0 KESAN INTERAKSI ANTARA TAMADUN DI MALAYSIA Peribumi Melayu mewakili pembina Tamadun Melayu, etnik Cina mewarisi Tamadun Cina dari Tanah Besar Cina dan etnik India mewakili Tamadun India dari Benua Kecil India. Kepelbagaian bangsa yang mendiami Malaysia pasti memberi pelbagai kesan dalam hidup bermasyarakat. Kosa kata dalam Bahasa Melayu telah bertambah sehari ke sehari sejak berlakunya interaksi antara bangsa. Sebahagian contoh kosa kata bahasa Melayu yang wujud hasil interaksi : (i)Makanan dan buahan -Bakmi, me, mesua, cincau, kueh, bepang, taugeh, kanar, kuaci, kucai, angki (pisang kaki), tauhu (ii). Pakaian dan barang dagangan - Cukin, tocang, lo cuan, kekwa (bunga) koyok, cat, gimpai, gincu, tahil, koyan, d ( 1/10 tahil ) (iii). Manusia dan ehwalnya - Apek, loki, nyonya, cempiang, taukeh, kongsi, kicak, cinggeh, cincau, ampau, taijin, kuntau, gua, lu, sengse, samsing, l suwe, toa pekong, tokong, tekong, banci, cuak, culai, lancong. Hasil interaksi antara bangsa turut melahirkan budaya campuran yang diamalkan oleh satu komuniti masyarakat di Malaysia. Antara komuniti tersebut adalah Budaya Baba-
Nyonya.Pada awal kurun ke 17 sekitar tahun 1613 M, komuniti China telah menetap di Melaka. Oleh kerana tiada pendatang Cina dari kalangan wanita mereka berkahwin dengan wanita tempatan. Justeru itu bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar dalam urusan perniagaan dan institusi keluarga.Lahirlah satu budaya kacukan yang dipanggil Baba dan Nyonya. Masyarakat Baba dan Nyonya dikenali kerana mereka memperkenalkan diri mereka sebagai Baba atau Peranakan. Selain itu, mereka bertutur dalam bahasa Melayu gaya mereka yang kemudiannya dikenali sebagai bahasa Melayu Baba. Bahasa yang digunakan mereka adalah bahasa dialek Melayu Baba yang diasaskan atas ragam bahasa Melayu pasar. Setiap kawasan mempunyai ragam yang dipengaruhi dialek Melayu tempatan yang berbeza-beza. Bahasa ini berbeza dengan Bahasa Melayu baku. Terdapat juga Budaya China Peranakan. Terdapat dua komuniti Cina Peranakan di Malaysia. Pertama, Cina Peranakan Kelantan yang dikatakan bermula hasil wujudnya hubungan diplomatik negara Cina dengan negeri di Pantai Timur yang berlaku sejak sebelum zaman Srivijaya lagi. Komuniti ini terdapat di tebing sungai Kelantan dan Kuala Kerai di hulu sehingga ke muara Tumpat. Antara kesan interaksi yang berlaku antara mereka dengan penduduk tempatan ialah penyerapan ciri-ciri budaya Melayu di kalangan mereka. Paling ketara ialah penggunaan dialek Kelantan yang fasih dan fesyen pakaian Komuniti kedua ialah Cina Peranakan Melaka dan Pulang Pinang. Masyarakat Cina Peranakan dua tempat ini menggunakan bahasa Melayu dan cara hidup Melayu, namun mereka tidak beragama Islam. Kehidupan mereka begitu dekat dengan orang
Melayu. Mereka juga mengamalkan adat resam yang mirip adat resam orang Melayu, walaupun masih terdapat ciri budaya Cina lama. Mereka turut percaya kepada makhluk halus atau ghaib dan roh seperti masyarakat Melayu. Hasil interaksi antara Tamadun Melayu dan Tamadun Cina di Tanah Melayu pada zaman awal amat ketara pada aspek seni bina . Unsur seni bina Cina diserap dalam pembinaan masjid. Antara ciri khusus serapan ialah pada reka bentuk bumbung masjid yang menyerupai seni bina Pagoda Dasar pendidikan di Malaysia digubal setelah mengambilkira aspek masyarakat majmuk yang telah berinteraksi sekian lama secara harmoni. Antara dasar pelajaran tersebut ialah Penyata Barnes, Penyata Fenn-Wu, Undang-undang Pelajaran 1952, Pernyata Razak dan Penyata Rahman Talib. Semua dasar-dasar ini berperanan memupuk perpaduan dan bagi memastikan pengasingan yang wujud dalam sistem pendidikan sebelum ini dimansuhkan dan digantikan dengan sistem yang lebih seragam dan menyeluruh Malaysia telah berusaha membentuk perpaduan antara masyarakat majmuk dan integrasi yang lebih mantap antara penduduk Semenanjung dengan Sarawak dan Sabah. Sehubungan ini, Dasar Integrasi Nasional digubal untuk melaksanakan proses kewujudan identiti nasional di kalangan kaum yang berbeza kebudayaan, kepercayaan dan penempatan Interaksi antara bangsa di Malaysia dipadukan melalui penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi seperti yang tercatat pada Perkara 152, Perlembagaan Persekutuan. Namun, bahasa-bahasa lain boleh digunakan. Untuk mengukuhkan lagi
peranan bahasa Melayu dalam masyarakat majmuk kerajaan telah membentuk Akta Bahasa Kebangsaan pada tahun 1963.