Anda di halaman 1dari 3

AKTIVITI 1: MENGENAL PASTI RESPON PENDENGAR Terdapat 5 situasi respon pendengar seperti yang terdapat di bawah.

Setiap situasi diberikan beberapa pilihan tindakan atau strategi untuk menyelesaikan masalah . Pilih satu sahaja tindakan atau strategi yang paling sesuai digunakan dan berkesan. SITUASI 1 Anda adalah seorang guru. Anda sedang berjalan menuju ke kelas. Tiba-tiba anda terdengar seorang murid mengadu bahawa sekolah ini teruk. Apakah tindakan anda? a) Menasihati murid tersebut supaya jangan berkata begitu b) Berkata kepada murid yang dia kelihatan sedih tentang sekolah c) Menenangkan murid tersebut dan memberitahu murid tersebut yang ia tidak seteruk seperti yang difikir oleh murid tersebut. d) Memberitahu kepada murid tersebut bahawa sikap seperti itu tidak akan membantu murid tersebut. SITUASI 2 Anda adalah seorang guru matematik. Semasa anda sedang mengajar tajuk pecahan, tiba-tiba seorang murid mengadu tidak dapat memahami apa yang anda ajar dan bertanya mengapa perlu murid tersebut belajar tajuk pecahan. Apakah tindakan anda? a) Memberitahu murid tersebut bahawa anda memerlukan kemahiran ini apabila dia melanjutkan pelajaran. b) Meminta murid tersebut supaya terus memberi perhatian dan dia akan memahami tajuk tersebut kemudian. c) Bertanya kepada murid itu apakah yang dia tidak puas hati d) Meminta murid tersebut untuk menghadiri kelas tambahan selepas waktu sekolah bagi memahami tajuk tersebut.

SITUASI 3 Seorang murid mengadu bahawa dia tidak mahu duduk di tempat dia lagi kerana tidak selesa dengan murid yang duduk di sebelahnya. Anda sebagai guru kelas dan harus menyelesaikan masalah ini. Apakah tindakan anda? a) Memberitahu bahawa tempat duduk murid-murid telah ditetapkan dan dia harus duduk di tempatnya b) Bertanya jika terdapat perkara yang menganggu anda boleh mengubah tempat duduk murid tersebut. c) Meminta murid tersebut menguruskan masalahnya sendiri. d) Bertanya kepada murid tersebut apakah situasi masalah murid tersebut. SITUASI 4 Ibu bapa kepada murid anda datang berjumpa dengan anda dan memberitahu bahawa anak mereka tidak memahami apa yang diajar oleh anda dan memerlukan bantuan anda untuk lulus dalam ujian akan datang. Apakah tindakan yang diambil oleh anda? a) Meminta supaya waris kepada murid tersebut memberitahu masalah anak mereka dengan lebih mendalam. b) Meminta supaya murid tersebut memberi perhatian yang lebih dalam kelas selepas ini. c) Memberitahu kepada waris murid tersebut bahawa murid tersebut hanya terlalu gementar dan perlu latihan sebelum ujian. d) Memberitahu bahawa semua murid memahami apa yang diajar oleh anda dan mungkin murid tersebut tidak mendengar apa yang diterangkan oleh anda.

SITUASI 5 Rakan sejawatan anda mengadu bahawa kelas yang diajar oleh beliau adalah teruk dan beliau sudah tidak tahan dengan sikap murid di dalam kelas tersebut. a) Meminta guru tersebut supaya lebih tegas dengan murid-murid di dalam kelas tersebut. b) Memberitahu bahawa kelas tersebut adalah kelas paling bising di sekolah dan semua guru mengetahuinya c) Memberitahu bahawa mereka adalah murid yang rajin membantu guru. d) Memberitahu guru tersebut bahawa murid di dalam kelas anda lebih kerap membuat bising dari kelas tersebut.

Anda mungkin juga menyukai