Anda di halaman 1dari 8

5.

AL-ZAHRAWI

5.1

PENGENALAN

Abu Al-Qasim Al-Zahrawi yang hidup antara tahun 936 hingga 1013 Masihi merupakan seorang lagi tokoh perubatan Arab yang terkenal dan banyak meletakkan asas dalam bidang perubatan. Tokoh pembedahan yang handal dan mashyur ini dikenali di Eropah dengan nama Abulcasis.Beliau dilahirkan di Bandar Di Raja Al-Zahrah pada tahun 936M iaitu sebuah kota yang jaraknya 9.6 kilometer dari Cordova, Sepanyol. Nama sebenar beliau ialah Abul Qasim Khalaf ibn Al-Abbas. Al-Zahrawi merupakan keturunan Arab Ansar yang menetap di Sepanyol. Penglibatan beliau dalam bidang perubatan lebih tertumpu dalam bidang pembedahan. Beliau dikenali sebagai pakar bedah yang terbaik pada Zaman Pertengahan sehingga beliau digelar sebagai "Bapa Pembedahan Moden"1. Beliau telah menghabiskan separuh abad usianya untuk mempraktikkan dan mengajarkan ilmu perubatan. Sebagai seorang doktor yang terkenal pada zamannya, Al-Zahrawi telah dilantik menjadi doktor peribadi kepada raja Sepanyol ketika itu iaitu Raja Al-Hakam II di Andalusia. Al-Zahrawi banyak menghabiskan hidupnya untuk merawat korban kecelakaan serta korban perang berbanding melakukan perjalanan. Sungguh menakjubkan, kepakaran AI-Zahrawi bukan sekadar terhad dalam satu bidang sahaja, iaitu pembedahan yang menjadi keistimewaan kepakarannya, tetapi juga dalam beberapa bidang lain. Antaranya ialah pergigian, penciptaan alat-alat pembedahan tertentu, pakar telinga, tekak dan kerongkong (ENT atau Otolaringologi)2 dan juga mencipta ubatan-ubatan3.

http://sklaloh.kelantan.edu.my/tokoh2.htm#zahrawi http://zielobar.blogspot.com/2009/02/definisi-ilmu-kesehatan-masyarakat.html

http://www.dakwah.info/ini-sejarah-kita/85-era-bani-abbas/361-perkembangan-sejarah-awal-farmasidan-toksikologi

16

Dalam bidang perubatan, beliau adalah orang pertama yang mengenal pasti dan menjelaskan secara terperinci mengenai sejenis penyakit keturunan yang dikenali haemophilia4. Melihat dan meneliti sumbangan-sumbangan Al-Zahrawi, tidak dapat disangkal lagi, pengaruh beliau dalam bidang perubatan dan juga pembedahan telah meletakkan asas utama dalam bidang sains perubatan, terutamanya bidang pembedahan serta mempengaruhi bidang perubatan secara keseluruhan. Pakar bedah Perancis yang terkenal, Gus de Ghauliac (1300-1368M) menjadikan tulisan al-Zahrawi sebagai bahan tambahan dalam buku bedahnya. Al-Tasrif menjadi bahan rujukan selama lima abad di Universiti Salerno di Itali, Motpellier di Perancis dan beberapa universiti lain di Eropah. Malah menurut penulis History of Arab Medicine, Dr. Cambell, asas-asas yang diletakkan oleh Al-Zahrawi dalam bidang perubatan ini sebenarnya melebihi apa yang disumbangkan oleh saintis perubatan terkenal, Galen, dalam kurikulum perubatan Eropah. Selepas 77 tahun menumpukan seluruh tenaga dalam bidang perubatan, Al-Zahrawi akhirnya menghembuskan nafas yang terakhir pada tahun 1013M dengan meninggalkan banyak jasa.

5.2

PENDIDIKAN

Di kota Cordova, beliau telah menimba ilmu, mengajarkan ilmu perubatan, mengubati masyarakat, serta mengembangkan ilmu bedah sehinggalah beliau wafat.

Kisah masa kecil beliau tidak banyak terungkap kerana tanah kelahiran beliau iaitu AlZahra telah dijajah dan dihancurkan. Kisah Al-Zahrawi baru diungkapkan setelah ilmuwan Andalusia, Abu Muhammad bin Hazm (993M-1064M) meletakkan beliau sebagai salah seorang doktor bedah yang terkemuka di Sepanyol.

http://www.hemofilia.or.id/hemofilia.php

17

5.2

SUMBANGAN

5.2.1

KITAB AL-TASRIF

Al-Zahrawi juga terkenal kerana penghasilan Ensiklopedia iaitu 'Kitab al-Tasrif'5 yang mempunyai 30 bahagian yang dikumpul menjadikan satu buku. Buku ini meliputi tajuktajuk yang luas dan menyentuh pelbagai bidang perubatan. Satu salinan Al-Tasrif dianggarkan berjumlah lebih kurang 750 folio ataupun 1500 muka. Nama penuh buku ini ialah Kitab aal-Tasrif Liman Ajiza an al-talif, yang secara ringkas disebut al-Tasrif sahaja. Kitab ini telah menjadi panduan kepada doktor-doktor pembedahan sepanjang abad. Pada jilid terakhir buku ini terdapat ilustrasi lebih daripada 200 alat pembedahan yang mana kebanyakannya dicipta sendiri oleh beliau. ( Rujuk Lampiran A) Kitab al-Tasrif yang berjudul The Methods digunakan di Eropah sehingga kurun ke-16 dan 17. Buku ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin oleh Gerard Cremona pada Zaman Pertengahan dan buku ini turut diterjemahkan ke dalam bahasa Perancis, Hebrew, dan Sepanyol. Ia telah dicetak dalam bahasa Latin dan Yahudi dengan nama 'Medical Vademecum' pada 1497M. Sayang sekali terjemahan - terjemahan yang dibuat tidak begitu memuaskan dari segi ketepatan dan kesilapan ini semakin besar setelah buku itu ditiru berulang kali. Bab berkenaan pembedahan yang dicatatkan dalam buku ini adalah suatu tesis pembedahan berilustrasi yang julung-julung kalinya. . Pakar bedah Perancis yang terkenal iaitu Gus de Ghauliac (1300-1368M) menjadikan tulisan Al-Zahrawi sebagai bahan tambahan dalam buku bedahnya. Menurut Dr.Cambell di dalam History of Arab Medicine, prinsip-prinsip sains perubatan Al-Zahrawi sebenarnya mengatasi karya Galen6 di Eropah. Buku ini mengandungi 30 jilid pelbagai aspek sains perubatan. Pembedahan yang dicatatkan di dalam buku ini mengandungi tiga bahagian iaitu:

http://sklaloh.kelantan.edu.my/tokoh2.htm#zahrawi http://www.medicine.ukm.my/wiki/index.php/GALEN

18

1) Pembekaman (kaedah mengeluarkan darah) bagi penyakit apoplexy7 (penyakit yang disebabkan pecahan urat darah di otak yang mengakibatkan kehilangan deria) (Rujuk lampiran B) 2) Pembedahan yang dibuat dengan pisau belah (skalpel) dan pembedahan mata, telinga dan mulut. 3) Pembedahan bagi pelbagai bentuk pecah tulang dan seliuh serta berkaitan kelahiran anak. Buku mengenai pembedahan ini menjelaskan secara terperinci mengenai pelbagai aspek rawatan yang melibatkan rawatan pembedahan berdasarkan pembedahanpembedahan sebenar yang pernah dilakukannya sendiri. Antaranya, termasuklah cauterization, iaitu teknik pembakaran bahagian badan untuk merawat luka dan sebagainya, mengeluarkan batu karang daripada buah pinggang, perbidanan, pembedahan ke atas haiwan dan juga pembedahan mata, telinga dan kerongkong. Secara tepat, beliau juga telah berjaya melakukan pembedahan-pembedahan rumit termasuklah mengeluarkan fetus yang tidak bernyawa daripada kandungan dan juga amputation8 (pengudungan atau pemotongan kaki). Buku ini mempunyai beberapa diagram dan ilustrasi alat-alat pembedahan yang digunakan pada zaman itu dan juga yang dicipta oleh beliau sendiri9. Lebih membanggakan lagi, ilmu yang dicurahkan oleh beliau telah menjadi sebahagian daripada kurikulum perubatan di negara-negara Eropah sejak berkurun-kurun lamanya. Penemuan dan juga hasil kerja Al-Zahrawi melalui ensiklopedianya Al-Tasrif ini menunjukkan bahawa kepercayaan dunia Islam ketandusan pakar dalam bidang pembedahan adalah silap dan meleset sama sekali. Tidak sekadar aspek pembedahan, dalam bukunya Al-Tasrif, Al-Zahrawi juga membincangkan mengenai penyediaan pelbagai jenis perubatan, selain penerangan komprehensif mengenai rawatan pembedahan yang mengkhusus dalam bidang-bidang

http://raynerba.tripod.com/fungsilingzhi.htm http://www.nlm.nih.gov/medlineplus/ency/article/000006.htm

Ghazali Darusalam, (2001), Sumbangan Sarjana dalam Tamadun Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd,h. (175-180)

19

(ENT), oftalmologi10 dan sebagainya. Beliau juga menjelaskan secara terperinci aplikasi beberapa teknik seperti pejalwapan dan juga penyiringan (decantation). Al-Zahrawi juga pakar dalam bidang pergigian dan pembedahan mulut. Bahagian yang terakhir dalam buku ini membincangkan mengenai penyakit gigi dan pengubatannya. Ia mengandungi lakaran-lakaran alat yang diciptanya. Beliau juga mengenalpasti langkahlangkah untuk menyediakan gigi tiruan yang dibuat daripada tulang haiwan.

Kitab Al-Tasrif sememangnya amat bernilai. Justeru, beberapa edisi buku ini (bab pembedahan) telah diterbitkan di Venice (1497M), Basel (1541M) dan Oxford (1778M). Ia juga telah diiktiraf sebagai teks rasmi pembedahan di universiti-universiti di Salerno, Italy, Montpellier di Perancis dan beberapa buah universiti di Eropah untuk hampir 5 kurun lamanya. Buku yang ditulis oleh ai-Zahrawi memenuhi 3 perkara penting iaitu: i. Memberi nasihat dan anjuran yang baik untuk meningkatkan bidang kesihatan dan berguna untuk penuntutnya dan pengamal perubatan yang lain. ii. Alat dan teknik yang digunakan oleh al-Zahrawi dibicarakan dengan terperinci dan beliau menggunakan pendekatan moden terhadap proses-proses yang dibuat oleh beliau. iii. Beliau mencadangkan kesenian perubatan yang terbaik pada ketika itu. Beliau dengan jelas memberi keterangan mengenai cara rawatan, persediaan ubat, dan penyimpanan ubat di bawah keadaan unggul dan cara yang selamat dalam pemberian ubat dan diet. Kesemua anjuran yang dibuat oleh beliau adalah amat bersesuaian sekali dengan prinsip-prisip perubatan yang wujud pada ketika itu.

5.2.2

PENCIPTAAN ALAT-ALAT PEMBEDAHAN

Menurut catatan, sepanjang hidupnya Al-Zahrawi telah temui 26 peralatan bedah. Salah satu alat bedah yang ditemui dan digunakan Al-Zahrawi adalah catgut. Alat ini
10

Ghazali Darusalam, (2001), Sumbangan Sarjana dalam Tamadun Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd,h.162

20

digunakan untuk menjahit bahagian dalam tubuh dan sehingga kini masih digunakan dalam ilmu pembedahan moden. Selain itu, beliau turut berjaya mencipta forceps iaitu alat untuk mengeluarkan janin yang meninggal dalam kandungan. Alat itu digambarkan dalam kitab Al-Tasrif.

Dalam Al-Tasrif, Al-Zahrawi turut juga memperkenalkan penggunaan ligature (benang pengikat luka) untuk mengontrol pendarahan arteri. Jarum bedah ternyata juga dicipta dan dipaparkan secara jelas dalam Al-Tasrif. Selain itu, Al-Zahrawi juga memperkenalkan sederet alat bedah lain hasil penemuannya.

Selain itu, beliau juga berjaya mencipta beberapa peralatan penting untuk pembedahan seperti pisau bedah (scalpel), curette, retractor, sendok bedah (surgical spoon), sound, pengait bedah (surgical hook), surgical rod, dan specula. Lebih membanggakan, AlZahrawi juga menemui peralatan bedah yang digunakan untuk memeriksa dalam uretra, alat untuk memindahkan benda asing dari tengkorak serta alat untuk memeriksa telinga. Tetapi terdapat tiga alat pembedahan ciptaan Al-Zahrawi yang terkenal iaitu : 1. Alat pemeriksaan luar telinga 2. Alat pemeriksaan luar theurethra 3. Alat yang digunakan untuk mengeluarkan bendasing daripada kerongkong Al-Zahrawi juga sebenarnya pakar mengubati penyakit menggunakan kaedah lecuhan. Teknik ini digunakan melalui lebih 50 pembedahan yang dilakukannya. Antara pembedahan-pembedahan yang pernah dilakukan oleh beliau ialah : i. ii. iii. iv. treatment of fractures-reduction and immobilization. lithetomy of stone in the bladder. removalof thyroid cysts. describe the use of forceps in obstetric.

Jasa Al-Zahrawi bagi dunia perubatan khususnya pembedahan sehingga kini tetap dikenang dunia.

21

5.2.3

PAKAR PERGIGIAN

Selain itu, Al-Zahrawi juga sebenarnya pakar dalam bidang pergigian dan dalam bukunya terkandung lakaran pelbagai alat yang digunakan dalam bidang pergigian. Beliau juga menerangkan pelbagai bentuk pembedahan penting dalam bidang pergigian. Malah beliau juga membangunkan teknik untuk menyediakan gigi palsu.

5.2.4

PAKAR PERUBATAN

Dalam bidang perubatan, beliau adalah orang pertama yang mengenal pasti dan menjelaskan secara terperinci mengenai sejenis penyakit keturunan yang dikenali haemophilia. Selain itu, beliau turut memberi sumbangan yang banyak terhadap bentuk ubat atau dos, teknik dan alat penyediaan ubat. Kehebatan dan profesional Al-Zahrawi sebagai seorang ahli bedah diakui oleh para doktor di Eropah Tak diragukan lagi, Al-Zahrawi adalah ketua seluruh ahli bedah. Ucap Pietro Argallata. Pemikiran Al-Zahrawi begitu dikagumi oleh para doktor serta mahasiswa perubatan di Eropah. Pada abad ke-14, seorang doktor bedah Perancis Guy de Chauliac menganggap Al-Zahrawi setanding denagn pengamal terdahulu seperti Hippocrates dan Galen. Dalam bukunya iaitu Great Surgery yang ditulis dalam Bahasa Latin pada tahun 1363, Guy de Chauliac telah merujuk kepada Al-Tasrif sebanyak 200 kali dan memasukkan beberapa perenggan ke dalam buku beliau. Kepentingannya adalah jelas sekali sebab buku Great Surgery adalah buku teks piawai dalam bidang pembedahan di Barat sehingga masa Vesalius. Kitab Al-Tasrif terus menjadi pegangan para doktor di Eropah sehinggalah era Renaissance. Malah, ahli bedah Perancis iaitu Jaques Delechamps (1513M-1588M) masih menjadikan Al-Tasrif sebagai rujukan hingga abad ke -16.

22

Sumbangan dan pengaruh Al-Zahrawi dalam bidang perubatan dan juga pembedahan tidak dapat disangkal lagi namun beliau juga turut berjasa dalam penulisan bidang kesihatan am, farmakalogi11 dan pemakanan.

11

Ghazali Darusalam, (2001), Sumbangan Sarjana dalam Tamadun Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd,h.161

23

Anda mungkin juga menyukai