Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
NAMA NOOR FADHILAH BINTI ABD. AZIZ WAN HAYATUN SYAMILA BINTI MEGAT ABDULLAH NUR SYAFIQAH BINTI ONN NURUL ASYIKIN BINTI MOHD ISA NOMBOR MATRIK D20111047510 D20111047379 D20111047573 D20112051955
PENGENALAN
Akta Pendidikan 1996 turut dikenali Akta 550 adalah bertujuan memansuhkan Akta Pelajaran 1961. Secara amnya, akta tersebut telah mengemukakan satu undang-undang
baru tentang pendidikan bagi melaksanakan dasar pendidikan negara yang berasaskan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Matlamat-matlamat seperti apa yang disenaraikan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Telah berkuatkuasa mulai 31 Dis 1997 Berpaksi kepada perakuan utama Penyata Razak Untuk memperluaskan skop dan memperkenalkan perundangan pendidikan
Menampilkan kesinambungan daripada hasrat dan dasar pendidikan yang sedia ada
Untuk memantapkan sistem pendidikan kebangsaan Lanjutan dan pembaharuan daripada Akta Pelajaran 1991
Lahirnya UKM (1971) yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
Memperluaskan skop dan memperkenalkan perundangan mengenai pendidikan Memantapkan sistem pendidikan kebangsaan
Perundangan pada tahap prasekolah hingga tahap pendidikan tinggi termasuk kerajaan dan swasta
TUJUAN PENGGUBALAN
Melahirkan tenaga kerja dan rakyat yang mempunyai daya inovatif dan kreatif , turut menyumbang fikiran dan tenaga dalam mencapai aspirasi negara seperti mana yang termaktub dalam Wawasan 2020.
Perpaduan kaum
Mengekalkan status quo sekolah rendah jenis kebangsaan dan juga 60 buah sekolah Cina swasta. Di samping itu Unified Examination yang diambil oleh sekolah-sekolah ini serta lembaga pengelola sekolah conforming dan sekolah mission dikekalkan. Pengajaran bahasa Cina , Tamil dan bahasa bumiputera diperuntukkan di sekolah.
Pendemokrasian pendidikan
Seksyen 21, memberi kuasa kepada Menteri untuk menubuh dan menyenggara tadika. Seksyen ini perlu untuk membolehkan kementerian mengadakan kemudahan prasekolah kepada kanak-kanak khususnya masyarakat luar bandar dan berpendapatan rendah. Mutu program pendidikan di semua tadika juga akan dapat dipertingkatkan kerana tadika akan diwajibkan menggunakan Garis Panduan Kurikulum Prasekolah yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan. Pendidikan boleh diikuti oleh kanak-kanak bermula lima tahun.
KESIMPULAN
Kemajuan sesebuah negara bergantung kepada sistem pendidikan selain daripada kestabilan politik, ekonomi, kebudayaan dan sistem nilai masyarakat. Tanpa sistem pendidikan yang sempurna dan mantap, akan terhasillah bentuk pendidikan yang pelbagai corak serta tidak sempurna sifatnya. Implikasi daripada itu negara akan mengalami pelbagai masalah termasuk masalah perpaduan dan pembangunan. Oleh sebab itu, dengan wujudnya Akta pendidikan 1996 ini merupakan panduan untuk negara dalam menyatukan kepelbagaian bentuk dan corak pendidikan yang seimbang kepada semua masyarakat.