. Contohnya, kegiatan industri kraf tangan sering dijalankan oleh penduduk luar bandar. Apabila penduduk luar bandar mula menceburi bidang ini, maka penduduk luar bandar dapat menjual produk ini dan mendapat keuntungan yang berlipat-ganda. Dengan ini mereka dapat berdikari dalam hidupnya tanpa mengharapkan bantuan orang lain. Mari kita lensakan skop pemikiran kita kepada perkara yang seterusnya iaitu kehadiran kegiatan ekonomi tradisional dapat mempelbagaikan kegiatan ekonomi yang terdapat dalam negara. Contohnya, kegiatan ekonomi tradisional seperti kraf tangan bukanlah industri yang setanding dengan industri pertanian atau pelancongan. Namun, hasil kegigihan dan kerajinan pengusaha hasil industri kraf tangan dapat dieksport ke luar negara, Hal ini bukan sahaja dapat

meningkatkan hasil pendapatan negara, malah dapat menjadi suatu keunikan di Malaysia dan mampu meningkatkan imej Negara dimata dunia.. Sementelahan itu, kegiatan ekonomi tradisional juga dapat membentuk masyarakat yang kreatif, inovatif dan mempunyai daya semangat yang tinggi. Hal ini kerana persaingan dalam industri kraf tangan amat sengit. Sesebuah hasil kraf tangan hendaklah mempunyai nilai komersial dan reka bentuk yang mampu menarik perhatian pembeli. Untuk menjadi pengusaha yang terbaik, maka pengusaha tersebut haruslah mempunyai kualiti seperti kreatif dan mampu berdaya saing serta tabah menghadapi cabaran. Mari kita luaskan takrifan minda kita kepada perkara yang seterusnya iaitu ekonomi tradisional dapat memperbanyak peluang pekerjaan dalam kalangan masyarakat khususnya masyarakat desa. Tenaga kerja sememangnya diperlukan bagi menghasilkan kraf tangan yang diperlukan bagi meningkatkan kadar pengeluarannya. Ekonomi tradisional membuka peluang kepada para remaja serta belia untuk mengenali aktiviti tradisional secara lebih mendalam melalui berbagai-bagai peluang pekerjaan yang ditawarkan dalam bidang ini. Selain itu, tenaga kerja yang terlatih juga diperlukan bagi berkongsi ilmu tentang penghasilan sesuatu produk tradisional. Hal ini dapat mewujudkan peluang bagi mereka yang hanya berkemahiran dalam bidang tersebut khususnya penduduk desa yang kebanyakannya hanya memperoleh kemahiran yang diturunkan oleh generasi terdahulu. Dengan ini kita dapat mengekalkan warisan budaya kita dalam kegiatan ekonomi tradisional. Ayuh kita maju ke hadapan dengan perkara yang terakhir iaitu kegiatan ekonomi tradisional dapat mengekalkan warisan dan budaya Melayu serta menyemai perasaan cinta akan budaya Malaysia dalam kalangan masyarakat. Arus pemodenan telah menenggelamkan

budaya tradisional masyarakat Malaysia dalam diri remaja pada masa kini. Budaya masyarakat Malaysia juga dapat dipromosikan kepada negara-negara luar kerana ekonomi tradisional itu sendiri sudah melambangkan identiti negara yang masih mengekalkan warisan unik secara turuntemurun. Konklusinya, suatu jaringan kolaborasi haruslah diwujudkan untuk memajukan kegiatan ekonomi tradisional negara.

Soalan: Kegiatan ekonomi tradisional penting dalam memperkukuhkan semangat nasionalisme bangsa Malaysia. Berikan pendapat anda.

Kegiatan ekonomi tradisional di Malaysia secara umumnya bermula dari kawasan luar bandar. Bagi masyarakat Melayu, kegiatan ekonomi tradisional biasanya lebih berbentuk kepada ekonomi sara diri. Memang tidak dapat dinafikan bahawa, kegiatan ekonomi tradisional penting dalam memperkukuhkan semangat nasionalisme bangsa Malaysia. Dengan memajukan kegiatan ekonomi tradisional, kita dapat mengekalkan dan mempertahankan warisan budaya kita yang unik dalam bidang ekonomi. Ia juga akan membawa identity kepada sesebuah masyarakat dan Negara. Contohnya, perusahan dodol, cencaluk, belacan, kuih bahulu, dan kraftangan buluh melambangkan budaya masyarakat Melayu di Negara kita. Dengan ini kita dapat mengenali dan berbangga dengan sejarah sesebuah masyarakat. Menerusi melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi tradisional, kita dapat menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya yang telah diamalkan oleh nenek moyang kita pada zaman dahulu. Generasi akan datang turut dapat mengenali dan menghayati keunikan ekonomi tradisional. Impaknya, ekonomi tradisional tidak akan ditelan oleh peredaran zaman. Perusahan ekonomi tradisional juga memainkan peranan penting dalam melahirkan masyarakat Malaysia yang berdikari. Kegiatan ekonomi ini memerlukan modal yang kecil dan tenaga kerja yang tidak ramai. Dengan ini, sesiapa yang berketerampilan dapat mengusahakan ekonomi ini tanpa sebarang kesulitan. Ia juga menjadi sumber pendapatan kepada seseorang

individu. Secara tidak langsung kita dapat melibatkan diri dalam usaha pembangunan ekonomi Negara. Kesimpulannya, kita haruslah berganding bahu untuk memperluaskan kegiatan ekonomi tradisional dalam kalangan masyarakat Malaysia agar ia tidak ditelan oleh zaman.

Soalan: Kegiatan ekonomi tradisional penting dalam memperkukuh semangat nasionalisme bangsa Malaysia. Berikan pendapat anda. Sejarah ekonomi tradisional negara kita melalui pelbagai fasa yang menarik kerana sejarah Malaysia banyak dikaitkan dengan faktor penjajahan yang mencorakkan sistem ekonominya. Sistem ekonomi sebelum kedatangan penjajah Inggeris ialah sistem ekonomi tradisional. Kedatangan Inggeris banyak berdasarkan faktor mencari keuntungan ekonomi untuk negara dibawa dan memakmurkan negara mereka. Sistem ekonomi semasa penjajahan Inggeris ialah dengan memperkenalkan penanaman tanaman baru bagi menggantikan tanaman tradisional yang diamalkan oleh masyarakat Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak. Kedatangan kaum imigran yang bekerja di ladang getah lombong telah menyebabkan kegiatan ekonomi terbahagi kepada dua iaitu bercorak tradisional dan bersifat komersial. Kegiatan eknomi tradisonal seperti penanaman gambir, kelapa, padi, menangkap ikan dan sebagainya terus memberi sumbangan walau dalam masa yang sama arus ekonomi bersifat moden mula dilaksanakan. Dengan sistem eknomi yang dilaksanakan oleh Inggeris maka lahirlah masyarakat berbilang kaum di negara kita pada masa itu. Masyarakat dan rakyat negara ini pada masa tersebut dapat hidup dalam keadaan aman dan harmoni dengan masing-masing menyumbang tenaga ke arah memakmurkan ekonomi negara ini dan saling berganding bahu membangunkan negara dalam bidang ekonomi. Menjelang akhir abad ke 20 , negara kita telah dilanda dengan kemelesetan ekonomi. Ini menyebabkan harga komoditi atau hasil bahan mentah negara kita seperti minyak sawit, getah dan bijih timah terpaksa menerima bahang dan percaturan sistem ekonomi dunia tetapi rakyat negara ini masih tabah menghadapi cabaran dan dugaan .Ianya ialah hasil daripada semangat juang yang tinggi rakyat negara ini terhadap usaha memajukan diri dan di pihak kerajaan pula ianya disebabkan oleh komitmen membantu rakyat negara ini daripada cengkaman kemiskinan dan kemunduran. Warisan sejarah yang membentuk persekitaran ekonomi pada masa kini telah cuba diubah oleh pihak kerajaan dan kepimpinan negara ini. Kita memiliki kepimpinan yang peka kepada masalah dan isu tentang bangsa dan negara dan sedia membangunkan ekonomi tradisonal kepada ekonomi yang bersifat komersial melalui pendekatan dan pembaharuan . Hasil kerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan seperti FAMA, RISDA, FELDA, FELCRA , MARDI , Jabatan Perikanan, Pertanian, Jabatan Haiwan dan Penternakan dan beberapa kementerian sedia bergabung tenaga bagi memakmurkan ekonomi negara ini dan demi kesejahteraan rakyatnya. Tegasnya pelbagai program, insentif dan inisiatif dilakukan bagi menjana dan membantu para petani,pekebun , nelayan dan penternak di negara ini bagi memakmurkan ekonomi mereka. Natijahnya melalui pendekatan ini , kita dapat meningkatkan

pendapatan petani dan menggalakkan kerjaya dalam bidang ini yang menjanjikan pulangan yang menguntungkan. Kesimpulannya kita wajar bersyukur sebagai warganegara negara ini kerana kegiatan ekonomi negara ini berada di landasan yang betul dalam usaha mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk negara ini dan menjanjikan hasil yang berpanjangan jika terlibat dalam bidang pertanian.

Anda mungkin juga menyukai