Anda di halaman 1dari 17

1.0 Pengenalan Apa itu mengambar? Adakah ia bermaksud mengambil gambar dengan menggunakan kamera?

Mengambar itu bermaksud untuk membuat atau menghasilkan gambar. Mengambar adalah salah satu daripada empat bidang yang terdapat dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR. Seni dalam pendidikan memainkan peranan penting ke arah perkembangan kanak melalui peningkatan daya persepsi,estetika dan kreativitinya. Matlamat mata pelajaran ini adalah bertujuan untuk membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif. Selain itu, ia juga bertujuan untuk meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbangkan ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara.Seni dalam pendidikan ini juga mengintegrasikan tiga kompenan yang mampu melengkapkan pembinaan otak kanan dan otak kiri. Ia bertitik tolak daripada pengintergrasian inilah perkembangan menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek akan berlaku. Dalam kegiatan menggambar, kita dapat mengenali kandungan sesuatu subjek atau hal benda. Misalnya, kita dapat mengenali apa yang digambar itu ialah arnab atau bunga atau kereta dan sebagainya. Hasil mengambar menampakkan gubahan gambar seperti objek-objek, pemandangan, situasi dan lain-lain lagi. Dalam pengajaran dan pembelajaran, kandungan subjek atau hal benda itu boleh disesuaikan dengan pengalaman sedia ada kanak-kanak dan pengalaman belajar kanak-kanak untuk merangsangkan dan meningkatkan pembelajaran.Kanak-kanak dapat menggunakan berbagai alat dan bahan untuk menghasilkan gambar mengikut cara ekspresinya yang tersendiri dalam aktiviti mengambar. Ini membantu perkembangan kanak-kanak dari aspek psikomotor dan emosi dan penting dari segi keperluan fisiologi dan psikologi kanak-kanak. Semasa mengambar, kanak-kanak dapat mengalami pengalaman langsung dengan derianya mengenai subjek atau hal benda yang digambarkan. Ini membantunya dalam memahami sesuatu idea dan menghubungkaitkan antara satu idea dengan idea yang lain atau dengan pengetahuan dalam berbagai mata pelajaran. Dengan itu, kanak-kanak dapat membina idea baru dari benda konkrit.

Aktiviti menggambar mudah direka bentuk supaya sesuai dengan perkembangan fizikal, mental, sosial, emosi, intelek dan estetik. Penyampaian kandungan subjek atau hal benda melalui berbagai alat, bahan, teknik dan cara pengolahan membuka peluang untuk kanak-kanak membuat hubungkaitan yang bermakna, mengembangkan imaginasi, fantasi, kreativiti dan ekspresi diri kanak-kanak. Terdapat beberapa tokoh yang memberi pandangan yang menyokong bahawa Seni Dalam Pendidikan memberi manfaat dari segi jangka panjang. Seorang tokoh penting dalam seni visual ialah Viktor Lowenfeld. Lowenfeld (1947) menyatakan bahawa sejak kecil lagi proses pembelajaran kanak-kanak dibantu dengan penggunaan alat bantuan sensori seperti peta, gambar-gambar dan peralatan-peralatan sains. Ini kerana pemikiran abstrak tanpa representasi visual bukanlah sesuatu yang mudah untuk ditangani. Semakin kanak-kanak membesar, seni visual semakin banyak membantu perkembangan minda yang lebih menyeluruh. Lowenfeld juga menyatakan bahawa dalam bidang seni halus, pengetahuan teknik-teknik seni halus serta kemahiran memanipulasi ciri-ciri lukisan dan seni dapat memainkan peranan yang penting untuk meningkatkan kemahiran seni melukis serta imej artistik yang dihasilkan dalam kalangan kanak-kanak. Pengetahuan serta lebih mendalam dan berstruktur dari segi konvensi-konvensi artistik mewujudkan bahan perantara untuk kanak-kanak mengembangkan kreativiti. Pengetahuan ini memerlukan penganalisisan, kemahiran pemikiran rasional dan pemprosesan maklumat secara kognitif. Oleh itu, keupayaan kognitif boleh ditingkatkan melalui keupayaan individu untuk membentuk dan mencipta, memahami dan menginterpretasikan hasil atau karya seni. Gardner (1993) menerangkan, kecerdasan, visual ruang sebagai keupayaan membuat persepsi tentang dunia luar dengan tepat, menukar dan mengubahsuai persepsi awalan untuk mencipta semula aspek pengalaman visual tanpa kehadiran punca stimuli fizikal berkenaan. Definisi yang diberikan oleh Gardner (1993) ternyata menunjukkan kepentingan menggalakkan perkembangan kecerdasan visual ruang dari segi meningkatkan daya upaya kognitif dan kreativiti kanak-kanak. Kecerdasan visual ruang banyak digunakan dalam seni visual. Oleh itu, salah satu cara yang paling efektif untuk meningkatkan kecerdasan ini ialah dengan mendedahkan kanak-kanak kepada aktiviti-aktiviti seni visual atau pendidikan seni visual. Amalan pendidikan seni visual sangat penting kerana ia menggalakkan pemahaman, daya persepsi dan pengenalan simbol-simbol visual secara beransur, sesuai dengan tahap umur

kanak-kanak. Seterusnya, ia mendorong kanak-kanak menggunakan simbol-simbol tersebut. Amalan seni visual berfungsi mengembangkan kemahiran motor dan daya persepsi di samping memberi pengetahuan tentang pelbagai konsep seni visual. Aktiviti yang dicadangkan di dalam kurikulum pendidikan seni visual adalah mengikut peringkat umur yang membantu perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh. Penglibatan dalam seni dapat mewujudkan keadaan mental dan fizikal yang baik. Pendidikan seni perlu mempunyai keseimbangan dari segi penciptaan, tanggapan, dan respons yang menggalakkan pertumbuhan fizikal, kognitif dan afektif. Hermann (1991) didalam Quadrant Concept yang mengkaji perkembangan otak kanan dan kiri menyatakan bahawa seni membantu pemikiran rasional dan intuitif seseorang individu. Leonardo da Vinci merupakan model manusia dalam kajian Seni Dalam Pendidikan. Beliau adalah seorang seniman, jurutera, anatomis dan saintis. Beliau menggabungkan bidang-bidang ilmu tersebut untuk membentuk keunggulan diri dalam kehidupan. Melalui Pendidikan Seni, murid di sekolah menjadi lebih seronok. Selain itu ia membantu guru itu sendiri untuk memahami diri sendiri. Kemudian ia juga membantu perkembangan intelek terutamanya dari aspek menyelesaikan masalah. Selain itu ia juga memotivasikan guru untuk menjadi lebih kreatif, inovatif, peka, berpersonaliti yang seimbang, berketrampilan dan professional. Kemudian ia juga membantu perkembangan insan secara seimbang dan menyeluruh

2.0 Bidang Mengambar Kanak-kanak adalah unik dan berbakat dalam seni. Guru yang berperanan sebagai

pembolehubah perlu kreatif dan mempunyai tahap sensitif yang tinggi dalam menyediakan pengalaman seni untuk kanak-kanak. Disamping itu, guru juga perlu berupaya meletakkan diri mereka dalam diri kanak-kanak bagi memahami keperluan kanak-kanak tersebut dalam memperkembangkan pemahaman kanak-kanak melalui pemikiran dan pengalaman. Mengikut Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR, bidang menggambar adalah satu bidang yang menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran seseorang murid. Bidang ini melihat kemampuan murid terhadap aspek serta kegiatan mereka dalam membuat gambar dengan menggunakan pelbagai media dan teknik disamping itu, ia menekankan aspek ruang,

struktur, imbangan dan komposisi dalam sesuatu karya. Antara kegiatan yang dijalankan dalam bidang ini ialah lukisan, catan, kolaj, montaj, cetakan, resis, gosokan, stensilan, percikan, gurisan, capan dan mozek . Bidang ini menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri seseorang murid. Bidang menggambar meliputi penerokaan kesan seni serta mengenali pelbagai alat bahan dan kegunaannya. Kegiatan menggambar membolehkan murid mengenali dengan lebih

dekat lagi pelbagai kemahiran asas dan teknik dalam proses rekaan. Kesedaran murid terhadap alam sekitar melalui pemerhatiannya menjadi fokus utama bidang menggambar ini.

2.1 Lukisan Lukisan merupakan hasil kerja seni yang dibuat untuk meluahkan perasaan berbentuk imej dengan menggunakan media kering atau menggunakan warna yang paling sedikit yang dihasilkan di atas sesuatu permukaan rata dengan aplikasi garisan, rupa, bentuk, saiz warna dan jalinan. Penggunaan alat dalam sesebuah lukisan terhad kepada media kering seperti pensel, pensel warna, pastel, arang, pen dan dakwat. Setiap proses melakukan garisan, melorek ton dan menggosok juga dinamakan lukisan dan diaplikasikan melalui garisan, rupa, bentuk, saiz, warna dan jalinan ke atas sesuatu hasil kerja dengan pelbagai teknik yang boleh dihasilkan bergantung kepada kesan jalinan sesuatu permukaan dari aras mudah ke aras sukar. Kegiatan lukisan sangat penting terhadap perkembangan kanak-kanak dari aspek kognitif dan psikomotor. Dalam kegiatan melukis, murid-murid dapat mengetahui dan mengenal pasti

alat, bahan,dan teknik dalam asas mengambar berdasarkan beberapa eksperimen. Murid mengetahui wujudnya rupa asas geometri di persekitaran. Seterusnya murid dapat menghasilkan gambar dengan memanipulasi bahan yang berasaskan air, minyak dan bahan kering. Akhirnya murid dapat menghasilkan gambar dengan menggunakan pelbagai bahan serta teknik setelah membuat pemerhatian. Menurut Lowenfeld (1947) menyatakan bahawa pada Peringkat Skematik (7-9 Tahun), lukisan mula dihasilkan mengikut skema atau konsep tertentu. Penekanan lebih diberikan kepada cara penyusunan objek dalam imej selain daripada imej manusia dan objek yang terdapat di sekelilingnya. Lukisan yang dihasilkan adalah spontan, bebas dan berskala besar. Ciri-ciri lukisan pada tahap ini menunjukkan apa yang difikirkan oleh kanak-kanak berbanding dengan apa yang sebenarnya dilihat oleh kanak-kanak. Tahap ini juga melibatkan bentuk lukisan x-ray iaitu lukisan yang mempunyai ciri-ciri luaran dan dalaman sesuatu objek. Ini menunjukkan kanak-kanak melukis sesuatu yang mereka ketahui melalui pengalaman. Contohnya, kanak-kanak melukis rumahku, objek yang jauh dengan saiz kecil dan objek dekat dengan saiz yang besar. Ini menunjukkan permulaan pemahaman konsep perspektif.

Karya-karya murid adalah seperti berikut:

2.2 Kegiatan Membuat Kolaj Kolaj bermakna potong, koyak, gunting, gam dan tampal sesuatu bahan ke atas sesuatu permukaan seperti cebisan kertas-kertas, kain atau bahan lain di atas permukaan 2D yang mengandungi sebahagian imej seperti gambar foto atau dari cetakan majalah disusun dan ditindih untuk menjadi satu komposisi. Berbagai jenis bahan dilekat disatu permukaan khas daripada

imej yang berlainan dan daripada berbagai media. Ia juga dapat menghasilkan satu komposisi artistik daripada imej atau gambar yang berlainan, latar belakang yang berbeza dan daripada berbagai warna dan corak berjalinan dihasilkan secara superimpose di antara satu sama lain dengan menggam berbagai elemen supaya menjadi satu gambar bagi sesuatu tajuk atau tema tertentu. Lowenfeld (1975) percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif. Penyataan ini disokong dengan sifat semula jadi kanak-kanak yang gemar meneroka, dan penuh dengan perasaan ingin tahu. Piaget (1958) merumuskan bahawa kanak-kanak kecil bukanlah tidak mempunyai kapasiti untuk berfikir secara kreatif, cuma kanak-kanak dewasa lebih matang. Jawapan dan hasil lakaran kanak-kanak kecil berbeza daripada kanak-kanak dewasa kerana cara berfikir mereka yang berbeza. Kegiatan membuat kolaj penting juga terhadap perkembangan kanak-kanak dari aspek kognitif. Dalam menghasilkan sebuah kolaj, murid-murid perlu menggunakan idea dan kreativiti tersendiri untuk mendapatkan hasil kerja yang cantik dan bermutu. Kegiatan tersebut juga amat penting terhadap perkembangan kanak-kanak dari aspek psikomotor. Murid-murid belajar mengunting kertas yang diperlukan untuk kolaj tersebut. Murid-murid juga belajar menggunakan gam, mereka perlu pandai melaksanakan kegiatan menampal. Dari aspek sosial pula, murid-murid perlu mengamalkan nilai kebersihan dan kerjasama. Selepas kegiatan membuat kolaj, murid-murid perlu bekerjasama membersihkan kelas.

Karya-karya murid adalah seperti berikut:

2.3 Kegiatan Membuat Montaj Montaj adalah satu teknik menampal dan melekatkan gambar-gambar pada suatu permukaan untuk menimbulkan mesej pengajaran, kecintaan, kecuaian, peperangan, alam sekitar. Dalam kegiatan montaj, kanak-kanak menggunakan potongan gambar-gambar yang berkaitan dari mana-mana media cetak untuk menghasilkan satu tajuk atau tema. Ia mengandungi

sebahagian daripada imej yang ada seperti dalam gambar foto, majalah, cetakan yang disusun supaya bercantum, bertindih, diubahsuai untuk menghasilkan satu imej dengan menggunakan teknik superimpose dengan menyusun berbagai cebisan gambar dengan cara yang kreatif untuk menghasilkan satu hasil karya montaj yang disusun menjadi satu hasil kerja seni. Kegiatan membuat montaj adalah sangat penting terhadap perkembangan kanak-kanak dari aspek kognitif dan psikomotor. Dalam kegiatan membuat montaj, murid-murid memerlukan teknik memotong, menampal dan mencantum. Murid-murid perlu menghasilkan montaj ini dengan menggunting gambar tersebut dan menyesuaikan kedudukan gambar pada bahagian latar. Dalam konteks kemahiran seni kanak-kanak, Freud mempercayai bahawa interpretasi mereka terhadap seni visual dan penghasilan mereka boleh menunjukkan perasaan dan emosi. Selari dengan ini, penggunaan seni visual dalam rawatan mental dan emosi sangat penting bagi kanak-kanak. Kaedah ini dikenali sebagai psikoterapi. Sebagai contoh, membimbing kanak-kanak membuat montaj boleh memberi gambaran dan maklumat tentang perspektif kanak-kanak terhadap kesukaan mereka.

Karya-karya murid adalah seperti berikut:

2.4 Kegiatan Membuat Gosokan Gosokan adalah satu proses menggosok dan merekod corak daripada permukaan yang berjalinan. Ia adalah satu proses penerokaan murid mula menggambar melalui deria sentuh yang Gosokan adalah satu cara paling mudah dan terbaik untuk

terdapat di sekeliling mereka.

merakamkan berbagai jalinan pada sesuatu permukaan. Apabila salah satu atau kedua-dua objek digerakkan di antara satu sama lain, maka gosokan akan terhasil. Hasil cetakan dibuat dengan menggosok dakwat, pensel, kapur ke atas sekeping kertas yang diletakkan di atas suatu permukaan yang berjalin. Satu representasi yang mengandungi salinan dibuat supaya dapat mengembangkan pemahaman dalam penggunaan jalinan dan ton. Dari aspek kognitif dan psikomotor dalam perkembangan kanak-kanak, melalui kegiatan membuat gosokan, murid-murid menyedari wujudnya rupa asas geometri di persekitaran. Murid-murid akan menggunakan kreativitinya untuk mencari dan meneroka berbagai jenis permukaan yang terdapat di persekitaran mereka. Murid-murid dapat menggunakan bahan kutipan untuk mengambar secara mudah dan diaplikasikan dalam kegiatan gosokan. Lowenfeld (1975) percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif. Penyataan ini disokong dengan sifat semula jadi kanak-kanak yang gemar meneroka, dan penuh dengan perasaan ingin tahu. Dalam kegiatan gosokan ini dapat memperkembangkan deria lihat terhadap persekitaran dan boleh menghasilkan berbagai perasaan seperti gembira, suka, minat, selesa dan sebagainya. Apabila kanak-kanak mengaplikasikan aktiviti gosokan dalam aktiviti seni, tak secara langsung akan peka terhadap setiap permukaan yang terdapat di persekitaran. Kanak-kanak boleh mengetahui bahawa setiap permukaan yang berjalinan boleh menghasilkan berbagai corak yang menarik.

Karya-karya murid adalah seperti berikut:

2.5 Kegiatan Membuat Percikan

Percikan adalah salah satu teknik hiasan catan dengan mendetik, mengetuk atau menjentik bahagian bulu berus yang akan menghasilkan kesan a speckled granite- style finish yang akan kelihatan lebih moden daripada kesan warna yang lain. Percikan-percikan halus warna disembur ke serata tempat untuk menghasilkan kesan antik. Mengikut kamus dewan bahasa dan pustaka pula percikan ialah titik-titik air atau warna yang berserak-serak ke sana sini setelah air atau warna itu terhempas ke suatu permukaan. Alatan penting yang digunakan ialah berus dari pelbagai jenis, warna-warna basah dan kertas. Ianya boleh dihasilkan dengan

menggunakan berbagai jenis warna dengan kaedah yang berlainan. Dari aspek psikomotor, murid dapat menghasilkan gambar dengan menggunakan alat, bahan, dan teknik yang sesuai serta dapat mengaplikasikan Asas Senireka dalam hasil kerja mereka. Selain dari itu, mereka juga dapat menghasilkan gambar berdasarkan tema imaginasi mereka dengan menggunakan alat dan bahan yang sesuai. Melalui kegiatan membuat percikan, murid-murid pandai menggunakan penyedut minuman untuk mendapatkan kesan corak ke atas kertas lukisan dengan menggunakan teknik tiupan. Titikan berbagai warna yang jatuh ke atas permukaan kertas lukisan ditiup untuk mendapat kesan corak yang menarik.

Karya-karya murid adalah seperti berikut:

3.0 Kesimpulan

Bidang mengambar adalah satu bidang yang menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran murid. Ia memperlihatkan sejauh mana kemampuan murid terhadap aspek melukis dan membuat gambar dengan menggunakan pelbagai media dan teknik. Di samping itu, bidang ini juga menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri murid. Umumnya, murid di sekolah rendah pada keseluruhan adalah kreatif, ekspresif dan aktif. Seni visual memainkan peranan memperkembangan sifat-sifat ini melalui persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran. Kegiatan pemikiran, penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai jenis visual akan membolehkan mereka, menyatakan idea dan ekspresi diri. Pengalaman ini penting kerana dapat membantu murid membina keyakinan diri, membuat penilaian, dan mengenali cita rasanya tersendiri. Kesimpulannya, semasa guru perlu mengambil kira tentang perkembangan kanak-kanak terhadap aspek kognitif, psikomotor, sosial dan emosi.

APENDIKS

RUJUKAN / REFERENSI Rousliluddin Ambia, Mohd Jamel Hj, Mohd Taslim Abd Rahim, Manan Sarbani.(2011). Fakulti Pendidikan dan Bahasa: HBAE1103 Pengenalan Pendidikan Seni Visual. Open University Malaysia. Prof Dr Haji Abdul Shukor Hashim, Badrul Isa, Khairezan Rahma, Zuraimi Zakaria.(2011). Fakulti Pendidikan dan Bahasa: HBAE1203 Perkembangan Seni Kanak-kanak. Open University Malaysia. Haslinda Madon.(2011). University Malaysia. Kementerian Pelajaran Malaysia.(2011). Panduan Pengajaran Dunia Seni Visual. Bahagian Pembangunan Kurikulum. Institut Pendidikan Guru Malaysia.(2011). Modul Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah:PSV 3103 Kreativiti dan Seni Kanak-kanak. Kementerian Pelajaran Malaysia. Fakulti Pendidikan dan Bahasa: HBAE1403 Menggambar. Open

Anda mungkin juga menyukai