Anda di halaman 1dari 9

BAB 3: PEREKAAN: KOMUNIKASI VISUAL

Komunikasi visual adalah seni di dalam komunikasi yang bertujuan memberitahu, mendidik, mempengaruhi, memujuk dan memberi pengalaman visual kepada audien. Ia wujud dalam pelbagai bentuk dan jenis dan terdapat di sekeliling kita seperti poster, papan tanda, risalah dan lain-lain. Terdapat dua elemen penting dalam komunikasi visual iaitu grafik dan multimedia.
KOMUNIKASI VISUAL GRAFIK MULTIMEDI A ANIMASI LAMAN WEB

-Reka Bentuk korperat -Papan Peraga/Billboard -Pembungkusan -Penerbitan Umum -Reka Bentuk Digital -Papan Tanda -Logo -Maskot -Tipografi

1. ELEMEN VISUAL DALAM KOMUNIKASI VISUAL

Dalam bidang komunikasi visual elemen visual (aspek tampak) adalah amat penting dan menjadi penyebab kepada wujudnya komunikasi dengan audien. Terdapat dua elemen visual dalam reka bentuk komunikasi visual iaitu imej atau gambar dan tipografi. Kedua-dua elemen ini dipersembahkan melalui reka bentuk grafik seperti poster, logo, papan tanda, bahan cetakan dan lain-lain. Persembahan elemen imej/gambar dan tipografi melalui reka bentuk grafik ini mestilah memenuhi ciri-ciri berikut supaya komunikasi dengan audien dapat dicapai dengan berkesan, iaitu: 1.Keterbacaan 2.kemesraan penglihatan audien 3.Menarik minat untuk dilihat 4.Memfokus 1.1 Imej/Gambar Imej atau gambar adalah gambaran objek sama ada objek alam seperti figura, pokok, gunung dan lain-lain dan objek buatan manusia seperti kereta, bangunan, kerusi dan lainlain. Dalam reka bentuk komunikasi visual imej/gambar terbahagi kepada tiga bentuk visual iaitu: 1. Visual realistik visual dalam bentuk yang nyata dan asal seperti foto, ilustrasi dan karya lukisan 2. Visual analogik visual yang telah dipermudahkan dalam bentuk grafik. Kebanyakannya dilukis dalam bentuk rajah dan simbol. 3. Visual Organizational visual rekaan grafik yang dipermudahkan dalam bentuk flowchat, graf, peta dan sebagainya.

Visual Realistik Organizational

Visual Analogik

Visual

1.2 Tipografi Tipografi bermaksud seni memilih dan mengatur huruf. Seni ini penting kerana hampir semua jenis rekaan grafik menggunakan huruf atau muka taip untuk memberi makna dan maklumat. Melalui muka taip yang sempurna, penyampaian maklumat dapat disampaikan dengan sempurna dan berkesan. Terdapat dua jenis muka taip iaitu: 1. Muka taip peraga sifatnya lebih besar, gelap dan sesuai digunakan untuk tajuk utama, judul, logo dan apa saja peraga atau iklan. 2. Muka taip teks sifatnya kecil dan sangat banyak digunakan misalnya dalam reka letak sebuah akhbar, majalah, risalah dan sebagainya.

2. KEPENTINGAN KOMUNIKASI VISUAL


2.1 Dari Segi Reka Bentuk 1. Secara umumnya kepentingan reka bentuk komunikasi visual adalah untuk memberi kesan kepada audien dari segi komunikasi. Oleh yang demikian reka bentuk komunikasi visual perlu menepati prinsip-prinsip dan unsur-unsur grafik secara mendalam.Unsur pemujukan sangat penting semasa proses rekaan. 2. Reka bentuk komunikasi visual perlu memikirkan mesra pengguna. Terutama apabila menghasilkan reka bentuk skrin multimedia interaktif. Audien tidak tercari-cari dan terkeliru dengan reka bentuk yang dihasilkan. 3. Merangsang audien adalah unsur penting dalam sesuatu reka bentuk, walaubagaimanapun tidaklah sampai boleh menimbulkan keraguan dan unsur negatif di dalam reka bentuk tersebut. Misalnya unsur-unsur yang boleh memberi kesan negatif kepada agama dan budaya sesuatu kaum. 4. Pereka juga harus memikirkan dalam rekaannya agar reka bentuk tidak mengelirukan audien. Kepentingan membuat kajian sebelum menghasilkan sesuatu rekaan sangat penting. Misalnya sasaran audien di kalangan masyarakat golongan tua, jangan dikelirukan dengan reka bentuk cara moden yang terlalu laju dan bergaya bebas. 5. Rekaan komunikasi visual khususnya billboard dan rerambu jalan mestilah sesuai dengan alam sekitar. Warna dan imej yang dikemukakan dalam reka bentuk perlu seimbang dengan alam sekitar. Perkara ini penting kerana audien akan terkeliru dan boleh menyebabkan pencemaran komunikasi. 2.2 Dari Segi Masyarakat 1. Melalui reka bentuk komunikasi visual masyarakat cepat mendapat maklumat secara pantas. Reka bentuk komunikasi visual selalunya ditempatkan di kawasan-kawasan strategi di mana audien secara langsung dapat membaca dan melihat maklumat. 2. Masyarakat juga mendapat pengetahuan sumber-sumber dari komunikasi visual yang disampaikan secara berkesan. Sumber-sumber pengetahuan melalui poster dan papan iklan atau billboard disampaikan kepada pengguna secara langsung atau tidak langsung.

3. Melalui komunikasi visual juga audien mendapat hiburan. Ini terbukti dengan iklaniklan yang terdapat di televisyen dan papan iklan atau billboard elektronik di persimpangan jalan memberi hiburan kepada audien. 4. Dapat membandingkan produk melalui pengetahuan pengguna yang dibaca melalui iklan-iklan. Secara tidak langsung komunikasi visual dapat mendidik mesyarakat melalui iklan produk yang dikemukakan.

3. MEDIA KOMUNIKASI VISUAL


Media adalah bahan atau peralatan yang digunakan untuk menghasilkan komunikasi visual seperti poster, logo, rerambu jalan dan lain-lain. Dalam komunikasi visual terdapat tiga jenis media yang digunakan iaitu: 3.1 Media konvensional Adalah media yang menjadi kebiasaan kepada pengkarya dan digunakan sejak dahulu secara tradisi. Dalam bidang komunikasi visual media konvensional adalah seperti cat, berus dan peralatan teknikal. Pada kebiasaannya pereka terkongkong dengan media yang ada dan permukaan tertentu. Penggunaan media konvensional ini dilakukan oleh pelukis-pelukis iklan, poster, kain rentang, bidai pengadang cahaya matahari (kedai), billboard dan sebagainya. 3.2 Media cetak Adalah media yang menggunakan peralatan atau plat cetakan untuk menghasilkan grafik dalam jumlah yang banyak.Media ini paling popular diguna dalam komunikasi visual. Pengiklanan akan menggunakan media ini untuk mengiklankan barangan dan maklumat. Media ini lebih mudah dan murah. Pereka bentuk hanya perlu berkemahiran dalam bidang grafik terutamanya dari segi reka letak, menyusun huruf dan meletakkan imej yang sesuai.Contoh media cerak adalah seperti litografi, fotografi, saring sutera dan offset. Pada masa kini multimedia memainkan peranan penting dalam kerja-kerja reka bentuk grafik dan dicetak menggunakan elemen multimedia iaitu pencetak elektronik. 3.3 Media elektronik Adalah media yang menggunakan peralatan elektronik untuk menyalurkan persembahan grafik dalam bentuk yang dinamik dan inovasi menggunakan aplikasi perisian komputer grafik. Media elektronik dapat menghasilkan audio (bunyi) dan animasi (pergerakan) Contoh media elektronik adalah seperti billboard elektronik, internet, televisyen, wayang gambar, LCD projector, CD ROM dan persembahan multimedia (komputer).

4. GRAFIK
Grafik adalah unsur utama dalam komunikasi visual.Grafik berasal dari perkataan Greek Graphikos bermaksud boleh melukis dan mewarna. Grafik umumnya bermaksud proses komuniksi visual yang menggabungkan teks dan ilustrasi yang membentuk bidang-bidang grafik iaitu logo, grafik, risalah, poster, kulit buku dan lain-lain untuk tujuan komunikasi dengan audien. Grafik juga adalah gambaran visual yang meringkaskan maklumat dan idea seperti kombinasi lukisan, perkataan, symbol dan gambar dalam satu hasil karya. Pada hari ini reka bentuk grafik diperluaskan lagi dengan penggunaan komputer dan aplikasi perisian grafik. 4.1 Jenis-Jenis Grafik 1. Reka Bentuk korperat Adalah keperluan bidang korperat yang menunjukkan identiti sesebuah syarikat, seperti kepala surat, logo, kad perniagaan, tanda nama, invois, resit, kotak pembungkus, pakaian kakitangan, risalah syarikat dan lain-lain. Semua keperluan tersebut melambangkan perkhidmatan dan produk yang diperkenalkan oleh syarikat tertentu. Semua identiti syarikat ini distandadkan atau dipiawaikan bagi menunjukkan kedudukan dan imej syarikat.

2. Reka Bentuk papan Peraga / Papan Iklan(Billboard) Adalah poster besar yang terdapat di tepi atau di persimpangan jalan. Terdapat tiga jenis papan peraga iaitu iklan persinggahan, iklan persimpangan dan rerambu jalan. Iklan persinggahan adalah iklan yang diletakkan di luar badan kenderaan awam seperti bas dan teksi. Iklan persimpangan adalah iklan yang diperagakan di tempat strategik, iaitu di kawasan orang ramai lalu-lalang. Iklan ini diperaga atau dipersembahkan dalam pelbagai gaya dan bentuk. Rerambu jalan yang menunjukkan maklumat dan arah jalan. 3. Reka Bentuk Pembungkusan Pembungkusan adalah bekas yang dibentuk bertujuan untuk melindungi dan memelihara kualiti sesuatu barangan di dalamnya semasa dihantar, disimpan dan dipemerkan. Pembungkusan yang direka bentuk hendaklah sesuai dengan ciriciri barangan yang dilindungi supaya kualiti barangan tersebut terpelihara. 4. Reka Bentuk Penerbitan Umum Reka bentuk penerbitan umum adalah reka bentuk penerbitan seperti buku, majalah, surat khabar, laporan dan pelbagai bentuk penerbitan umum. 5. Reka Bentuk Digital Adalah reka bentuk yang menggunakan teknologi paparan elektronik dalam penghasilan, seperti laman web, animasi, video dan multimedia. 6. Reka Bentuk Papan Tanda Adalah reka bentuk tanda arah bangunan, seperti tanda lif, tangga dan tandas atau tanda jalan seperti di jalan raya seperti jambatan, jalan bengkang-bengkok, perhentian bas dll. 7. Logo Logo adalah gambaran atau gubahan ringkas yang mempunyai makna tertentu dan digunakan untuk mewakili sesuatu pertubuhan, kelab, kedai, bank dan lain-lain. Punca idea logo lazimnya berdasarkan benda di alam sekitar seperti flora, fauna, manusia, benda buatan manusia, huruf, angka, rupa bentuk geometrid an sebagainya. Ciri-ciri logo yang baik mestilah: a) Rupa mudah dan ringkas b) Bersesuaian dengan tema c) Melambangkan identity syarikat atau organisasi tertentu d) Olahan yang menarik dan kemas e) Dapat menyampaikan mesej tertentu Terdapat tiga jenis logo iaitu: a)Logo Huruf menggunakan huruf atau muka taip untuk menghasilkan logo b)Logo Representasi Logo yang diolah berdasarkan objek benda di persekitaran c)Logo Simbol Logo yang menggunakan imej untuk menerang atau memaklumkan fungsi sesebuah organisasi. 8. Maskot Maskot adalah objek haiwan dalam bentuk pakaian yang dijadikan lambang sesuatu acara rasmi dan sering digunakan dalam acara sukan dan rancangan televisyen kanak-kanak. Haiwan yang dipilih adalah haiwan yang menjadi lambang sesuatu tempat. Maskot digayakan dalam bentuk sesuatu perlakuan yang ada kaitan dengan aktiviti sesuatu acara,contohnya dalam perlawanan bola sepak Piala Dunia 2006, maskot singa beraksi dengan bola sepak . Maskot mempunyai ciri-ciri tertentu iaitu: a)Digunakan untuk acara tertentu dan bukan pakaian harian b)Mempunyai identiti sesuatu tempat c)Hasil seni yang bukan untuk tujuan komersial atau untuk mendapat keuntungan d)Keaslian (rupa yang ditetapkan mempunyai ciri-ciri dan identiti tertentu)

9. Tipografi Tipografi adalah seni memilih dan mengatur huruf atau muka taip. Ia penting kerana kebanyakan rekaan grafik menggunakan muka taip. Contohnya poster, ilustrasi, risalah, iklan, papan tanda dan lain-lain. Pemilihan dan penyusunan muka taip penting supaya rekaan grafik kelihatan harmoni dan mempunyai kesan visual yang ditetapkan. Terdapat empat jenis muka taip: a)Muka Taip serif Muka taip yang mempunyai serif iaitu bahagian melengkung pada bahagian atas dan bawah huruf. Dikenali juga sebagai muka taip klasik. Sesuai digunakan untuk majalah dan risalah. b)Muka Taip Sans Serif Muka taip yang tidak mempunyai serif. Corak hurufnya seragam, hurufnya tegak dan melintang. Muka taip jenis ini mudah dibaca dan sesuai digunakan untuk teks, poster, iklan dan papan tanda. c) Muka Taip Kursif Muka taip berbentuk tulisan tangan yang kelihatan halus dan beransur-ansur manjadi tebal. Sesuai untuk kad ucapan dan kad jemputan. d).Muka Taip Dekoratif Muka taip yang mempunyai hiasan dan gaya. Sesuai digunakan untuk kad ucapan, kad jemputan dan cenderamata. 10.Poster Poster adalah reka bentuk grafik yang melibatkan tipografi, ilustrasi, gambar atau foto, rekaletak dan gubahan warna untuk menyampaikan maklumat secara cepat,mudah difahami dan spontan. Poster digunakan sebagai elemen komunikasi visual untuk tujuan perhubungan dan pengiklanan. 11.Ilustrasi Ilustrasi adalah gambaran visual yang jelas dan sempurna dalam bentuk lukisan, foto, rajah, simbol dan lain-lain yang bertujuan untuk menyampaikan mesej, idea dan tema sesuatu perkara kepada audien. Ilustrasi dibahagikan kepada lima jenis iaitu: a).Ilustrasi fesyen ilustrasi yang menggambarkan pakaian semasa dan memperlihatkan kehalusan dan ketelitian pereka fesyen dalam rekaan. b).Ilustrasi Alam Ilustrasi yang menggambarkan lukisan dan catan semulajadi seperti tumbuh-tumbuhan dan haiwan. c).Ilustrasi Perubatan Ilustrasi yang menggambarkan anatomi manusia seperti jantung, mata, otak dan sebagainya untuk meningkatkan kefahaman dalam ilmu perubatan. d).Ilustrasi Teknikal Ilustrasi yang menggambarkan komponen keseluruhan reka bentuk sesuatu benda dalam industri pembuatan seperti kereta, peralatan elektrik dan lain-lain. Ilustrasi kereta contohnya akan diperlihatkan keseluruhan komponen kereta termasuklah bahagian dalam yang tidak dapat dilihat seperti bahagian enjin dan sistem brek. e).Ilustrasi Perindustrian ilustrasi yang menggambarkan persembahan rekaan sesuatu produk untuk tujuan promosi atau persembahan kepada pelanggan.

Reka Bentuk korperat Reka Bentuk Pembungkusan

Reka Bentuk papan Peraga / Papan Iklan

Reka Bentuk Penerbitan Umum Reka Bentuk Papan Tanda

Reka Bentuk Digital

Logo Ilustrasi fesyen

Maskot

Poster

Ilustrasi Alam Ilustrasi Teknikal

Ilustrasi Perubatan

Ilustrasi Perindustrian

5. MULTIMEDIA
Multimedia adalah teknologi persembahan komputer yang menyatukan pelbagai media seperti teks, ilustrasi, gambar, audio, video dan animasi yang menggunakan komputer sebagai alat kawalan persembahan untuk membolehkan pengguna mengarah, berinteraksi, merekacipta dan berkomunikasi. Komponen multimedia terdiri daripada komputer, pengimbas, pencetak, kamera digital, pembesar suara dan pemain cakera padat. 5.1 Elemen Multimedia 1.Teks- Teks adalah huruf atau muka taip dan menjadi elemen asas dalam multimedia kerana ia adalah cara paling berkesan untuk menyampaikan imformasi dan idea. 2.Ilustrasi - Ilustrasi adalah gambaran visual yang jelas dan sempurna dalam bentuk lukisan, foto, rajah, simbol dan lain-lain yang bertujuan untuk menyampaikan mesej, idea dan tema sesuatu perkara. Ia sering dijadikan latarbelakang atau persembahan sokongan dalam multimedia. 3.Animasi Siri grafik pegun (tidak bergerak) yang dipaparkan dengan menggunakan beberapa bingkai gambar secara berterusan yang akan membentuk satu ilusi pergerakan. Animasi merujuk kepada semua jenis pergerakan pada paparan skrin elektronik daripada pergerakan objek sehinggalah kepada pergerakan yang paling kecil seperti butang yang berkelip-kelip. 4.Audio Bunyi-bunyian untuk menyampaikan makna atau sesuatu situasi untuk menarik perhatian. Contohnya kesan bunyi letupan dan kesan bunyi air. 5.Video Imej pergerakan yang dipaparkan melalui papan kelajuan (15-30 bingkai sesaat) yang dirakam melalui perakam video, kamera digital dan lain-lain. 6.Penyimpanan Data Rekod yang menyimpan maklumat dan data. Maklumat dan data ini boleh dibuka semula untuk tujuan tertentu. 7.Integrasi Maklumat Penyampaian maklumat yang efektif, cepat, mudah dan berkesan kepada semua pengguna. Contohnya data, audio dan video dapat digabungkan dalam satu bentuk imformasi dan disambung ke rangkaian internet untuk tujuan penyampaian maklumat.

6. ANIMASI
Animasi adalah satu siri grafik pegun (tidak bergerak) yang dipaparkan dengan menggunakan beberapa bingkai gambar secara berterusan yang akan membentuk satu ilusi pergerakan. Animasi merangkumi satu ruang yang luas iaitu daripada satu pergerakan yang mudah seperti titik-titik yang berkelip sehingga pergerakan yang komplek seperti pergerakan air dan angin. Semakin banyak bingkai gambar bagi sesuatu pergerakan akan menghasilkan satu kesan pergerakan yang lebih licin. Sebaliknya gambar akan tersangkut-sangkut jika bingkai gambar dikurangkan. Ilustrasi setiap bingkai animasi dihasilkan secara manual atau juga boleh dihasilkan sepenuhnya menggunakan perisian grafik animasi. Antara perisian grafik animasi ialah Microsoft Power Point, 3D Studio Max, Micromedia Flash dan MAYA.

7. LAMAN WEB
Laman web adalah dokumen dan informasi elektronik yang dipaparkan di jaringan web yang mengandungi grafik, audio video dan teks. Jaringan laman web dapat dilayari oleh setiap pengguna di seluruh dunia dikenali sebagai Word wide web (www). Setiap laman web yang bertalian dengan jaringan ini dikenali sebagai web site atau tapak web. Setiap laman web mempunyai titik permulaan yang dikenali sebagai hompage yang seakan-akan kulit buku yang menyenaraikan isi kandungan dan maklumat yang terdapat dalam homepage tersebut. Laman web dibangunkan dan dikawal oleh seorang webmaster (blogger).

7.1 Ciri-ciri Reka Bentuk Laman Web 1.Skrin yang dinamik dan mempunyai imej yang tersendiri. 2.Kandungan home page yang tepat dan jelas menepati sasaran pengguna. 3.Tajuk haruslah menarik dan mengandungi sub topic yang konsisten. Paparan harus disertai dengan kombinasi ikon, warna, gambar dan reka letak yang menarik dan jelas. 4.Teks menarik dan bersesuaian dengan laman web yang dibina. 5.Reka letak haruslah seimbang dan harmoni dengan elemen asas seni memandangkan laman web adalah satu bentuk seni grafik. 6.Penggunaan yang menarik dan kontras. 7.Mempunyai butang dan kawalan yang konsisten. Setiap butang disertai dengan menu yang telah ditetapkan. 8.Setiap laman web harus mempunyai nama dan alamat webmaster untuk dihubungi di bahagian bawah laman web. 7.2 Jenis-jenis Perisian Komputer Grafik
Fungsi Reka letak Melukis ilustrasi dan imej Mengedit foto dan membentuk imej Multimedia interaktif linear dan animasi Reka bentuk 3D dan animasi Reka bentuk laman wab Menyusun atur filem Menyusun atur audio Perisian 1.Quark Express 2.Adobe Pagemaker 3.MS Publisher 1.Macromedia FreeHand 2.Adobe Illustrator 3.Corel Draw 1.Adobe photoshop 2.Corelpaint 1.Macromedia Flash 2.Macromedia Director 3.Macromedia Authorware 1.3-D Studio Max 2.Auto Cad 3.MAYA 1.Macromedia Dreamweaver 2.Macromedia Page Mill 3.MS Front Page 1.Adobe Premiere 2.Digital Video Producer 1.Sound Forge 2.Sound Edit