Anda di halaman 1dari 12

Pelan Takaful

BESTARI
Suatu Pelan Perlindungan & Tabungan Yang Telah Diluluskan Oleh Lembaga Pengawasan Syariah Dan Boleh Disertai Oleh Semua Bangsa

upahbka.wpd/disket

PELAN TAKAFUL BESTARI

o Dalam usaha menyebarkan amalan Takaful dikalangan masyarakat di Malaysia, Takaful Nasional telah memperkenalkan Pelan Takaful Bestari iaitu perlindungan menurut hukum-hukum syarak yang telah disemak dan diluluskan oleh Majlis Pengawasan Syariah dan boleh disertai oleh semua bangsa. o Dengan sumbangan potongan gaji serendah RM10.00 sebulan, Peserta dan Anak Peserta akan mendapat perlindungan Takaful dan manfaat dari pelaburan. o Daripada sumbangan bulanan tersebut, sebanyak 75% iaitu RM7.50 akan dikreditkan ke dalam tabung pelaburan sebagai simpanan untuk hari tua. o Manakala 25% iaitu RM2.50 akan dikreditkan ke dalam tabung khairat sebagai Tabarru bagi tujuan perpaduan, keikhwanan dan kerjasama bagi membantu rakan-rakan peserta yang ditimpa malapetaka. o Takaful Nasional sebagai pengendali tabung-tabung tersebut akan melaburkan sumbangan-sumbangan yang terkumpul dan hasil keuntungan pelaburan tersebut akan dikongsi secara Mudharabah. Nisbah perkongsian untung dari tabung pelaburan ialah 80% kepada Peserta dan 20% kepada Syarikat. o Apabila peserta berhenti dari menyumbang, berhenti kerja, bersara awal atau wajib semua jumlah sumbangan bersama keuntungan Mudharabah dari tabung pelaburan akan dikembalikan. o Jika Peserta atau Anak Peserta ditimpa malapetaka, lumpuh atau meninggal dunia, Peserta/Anak Peserta atau waris akan menerima daripada tabung khairat mengikut jadual manfaat yang ternyata pada brosur berdasarkan sumbangan penyertaan. o Akhir kata, mungkin sudah sampai ketikanya tuan ingin menimbangkan untuk mendapatkan perlindungan Takaful sebagai suatu alternatif kepada perlindungan insurans. Amalan murni ini disamping menggalakkan sikap menabung juga memupuk semangat perpaduan dan tolong-menolong sesama ahli.

Pelan Takaful

BESTARI
Pastikan

Kehidupan Keluarga anda Terancang


OBJEKTIF
Penyediaan Pelan Takaful Bestari ini adalah berlandaskan prinsip-prinsip berikut: o Menggalakkan dan menyediakan kemudahan untuk usaha berjimat cermat dan menabung bagi Peserta dan Anak Peserta. o Membolehkan Anak Peserta meneruskan pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi jika musibah berlaku kepada Peserta. o Anugerah Keputusan Cemerlang dapat menggalakkan Anak Peserta berusaha lebih gigih dalam pendidikan. o Mengurangkan beban tanggungan kewangan kepada Peserta atau waris Peserta jika malapetaka/musibah menimpa. o Mewujudkan saluran untuk meningkatkan kerjasama, tanggungjawab dan kesedaran bermasyarakat dengan cara saling bantu-membantu di antara mereka. o Mewujudkan pengumpulan modal secara meluas dengan jumlah yang besar untuk memajukan maslahah ekonomi dan kesejahteraan umat Islam dan rakyat keseluruhannya.

PELAN BESTARI
CIRI-CIRI ISTIMEWA
TERBUKA KEPADA SEMUA WARGA MALAYSIA SUMBANGAN BULANAN MELALUI POTONGAN GAJI SUMBANGAN MURAH DAN TIDAK HANGUS DAPATKAN BALIK SIMPANAN BILA BERHENTI KERJA / BERSARA AGIHAN AL-MUDHARABAH --- 80% (PESERTA) 20% (SYARIKAT) SUMBANGAN BOLEH TOLAK CUKAI PENDAPATAN PERLINDUNGAN 24 JAM SERATA DUNIA ANAK DAN PESERTA MENDAPAT PERLINDUNGAN DAN SIMPANAN ANUGERAH KECEMERLANGAN (SPM) SUMBANGAN BOLEH DIKURANGKAN PALING MINIMA ATAU DITAMBAH KEPADA MAKSIMA

PELAN TAKAFUL BESTARI


o Dalam usaha menyebarkan amalan Takaful dikalangan masyarakat di Malaysia, Takaful Nasional telah memperkenalkan Pelan Takaful Bestari iaitu perlindungan menurut hukum-hukum syarak yang telah disemak dan diluluskan oleh Majlis Pengawasan Syariah dan boleh disertai oleh semua bangsa.

o Dengan sumbangan potongan gaji serendah RM10.00 sebulan, Peserta dan Anak Peserta akan mendapat perlindungan Takaful dan manfaat dari pelaburan. o Daripada sumbangan bulanan tersebut, sebanyak 75% iaitu RM7.50 akan dikreditkan ke dalam tabung pelaburan sebagai simpanan untuk hari tua. o Manakala 25% iaitu RM2.50 akan dikreditkan ke dalam tabung khairat sebagai Tabarru bagi tujuan perpaduan, keikhwanan dan kerjasama bagi membantu rakan-rakan peserta yang ditimpa malapetaka. o Takaful Nasional sebagai pengendali tabung-tabung tersebut akan melaburkan sumbangan-sumbangan yang terkumpul dan hasil keuntungan pelaburan tersebut akan dikongsi secara Mudharabah. Nisbah perkongsian untung dari tabung pelaburan ialah 80% kepada Peserta dan 20% kepada Syarikat. o Apabila peserta berhenti dari menyumbang, berhenti kerja, bersara awal atau wajib semua jumlah sumbangan bersama keuntungan Mudharabah dari tabung pelaburan akan dikembalikan. o Jika Peserta atau Anak Peserta ditimpa malapetaka, lumpuh atau meninggal dunia, Peserta/Anak Peserta atau waris akan menerima daripada tabung khairat mengikut jadual manfaat yang ternyata pada brosur berdasarkan sumbangan penyertaan. o Akhir kata, mungkin sudah sampai ketikanya tuan ingin menimbangkan untuk mendapatkan perlindungan Takaful sebagai suatu alternatif kepada perlindungan insurans. Amalan murni ini disamping menggalakkan sikap menabung juga memupuk semangat perpaduan dan tolong-menolong sesama ahli.

CIRI-CIRI PELAN
o Setiap sumbangan adalah dalam bentuk unit. 1 unit beharga RM 10.00. o Dengan potongan gaji serendah RM 10.00 sebulan, Peserta dan Anak Peserta dilindungi. o Jumlah unit maksimun yang boleh diambil oleh Peserta ialah 10 unit, manakala jumlah unit maksimun yang boleh diambil untuk satu keluarga adalah 30 unit sahaja.

o Mempunyai ciri-ciri tabungan yang tinggi dan perlindungan. o Takaful Bestari adalah produk Hayat Bersama (Joint-Life). Ini bermakna apabila salah seorang Peserta/Anak Peserta meninggal dunia atau Keilatan Kekal Menyeluruh, sijil akan ditamatkan serta-merta. o Jika berlaku kematian, sumbangan dalam Akaun Peserta dibayar kepada waris bersama dengan jumlah perlindungan dan perbelanjaan pengebumian. o Apa-apa keuntungan dari pelaburan bagi setiap tahun akan diagihkan ke dalam akaun peserta berdasarkan dasar Al-Mudharabah. o Takaful Bestari menawarkan Anugerah Kecemerlangan kepada Anak Peserta yang mendapat keputusan cemerlang (5A1/A2) dalam peperiksaan SPM. o Belanja Pemeriksaan Perubatan untuk kemasukan Anak Peserta ke Institusi Pengajian Tinggi Awam. o Sijil akan ditamatkan apabila Peserta mencapai umur 60 tahun atau Anak Peserta mencapai umur 20 tahun, yang mana terdahulu. Jumlah terkumpul dalam Akaun Peserta beserta Al-Mudharabah (jika ada) akan dikembalikan kepada peserta. o Perlindungan berkuatkuasa apabila proses permohonan selesai dan sumbangan diterima.

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
o Pelan ini boleh disertai oleh ahli-ahli Koperasi/ Persatuan / Pertubuhan / Kesatuan / Organisasi o Umur penyertaan minimum Peserta adalah 18 tahun dan umur penyertaan minimum Anak Peserta adalah 14 hari. o Umur penyertaan maksimum Peserta adalah 55 tahun dan umur penyertaan maksimum Anak Peserta adalah 17 tahun. o Semua Peserta dikehendaki mengisi borang permohonan. o Setiap Sijil Penyertaan hanyalah untuk satu orang anak yang dinamakan sahaja. Jika Peserta ingin menyertai Takaful Bestari untuk anak-anak yang lain, Peserta hendaklah memohon secara berasingan.

MANFAAT & SKOP PERLINDUNGAN


Pelan ini menyediakan:o Manfaat Kematian jika berlaku kematian biasa atau kemalangan. o Manfaat Keilatan Kekal Menyeluruh jika berlaku hilang upaya akibat kemalangan atau penyakit. o Perbelanjaan pengebumian. o Manfaat Keilatan Separa Kekal (akibat kemalangan). o Anugerah Kecemerlangan SPM. o Belanja Pemeriksaan Perubatan. Skop perlindungan Pelan Takaful Bestari ini meliputi:o Perlindungan 24 jam di serata dunia. o Manfaat berganda bagi Kematian dan Keilatan Kekal Menyeluruh akibat kemalangan termasuk:i) Bencana alam ii) Rusuhan awam (bukan sebagai peserta) iii) Kemalangan motosikal iv) Lain-lain kemalangan kecuali kecederaan atas diri sendiri yang disengajakan dalam keadaan siuman atau peperangan yang diisytiharkan atau tidak; melakukan jenayah dan penglibatan dalam sebarang bentuk perlumbaan.

PENGECUALIAN CUKAI PENDAPATAN


Peserta boleh mendapatkan pengecualian cukai pendapatan yang biasa. Penyata akan diberi.

NILAI TUNAI
Peserta berhak untuk menyerahkan Sijil Takaful pada bila-bila masa walaupun kurang daripada 3 tahun. Wang yang terkumpul didalam Akaun Peserta akan dibayar 100%.

PENGELUARAN WANG TABUNG

Untuk tidak menggalakkan pemberhentian, Peserta boleh mengeluarkan wang daripada Akaun Peserta setelah mendapat kelulusan pihak Takaful Nasional.

PEMBAYARAN SUMBANGAN YANG MUDAH


Sumbangan bulanan ditolak daripada gaji bulanan. Ini menjaminkan perlindungan yang berterusan tanpa sebarang gangguan dan ia menjimatkan masa. Sumbangan Takaful yang ditunjukkan di dalam Jadual di bawah akan dibayar setiap bulan oleh Pemegang Kontrak Induk bagi setiap Peserta. Peserta akan bersetuju semasa penyertaannya berkuatkuasa menyumbang sebanyak 75% dari sumbangan bulanan ke dalam Akaun Peserta sebagai pelaburan dan bersetuju menderma 25% dari sumbangan tersebut ke dalam Akaun Khas Peserta sebagai Tabarru bagi tujuan perpaduan, keikhwanan dan kerjasama Peserta tertakluk kepada peruntukan-peruntukan dan syarat-syarat yang dijelaskan di dalam Kontrak Induk.

MANFAAT PERLINDUNGAN
Sumbangan Bulanan (RM) Manfaat Kematian / Manfaat Keilatan Kekal Menyeluruh Anak Semua Sebab 3000 + AP 6000 + AP 9000 + AP 12000 + AP 15000 + AP 18000 + AP 21000 + AP 24000 + AP 27000 + AP 30000 + AP Peserta Kemalangan 6000 + AP 12000 + AP 18000 + AP 24000 + AP 30000 + AP 36000 + AP 42000 + AP 48000 + AP 54000 + AP 60000 + AP Perbelanjaan Pengebumian Peserta/Anak 500 600 700 800 900 1000 1000 1000 1000 1000 Manfaat Keilatan Separa Kekal (akibat kemalangan) Anak 3000 6000 9000 12000 15000 18000 21000 24000 27000 30000 Peserta 6000 12000 18000 24000 30000 36000 42000 48000 54000 60000 Anugerah Kecemerlangan (SPM) Anak 750 750 750 750 750 750 750 750 750 750 Belanja Pemeriksaan Perubatan Anak 50 50 50 50 50 50 50 50 50 50

Biasa

10 20 30 40 50 60 70 80 90 100

3000 + AP 6000 + AP 9000 + AP 12000 + AP 15000 + AP 18000 + AP 21000 + AP 24000 + AP 27000 + AP 30000 + AP

Nota: AP : Akaun Peserta

KEILATAN KEKAL
Keilatan Kekal Menyeluruh adalah bermaksud keilatan sama ada disebabkan kecederaan anggota atau penyakit yang menghalang terus Peserta dari mencebur diri dalam apa-apa perniagaan , pekerjaan atau melakukan apa-apa kerja, untuk pampasan atau untung, dengan syarat bahawa menentukan keilatan itu telah menjadi sesuatu yang kekal, ia mestilah berlaku berterusan tanpa terganggu selama enam bulan.

JADUAL PAMPASAN UNTUK KEHILANGAN ANGGOTA BADAN DAN KEHILANGAN KEUPAYAAN YANG BERKEKALAN DISEBABKAN OLEH KEMALANGAN
Kehilangan anggota badan -pada skala berikut Peratusan Jumlah Perlindungan

100% Kehilangan kedua belah kaki 100% Keadaan tidak siuman yang tidak boleh dirawat Kecederaan yang menyebabkan terlantar buat selamanya 100% 100% 100%

Kecederaan lain yang menyebabkan kehilangan anggota badan yang berkekalan 100%

CARTA ALIRAN PRODUK BESTARI

AKAUN PESERTA (AP) 75% RM 7.50

RM 10.00

AKAUN KHAS PESERTA (AKP) 25% RM 2.50

LABURKAN MUDHARABAH MANFAAT PENGENDALIAN 80% 20% TNSB LABURKAN MUDHARABAH

PESERTA

20%

80%

TNSB

PESERTA

NOTA**

TNSB : TAKAFUL NASIONAL SDN BERHAD

MANFAAT PERSARAAN TUNAI


Apabila mencapai umur persaraan, Peserta akan menerima Manfaat Persaraan iaitu jumlah wang dalam Akaun Peserta serta keuntungan yang dikreditkan tiap-tiap tahun dalam Akaun tersebut. Sebagai contoh: seandainya seseorang Peserta itu menyumbangkan RM50.00 atau RM100.00 sebulan.
Tempoh (Tahun) 1 3 5 7 10 12 15 17 20 Sumbangan RM50.00 Sebulan 600 1800 3000 4200 6000 7200 9000 10200 12000 Akaun Peserta Terkumpul 468 1,461 2,535 3,696 5,619 7,032 9,371 11,090 13,939 Sumbangan RM100.00 sebulan 1,200 3,600 6,000 8,400 12,000 14,400 18,000 20,400 24,000 Akaun Peserta Terkumpul 936 2,922 5,070 7,393 11,238 14,064 18,742 22,181 27,872 Peratus Pulangan

78% 81% 84% 88% 94% 98% 104% 109% 116%

Anda mungkin juga menyukai