Anda di halaman 1dari 12

ISI KANDNGAN

BIL 1.0 2.O 3.0 3.1 3,2 3.3 3.4 4.0 ISI KANDUNGAN SEKAPUR SIRIH

PERKARA

MUKA SURAT

FOLIO PERANCANGAN SEBELUM SEMASA SELEPAS LAMPIRAN GAMBAR KERTAS KERJA CADANGAN

2.0 SEKAPUR SIRIH

NAMA KAD PENGENALAN ANGKA GILIRAN KUMPULAN

: ALIAS BIN PIEI : 700101085531 : 2009212360003 : PGSR NOV 2009 ( KOHOT 2 )

Guru

adalah Pembina generasi Malaysia, pembangunan modal insan

berkualiti tinggi merupakan suatu keperluan dalam usaha melahirkan rakyat yang berilmu, berkemahiran serta memiliki kekuatan spiritual dan sahsiah yang unggul. Bagi menjayakan wawasan dan matlamat ini, guru-guru Malaysia perlu memiliki dan menguasai kekuatan ilmu dan intelek yang tinggi, penguasaan kemahiran profesional yang mantap serta diperkasakan dengan penguasaan kemahiran dan kemahiran bersosial, penghayatan nilai dan etika keguruan serta kekuatan peribadi dan sahsiah yang terpuji selaras dengan hasrat negara. Justeru program BinaInsan Guru (BIG) merupakan suatu usaha ke arah pembinaan dan pembentukan kualiti insan guru yang dihasratkan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG). Program ini direalisasikan melalui satu pakej aktiviti luar dan dalam kampus sepanjang enam semester tempoh pengajian. Melalui pengalaman yang diperolehi diharap guru dapat menuju ke arah pembangunan diri sebagai insan guru yang berterusan. Bahawa saya, Alias bin Piei dari kumpulan PGSR Ambilan Nov 2009 ( Kohot 2 ) telah menyertai Program Bina Insan Guru Fasa 2 bertempat di Stor Gerko dan Dewan Perpustakaan, IPG Kampus Bahasa Antarabangsa.

3.0

LAPORAN BINA INSAN GURU FASA KEEMPAT

3.1 Sebelum

Program Bina Insan Guru Fasa keempat perlu dijalani sebagai memenuhi salah satu syarat program PGSR. Program Bina Insan Guru kali ini di anggap istimewa kerana ianya merupakan program yang akan dilaksanakan 3 fasa secara serentak. Walaupun kedengaran bahawa program ini akan menjadi satu program yang memenatkan, namun ia perlu ditempuhi juga dalam memenuhi kehendak Program Pensiswazahan ini. Bagi menyempurnakan BIG Fasa Kelima ini, Sabak Bernam menjadi destinasi pilihan.De Muara Resort, Sg. Haji Dorani merupakan tempat penginapan sepanjang aktiviti dijalankan.Pada mulanya, kami berbincang dan sepakat melantik En. Ahmad Nazri sebagai pengerusi BIG kami untuk kali ini dan Pn. Arbaayah selaku setiausaha.Setelah menyiapkan kertas kerja dan mengajukan kepada Encik Baseni selaku Ketua Unit Ko-kurikulum, beliau mencadangkan agar kami menjalankan aktiviti BIG ini bersama-sama PGSR Kohot 1. Setelah mendapat persetujuan, Encik Kalam bin Salam dipilih menjadi peneraju BIG Fasa Kelima ini. Setelah perbincangan dibuat bersama penyelaras Encik Baharuddin dan Encik Baseni, program yang dicadangkan iaitu khidmat masyarakat bersama penduduk Kampung Nelayan. Antara aktiviti yang dirancang iaitu gotong-royong membersihkan surau dan persekitarannya, gotong-royong membersihkan kampung, gotong royong membersihkan kubur serta bacaan tahlil dan menyediakan sudut bacaan di rumah penduduk kampung. Aktiviti ini dapat menjalinkan hubungan silaturrahim bersama penduduk setempat. Dengan ini, kami bukan sekadar dapat berkenalan malahan dapat menyelami adat dan budaya penduduk setempat. Dalam jawatankuasa pelaksana, saya ditugaskan dalam bahagian penginapan bersama-sama Encik Mohd Dali, Puan Nor Azua dan Puan. Norfadzilah.. Tugas kami memastikan semua peserta mendapat tempat penginapan yang bersesuaian serta selesa. 3.2 Semasa
3

Seawal jam 6.00 pagi saya dan rakan rakan lain yang beragama Islam bersedia di surau Resort untuk menunaikan solat subuh. Solat subuh pada hari ini telah di imamkan oleh En. Ahmad iaitu peserta Kohort 1. Setelah selesai solat subuh secara berjemaah, imam telah menyampaikan sedikit tazkirah untuk dijadikan renungkan bersama. Selesai solat subuh secara berjemaah, peserta pulang ke bilik masing- masing untuk menukar pakaian bagi menjalankan aktiviti seterusnya. Peserta telah berkumpul di dataran untuk menjalankan aktiviti senamrobik yang telah dikendalikan oleh Jurulatih Senamrobik Negeri Selangor iaitu Cik Aida. Peserta begitu bersemangat dan memberikan sepenuh perhatian mengikuti setiap gerak yang dilakukan. Selesai menjalankan aktiviti senamrobik, para peserta dihidangkan dengan sarapan pagi dan bersedia untuk melaksanakan aktiviti yang seterusnya. Peserta diarahkan menuju ke Kampung Nelayan Sungai Haji Dorani untuk aktiviti seterusnya. Memandangkan jarak antara tempat penginapan dengan kampung tersebut yang dekat, maka kami mengambil keputusan berjalan kaki untuk ke sana. Setibanya ditempat yang di tuju, peserta telah dipecahkan kepada kumpulan dan diagihkan dengan tugas yang perlu dilaksanakan. Peserta lelaki akan bergotong royong membersihkan kawasan kubur dan seterusnya bertahlil manakala kumpulan peserta perempuan akan melakukan gotong royong membersihkan kawasan sekitar kampung yang melibatkan aktiviti memunggut sampah. Pihak Kesihatan Daerah Sabak Bernam turut sama melibatkan diri dalam program yang dijalankan. Pihak Jabatan Kesihatan telah membuat pameran kesihatan, cara mengelakkan pembiakan nyamuk aedes dan mencegah demam denggi. Disamping itu, para peserta berpeluang menyaksikan demonstrasi penyemburan asap mencegah nyamuk aedes. Kunjungan wartawan akhbar Sinar dalam program ini menambahkan lagi kemeriahan aktiviti yang dilaksanakan. Sesi bergambar beramai-ramai telah diadakan untuk disiarkan didalam akhbar tersebut. Sebelum pulang ke tempat penginapan untuk rehat tengah hari, peserta telah dimaklumkan dengan aktiviti pada sebelah petang iaitu pembinaan sudut bacaan di rumah penduduk kampung yang terpilih. Peserta telah dimaklumkan rumah penduduk yang terlibat dengan pembinaan sudut bacaan.
4

Setiba di resort tempat penginapan, kami dijamu dengan jamuan makan tengah hari iaitu nasi hujan panas bersama ayam masak merah. Memandangkan hari tersebut ialah hari Jumaat, peserta lelaki akan menunaikan solat Jumaat di masjid yang berhampiran. Tepat jam 2.30 petang semua peserta telah bergerak kearah rumah yang telah ditetapkan untuk melaksanakan aktiviti sudut bacaan. Setibanya di rumah yang telah ditetapkan, tuan rumah telah bersedia menunggu ketibaan kami. Sambutan yang diberikan oleh tuan rumah begitu mengagumkan walaupun mereka berdua telah berusia. Kami disambut dengan penuh mesra dan kerjasama yang diberikan amat memuaskan hati kami sekumpulan. Aktiviti penyediaan sudut bacaan ini dimulakan dengan penyediaan bahanbahan yang bakal digunakan. Proses memotong dan menampal dilakukan oleh kami secara kejasama dan saling bantu membantu. Semasa proses ini berjalan, tuan rumah begitu mesra dengan berbual dan juga menyediakan makanan dan minuman kepada kami. Keselesaan ini membuatkan saya rasa seperti berada di rumah sendiri. Salah seorang rakan kami iaitu Encik Rizan telah keluar untuk membeli rak buku mini. Setibanya beliau dirumah, saya dan beliau bersama-sama memasang rak buku tersebut sehingga siap sepenuhnya. Setelah siap rak buku itu dipasang, keseluruhan kumpulan kami bersama-sama menyusun dan menghias rak buku tersebut dengan buku dan majalah yang berkaitan dengan pendidikan. Dinding dibahagian berhampiran rak tersebut telah dihiasi dengan tampalan bunga hiasan. Dalam waktu yang singkat sahaja keseluruhan sudut bacaan itu telah diwujudkan hasil daripada kerjasama berkumpulan. Setelah siap sepenuhnya, kumpulan kami menyerahkan secara rasminya sudut bacaan tersebut kepada tuan rumah. Kelihatan tuan rumah begitu ceria dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada kumpulan kami. Apa yang lebih membanggakan kumpulan kami ialah sudut bacaan yang telah dibina telah diumumkan antara salah satu daripada 10 sudut bacaan yang terbaik. Pada sesi seterusnya ialah aktiviti bacaan Yassin dan bertahlil bersama jemaah setempat di surau kampung Haji Dorani. Setengah jam sebelum masuknya waktu maghrib, kami semua telah berkumpul di surau dan seterusnya menunaikan solat maghrib secara berjemaaah. Selesai solat maghrib, seluruh jemaah membaca Yassin di ikuti dengan tahlil yang diketuai oleh Encik Ahmad.

3.3 Selepas Sepanjang Bina Insan Guru Fasa 4 ini saya merasa sungguh gembira dengan suasana dan aktiviti yang telah diaturkan. Suasana di kampung ini tidak jauh berbeza dengan suasana kampung saya sendiri kerana kedua-duanya ialah perkampungan nelayan. Selain itu, aktiviti yang dijalankan bersama peserta kohot satu begitu menyeronokkan kerana bilangan mereka yang ramai berbanding kohot kami yang hanya mempunyai 30 orang peserta sahaja. Dalam menjalani setiap aktiviti sepanjang Bina Insan Guru fasa 4 ini terdapat beberapa kekuatan, kelemahan, peluang, ancaman dan beberapa penambah baikan yang boleh diambil kira. Sebagai seorang guru, perkara sebegini perlu diberikan perhatian untuk kebaikan masa hadapan. Antara kekuatan yang terdapat sepanjang Program Bina Insan Fasa 4 ini ialah dari segi kerjasama antara peserta. Dalam setiap aktiviti yang dijalankan, peserta menunjukkan kerjasama yang tinggi walaupun kadangkala terdapat percanggahan pendapat. Selain itu perpaduan antara peserta yang berbilang kaum juga dapat ditingkatkan. Penerapan agama dan juga moral bagi yang bukan beragama Islam juga begitu ditekankan dengan penyediaan kemudahan dan pembimbing. Keramahan, kemesraan dan kerjasama penduduk kampung menjadikan program ini berjaya mencapai objektifnya. Kepatuhan kepada pemimpin dan masa menjadikan program ini berjalan lancar dan tersusun tanpa ada sebarang masalah. Bagi setiap kekuatan, pasti ada kelemahan. Antaranya ialah kelemahan dari segi perancangan. Sebagai contohnya, sewaktu gotong royong diadakan, peralatan tidak disediakan yang mana mengakibatkan gotong royong yang dirancang tergendala. Ini mungkin disebabkan tiada perancangan rapi dan teliti. Selain itu komunikasi dan kerjasama Jawatankuasa tertinggi dengan para peserta yang lemah. Akibatnya, banyak maklumat yang tidak sampai sepenuhnya kepada para peserta dan juga percanggahan arahan. Dari segi peluang, Program Bina Insan Fasa 4 ini membolehkan saya menyalurkan pengetahuan dan kemahiran kepada penduduk. Sebagai contohnya ialah penyediaan sudut bacaan. Pengetahuan dan kemahiran guru digunakan sepenuhnya dalam membina sudut bacaan yang menarik dan seterusnya dapat
6

membantu menggalakan dan meningkatkan tabiat membaca dikalangan anak penduduk kampung. Beberapa penambaikan mungkin dapat membantu melancarkan lagi program seperti ini seandainya ia diadakan lagi pada masa hadapan. Antaranya ialah dari segi ketelitian perancangan. Perancangan yang teliti dari yang besar sehinggalah benda-benda yang kecil perlu diambil perhatian yang lebih. Selain itu jumlah peserta yang ramai akan menyukarkan pihak pengurusan. Jadi, pada masa hadapan, program seperti ini perlu melibatkan jumlah peserta yang sesuai dengan aktiviti yang akan dijalankan. Akhir sekali dapatlah disimpulkan bahawa program seperti Bina Insan Guru fasa 4 ini dapat membentuk sahsiah guru dari segi sikap, kepatuhan masa dan komunikasi. Kerjasama dan juga perhubungan antara pengurusan dengan peserta, peserta dengan peserta dan juga peserta dengan penduduk setempat dapat diwujudkan melalui program seperti ini. Semoga kita semua mendapat manfaat daripada program ini. Mana yang baik kita jadikan teladan dan yang lemah kita jadikan sempadan. Sekian.

3.4 LAMPIRAN BERGAMBAR

10

11

12

Anda mungkin juga menyukai