Anda di halaman 1dari 43

Konsonan

Konsonan ialah bunyi yang dihasilkan dengan melakukan sekatan terhadap arus udara yang dilepaskan melalui paru-paru. Sekatan itu dapat dilakukan dalam bentuk hentian sepenuhnya, hentian sebahagian atau hentian sekejapsekejap. Bunyi konsonan dapat dihuraikan berdasarkan cara penghasilannya, sama ada letupan, letusan, sengauan, geseran dan sebagainya, serta titik artikulasi atau daerah sebutannya, seperti dua bibir, gigi-gusi, lelangit keras, lelangit lembut, anak tekak dan lainlain.

KONSONAN ASLI (1)

Terdapat 18 fonem konsonan asli bahasa Melayu. Sebenarnya terdapat 19 bunyi (fon) tetapi bunyi [?] dianggap variasi kepada bunyi [k] di akhir suku kata. Dari segi cara sebutan, seperti yang tercatat dalam carta , konsonan asli bahasa Melayu terbahagi kepada tujuh iaitu letupan, letusan, geseran, getaran, sisian, sengauan dan separuh vokal.

Letupan

Hentian sepenuhnya dapat menghasilkan bunyi letupan (plosif). Udara yang dilepaskan daripada paru-paru akan mengalami sekatan sepenuhnya sama ada di bahagian bibir, lelangit keras, lelangit lembut atau pita suara. Kemudian udara akan dilepaskan serta-merta dan akan terhasillah bunyi letupan.

Konsonan letupan bahasa Melayu ialah [p], [b], [t], [d], [k], [g] dan [?].

Bunyi Letupan

Fon Awal Akhir [p] [pulau] [atap] [b] [bumi] [rbab] [t] [talam] [liat] [d] [datu] [kad] [k] [kata] * [g] [garau] [bg] [] ** [ana] *bunyi [k] tidak dapat hadir pada akhir suku kata dalam bahasa Melayu. **bunyi [] adalah variasi kepada bunyi [k] dan hadir pada akhir suku kata dalam bahasa Melayu.

Letupan Dua Bibir [p] dan [b] Dua bibir dirapatkan untuk menyekat arus udara dari paru-paru. Anak tekak dinaikkan untuk menyekat udara daripada masuk ke rongga hidung. Udara yang tersekat di bahagian dalam bibir dilepaskan sertamerta. Jika pita suara direnggangkan (pita suara tidak bergetar), bunyi yang terhasil ialah letupan dua bibir tidak bersuara [p]. Jika pita suara dirapatkan (pita suara bergetar), bunyi yang dihasilkan ialah letupan dua bibir bersuara [b]. Contoh perkataan: pasu, sepit, tetap balu, sabit, rebab

Letupan Gusi [t] dan [d] Hujung lidah dinaikkan hingga rapat ke gusi untuk membuat sekatan penuh pada arus udara. Anak tekak dirapatkan pada dinding tekak untuk menghalang udara keluar melalui hidung. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dan tersekat di daerah hujung lidah dan gusi. Sekatan itu dilepaskan dengan serta-merta. Jika pita suara direnggangkan (tidak bergetar), bunyi yang terhasil ialah letupan gusi tidak bersuara [t]. Jika pita suara dirapatkan (bergetar), bunyi yang dihasilkan ialah letupan gusi bersuara [d]. Contoh perkataan: tari, petah, pahat dari, redah, abjad

Letupan Glotis [0] Anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding rongga tekak. Pita suara dirapatkan serapat-rapatnya untuk membuat sekatan penuh pada arus udara. Arus udara yang keluar dari paru-paru dibiarkan tersekat di bahagian rapatan pita suara dan kemudian dilepaskan dengan serta-merta. Bunyi ini hanya terdapat di akhir perkataan seperti dalam perkataan anak, budak, dan tidak. (Huruf yang digunakan ialah k.)

Letupan Lelangit Lembut [k] dan [g] Belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk membuat sekatan penuh pada arus udara. Anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak untuk menghalang udara keluar melalui rongga hidung. Udara dari paru-paru keluar ke rongga tekak dan tersekat di daerah belakang lidah dan lelangit lembut. Sekatan itu dilepaskan serta-merta. Jika pita suara tidak bergetar, bunyi yang terhasil ialah letupan lelangit lembut tidak bersuara [k]. Jika pita suara bergetar, bunyi yang dihasilkan ialah letupan lelangit lembut bersuara [g]. Contoh perkataan: kali, saku, klinik* gali, sagu, dialog

Letusan

Selain itu, sekatan sepenuhnya dapat menghasilkan bunyi letusan (afrikat). Bunyi ini dihasilkan dengan cara menyekat arus udara sepenuhnya yang dilepaskan oleh paru-paru. Kemudian arus udara itu dilepaskan perlahan-lahan. Ada juga pendapat yang menyatakan bunyi afrikat ini adalah hasil gabungan dua bunyi, iaitu bunyi [t] digabungkan dengan bunyi [] untuk menghasilkan bunyi [], manakala bunyi [d] pula digabungkan dengan bunyi [] untuk mendapatkan bunyi [j].

Bunyi letusan

[] [j]

[cawan] [ma] [jam] [caj]

Letusan Lelangit Keras-Gusi [] dan [j] Hadapan lidah ditemukan pada daerah lelangit keras-gusi. Anak tekak dinaikkan menutupi rongga hidung. Udara dikeluarkan dari paru-paru ke rongga mulut melalui sekatan lidah dengan lelangit keras secara perlahan sedikit daripada membunyikan letupan. Jika pita suara tidak bergetar, bunyi yang terhasil ialah letupan lelangit keras-gusi tidak bersuara []. Jika pita suara bergetar, bunyi yang dihasilkan ialah letupan lelangit keras-gusi bersuara [j]. Contoh perkataan: cari, mancis, koc; jari, manja, garaj

Sengauan

Satu lagi bentuk sekatan yang dilakukan sepenuhnya akan mengeluarkan bunyi sengauan (nasal) yang dihasilkan dengan cara menurunkan anak tekak (uvula) untuk menutup rongga mulut (oral). Ini menyebabkan udara yang dilepaskan dari paruparu akan melalui rongga hidung dan terhasillah bunyi nasal [m], [n], [], dan [].

Bunyi sengauan

[m] [n]

[muda] [cium] [niat] [jalan]

[N][NaNa] [bujaN] [] [ai] * *Bunyi [] tidak dapat hadir pada akhir suku kata.

Sengauan Dua Bibir [m] Bibir bawah dan bibir atas dirapatkan untuk membuat sekatan penuh. Anak tekak dalam keadaan biasa agar rongga hidung terbuka. Pita suara digetarkan. Arus udara dilepaskan perlahan-lahan. Contoh perkataan: makan, tempat, balam.

Sengau Gusi [n] Hujung lidah dirapatkan pada gusi. Anak tekak dalam keadaan biasa agar rongga hidung terbuka. Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut terus ke rongga hidung. Pita suara digetarkan. Contoh perkataan: nakal, panas, lipan.

Sengau Lelangit Keras [] Depan lidah dirapatkan pada lelangit keras-gusi. Anak tekak dalam keadaan biasa agar rongga hidung terbuka. Udara dikeluarkan dari paru-paru terus melalui rongga hidung. Pita suara digetarkan. Contoh perkataan: nyawa, lanyak.

Sengau Lelangit Lembut [] Belakang lidah dinaikkan dan dirapatkan ke lelangit lembut untuk membuat sekatan penuh pada arus udara. Anak tekak dalam keadaan biasa agar rongga hidung terbuka. Udara yang tersekat di daerah lelangit lembut dilepaskan. Pita suara digetarkan. Contoh perkataan: ngeri, bunga, pisang.

Sisian

Hentian sebahagian akan menghasilkan bunyi sisian, geseran (frikatif) dan malaran. Bunyi sisian dalam bahasa Melayu dihasilkan dengan melakukan penyekatan terhadap arus udara yang dilepaskan oleh paru-paru di bahagian lelangit keras oleh hujung lidah menyebabkan udara hanya melalui kawasan sisi di kiri dan kanan rongga mulut. Ini menghasilkan bunyi [l].

Bunyi Sisian [l] [lalu] [awal]

Sisian Gusi Bersuara [1] Hujung lidah dikenakan pada bahagian tengah gusi. Anak tekak dirapatkan ke dinding tekak untuk menghalang udara memasuki rongga hidung. Pita suara digetarkan. Udara dikeluarkan dari paru-paru melalui rongga mulut tetapi hanya dapat keluar melalui tepian lidah. Contoh perkataan: lapar, balam, nakal.

Geseran

Bunyi geseran dihasilkan dengan menyempitkan saluran udara supaya udara yang melaluinya bergeser dan kedengaran bunyi berdesis. Bunyi geseran dalam bahasa Melayu ialah [f], [v], [s], [z], [], dan [h].

Geseran Gusi-Lelangit Keras Tidak Bersuara [s] Hujung lidah dinaikkan ke gusi-lelangit keras untuk menyempitkan perjalanan arus udara yang keluar melalui rongga mulut. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut melalui sempitan antara lidah dan gusi lalu bergeser. Pita suara tidak bergetar. Contoh perkataan: saya, tisu, lemas.

Geseran Glotis Tidak Bersuara [h] Rongga mulut berada dalam keadaan biasa ketika bernafas. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak. Pita suara direnggangkan dengan luas. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut melalui glotis yang terbuka. Contoh perkataan: hati, dahi, sudah.

Bunyi Geseran [f] [faseh] [alaf] [v] [vn] * [s] [sarat] [awas] [z] [zat] [lafaz] [] [arat] [skua] [h] [harta] [sah]

Malaran
Untuk menghasilkan bunyi malaran, kedudukan artikulator adalah seperti menghasilkan bunyi geseran tetapi geseran yang dihasilkan adalah terlalu lemah. Bunyi malaran juga sama seperti untuk menghasilkan bunyi vokal, dan sesetengah ahli fonetik menamakannya bunyi separuh vokal. Bunyi malaran dalam bahasa Melayu ialah [w] dan [y].

Getaran

Bentuk sekatan udara yang ketiga ialah hentian sekejap-sekejap. Bentuk ini menghasilkan bunyi getaran. Udara yang dilepaskan oleh paru-paru disekat dengan menggetarkan hujung lidah di lelangit keras. Dalam bahasa Melayu hanya terdapat satu bunyi getaran, iaitu [r].

Getaran Gusi Bersuara [r] Hujung lidah dikenakan pada gusi. Anak tekak dirapatkan ke dinding tekak untuk menghalang udara memasuki rongga hidung. Pita suara digetarkan. Udara keluar dari paru-paru melalui rongga mulut dengan menggetarkan hujung lidah pada gusi. Contoh perkataan: rasa, lari, biar.

Bunyi Getaran [r] [rasa] [siar]

Bunyi bersuara
Bunyi konsonan terbahagi kepada bunyi bersuara dihasilkan dengan menggetarkan pita suara, seperti bunyi [b], [d], [g], [m], [n], [r], [l], [w], dan [y]. Sebaliknya pita suara tidak digetarkan untuk menghasilkan bunyi tidak bersuara, seperti bunyi [p], [t], [k], [f], [s], dan [h].

Bunyi tak bersuara

Sebaliknya pita suara tidak digetarkan untuk menghasilkan bunyi tidak bersuara, seperti bunyi [p], [t], [k], [f], [s], dan [h].

Carta konsonan Melayu

Konsonan Pinjaman

Terdapat lima konsonan pinjaman yang banyak digunakan dalam bahasa Melayu. Kelima-limanya berupa geseran iaitu [f], [v], [z], [] dan [x]. Tiga konsonan pinjaman lagi yang lazim digunakan dalam bahasa Melayu juga berupa geseran iaitu [] , [] , dan [].

Carta Konsonan Pinjaman

KONSONAN PINJAMAN

[f] Geseran bibir-gigi tak bersuara. Untuk mengeluarkan geseran bibir-gigi tak bersuara ini, bibir bawah dirapatkan kepada gigi atas supaya membuat sempitan untuk udara keluar. Lelangit lembut dinaikkan rapat kepada belakang rongga tekak. Udara dikeluarkan dari paru-paru melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser keluar di daerah rapatan bibir bawah dan gigi atas itu tanpa menggetarkan pita suara. Contoh sebutan: [fiker] fikir, [hafal] hafal, dan [ma?af] maaf.

Geseran Bibir-Gigi [f] dan [v] Bibir bawah dirapatkan kepada gigi atas supaya membuat sempitan untuk udara keluar. Lelangit lembut dinaikkan rapat kepada belakang rongga tekak. Udara dikeluarkan dari paru-paru melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser keluar di daerah rapatan bibir bawah dan gigi atas itu. Jika pita suara tidak digetarkan, bunyi yang terhasil ialah geseran bibir-gigi tak bersuara [f]. Jika pita suara digetarkan, bunyi yang dihasilkan ialah geseran bibir-gigi bersuara [v]. Contoh Perkataan: fikir, hafal, dan maaf; vokal dan universiti.

[] Geseran gigi tak bersuara.


Untuk mengeluarkan geseran gigi tak bersuara ini, daun lidah berada di antara gigi atas dengan gigi bawah. Lelangit lembut dinaikkan rapat kepada belakang rongga tekak. Udara dikeluarkan dari paruparu melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser keluar di daerah gigi itu tanpa menggetarkan pita suara. Contoh sebutan: [alaa] Selasa (thalatha), [inen] Isnin (Ithnin), dan [hade] hadis (hadith).

Geseran Gigi [] dan [] Daun lidah berada di antara gigi atas dan gigi bawah. Lelangit lembut dinaikkan rapat kepada belakang rongga tekak. Udara dikeluarkan dari paru-paru melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser keluar di daerah gigi. Jika pita suara tidak bergetar, bunyi yang terhasil ialah geseran gigi tak bersuara []. Jika pita suara bergetar, bunyi yang terhasil ialah geseran gigi bersuara []. Contoh sebutan: [alas] (thalatha) Selasa [inen] (Ithnen) Isnin [hade] (hadith) hadis [alem] (dzalim) zalim [haer] (hadzir) hadir

[] Geseran gigi bersuara. Cara mengeluarkan geseran gigi bersuara ini sama dengan cara mengeluarkan geseran gigi tak bersuara. Perbezaannya ialah, ketika mengeluarkan bunyi [] pita suara digetarkan. Contoh sebutan: [alem] zalim (dzalim), dan [haer] hadir (hadzir).

Geseran Gusi Bersuara [z] Hujung lidah dinaikkan ke gusi-lelangit keras untuk menyempitkan perjalanan arus udara yang keluar melalui rongga mulut. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut melalui sempitan antara lidah dan gusi lalu bergeser. Jika pita suara bergetar, bunyi yang dihasilkan ialah konsonan pinjaman geseran gusi bersuara [z]. Contoh perkataan: zaman, azam, lafaz.

[x] Geseran lelangit lembut tak bersuara. Untuk mengeluarkan geseran lelangit lembut tak bersuara, belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut supaya membuat satu sempitan. Lelangit itu sendiri dinaikkan rapat kepada belakang rongga tekak. Udara dikeluarkan dari paru-paru dan dibiarkan bergeser pada sempitan di daerah lelangit itu tanpa menggetarkan pita suara. Contoh sebutan: [xabar] khabar, [axbar] akhbar, dan [axer] akhir.

[7] Geseran lelangit lembut bersuara. Cara mengeluarkan geseran lelangit lembut bersuara ini sama dengan cara mengeluarkan geseran lelangit lembut tak bersuara. Perbezaannya ialah, ketika mengeluarkan bunyi [7] pita suara digetarkan. Contoh sebutan: [7aeb] ghaib, [lo7at] loghat, dan [bale7] baligh. Menurut Raja Mukhtaruddin (1965:44), bunyi ini sebenarnya terdapat dalam pertuturan orang Melayu ketika menyebut perkataan-perkataan Melayu seperti orang [O7aN] dan [ba7aN] sebagai kelainan kepada getaran gusi [r].

Geseran Lelangit Lembut [x] dan [7] Belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut supaya membuat satu sempitan. Lelangit itu sendiri dinaikkan rapat kepada belakang rongga tekak. Udara dikeluarkan dari paru-paru dan dibiarkan bergeser pada sempitan di daerah lelangit itu. Jika pita suara tidak digetarkan, bunyi yang terhasil ialah geseran lelangit lembut tak bersuara [x]. Jika pita suara digetarkan, bunyi yang terhasil ialah geseran lelangit lembut bersuara [7]. Contoh sebutan: [xabar] khabar,ghaib [axbar] akhbar,baligh [tarex] tarikh,loghat

latihan

Aktiviti Kumpulan Pilih satu bunyi konsonan asli dan satu konsonan pinjaman dan terangkan cara penghasilannya. Tuliskan sepuluh patah perkataan yang mengandungi konsonan pinjaman.

Anda mungkin juga menyukai