Anda di halaman 1dari 2

->Di antara kepentingan tanah tinggi ialah 1.

Menjana kuasa hidroelektrik Stesen janakuasa hidroelektrik dibina di kawasan tanah tinggi yang mempunyai sumber air. Contohnya di Batang Ai, dimana stesen janakuasa Empangan Batang Air membekalkan kuasa elektrik ke kawasan kediaman dan perindustrian di Kuching dan Bintulu. 2. Pelancongan Suhu nyaman di tanah tinggi berbanding kawasan bandar berjaya menarik ramai pelancong luar dan tempatan. Permandangan hijau di persekitaran kawasan kunjungan seperti Genting Highlands dan Cameron Highlands sungguh indah sekali. 3. Pertanian Sayur-sayuran, bunga serta pelbagai jenis bunga yang memerlukan suhu yang rendah untuk tumbuh boleh ditanam di tanah tinggi. Oleh itu, terdapat banyak kawasan pertanian di Cameron Highlands (Pahang) and Kundasang (Sabah). !

->Kawasan tanah pamah penting dan sesuai untuk aktiviti seperti 1. Pertanian Banyak jenis tanaman ditanam di kawasan tanah pamah disebabkan kesesuaian jenis tanah, contohnya padi di Dataran Kedah dan Tanjong Karang, Selangor. Kelapa sawit juga banyak ditanam di Pahang dan Sabah manakala getah di Pahang, Kelantan dan Terengganu. Perlis pula menanam tumbuhan seperti tebu. Negara Malaysia merupakan pengeksport getah dan kelapa sawit. 2. Kawasan Perindustrian Kawasan tanah pamah yang begitu luas di Malaysia berjaya manarik pelaburan asing untuk membuka kilang dan melabur di sini.Shah Alam, Pasir Gudang, Bintulu dan Gurun meupakan kawasan perindustrian di Malaysia dan kawasan-kawasan ini terletak di tanah rendah. 3. Pengangkutan Lebuhraya telah banyak membantu dan memudahkan urusan harian rakyat dan kegiatan ekonomi. Laluan di lebuhraya kebiasaanya dibina di kawasan tanah pamah yang rata.

-> Kepentingan Saliran 1. Sumber pengairan dan perikanan Empangan yang dibina di sungai boleh membekalkan bekalan air yang mencukupi kepada petani untuk menanam padi. Ada juga sungai dan tasik yang dijadikan kawasan ternakan ikan dalam sangkar. Contohnya, Sungai Pahang dan Tasik Timah Tasoh (Perlis). 2. Sumber air Semua penduduk di negara ini mendapat bekalan air daripada empangan. Sumber air dari sungai ini seterusnya disalurkan ke loji rawatan air sebelum dibekalkan untuk kegunaan harian kita semua. 3. Jalan perhubungan Sungai menjadi lebuhraya kepada penduduk di kawasan pedalaman. Contohnya Sungai Rajang di Sarawak. Sungai Kinabatangan di Sabah pula digunakan untuk menghanyutkan kayu balak ke kilang kayu. Di Semenanjung Malaysia pula, Sungai Tembeling menjadi salah satu laluan masuk ke Taman Negara Pahang.

->Kawasan pinggir laut dan pulau-pulau di Malaysia adalah penting untuk Pelancongan Pusat pelancongan yang terkenal di pinggir laut dan pulau-pulau di negara kita termasuklah Teluk Kemang, Pulau Redang, Pulau Sipadan dan Pantai Cahaya Bulan. Pelabuhan Beberapa lokasi di sepanjang pinggir laut yang mempunyai air dalam telah dijadikan pelabuhan untuk kapal-kapal besar seperti Pelabuhan Klang di Selangor dan Tanjung Pelepas di Johor. Bolehkah anda namakan beberapa pelabuhan yang lain di Malaysia? Perikanan Penduduk yang tinggal di pinggir laut kebanyakkannya bekerja sebagai nelayan. Mereka bergantung kepada laut untuk mencari sumber pendapatan bagi menyara kehidupan harian.

Anda mungkin juga menyukai