Anda di halaman 1dari 18

PENGENALAN KEPADA PSIKOLOGI INDUSTRI DAN ORGANISASI

DR. MURNIZAM HALIK

Definisi
Pengaplikasian fakta dan prinsip psikologi kepada masalah berkenaan dengan manusia dalam konteks perniagaan dan industri. Pembangunan dan pengaplikasian prinsip-prinsip saintifik terhadap tempat kerja

Ahli Psikologi IO boleh mengaplikasikan teori Psikologi untuk menjelaskan dan meningkatkan keberkesanan tingkahlaku dan kognitif manusia di tempat kerja

Skop
Psikologi Personel membincangkan pengunaan sumber manusia yang sesuai untuk meningkatkan keberkesanan organisasi. Ia mementingkan isu seperti analisis pekerjaan, pemilihan, latihan pekerja serta penilaian prestasi. Psikologi Organisasi membincangkan isu-isu seperti kepimpinan, kepuasan kerja, motivasi pekerja, struktur organisasi, komunakasi dalam organisasi, pengaruh kuasa dan politik sikap, stress, budaya dan motivasi.

Psikologi Ergonomik pula memfokuskan kepada rekabentuk tempat kerja, interaksi manusia dan komputer, kepenatan fizikal dan stress di tempat kerja.

Bidang IO
Sains: IO membincangkan peningkatan pengetahuan mengenai manusia di tempat kerja, yang mana pengetahuan didapati berdasarkan kaedah saintifik (kajian) yang boleh menerangkan mengenai tingkahlaku. Aplikasi: Berdasarkan pengetahuan Sains, ahli psikologi IO cuba mencari jalan untuk menyelesaikannya, seperti memilih pekerja yang terbaik, isu ponteng, meningkatkan komunikasi dan kepuasan kerja

IO DAN PROGRAM PERNIAGAAN


Psikologi IO menggunakan prinsip psikologi dalam pekerjaan seperti Teori Pembelajaran, Teori Motivasi dan prinsip Psikologi Sosial dalam memahami individu di dalam organisasi IO menilai faktor yang memberi kesan kepada individu di dalam organisi berbanding dengan aspek yang lebih menyeluruh seperti pemasaran, huraian pengangkutan dan kos akaun.

TOKOH UTAMA DALAM IO


Walter Dill Scott
Beliau ialah seorang ahli psikologi yang diminta untuk memberikan ceramah mengenai pengiklanan dan menghasilkan dua buah buku. The Theory of Advertising (1903) berkenaan dengan cara cadangan dan perbahasan untuk mempengaruhi pembeli. The Psychology of Advertising (1908) pula adalah mengenai peniruan, saingan dan kesetiaan kepada jenama.

Menurut beliau, untuk menarik pelanggan untuk membeli, maka iklan mestilah memenuhi tahap kesedaran seseorang. Contohnya, arahan terus mengunakan kata kerja seperti minum Coca-Cola yang mana arahan tersebut akan dipenuhi secara tidak sedar Kedua, menggunakan kupon, iaitu dengan adanya kupon, pelanggan terikut untuk membeli barangan tersebut

Hugo Munsterberg
Kajian mengenai pekerjaan berulangan (monotony), perhatian dan kepenatan, pengaruh sosial, pengiklanan dan psikologi ekonomi iaitu mempelajari tingkah laku manusia berhubung dengan ekonomi. Psychology and Industrial Efficiency (1910)

Frederick W. Taylor
Merupakan seorang jurutera yang berkerja disebuah kilang besi.
Kajian beliau dinamakan Time and Motion Study iaitu berkenaan dengan pengunaan penyodok yang berlainan untuk tujuan mengangkat arang batu dan biji besi. Hasil kajiannya telah meningkatkan hasil pengeluaran kilang tersebut.

Pengasas Pengurusan Saintifik Mengemukan 4 Prinsip Merekabentuk kerja dengan saintifik untuk meningkatkan produktiviti. Memilih pekerja melatih mereka secara sistematik dan

Bekerjasama dengan pekerja untuk pastikan kaedah saintifik tersubut diikuti Berkongsi tanggungjawab dalam pekerjaan antara pekerja dan pengurus, mengikut tugas masing-masing

Frank and Lillian Gilbreth Mengkaji teknik penyusunan batu-bata (bricklaying)untuk sektor pembinaan.

Mencadangkan teknik yang baru yang menjimatkan 1/3 daripada masa sebenar.

Perkembangan IO
Perang Dunia Pertama (1915-18)
Robert Yerkes menyarankan pihak tentera untuk menggunakan Ujian Kecerdasan untuk pemilihan tentera Terdiri daripada Louis Thurstone, Edward Thorndike dan Edward Strong Alat ujian yang pertama dibina ialah Army Alpha

Mendapati bahawa ramai calon buta hufuf atau tidak memahami bahasa Inggeris, lalu mencipta Army Beta, yang menggunakan grafik. Pada masa yang sama, Setiausaha Perang AS menubuhkan Committee of Classification of Personnel untuk ujian ketenteraan. Jawatankuasa ini diketuai oleh Walter Dill Scott dan Walter Bingham

Selepas Perang Dunia Pertama (1919-1939)

Kajian Hawthorne (Hawthorne Studies) Kajian Hawthorne (Hawthorne Studies)


Western Electrics di kilang mereka di Hawthorne. Kajian pada awalnya ingin melihat kesan cahaya terhadap produktiviti pekerja. Kajian mendapati bahawa produktiviti meningkat dengan perubahan keterangan lampu atau apa-apa perubahan yang lain Akhirnya mereka mendapati dua kesan utama

Kesan Pengkaji Menunjukkan pihak pengurusan mengambil berat tentang mereka, berbesar hati dipilih untuk ujikaji Kesan Sosial Walaupun dibayar berdasarkan jumlah keluaran, mereka meningkatkan pengeluaran. Sekiranya ada yang meningkat produktiviti, maka dia akan ditegur rakan. Merancang pekerjaan yang mana tugasan tersebut terlalu banyak untuk dikawal oleh penyelia dan mereka terpaksa untuk menunggu sehingga penyelia selesaikannya Walaupun pihak pengurusan cuba mengawal pekerja, mereka juga mempunyai mekanisma untuk mengawal produktiviti walaupun ia kelihatan tidak rasional

PERANG DUNIA KEDUA (1941-1945)

Walter Bingham mempengerusikan jawatankuasa pemilihan tentera dan satu ujian telah dicipta yang dinamakan sebagai Army General Classification Test (AGCT).

SELEPAS PERANG DUNIA KEDUA


John Flanigan (1954) Teknik Insiden Kritikal
Douglas McGregor (1957) Teori X dan Y. McClleland (1964) Teori Pencapaian. Herzberg (1966) Teori Dua Faktor. Locke (1968) Dengan Teori Pencapaian Matlamat.

D.O.T (1965) Dihasilkan


McCormick (1972) P.A.Q.

Anda mungkin juga menyukai