Anda di halaman 1dari 2

Bilangan Jurnal Minggu Praktikum Tarikh Peristiwa / Kejadian Pengurusan Masa

: 3/4 : Minggu ketiga : 16 April 2013 : Masalah Kawalan Kelas

1. Masalah / Peristiwa Hari ini (16 April 2013), saya telah memasuki kelas Enam UM bagi menjalankan proses Pengajaran dan Pembelajaran dan dalam masa yang sama saya akan diselia oleh pensyarah pembimbing iaitu Puan Fazida bt Othman buat kali yang kedua. Saya telah menghadapi masalah mengawal murid-murid membuat tugasan berkumpulan dengan senyap dan teratur. 2. Analisis

Masalah ini timbul apabila aktiviti pada langkah kedua iaitu aktiviti berkumpulan yang telah saya jalankan di dalam kelas. Saya mendapati murid-murid tidak memberikan kerjasama sepenuhnya semasa aktiviti berkumpulan ini dijalankan. Ada beberapa orang murid yang bermain sendirian dan tidak membantu rakan sekumpulan menyiapkan tugasan yang diberikan. Hal ini telah menyebabkan keadaan kelas bising dan kucar-kacir seketika. Apabila keadaan kelas tidak dapat dikawal dengan baik, perancangan aktiviti yang dibuat terganggu dan tidak berjalan dengan lancar. Murid-murid juga bising kerana masing-masing berebut untuk menulis di atas kertas yang diberikan. Semasa perbincangan dalam kumpulan masing-masing, murid-murid berbincang dengan nada suara yang tinggi dan mengganggu kumpulan lain. Ada juga yang bergaduh sesama ahli kumpulan dengan menyatakan kumpulan tertentu meniru jawapan kumpulan mereka. Keadaan ini menyebabkan aktiviti pada langkah kedua ini kelihatan tidak terurus dan terkawal dengan baik.

3. Cadangan Tindakan Susulan

i)

Saya perlu sentiasa membimbing setiap kumpulan agar dapat menjawab soalan

yang diberi dengan cepat dan betul terutamanya bagi kelas 4 Ikhlas ini.

ii)

Saya patut membaca banyak buku berkaitan dengan cara pengawalan kelas

yang berkesan dan baik agar perkara sebegini tidak berulang lagi. iii) Bagi memastikan aktiviti berkumpulan ini tidak terlalu bising, saya perlu melantik

seorang ketua bagi setiap kumpulan untuk mengawal keadaan kumpulan masingmasing. iv) Saya juga perlu sentiasa memantau murid-murid yang tidak memberi kerjasama

dalam kumpulan masing-masing agar mereka bekerjasama membantu ahli-ahli kumpulan yang lain. v) Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada guru dan pensyarah

pembimbing serta akan berbincang bersama rakan praktikum bagi mengatasi masalah kawalan kelas ini.

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan Saya akan cuba mengatasi masalah kawalan kelas ini dalam masa seminggu. Kawalan kelas yang berkesan penting bagi memastikan kualiti dan objektif pengajaran tercapai. Selain itu, sebagai seorang guru perlu menguasai teknik-teknik pengawalan kelas yang dicadangkan bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran.

Disemak oleh Guru Pembimbing Tandatangan :........................................... Nama Tarikh :........................................... :...........................................

Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing Tandatangan :........................................ Nama Tarikh :........................................ :........................................

Anda mungkin juga menyukai