Anda di halaman 1dari 5

3.

AL-RAZI

3.1

PENGENALAN

Nama penuh beliau adalah Abu Bakar Muhammad ibnu Zakariyya al-Razi. Di Eropah beliau dikenali sebagai Rhazes dan digelar sebagai Galen Arab. Beliau merupakan pelopor keemasan perubatan Islam kerana dalam zaman ini ilmu perubatan telah berkembang dan telah lahir teori-teori baru dengan pengkajian secara saintifik1. Al- Razi adalah berbangsa Parsi dilahirkan di Rayy berhampiran Tehran, Iran pada tahun 864M bersamaan 251H. Beliau telah dilantik sebagai ketua di sebuah hospital di Rayy setelah kembali dari Baghdad. Seterusnya beliau dilantik sebagai pengarah di sebuah hospital utama di Baghdad semasa pemerintahan Adhud Daulah. Setelah bersara beliau kembali ke kampungnya dan beliau telah mengajar kesihatan di hospital tempatan dan menyambung minatnya dalam bidang penulisan. Selepas 66 tahun mengerah tenaga untuk memastikan bidang perubatan berkembang maju, al-Razi akhirnya meningga dunia pada tahun 930M.

3.2

PENDIDIKAN

Beliau pada zaman mudanya menjadi pemain gambus (rebab, rebana) sambil menyanyi, kemudian dia meninggalkan pekerjaan itu dan mempelajari bidang perubatan dan falsafah. Beliau belajar ilmu kedoktoran dengan Ali ibn Rabban al-Thabari (192 - 240H bersamaan 808-855M) dan belajar ilmu falsafah dengan al-Balkhi. Disebabkan minat beliau yang tinggi dalam ilmu pengetahuan maka masanya banyak dihabiskan dengan mengkaji ilmu-ilmu seperti kimia, falsafah, logik, matematik dan fizik. Walau bagaimanapun beliau lebih cenderung ke arah bidang perubatan yang sememangnya masa lapangnya banyak dihabiskan dengan mengkaji, belajar, berlatih dan menulis mengenai ilmu perubatan. Disebabkan namanya begitu masyhur dalam bidang perubatan, beliau telah dipilih sebagai ketua ahli fizik di Hospital Di Raja yang pertama di Rayy dan selepas itu, sewaktu pemerintahan Adhud - Daulah beliau telah ditukar pula ke Hospital Muqtadari di Baghdad dan dilantik sebagai pengarah hospital.

Abd. Rahman Nawas, Nawawee Mohammad, Omardin Haji Ashaari, Arip Saaya, (1995), Tamadun Islam, Kuala Lumpur: Pustaka Haji Abdul Majid, h.198

3.3

SUMBANGAN

Al-Razi telah memberi banyak sumbangan dalam pelbagai bidang. Beliau telah menjadi perintis dalam bidang pediatrik ( berkaitan kanak-kanak), obstetrik ( ilmu perbidanan) dan ophthalmologi (berkaitan mata). Jasa beliau di dalam bidang perubatan memang tidak dapat dinafikan lagi. Beliau digelar Bapa Pedaitrik oleh ahli sejarah kerana usahanya yang bersungguh-sungguh untuk mengubati penyakit kanak-kanak. Beliau juga orang pertama yang mengenalpasti penyakit hay fever dan penyebabnya2.

Al-Razi telah menyediakan beberapa jenis ubat-ubatan yang terdiri daripada tumbuhan dan tanaman dan beliau juga merekod banyak kes klinik dengan begitu tepat sekali. Beliau telah membahagikan ubat kepada tiga kategori iaitu galian (mineral), sayuran (vegetables) dan benda hayat (biological) serta menjelaskan fungsi masing-masing3.

Al-Razi amat menekankan hubungan antara doktor dengan pesakit. Beliau telah menyarankan agar satu ikatan kepercayaan antara kedua-dua belah pihak ini dapat diwujudkan. Hal ini kerana nasihat yang positif daripada doktor boleh membina dan member semangat baru kepada pesakit seterusnya membuatkan mereka rasa selesa serta membantu proses penyembuhan4.

Selain itu Al-Razi juga telah memberikan sumbangan dalam usaha mengubati penyakit cacar dan campak. Beliau merupakan orang pertama membezakan kedua-dua penyakit ini seterusnya membuat kajian sistematis mengenai penyakit tersebut. Hasil kajian beliau menunjukkan setiap orang pasti akan terserang penyakit cacar, minimal sekali dalam hidupnya. Semasa Al-Razi bekerja sebagai doktor utama di rumah sakit di Baghdad, beliau telah menjelaskan bahawa, Cacar terjadi ketika darah mendidih dan kemudian keluarnya wap. Kemudian darah muda (kelihatan seperti ekstrak basah di kulit) berubah menjadi darah yang makin banyak dan warnanya seperti anggur yang matang. Pada tahap ini, cacar kelihatan dalam bentuk gelembung. Penyakit ini terjadi tidak hanya pada masa kanak-kanak, tapi juga pada masa dewasa. Cara terbaik untuk menghindari penyakit ini adalah mencegah

http://faqihufiddin.blogspot.com/2009/02/pencapaian-dan-sumbangan-tokoh-tokoh.html

Hj. Ahmad Fauzi Hj. Morad dan Ahmad Tarmizi Talib, (2008), Tamadun Islam, Kuala Lumpur: Penerbitan Universiti Putra Malaysia, h.133 4 http://www.dakwah.info/ini-sejarah-kita/85-era-bani-abbas/360-tokoh-perubatan-islam

bersentuhan dengan pesakit cacar kerana kemungkinan ia boleh berjangkit5. Hasil kajian secara sistematis mengenai penyakit ini telah dicatat dalam buku beliau yang bertajuk AlJudari wa al Habsah. Al-Razi juga terkenal kerana menemui asma alergi dan pakar perubatan pertama yang menulis artikel mengenai alergi dan immunologi6. Dalam Sense of Smelling, beliau menerangkan tentang kejadian rhinitis setelah menghidu bau bunga ros semasa musim bunga: Article on the Reason Why About Zayd Balkhi Suffers from Rhinitis When Smelling Roses in Spring. Dalam artikel ini beliau membincangkan tentang rhinitis bermusim, iaitu yang menyerupai asma alergi atau hay fever(jerami demam). Beliau juga pakar perubatan yang menyedari bahawa demam itu adalah sistem pertahanan semulajadi manusia, iaitu cara tubuh manusia melawan penyakit. Selain itu, Al-Razi merupakan orang pertama dalam memperkenalkan penggunaan alkohol (Al-Kuhl) untuk tujuan perubatan. Beliau juga adalah pakar bedah yang terkemuka dan orang yang pertama menggunakan opium (dadah) untuk tujuan bius. Beliau juga menekankan perkaitan di antara makanan dengan kesihatan. Bagi beliau, perkaitan itu adalah sebagai hasil pengaruh faktor psikologi terhadap kesihatan. Al-Razi merupakan orang yang pertama membincangkan mengenai penyakit katarak iaitu merupakan sejenis penyakit katarak. Beliau turut memperkatakan mengenai penyakit katarak dan merupakan ahli saintis pertama yang membincangkan tentang pembesaran dan pengecilan pupil mata. Beliau telah menerangkan bahawa reaksi tersebut telah berlaku kerana tindak balas terhadap keamatan cahaya. Selain itu beliau pernah menjalankan pembedahan bagi memulihkan selaput mata dengan cara menarik keluar lensa7. Selain itu, beliau juga terkenal dalam farmasi. Beliau telah memperkenalkan perkara-perkara yang berkaitan dalam ilmu farmasi iaitu penggunaan ubat bagi melawaskan pembuangan air besar secara lembut, penggunaan air sejuk untuk menyembuhkan demam yang melarat serta penciptaan benang seton dan pembakaran tisu untuk kes-kes luka8.

http://www.esqmagazine.com/sosok/2009/12/30/1143/abu-bakar-muhammad-bin-zakaria-ar-razi-penemupenyakit-cacar.html
6

http://www.knowledgerush.com/kr/encyclopedia/Abu-Bakr-Mohammad-ibn-Zakariya-Al-Razi.html http://faqihufiddin.blogspot.com/2009/02/pencapaian-dan-sumbangan-tokoh-tokoh.html

lbid

Selain dalam bidang perubatan, beliau juga amat mahir dalam bidang kimia. Dalam kajian beliau terhadap ilmu kimia, Al-Razi pernah membuat asid-asid seperti asid sulfurik yang dinamakan sebagai minyak vitrol. Beliau telah membuatnya dengan memanaskan minyak vitrol hijau (hydrated ferrous sulphate). Al-Razi telah menghasilkan 237 buah buku di mana 140 buah daripadanya adalah berkaitan dengan bidang perubatan. Sepuluh buah daripada buku-buku perubatan tersebut telah diterjemah di dalam bahasa Latin. Antara kitab yang telah dihasilkan oleh beliau adalah Kitab al-Mansuri, Kitab al-Hawi Fit-Tibb, Kitab al-Muluki dan Kitab al-Judari wa al-Hasabah. Kitab al-Hawi Fit-Tibb adalah merupakan karya beliau yang termasyhur. Kitab ini telah diterbitkan beberapa kali semenjak kurun ke-12 hingga kurun ke-17. Buku ini merupakan sumber kurikulum tradisional dalam kalangan para perubatan islam9. Kitab ini juga dikenali sebagai Comprehensive Book yang merangkumi ilmu perubatan patologi dan terapi dari sumber-sumber Yunani, India dan Arab. Al-Hawi Fit-Tibb adalah karya yang terpanjang dan ditulis dalam bahasa Arab. Buku ini telah menjadi salah satu daripada buku-buku rujukan utama di dunia Barat dari abad ke-12M hingga kea bad ke-17M. Kitab ini telah membuatkan al-Razi dan ibnu Sina telah dipandang lebih tinggi dari Hippocrates dan Galen. Sepanjang hidupnya, beliau telah membuat pelbagai kajian mengenai ilmu perubatan. Pada akhirnya, beliau telah menghimpunkan kesemua pengalaman perubatan tersebut ke dalam Ensiklopedia Perubatan yang berjumlah 20 jilid. Kitab al-Hawi merupakan pecahan terbesar dimana ia meliputi 9 jilid. Ia telah menjadi rujukan utama di perpustakaan Fakulti Perubatan Paris dan Perancis pada tahun 1395M. Menurut Ali ibnu al-Abbas al-Majusi, Kitab al-Hawi mengandungi isi kandungan mengenai cara menjaga kesihatan, mengubati penyakit melalui cara pemakanan serta mengenal tanda-tanda penyakit10. Buku keduanya yang teragung adalah Kitab al-Mansur yang telah didedikasikannya kepada Gabenor Khurasan, al-Mansur ibnu Ishaq. Ia telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada 1480M di Milan dan dikenali dengan nama Liber AlMansoris. Kandungannya mengenai kajian terperinci jenis-jenis penyakit berjangkit. Ia mengandungi 10 jilid dan sebahagian daripadanya telah diterbitkan ke dalam bahasa Jerman dan Perancis.

Abd. Rahman Nawas, Nawawee Mohammad, Omardin Haji Ashaari, Arip Saaya, (1995), Tamadun Islam, Kuala Lumpur: Pustaka Haji Abdul Majid, h.198 10 http://www.dakwah.info/ini-sejarah-kita/85-era-bani-abbas/360-tokoh-perubatan-islam

10

Terjemahan jilid ke-9 yang telah ditulis oleh Gerard Cremona dengan nama 'Nonus AlMansuri' adalah teks terkenal di Eropah sehingga kurun ke-16. Kitab al-Judari wa al-Hasabah pula adalah kajian menyeluruh yang pertama berkenaan penyakit cacar dan campak. Ia diterjemahkan ke dalam bahasa Latin buat kali pertama pada 1565M dan kemudian ke dalam bahasa-bahasa lain dan diulang cetak sehingga 40 edisi di antara 1498-1866M. Ia telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris oleh William A. Greenhill di London pada 1848M. Tesis berkenaan kedua-dua penyakit ini diiktiraf sebagai kajian sistematis yang sulung dalam sejarah perubatan. Pada masa yang sama juga, beliau telah menyarankan beberapa petua untuk merawat kedua-dua penyakit tersebut. Al-Razi merupakan seorang tokoh yang amat berjasa. George Sorton, seorang penulis terkenal pernah menulis di dalam bukunya bertajuk Pengenalan Kepada Sejarah Sains telah menyatakan: Al-Razi merupakan seorang saintis yang terbaik pada zaman pertengahan.

11

Anda mungkin juga menyukai