Anda di halaman 1dari 1

Pantun Berbudi Bahasa

Pergi ke Pekan hari selasa Pekan bernama si Pekan Rabu Sopan santun berbudi bahasa Jadi amalan kita selalu

Pakai baju berwarna biru Pergi ke sekolah pukul satu Murid sentiasa hormatkan guru Kerana guru pembekal ilmu Pergi ke sungai memancing ikan Ikan dipancing diwaktu petang Budi bahasa jadi amalan Barulah kekal dihormati orang Adik ke kedai membeli halia Emak memesan membeli laksa Jadilah insan berhati mulia Baik hati berbudi bahasa Pergi ke taman memetik bunga Bunga dipetik bunga selasih Jika bantuan kita terima ucapkan kata terima kasih Pantai Tanjung tempat berkelah Seronok berkelah waktu cuti Kalau ada silap dan salah Mohon maaf sepenuh hati.