Anda di halaman 1dari 10

KERTAS KERJA PROGRAM FAST-A-THON

23 MEI 2013 MASJID AL-WATHIQU BILLAH TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN, UITM

ANJURAN: PERSATUAN TEKNOLOGI MAKANAN (PERTEMA) PUSAT PEMIKIRAN DAN PEMAHAMAN ISLAM (CTU), UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA, SHAH ALAM

DENGAN KERJASAMA: FAKULTI SAINS GUNAAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) KAMPUS SHAH ALAM, MALAYSIA

RINGKASAN EKSEKUTIF PROGRAM FAST-A-THON PERSATUAN TEKNOLOGI MAKANAN (PERTEMA) FAKULTI SAINS GUNAAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA, SHAH ALAM

IPTA

Universiti Teknologi MARA Malaysia

JENIS PROGRAM

Program berbuka puasa (iftar) dan kuliah mengenai sunnah dalam diet pemakanan.

TARIKH

23 MEI 2013

TEMPAT

Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin, UiTM Shah Alam.

ANJURAN

Persatuan Teknologi Makanan (PERTEMA) dan Pusat Pemikiran dan Pemahaman Islam (CTU) Universiti Teknologi Mara (UiTM, Shah Alam.

PENYERTAAN

Program ini melibatkan semua pelajar UiTM Shah Alam

PERBELANJAAN

RM 2416.00

KERTAS KERJA PROGRAM FAST-A-THON PERSATUAN TEKNOLOGI MAKANAN (PERTEMA) FAKULTI SAINS GUNAAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Segala Puji Bagi Allah Tuhan Sekalian Alam Selawat Dan Salam Ke Atas Nabi Muhammad S.A.W

1.0

TUJUAN
1.1 Untuk mendapat kelulusan dari pihak universiti

1.2 Untuk mendapat wang peruntukan daripada Tabung Amanah Pelajar untuk
kegunaan program

1.3 Untuk mendapat kelulusan daripada Penasihat Persatuan Teknologi Makana


(PERTEMA)

1.4 Untuk makluman pihak-pihak yang berkaitan

2.0

LATAR BELAKANG Program Fast-a-thon yang dirancang ini berkonsepkan program berbuka puasa (iftar) dan kuliah. Program menghimpunkan para mahasiswa program Sains dan Teknologi Makanan khususnya di dalam program berbentuk perkongsian ilmu. Program ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan sesama mahasiswa di samping memperoleh dan menggunakan ilmu mengenai sunnah-sunnah dalam pemakanan.

3.0

RINGKASAN AKTIVITI

Program ini menjalankan dua aktiviti iaitu berbuka puasa dan ceramah. Program akan bermula pada 6.00 petang. Pelajar-pelajar akan mendaftarkan diri terlebih dahulu kemudian diikuti dengan acara berbuka puasa secara berjemaah diikuti dengan solat Maghrib dan Isyak, juga secara berjemaah. Ceramah akan diadakan selepas solat Isyak.

4.0

OBJEKTIF

4.1

Memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai kebaikan berpuasa dari sudut saintifik.

4.2

Menggalakkan pelajar-pelajar berpuasa, di samping puasa Ramadhan dan puasa ganti, iaitu puasa sunat Isnin & Khamis.

4.3 4.4 4.4

Memahami perbezaan antara diet sunnah & sunnah dalam diet. Memahami kebaikan mengamalkan diet sunnah & sunnah dalam diet. Menggalakkan kerjasama antara persatuan dalaman fakulti dengan persatuan dalaman universiti.

5.0

KUMPULAN SASARAN

5.1

Mahasiswa-mahasiswa Sains dan Teknologi Makanan, Fakulti Sains Gunaan.

5.2

Jumlah mahasiswa yang terlibat dianggarkan seramai 360 orang termasuk ahli jawatankuasa PERTEMA.

6.0

TARIKH, TEMPAT DAN MASA

Tarikh Tempat

: 23 MEI 2013 : Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam. : 6.00 petang 11.00 malam

Masa

7.0

KAEDAH PELAKSANAAN AKTIVITI Program Fast-a-thon ini diadakan dengan konsep berbuka puasa secara beramai-ramai atau berjemaah dan mendengar ceramah. Butiran aktiviti adalah seperti berikut:

7.1: Berbuka Puasa

Ahli-ahli PERTEMA yang terdiri daripada mahasiswa-mahasiswa Sains & Teknologi Makanan yang terdiri daripada semester 1 hingga semester 7 akan menikmati juadah berbuka puasa yang telah disediakan dalam dulang di ruang makan Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin. Menikmati juadah berbuka ini bertujuan sebagai aktiviti ice breaking untuk ahli-ahli PERTEMA kerana setiap dulang mempunyai pelajar-pelajar yang berlainan semester di samping dapat menikmati juadah mengikut sunnah Rasulullah SAW.

7.2: Solat Maghrib & Isyak Berjemaah

Para pelajar kemudiannya akan menunaikan solat fardhu Maghrib & Isyak secara berjemaah. Solat berjemaah juga merupakan antara sunnah Rasulullah SAW yang amat digalakkan untuk melaksanakannya.

7.3: Ceramah

Para pelajar akan mendengar ceramah yang akan disampaikan oleh ustaz yang dijemput khas daripada luar. Tajuk ceramah adalah berkaitan dengan puasa, perbezaan makanan sunnah & sunnah-sunnah dalam pemakanan, serta kebaikan puasa dari sudut saintifik.

8.0

JAWATANKUASA PELAKSANA

MAJLIS TERTINGGI PROGRAM

Penasihat Program : Dr Aida Firdaus Binti M. N Azmi

Pengarah Program : Nurul Amira Binti Zainudin

Timbalan Pengarah : Nur Ameelia Zarith Binti Ahmad Kamal

Setiausaha

: Ku Nur Dayana Binti Ku Zahirun

Bendahari

: Nurulain Syuhada Binti Mohd Yazid

AHLI JAWATANKUASA PROGRAM FAST-A-THON

Biro Publisiti & Multimedia

: Adibah Binti Ahmad : Nur Amidah Binti Shamsudin

Biro Teknikal

: Muhammad Nurudin Bin Abu Saree : Muhammad Arif Bin Abdull Rahim

Biro Persediaan Tempat

: Mohd Fazirul Bin Ismail

Biro Keselamatan

: Mohamad Nasrul Naqiuddin Bin Nor Azam : Siti Subaiha Binti Ghazali

Biro Protokol

: Nurul Nabilah Binti Mustam

Biro Hadiah & Cenderahati

: Qurratuaini Binti Mislan

Biro Makanan

: Muhammad Syahmi Bin Husaini : Nurfadhila Binti Muhammad Khazani : Muhamad Naim Bin Muhamad Nor : Ainun Sufina Binti Ibrahim

Biro Jemputan & Pendaftaran

Biro Tugas-tugas Khas

: Muhammad Syaril Bin Ramli

9.0

TENTATIF PROGRAM

23 MEI 2013 ( KHAMIS )

6.00 petang

Pendaftaran pelajar

6.45 petang

Ketibaan jemputan & pensyarah

7.20 malam

Berbuka puasa

7.40 malam

Solat Maghrib Berjemaah

8.00 malam

Bacaan Yaasiin

8.30 malam

Solat Isyak Berjemaah

9.00 malam

- Bacaan doa - Ucapan Presiden PERTEMA - Ucapan Penasihat Program/wakil pensyarah PERTEMA - Ceramah

10.30 malam :

Sesi Q&A

11.00 malam :

Acara penyampaian cenderahati Penutup majlis dan bersurai

10.0

ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL

PERKARA

Kuantiti (Unit)

Harga Seunit (RM)

Jumlah (RM)

Jumlah Besar (RM)

1.

Makanan & minuman Elaun makan (malam) Elaun makan (VIP) Jumlah 360 7 6.00 10.00 2160.00 70.00 2230.00

2.

Publisiti Tag Nama (AJK) Poter A4 Gambar dan laporan Jumlah 13 10 1 2.00 2.00 50.00 16.00 20.00 50.00 86.00

3.

Cenderahati Penceramah & pensyarah Jumlah JUMLAH KESELURUHAN 100.00 RM 2416.00 7 100.00

11.0

PENUTUP

Oleh itu, diharapkan agar objektif dan tujuan program ini dapat direalisasaikan dengan jayanya. Perlaksanaan program ini bertujuan agar mahasiswa dapat menimba ilmu serta mengamalkan ilmu tersebut untuk kegunaan masa akan datang kelak. Oleh yang demikian, jawatankuas program berharap program ini mendapat kerjasama dan perhatian semua pihak, terutama Hal Ehwal Pelajar (HEP) UiTM Shah Alam agar segala persiapan yang dirancangkan dapat berjalan dengan lancar. Segala kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh:

........................................ (NURUL AMIRA BINTI ZAINUDIN) Pengarah Program FAST-A-THON.

Disemak dan disahkan oleh:

........................................... (DR AIDA FIRDAUS BINTI M. N AZMI) Penasihat Program Persatuan Teknologi Makanan (PERTEMA).

10

Anda mungkin juga menyukai