Anda di halaman 1dari 10

`````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````SKRIP

ANUGERAH NILAM NEGERI PERAK , TAHUN 2006


21 DISEMBER 2006 ( 9.00 PAGI ) DEWAN SERBAGUNA, KERAJAAN NEGERI PERAK DR. PENGACARA MAJLIS : EN. ROSLI B. SARIP ( KETUA ) EN. MOHD SHUHAIMI B. HJ. ZUBIR PN. KHARIYAH CHIK BT. MAJOR MOHD KHALID EN. MOHD RIZAL B. RABUDIN MASA PETANDA PENGUMUMAN

9.30 pagi

Ketibaan Para Peserta

Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera. Pihak majlis menga-alukan kehadiran tuan-tuan dan puanpuan, para pelajar serta hadirin sekalian ke Majlis Anugerah NILAM Negeri Perak 2006. Untuk itu, mohon kerjasama tuan-tuan dan puan-puan seterusnya para hadirin mengambil tempat masing-masing.

Pengumuman Peraturan Di sini ada beberapa pengumuman. Majlis 1. Apabila pengacara mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Dato Pengarah Pelajaran Negeri Perak, semua hadirin mohon berdiri dan memberikan tepukan gemuruh sehingga yang Berbahagia Dato berada di tempat duduk. 2. Semasa majlis sedang berlangsung, pohon kerjasama hadirin sekalian agar tidak meninggalkan tempat masing-masing sehingga majlis ini selesai. 3. Seperti biasa, semua hadirin mohon berdiri sewaktu lagu kebangsaan negara, Negaraku dimainkan.

4. Mohon kerjasama tuan-tuan dan puan-puan supaya mematikan switch telefon bimbit masing-masing atau berada dalam mood gegar sepanjang majlis ini berlangsung. Terima kasih.

9.45 pagi

Ketibaan Pengarah Pelajaran

Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Kol. Dato Ir. Mohammed Zakaria b. Mohd Noor, Pengarah Pelajaran Negeri Perak. Diiringi oleh Yang Berusaha Tn. Hj. Mohd Isa b. Yob Hamzah, Ketua Penolong Pengarah, Pusat Sumber Pendidikan Negeri Perak. .iringan muzik

Nyanyian Lagu Negaraku dan NILAM

&&&&&&&&&& Nyanyian Lagu Negaraku &&&&&&&&&& dan NILAM Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh, dan salam sejahtera.

Kata-kata aluan Pengacara Majlis

Keris sebilah Dato Bendahara Tersisip ikatan menyusun langkah Awal bismillah pembuka bicara Kehadiran tuan disambut megah

Yang Berbahagia Kol. Dato Ir. Mohammed Zakaria b. Mohd Noor. Pengarah Pelajaran Negeri Perak.

Yang Berusaha, Tn. Hj. Mohd Isa b. Yob Hamzah, Ketua Penolong Pengarah, Pusat Sumber Pendidikan Negeri Perak.

Yang Berusaha, ... Yang Berusaha, Yang Berusaha, En. Zainori b. Abd. Raman, Pengerusi Jawatankuasa Kerja, Majlis Anugerah NILAM Negeri Perak 2006. Yang Berusaha, .. .. Pegawai-pegawai Pelajaran Daerah. Pengetua-pengetua. Guru-guru Besar. Pegawai-pegawai JPN, PSPN, PPD.

Guru-guru Perpustakaan dan Media. Para penerima Anugerah NILAM Negeri Perak 2006. Seterusnya tuan tuan dan puan puan, para pelajar serta hadirin yang dihormati sekalian.

Selamat bahagia, salam hormat dan selamat datang ke Dewan Serbaguna Kerajaan Negeri Perak DR untuk acara kemuncak Majlis Anugerah NILAM Negeri Perak bagi tahun 2006. Majlis yang diadakan ini bertujuan memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada para pelajar yang telah menunjukkan pencapaian cemerlang di dalam Program NILAM.

Bacaan doa

Yang Berbahagia Dato serta hadirin yang dihormati sekalian, Majlis pada pagi ini dimulakan dengan bacaan doa. Untuk itu majlis dengan sukacitanya mempersilakan En.Ibrahim Astar bin Mohamed, Pegawai Teknologi Pendidikan Pusat Kegiatan Guru Seberang Perak, untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan. .

Selesai bacaan doa

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Encik Ibrahim Astar bin Mohamed atas bacaan doa sebentar tadi. Mudah-mudahan majlis kita memperolehi keberkatan dan rahmat.

Persembahan Yg. Berbahagia Dato, dif-dif jemputan dan sidang hadirin Klip Video yang dihormati, Marilah sama-sama kita menyaksikan sebuah persembahan Klip Video. Tayangan video di kain layar . .

Selesai Tayangan Video

Persembahan Klip Video itu tadi dihasilkan oleh Unit Penyiaran Dan Teknikal Pusat Sumber Pendidikan Negeri Perak di bawah pimpinan Tn. Hj. Ab. Razak b. Hassan, Penolong Pengarah PSPN Perak. Pihak majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih.

Ucapan KPP Yang Berbahagia Dato, Tuan-tuan dan puan-puan serta PSPN Perak hadirin yang dihormati sekalian. Bunga tulip si daun palas Cantik berseri si bunga bulang Idea dititip tulus dan ikhlas Memartabat visi pendidikan gemilang Majlis dengan segala sukacitanya mempersilakan Yang Berusaha Tn. Hj. Mohd Isa b. Yob Hamzah, Ketua Penolong Pengarah, Pusat Sumber Pendidikan Negeri Perak, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Anugerah NILAM Negeri Perak 2006 untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan hormatnya mempersilakan. .

Selesai Pihak majlis merakamkan ucapan seuntai budi terima kasih Ucapan Tuan di atas ucapan Yang Berusaha Ketua Penolong Pengarah KPP PSPN Pusat Sumber Pendidikan Negeri Perak sebentar tadi. Perak

Ucapan Perasmian Penutup Konvensyen

Hadirin yang dihormati sekalian. Sesungguhnya pada hari yang penuh bersejarah ini, kita berasa bersyukur, berbangga dan bertuah kerana hadir bersama-sama kita ialah Yang Berbahagia Dato Pengarah Pelajaran Negeri Perak. Marilah bersama-sama kita tumpukan perhatian, mendengar ucapan perasmian dan amanat daripada pemimpin yang kita kasihi, Yang Berbahagia Kol. Dato Ir. Mohammed Zakaria b. Mohd Noor, Pengarah Pelajaran Negeri Perak, sempena Majlis Anugerah Negeri Perak 2006. Yang Berbahagia Dato dipersilakan.

Selesai Ucapan Pengarah Pelajaran Negeri Perak

Demikian tadi ucapan perasmian berupa amanat yang amat berharga khususnya untuk para pelajar yang merupakan generasi harapan bangsa yang bakal mewarisi kepimpinan negara pada masa akan datang. Pihak majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berbahagia Dato atas ucapan sebentar tadi.

Yang Berbahagia Dato serta hadirin yang dihormat sekalian, Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderamata dan hadiah-hadiah Anugerah NILAM Negeri Perak 2006. Untuk itu, majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang Majlis Berusaha Tuan Haji Mohd Isa b. Yob Hamzah, Ketua Penyampaian Penolong Pengarah, Pusat Sumber Pendidikan Negeri Cenderamata Perak menjemput dan mengiringi Yang Berbahagia Kol. Dato Ir. Mohammed Zakaria b. Mohd Noor, Pengarah Pelajaran Negeri Perak naik ke pentas. Dipersilakan panel hakim : 1.. 2. 3.. 4.. 5.. Seterusnya dipersilakan para penceramah 1. 2. 3. 4. 5.

Majlis Penyampaian Hadiah Anugerah NILAM Peringkat Sekolah Penyampaian Hadiah Penyampaian Hadiah Anugerah NILAM Peringkat PPD Penyampaian Hadiah Anugerah NILAM Peringkat Negeri Perak. Penyampaian Tokoh Pembaca Negeri Perak. Untuk makluman hadirin sekalian, Tokoh-tokoh Pembaca Negeri Perak 2006 akan mewakili negeri Perak ke Majlis Anugerah Tokoh Pembaca Peringkat Kebangsaan pada tahun 2007. Sama-sama kita doakan mereka akan memperoleh kejayaan.

Selesai Majlis Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Penyampaian Yang Berbahagia Kol. Dato Ir. Mohammed Zakaria b. Mohd Hadiah Noor, Pengarah Pelajaran Negeri Perak, atas kesudian menyampaikan hadiah-hadiah dan cenderamata sebentar tadi. Majlis Penyampaian Cenderamata Kepada Pengarah Pelajaran Negeri Perak Hadirian yang dihormati sekalian, Sebagai tanda kasih kenangan abadi dari warga pendidikan, dipersilakan dengan segala hormatnya Yang Berbahagia Kol. Dato Ir. Mohammed Zakaria b. Mohd Noor, Pengarah Pelajaran Negeri Perak untuk menerima cederamata kenang-kenangan dari Yang Berusaha Tuan Haji Mohd Isa b. Yob Hamzah, Ketua Penolong Pengarah, Pusat Sumber Pendidikan Negeri Perak. Sekalung budi terima kasih. .. ..

Persembahan Yang Berbahagia Dato, tuan-tuan dan puan-puan yang Tokoh dihormati, Pembaca Marilah sama-sama kita saksikan persembahan dari Tokoh Pembaca Negeri Perak 2006 bagi kategori SM / SK. Dipersilakan.

Selesai Demikian tadi persembahan .. oleh persembahan Tokoh .. Pembaca Yang Berbahagia Dato serta hadirin sekalian, Dengan ini sempurnalah sudalah Majlis Anugerah NILAM Negeri Perak 2006. Setinggi-tinggi tahniah kepada para penerima anugerah. Kepada yang kurang berjaya, cuba lagi di tahun akan datang. Semoga Majlis Anugerah NILAM Negeri Perak 2006 ini memberi dorongan kepada kita untuk menjadikan sekolah -sekolah negeri Perak lebih Cemerlang, Gemilang dan Terbilang, sepertimana hasrat YAB Perdana Menteri kita. Saya, bagi pihak pengacara majlis dan semua Jawatankuasa Kerja Majlis Anugerah NILAM Negeri Perak 2006, memohon ampun dan maaf andai terdapat salah dan silap sepanjang majlis ini.

12.30 Majlis jamuan Hadirian yang dihormati sekelian, tengah ringan hari Majlis seterusnya dengan segala hormat dan sukacitanya mempersilakan :

Yg. Berusaha Tuan Haji Mohd Isa b. Yob Hamzah, Ketua Penolong Pengarah, Pusat Sumber Pendidikan Negeri Perak untuk mempersilakan dan mengiringi Yang Berbahagia Kol. Dato Ir. Mohammed Zakaria b. Mohd Noor, Pengarah Pelajaran Negeri Perak DR ke majlis jamuan tengah hari. Para tetamu jemputan dan semua hadirin juga dipersilakan ke majlis jamuan tengah hari. Sekian, semoga berjumpa lagi.

Harapan kita : Sekolah kita. JPN dan PSPN kita. Cemerlang, Gemilang dan Terbilang. Wabillahi taufik wal hidayah. Wassalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.

Anda mungkin juga menyukai