Anda di halaman 1dari 6

KEPENTINGAN BERMAIN DALAM KALANGAN KANAK-KANAK DARI ASPEK FIZIKAL, EMOSI DAN SOSIAL.

Main atau bermain secara amnya boleh didefinisikan sebagai sebarang aktiviti yang memberikan kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-kanak tanpa

menimbangkan apakah hasil aktiviti itu. Kanak-kanak belajar melalui bermain. Bermain merupakan satu pendekatan terancang, dan berstruktur bagi memberikan peluang kepada murid belajar dalam suasana yang tidak begitu formal, menyeronokkan dan bebas. Kanak-kanak yang melalui proses bermain akan mendapat pengalaman langsung yang sudah pasti akan memberikan kesan pembelajaran yang mantap dan berkesan.

FIZIKAL Aktiviti bermain biasanya melibatkan aktiviti fizikal yang berhubung rapat dengan perkembangan kanak-kanak dari aspek motor kasar dan motor halus serta kesedaran tentang badan mereka. Antara kepentingan-kepentingan bermain dalam kalangan kanak-kanak dari aspek fizikal pertama sekali ialah, sebagai pendedahan awal kepada kanak-kanak tentang komponen-komponen kesihatan dan keselamatan yang dititikberatkan semasa mereka bermain. Sebagai contoh, sebelum memulakan permainan bola sepak, murid di sekolah akan di biasakan untuk melakukan pemanasan badan terlebih dahulu dan seterusnya melakukan cooling down selepas bermain. Guru juga akan menerangkan langkah keselamatan semasa bermain sesuatu permainan kepada murid-murid bagi mengelakkan daripada berlaku sebarang kecederaan. Bukan itu sahaja, melalui bermain, kemahiran psikomotor, iaitu motor halus, motor kasar, koordinasi mata dan tangan, pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor dapat dibina. Contohnya di dalam permainan galah panjang. Kanak-kanak akan berlari, melompat, mengelak dan banyak lagi pergerakan yang dilakukan untuk memahirkan pergerakan mereka.

Selain itu, bermain dalam aspek perkembangan fizikal juga dapat meningkatkan kemahiran manipulatif kanak-kanak. Kemahiran manipulatif yang dimaksudkan ialah kemahiran dalam menggunakan pergerakan psikomotor halus untuk menjayakan sesuatu aktiviti contohnya aktiviti melibatkan proses mencantum, melukis, menampal dan merenyuk. Tidak setakat itu, main adalah penting kerana hal ini dapat meningkatkan keupayaan dan ketangkasan deria mereka seperti deria bau, pengelihatan,

pendengaran dan sentuh di samping mereka meneroka alam semulajadi. Sebagai contoh, seperti di dalam permainan telefon rosak, kanak-kanak akan menggunakan organ deria pendengaran mereka iaitu telinga untuk mendengar mesej yang didengari dengan betul dan perlu menyampaikannya kepada rakan lain dengan baik agar mesej yang dihantar kepada rakan lain adalah tepat dan sama dengan mesej asal. Selain daripada itu, dengan bermain, kanak-kanak dapat membina kemahiran manipulatif, koordinasi mata dan tangan dan kemahiran motor halus. Misalnya melalui aktiviti mewarna, melukis, membuat kolaj dan lain-lain. Dalam aktiviti seperti berenang pula, main di sini dilihat dapat membina kemahiran mengimbang, mengapung, mengawal pernafasan serta dapat mengurangkan perasaan takut di dalam air. Selain itu juga, bermain dilihat penting kepada perkembangan fizikal kanakkanak kerana melalui bermain, mereka juga dapat melahirkan tubuh yang sihat dan minda yang cerdas. Contohnya melalui aktiviti permainan seperti permainan ketinting yang memerlukan banyak tenaga dan pergerakan, kanak-kanak akan mengeluarkan peluh ketika mereka bermain. Melalui peluh yang keluar dari tubuh merekalah, segala toksik dan sisa perkumuhan terkumpul dalam badan dapat dikeluarkan. Hal ini sekaligus akan menyihatkan tubuh badan mereka dan menjadikan otak mereka sihat dan cerdas.

EMOSI

Bagi perkembangan emosi, main dilihat penting kerana ia dapat membantu kanakkanak untuk berasa gembira yang mana mereka belajar cara untuk mengawal emosi

dan

pergerakan

tindak

balas

badan

mereka

terhadap

perlakuan

sesama

sendiri. Contohnya, ketika kanak-kanak bermain permainan ceper, mereka yang terlalu seronok dengan permainan tersebut akan merasa bosan apabila hilang giliran bermain dan terpaksa menunggu lama giliran rakan-rakanya bermain. Jadi, jika kanak-kanak tidak dapat mengawal emosinya, ia akan bertindak mengganggu dan melakukan perkara yang membatalkan giliran rakannya yang sedang bermain itu. Di sinilah pentingnya main. Dengan adanya pengalaman ketika bermain, mereka akan cuba mengawal segala tingkah laku mereka agar tidak menggangu emosi orang lain. Bermain turut memberikan peluang untuk kanak-kanak meluahkan perasaan selain mencerminkan sikap dan menggambarkan emosi mereka. Sebagai contoh, melalui aktiviti melukis, mereka dapat meluahkan emosi mereka di atas sekeping kertas dengan melukis apa sahaja yang terlintas di fikirannya sama ada tentang keluarganya, rakan-rakannya ataupun perkara yang disukainya. Main juga dilihat dapat menghilangkan rasa kebimbangan dan trauma yang dialami kanak-kanak terutamanya dalam keadaan tertentu seperti di Negara yang mengalami peperangan, dan bencana alam. Dengan ketegangan sebegini, kanakkanak sudah pasti mereka merasa begitu trauma dan tertekan. Justeru, dengan bermain dengan pelbagai permainan, kanak-kanak dapat mengawal emosi mereka, sekaligus mengatasi masalah kebimbangan dan lama kelamaan trauma yang dihadapi akan hilang. Antara contoh main sebagai terapi kebimbangan ialah, seperti menyusun puzzle, bermain boneka, membuat kolaj dan banyak lagi.

SOSIAL Apabila kanak-kanak berinteraksi antara satu sama lain semasa bermain, kanakkanak dapat mempelajari kemahiran-kemahiran sosial seperti bertolak ansur, bekerja sama dan berkongsi sesuatu. Semasa kanak-kanak bermain, mereka bersosial dengan rakan sebaya. Contohnya, permainan sosial boleh berlaku dalam kumpulan ataupun individu. Sebagai contoh, dalam permainan lego, komunikasi tetap boleh berlaku

apabila kanak-kanak berinteraksi dengan rakannya dan bertanya ataupun meminjam alat permainan walaupun kanak-kanak tersebut tidak bermain dengan rakannya itu.

Melalui bermain, kanak-kanak juga dapat menyampaikan sesuatu arahan dengan bertatasusila tanpa menyinggung perasaan orang lain. Selain dapat menambah kenalan melalui diskusi yang positif, kanak-kanak juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama rakan sebaya.

Sejak keci lagi kanak-kanak diajar mematuhi peraturan melalui permainan. Melalui permainan berperaturan, kanak-kanak mempelajari cara-cara mematuhi peraturan, menyesuaikan diri dan menyelesaikan masalah. Kanak-kanak memahami peraturan sosial melalui permainan yang memerlukan mereka mengikut peraturan. Permainan seperti dam, catur, kad, dan monopoli mengajar kanak-kanak bahawa setiap individu perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan. Permainan sebegini dapat membantu kanak-kanak memahami konsep-konsep peraturan dan perlunya mematuhi undang-undang. Selain itu, dengan bermain, kanak-kanak dapat memupuk semangat berani untuk menonjolkan diri, yakin dan tidak malu untuk bersosial dengan orang lain. Contohnya pengelibatan kanak-kanak dalam aktiviti main peranan di sekolah.

Dengan bermain juga, kanak-kanak dapat mengukuhkan kemahiran berbahasa mereka. Sebagai contoh ketika bermain, kemahiran bercakap dan mendengar akan berkembang. Mereka akan mula berkomunikasi dan apabila bermain secara tidak langsung memberikan lebih banyak tindak balas dua hala.

Tambahan pula, kanak-kanak juga berkecenderungan untuk bersikap ego dan tidak ingin berkongsi di awal usia mereka. Apa yang dimiliki mereka menjadi hak mutlak. Namun, apabila usia semakin meningkat, sikap ingin berkongsi mula ditunjukkan. Selain itu, main juga dapat mendidik kanak-kanak mengetahui bahawa emosi seseorang mungkin berlainan pada situasi yang tertentu. "Egosentrik kanakkanak sangat tinggi pada awal usia 6 tahun. Namun, lama kelamaan sikap itu semakin pudar. Perubahan boleh dilihat dari sikap mereka yang bermain permainan masing-

masing namun secara berdekatan, kemudian berubah kepada perkongsian. Sebagai contoh adalah seperti permainan lego. Pada awalnya, kanak-kanak tidak mahu

berkongsi lego dengan rakannya dan lama kelamaan mereka boleh berkongsi lego tersebut setelah lama berkenalan. Bermain banyak faedahnya kepada anak-anak. Oleh itu, mereka perlu diberikan kebebasan untuk bermain. Bagaimanapun, permainan yang berkesan adalah dengan adanya pembabitan orang dewasa bagi memantau perkembangan dicapai kanakkanak.

http://www.ukm.my/jpbm/pdf/1-16_Artikel%201_Sharifa_Nor_dan_Aliza.pdf (JURNAL)

Source : Berita Harian By : Fatin Hafizah Mohd Shahar 24 Aug 2010


http://www.harum.com.my/woman.php?cate=fami&id=812

Anda mungkin juga menyukai