Anda di halaman 1dari 6

4.0 Langkah Langkah Keselamatan Dan Peraturan Yang Perlu Dipatuhi Semasa Di dalam Bengkel .

Semasa kaedah amali pengajar bertanggungjawab penuh ke atas keselamatan pelajar iaitu sebelum amali dilaksanakan, semasa dan selepas dilaksanakan.

4.1

Peraturan dan Keselamatan

4.1.1 Peraturan keselamatan diadakan untuk memastikan suasana kerja dalam persekitaran serta

4.1.2

suasana bengkel Kemahiran Hidup yang teratur dan selamat tanpa berlakunya kemalangan ataupun kecederaan.

4.1.3

Keselamatan bengkel meliputi aspek yang berikut:-

(i) Keselamatan am (ii) Keselamatan diri dan rakan (iii) Keselamatan alatan dan bahan

4.2

Keselamatan Am

1. Peraturan dari segi pemakaian dan potongan rambut yang diurus dengan kemas menggunakan kasut bertutup perlu difahami oleh semua murid. 2. Rambut mestilah pendek dan kemas. 3. Pemakaian apron yang betul. Bagi lelaki tali leher perlu dimasukkan ke dalam apron. Lengan baju yang panjang dilipat dengan kemas. 4. Sebelum memasuki bengkel perlu mendapat kebenaran dan berada dibawah pengawasan guru sepenuhnya. 5. Keadaan persekitaran bengkel perlu dipastikan sentiasa kemas, bersih danteratur. 6. Sentiasa mematuhi arahan guru dan berhati-hati dalam setiap kerja amali dibengkel 7. Kawasan tempat kerja perlu dibersihkan sebelummeninggalkan bengkel Kemahiran Hidup. 8. Semua suis elektrik perlu dimatikan sebelum meninggalkan bengkel.

10

4 .3 Keselamatan Diri dan Rakan

1.Jadikan sikap mematuhi peraturan sebagai suatu amalan. 2.Pakailah pakaian yang sesuai dan kemas ketika berkerja di dalam bengkel, 3.Pakai apron dan kasut getah yang bertutup. 4.Bagi murid yang mamakai baju lengan panjang, lipat lengan baju ketikaberkerja. 5.Bagi murid-murid perempun,rambut yang panjang hendaklah diikat. Bagi yang bertudung, pastikan tudung dipakai dengan kemas. 6.Jangan bermain atau bergurau-senda semasa berada di bengkel KH. 7.Amalan sentiasa berkerjasama dan bantu-membantu sesama ahli kumpulan. 8.Tangan perlu dibasuh dengan betul setelah selesai kerja di bengkel KH.

Rajah dibawah menunjukkan etika pemakaian yang sesuai semasa beradadi dalam bengkel

4 . 4 Keselamatan Alatan dan Bahan

1.Penggunaan bahan dan alatan perlu mendapat bimbingan daripada guru sebelum murid boleh menggunakannya. 2.Penggunaan alatan yang teratur dan betul adalah penting bagi memelihara peralatan daripada cepat rosak 3.Perancangan penggunaan alatan dan bahan dengan teliti sebelummemulakan sesuatu projek .4.Atalan perlu dibersihkan dan dipulangkan kembali ke stor setelah selesaipenggunaannya. 5.Penyimpanan bahan mudah terbakar, mudah pecah dan berbahaya perlu menepati piawaian keselamatan yang terbaik oleh guru. 6.Sentiasa berhati-hati sewaktu menggunakan sebarang peralatan di bengkel Kemahiran Hidup.

Rajah dibawah menunjukkan susunan peralatan pertukangan pada kedudukan asalnya di dalam bengkel.

4 .5 Rutin dan Organsasi Bengkel Kemahiran Hidup

Organisasi Bengkel adalah perkara utama yang perlu diwujudkan diawalpermulaan sesi mengajar guru bagi memastikan bengkel dapat diuruskandengan lebih lancar dan teratur. Kerja-kerja rutin dibengkel akan berjadual secara teratur dan lebih sistematik.

Aspek kebersihan dan keselamatan mesti diutamakan dalam setiap aktivitipengajaran dan pembelajaran di bengkel KH. Melalui organisasi bengkel muridberpeluang mempelajari aspek kerjasama dalam kumpulan serta mempraktikkanamalan kerja yang teratur serta selamat

Murid dapat bersama menglibatkan diri dalam aspek teknikalpenyelenggaraan alatan dan bagunan sepanjang pembelajaran matapelajaranKemahiran Hidup. Murid dapat menimba pengalaman baru yang bolehdiaplikasikan dirumah bagi membantu ibubapa masing-masing.

4 . 6 Perlupusan Sisa Buangan Dari Bengkel KH 1.Bahan-bahan lebihan daripada aktiviti kerja murid seperti kayu, plastikkertas, kaca dan sisa logam perlu diuruskan dengan baik 2.Pengurusan sisa buangan yang baik mampu mengelakkan berlakunya pencemaran alam sekitar. 3.Amalan terbaik ialah dengan mewujudkan bekas tong sampah yang berasingan untuk jenis bahan sisa buangan mengikut kategori masing-masing seperti kayu, kaca dan plastik. 4.Bahan buangan tersebut perlu diangkut oleh pihak berkuasa berkaitan untuk urusan pelupusan ataupun projek kitar semula bahan. 5.Jangan sesekali melakukan pembakaran terbuka bagi melupuskan sisa Buangan.

4.7 AMALAN 4M

1. Menitikberatkan kebersihan diri dan mental

-Berpakaian kemas, kuku dan rambut yang pendek Kebersihan mental adalah berfikir positif dan bertanggungjawab dengan tugas yang diberi.. Dalam kerja pembersihan terdapat dua mesin yang digunakan iaitu Mesin Penyedut Hampagas (jenis kering dan basah)Jenis kering digunakan untuk menyedut kotoran kering- Jenis basah digunakan untuk menyedut kotoran kering dan cecair - Mesin Pemampat Udara digunakan untuk proses pembersihan secara semburan tekanan udara tinggi.

2. Menyusun Atur Guna alat mengikut kegunaannya-Simpan alat di tempat yang betul-Menilai Diri dan Tempat Kerja

-Pencahayaan yang cukup-Peredaran udara yang baik-Lantai kering dan tak berminyak-Mendisiplin-Mematuhi peraturan keselamatan bengkel, alatan dan keselamatan diri.

3. Menilai Diri dan Tempat Kerja -Pencahayaan yang cukup-Peredaran udara yang baik-Lantai kering dan tak berminyak

4. Mendisiplin -Mematuhi peraturan keselamatan bengkel, alatan dan keselamatan dir

1.8 Alat Bantuan Kebakaran 1.Alat pemadam api yang barfungsi dengan baik perlu sebagi persediaansekiranya terjadi kebakaran yang kecil di bengkel. 2.Terdapat perbezaan bagi bahan alat pemadan api bagi memadam puncakebakaran yang berlainan. 3.Terdapat label pada alat pemadam api bagi menentukan jenis bahannya