Anda di halaman 1dari 6

Oleh yang demikian saya ingin berkongsi beberapa kelebihan yang dimiliki oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Menurut Jabir, Rasulullah pernah berkata yang ertinya: Aku telah diberikan 5 perkara yang tidak seorang pun daripada para nabi sebelumku diberikan, iaitu: 1. Aku dibantu dengan daya menakutkan musuh sejauh perjalanan sebulan. 2. Diuntukkan bagiku bumi ini, dimana-mana sahaja boleh dijadikan tempat bersujud dan keadaannya suci. Maka sebarang umatku yang telah datang kepadanya waktu sembahyang, hendaklan tampil sembahyang. 3. Dihalalkan harta rampasan perang bagiku dan tidak halal bagi seorang pun sebelumku. 4. Aku diberi kuasa untuk beri syafaat. 5. Setiap nabi dibangkitkan untuk menyeru kaumnya sahaja, tapi aku dibangkitkan untuk menyeru seluruh manusia. Begitulah kelebihan Rasulullah s.a.w. yang telah diberikan oleh Allah s.w.t. jika dibandingkan dengan nabi sebelum beliau. Mari kita lihat pula rasul-rasul yang telah ditugaskan untuk menjaga lapisan langit. Rasul-rasul Penjaga Langit Lapisan 1 : Nabi Adam Lapisan 2 : Nabi Isa dan Yahya Lapisan 3 : Nabi Yusuf Lapisan 4 : Nabi Idris Lapisan 5 : Nabi Harun Lapisan 6 : Nabi Musa Lapisan 7 : Nabi Ibrahim Ini sekadar peringatan kepada kita semua, bahawa setiap lapisan langit telah dijaga oleh rasulrasul yang dilantik oleh Allah s.w.t. Secara jujurnya, saya sendiri tidak mengingatinya. Mari kita lihat pula wasiat Nabi Muhammad s.a.w. kepada Saidina Ali r.a. Wasiat Nabi Muhammad Kepada Saidina Ali Wahai Ali, bagi orang MUKMIN ada 3 tanda-tandanya: 1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia. 2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu. 3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia. Wahai Ali, bagi orang ALIM itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Jujur dalam berkata-kata. 2) Menjauhi segala yang haram. 3) Merendahkan diri. Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Merahsiakan ibadahnya. 2) merahsiakan sedekahnya. 3) Merahsiakan ujian yang menimpanya.

Wahai Ali, bagi org yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Takut berlaku dusta dan keji. 2) Menjauhi kejahatan. 3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman. Wahai Ali, bagi itu AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Mengawasi dirinya. 2) Menghisab dirinya. 3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t. TIPS MELALUI DIATAS SIRATULMUSTAQIM 1. Banyakkkan sedekah
2. melazimkan diri hadir masjid

10 SURAH MENJAMIN KEBAHGIAAN DUNIA DN AKHIRAT 1. ALFATIHAH- halang kemurkaan allah 2. YASIN- halang dahaga di akhirat 3. ADDUKHAN- mencegah dugaan akhirat 4. AL WAQIAH- cegah dari kepapaan 5. ALMULK- cegah daripada seksaan kubur 6. ALKAUTHAR- cegah dari perbalahan 7. ALKAFIRUN cegah dari kufur semasa meninggal 8. ALIKHLAS cegah dari munafiq 9. ALFALAQ cegah dari hasad dengki 10. AL- NAS- cegah daripada sifat was-was 11. AL ZANZALAH 12- ALTAKASUR13.

CEGAH PENYAKIT LUTUT. 1. SAKIT LUTUT- LIDAH BUAYA. sambil tu banyakkan dengan baca surah
al mukminun 11-12 2. UBAT GELAP HATI SURAH ISRA AYAT 82

Bab-bab menulis ini,aku bukannya minat sangat. Bukan apa yang paling pening sebab nak susun ayat. Kadang-kadang apa yang ditulis menyimpang dari lubuk hati. Selalunya aku lebih suka pendam perasaan dalam hati. Sape tak tahu, hanya Allah saja yang tahu. Tapi kadang-kadang rasa nak meletup pula. Jenguh dok tahan otak jangan berfikir sangat. Pakai dairy. Tu yang aku tak mampu nak buat. Tengah marah, tulislah macam-macam. Tapi bila dah sejuk. Hilang semua. Tambahan pula kalau ada pula yang terbaca, naye. Kata orang kalau nak coolkan, lebih baik tulis , agar semua yang terbuku dapat dikeluarkan Aku bukan apa. Baru-baru ni sakit hati dengan hubby aku lah. Dah hidup selama 28 tahun. Macam tak dapat memahami aku. Kalau berbincang selalunya dia aje , nak menang. Pendapat aku selalunya tak betul. Kalau boleh aku dengor je cakap dia. Yang hairan pula jika anak-anak atau sape2 bagi pendapat, boleh terima je. 5 hb mei baru lalu , anivesery 28 tahun. Sebelum tu aku dah kias-kiaskan sikit, yang aku nak hadiah. Ye lah dah 28 tahun kawin , tak kan tak teringin nak bagi sesuatu kat bini. Tak acilah setiap kali sambutan ulangtahun perkahwinan, asyek gaduh je. Sampai aku set dalam otak, setiap kali hari ulang tahun mesti gaduh. Tahun ni nampaknya serupa tu lah. Jenuh aku dok tunggui kot ada surprise. Kut lah kain tudung atau baju sehelai. Hampas tak ada. Hubby aku buat muka bodoh je. Macam tak ada apa-apa. Senja tu anak aku senyap-senyap, tunjukkan rantai emas. Katanya suami dia bagi sempena hari ulang tahun perkahwinan pertama dia. Aku diam je. Rezeki dia. Anak aku tunjukkan pada hubby aku. Aku ingat bila dah tunjukkanj , kutlah teringat nak bagi apa2. Taka de.. buat muka sadin je, tak ada perasaaan langsung. Punyalah sedih, aku mencuka. Tak ada apa2 respon. Langsung dia buat tak peduli. Ada kut 5 hari . Last-last satu malam tu aku cakaplah. Malangnya aku ni bukannya reti nak luah rasa. Tak sampailah mssg aku. Suami aku bukan pendengar yang baik. Baru nak sebut, dia dah potong cakap. Kalau cakap dia je betul. TU yang aku malas nak cakap. Akhirnya aku mengadu kat Tuhan je. Lepas tu aku simpan. Sakit hati . Aku bukan minta hadiah besar22, Cuma hargailah hati aku. Ada satu perkataan dia yang menyebabkan aku menitiskan ais mata. Dia kata kalau aku teringin sangat hadiah , tunggu kat Akhirat nanti. Terkedu aku. Cuti baru ini, aku rancang nak berehat, ambil angin. Aku penat. Selama ni aku kerja macam nak mati. Suami aku tak tahu semua tu. Tak guna cerita pun. Dia tak faham. Aku pernah cakap, dia kata aku mengungkit, tak ikhlas. Tak dapat pahala. Dia tak tahu , aku kerja dari 5.30 pagi sampai kepetang. Kadang-kadang sampai malam. Kadang-kadang tak nyenyak tidur jika kerja tak selesai. Dia tak tahu atau saja tak mahu ambil tahu. Di sekolah aku, aku jarang berehat. Aku beri tumpuan sepenuhnya pada kerja kerana tak mahu bawa balik kat rumah. Aku tahu tugas aku sebagai seorang isteri. Jadi aku sentiasa penat. Suami aku tak faham perasaan aku. Sememangnya dia tak faham sebab dia bukan pendengar yang baik. Aku tak boleh luahkan kesedihan aku kerana dia tidak memahami. Aku cuma minta kerehatan. Bawa je pergi melawat-lawat mana tempat. se hingga aku rasa keseronokan dan hilang tension kerja. Tentang melawat ni, aku sekeluarga ada juga buat lawatan tapi lawatan kosong. Pergi kemana-mana hanya duduk dalam bilik. Nama je lawatan , tapi memerap dalam bilik. Contohnya pergi ke Cameron highland. Duduklah dalam tumpangan, bukannya jalan-jalan. Aku jadi tukang masak dari pagi sampailah tengahari. Lepas tu makan malam pulak. Yang dapat Cuma angin bilik homestay. Inilah lawatan suami aku.

Dah seminggu aku tanggung kesedihan ini. Cuti sekolah dah nak habis. Dalam otak banyak benda yang aku perlu buat bila balik ke sekolah, rasa nak jem otak. Sedangkan otak aku masih belum berehat. Hati dalam keadaan marah. Hati masih tak tenang. Sebenarnya aku dalam kekeliruan. Aku tahu dosa seorang isteri , pada masa yang sama jiwa aku memberontak denga sikap suami aku. Aku takut neraka ALLAH. Jadi nak tak nak aku terpaksa berkorban diri aku . Aku rasa dah tak larat nak berfikir lagi dan dah malas nak berfikir. Apa yang perlu aku buat sekarang. Ajak lah anak-anak mana yang free, yang boleh bawa aku jalan dekatdekat sini je. Pasal anak-anak aku. Aku pun tak faham. Kalau boleh aku nak lah anak soleh atau solehah. Tapi anakanak aku ni macam demand je. Tak reti nak susah sikit. Anak aku yang sulung Ahmad Ashraf. Berbanding semasa kecil dulu. Nampaknya peranginya dah berubah terutama dah kawin. Selalu ambil berat kat mak dia. Kalau berjumpa , boleh sesaja.. tapi betul ke boleh. Entahlah. Kut saja ambil hati . Angan-angan tinggi , nak jadi orang kaya. Macam sifu dial ah. Setakat ni belum tercapai lagi. Aku berdoa agar dia berjaya dalam hidup. Isterinya pun o.k. Tak banyak kerenah dalam padangan mata setakat ini lah. Sejak kawin ,sifat panas baran dah berkurangan. Dengan adik2 pun dah ambil berat. Tapi yang paling baik , dia tak pernah mengata kan TIDAK, jika diminta pertolongan atau tidak menjawab bila ditegur. Kalau di suruh buat kerja segera dilaksanakan tanpa kerenah. Doa-doa biarlah kekal sifat baik dia tu. Anak aku yang kedua ini. Agak tanggungjawab. Hal adik beradik dia cuba selesaikan. Kerjanya pun ok. Tapi satu masalah. Dia tak berminat nak kerja-kerja rumah terutama bab masak memasak. Ada berapa kali suami aku merungut tentang sifat malas dia tu. Bukan apa . sebab dia dah kawin. Jadi tak elok le, kalau bab makan suami , mak mentua yang uruskan. Sepatutnya kalau dia balik kekampung, dia kenalah tolong aku di dapur untuk sediakan makan keluarga termasuk suami dia. Lagi satu , suka beno berjalan. Dia kata dia penat bekerja, jadi hujung minggu dia pegilah ambil angin. Nak release tension. Risau juga takut masalah kewangannya ciput. Nak di beri nasihat, rasa susah pula. Nanti kecik hati. Tambahan duit dia . Tapi pada pendapat akulah, eloklah ia kurangkan aktiviti tu. Buat simpanan untuk masa hadapan. Masa depan kita tak tahu macam2 boleh jadi. Kalau ada simpanan , taklah susah . boleh selesai masalah tanpa melibatkan kewangan orang lain. Sama dengan menantu su;lung, menantu kedua ni pun tak banyak kerenah dan suka berkerjasama. Anak ketigaku. Anak yang paling ceria. Mulut tak henti-henti bercakap. Agaknya dulu nak jadi peguam kut. Tak dapat jadi. Ada je yang dibincangkan atau dibahaskan. Mengalahkan pemidato. Cara dia cakap ikut perangai abah dia. Kalau tak tak tahan, lebih baik tutup telinga. Sekali dia smash. Berdesing, merah telinga dibuat. Sikap dia banyak ikut perangai abah dia, kadang-kadang suka buat lawak, Tapi lawak dia . bunyi macam marah. Cita-cita tinggi, tapi belum tercapai. Dia selalu mengeluh tentang diri dia yang selalu ketinggalan bberbanding dengan adik beradik lain. Kadang-kadang risau juga kalau dia sebut2 selalu. Takut jadi orang yang tak bersyukur. Selalunya aku selalu menasihati dia. Peringatkan tentang qado dan qadar dari Tuhan. Aku selalu berdoa dalam sembahyang supaya permudahkan rezeki dia samada dari segi mendapatkan kerja dan jodoh yang sesuai. Semua apa yang terjadi adalah dari ALLAH, manusia hanya boleh berusaha dan berdoa supaya dikabulkan permintaan kita. Namun begitu anakku ni seorang baik. Apa2 yang hendak dibuat. Dia selalu rujuk pada ibubapa.

Anda mungkin juga menyukai