Anda di halaman 1dari 2

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu

untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan , berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Objektif Pendidikan Negara


1. Melahirkan rakyat yang bertanggungjawab dan boleh memenuhi kewajipannya sebagai seorang warganegara 2. Menghasilkan rakyat yang progresif, mahir serta cekap supaya membolehkannya berupaya melaksanakan tugas secara produktif serta sempurna, demi memberi sumbangan terhadap kemajuan dan perkembangan negara 3. Melahirkan rakyat yang boleh memahami dan menerima serta mengamalkan prinsipprinsip dan cita-cita demokrasi mengikut Perlembagaan. 4. Melahirkan rakyat yang taat setia kepada Raja dan cinta kepada negara 5. Melahirkan rakyat yang memahami serta mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara dan bersikap toleransi demi mewujudkan perpaduan rakyat berbilang kaum 6. Mengurangkan jurang perbezaan dari segi ekonomi sosial dan peluang di antara kaum dengan membekalkan kemudahan-kemudahan asaS pendidikan kepada golongan yang kurang berada.

Falsafah Pendidkan Negara(FPN) merupakan sistem pendidikan yang menganjakkan diri ke kedudukan terkehadapan dengan mengungkapkan secara jelas prinsip dan nilai asas yang mendasari dan membentuk sistem pendidikan Malaysia daripada peringkat paling rendah kepada paling tinggi iaitu institusi pendidikan tinggi seperti universiti. Falsafah Pendidikan Negara juga turut menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk individu dan negara. Tujuan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk individu adalah untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang juga menjadi seorang warganegara yang baik. Pendidikan merupakan proses asas dan utama untuk pembinaan insan yang baik, seimbang dan bersepadu, ini untuk menjayakan hasrat dan cita-cita negara. Secara keseluruhannya, tujuan pendidikan tinggi bukan hanya setakat memperoleh segulung ijazah atau diploma tetapi adalah untuk pembangunan diri manusia secara menyeluruh dan seimbang supaya menjadi seorang insan, ahli keluarga dan masyarakat dan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak mulia dan berbakti.

Dalam merealisasikan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, Satu Malaysia yang berkonsepkan Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan sudah tentu dapat membentuk sistem pendidikan bertaraf dunia. 1 Malaysia mengajak rakyat untuk bekerja secara bers ama dalam membangunkan, membina dan memantapkan negara tanpa mengira kaum. Kerajaan akan bersikap adil dan saksama kepada semua kaum tidak kira lapisan masyarakat. Nilai-nilai murni seperti hormat-menghormati sesama masyarakat walaupun berlainan kaum perlu diterapkan. Nilai-nilai murni amat penting agar rakyat dapat hidup dalam keadaan aman serta kejayaan negara dapat dikecapi secara bersama. Pembangunan dan kemajuan negara hanya boleh direalisasikan jika wujudnya masyarakat yang mencakupi segala kriteria matlamat pendidikan negara dan formula Satu Malaysia itu sendiri.