Anda di halaman 1dari 22

2.

PERNYATAAN PROFESIONAL ATAU KONTRAK AKTIVITI

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan salah satu komponen Amalan Profesional bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Dengan Kepujian dalam Pendidikan Rendah Kementerian Pelajaran Malaysia. Pelaksanaan PBS ini dapat memberi kefahaman awal atau gambaran sebenar kepada pelajar tentang alam persekolahan daripada perspektif seorang guru. Selain itu, dengan adanya program PBS ini juga dapat memberi peluang kepada pelajar memahami sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan, peranan guru di dalam bilik darjah melalui pemerhatian yang dibuat, penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan guru dan komuniti sekolah. Melalui PBS, pelajar dapat memahami sistem pengurusan sekolah, tingkah laku murid-murid, pengurusan bilik darjah dan tugas sebenar seorang guru.

2.1

PERNYATAAN SEBELUM PBS

Saya akan menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) ini di Sekolah Kebangsaan Kompleks Mengabang Telipot yang terletak di negeri Terengganu. Sebelum saya menjalani PBS ini, saya dikehendaki memilih sebuah sekolah dan memberikan nama sekolah yang akan saya jalani PBS kepada Unit Pratikum bagi memudahkan urusan mereka untuk menguruskan penempatan saya di sekolah tersebut untuk menjalani PBS selama satu minggu. Saya diberikan taklimat terlebih dahulu oleh Unit Pratikum tentang PBS sebelum saya menjalaninya. Pelajar-pelajar yang akan menjalani PBS ini akan diberikan tugasan untuk kami laksanakan sepanjang program PBS ini dijalankan. Tugasan PBS ini diberikan oleh kursus Amalan Profesional iaitu bagi kursus Perkembangan Kanak-kanak, EDU 3102 daripada Jabatan Ilmu

Pendidikan

(JIP).

Tugasan

ini

mengkehendaki

kami

untuk

melakukan

pemerhatian dan interaksi semasa di sekolah. Kemudian, kami hendaklah menyediakan satu esei reflektif dan kritis berdasarkan pemerhatian dan interaksi yang dibuat di sekolah tersebut tentang sejauh mana sekolah telah berjaya menyediakan persekitaran pembelajaran berdasarkan perkembangan kanakkanak dari aspek-aspek peranan pengurusan sekolah, prasarana dan

kemudahan sekolah serta program atau aktiviti kurikulum dan kokurikulum yang dijalankan di sekolah dalam memperkembangkan aspek JERIS iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Dengan itu, saya dapat merancang perkara-perkara yang perlu dilakukan untuk melaksanakan tugasan tersebut seperti yang dikehendaki oleh pensyarah bagi kursus EDU 3102 agar berjalan dengan lancar dan saya mengharapkan sekolah yang akan saya pergi nanti dapat membantu saya menyiapkan tugasan yang diberikan ini dengan jayanya.

2.2

LAPORAN PELAKSANAAN AKTIVITI YANG DIFOKUSKAN

Pelbagai aktiviti yang telah saya lakukan sepanjang mengikuti program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) ini di sekolah. Saya menjalani PBS selama empat hari bermula 5 Mac hingga 8 Mac 2012 di Sekolah Kebangsaan Kompleks Mengabang Telipot, Kuala Terengganu yang terletak di negeri Terengganu. Saya hanya menjalani PBS selama empat hari kerana pada 4 Mac 2012, negeri Terengganu telah mengalami cuti peristiwa dan disebabkan itu semua sekolah di negeri tersebut diberikan cuti. Berikut merupakan jadual bagi aktiviti yang saya lakukan sepanjang melaksanakan PBS di sekolah terbabit mengikut tarikh.

Tarikh

Aktiviti yang dilaksanakan.

5 Mac 2012 (Isnin)

Pergi ke pejabat Berjumpa dengan rakan dari IPG lain Berjumpa dengan pihak pentadbir sekolah Sesi perkenalan dengan guru-guru Sesi taklimat dengan Penolong Kanan Kurikulum (PK1)

Menyenaraikan perkara yang perlu dilakukan semasa PBS dan sebaliknya

Berjumpa dengan mentor PBS yang diberi oleh penolong kanan 1

Membuat koloborasi dengan pihak pentadbir dan guru-guru panitia

Membuat pemerhatian di sekitar kawasan sekolah Mengganti kelas 2 Rajin untuk guru yang tidak hadir Menulis catatan harian

6 Mac 2012 (Selasa)

Tiba seawal 7.15 pagi Bacaan Al-Quran didalam kelas sebelum proses

P&P bermula Beratur di kawasan pagar untuk menyambut kedatangan murid-murid Melawat kawasan sekolah Mengambil gambar prasarana yang ada di sekolah tersebut Menggantikan kelas 5 Bijak yang sedang menghadapi peperiksaan Melibatkan diri dalam sesi P&P dalam kelas Tahun 1 Rajin (Kelas LINUS) Menghadiri rakaman muzik Inovasi KSSR Bahasa Inggeris di bilik muzik Mengambil gambar Melibatkan diri dalam sesi P&P Pendidikan Pemulihan Kolaborasi bersama guru yang terlibat Menulis catatan harian

7 Mac 2012 (Rabu)

Tiba seawal 7.15 pagi Bacaan Al-Quran di dalam kelas sebelum sesi P&P bermula

Berbincang bersama rakan di bilik mesyuarat Menggantikan kelas 3 Bijak yang sedang

menghadapi peperiksaan Menggantikan kelas 1 Rajin (Kelas LINUS) Menemu bual ketua kerani Kolaborasi bersama-sama Penolong Kanan Kurikulum dan Penolong Kanan HEM Menyusun maklumat yang diperoleh Membuat pemerhatian terhadap murid-murid Pemulihan semasa proses P&P Temu bual bersama Guru Pendidikan Pemulihan Menulis catatan harian

8 Mac 2012 (Khamis)

Melakukan perbincangan bersama rakan di bilik mesyuarat

Berbual bersama komuniti sekolah untuk memperoleh lebih maklumat

Berinteraksi dengan beberapa orang murid Kolaborasi bersama Penolong Kanan Kokurikulum dan menanyakan beberapa soalan berkaitan tugasan

Melengkapkan borang-borang yang perlu untuk diserahkan kepada guru besar

Melakukan tinjauan akhir di sekitar kawasan sekolah Masuk kelas ganti 5 Rajin yang menghadapi

peperiksaan Bergambar kenangan bersama-sama murid Perjumpaan terakhir bersama guru besar Membuat catatan hari terakhir Menulis catatan harian

REFLEKSI KESELURUHAN Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) ini telah banyak mengajar saya memahami dengan lebih mendalam lagi tentang profesion perguruan.

Pengetahuan dan pengalaman baru ini amat bermakna buat saya di mana saya kini lebih mengetahui tentang apa sebenarnya tugas seorang guru dan apa yang harus dilakukan untuk menyempurnakan tanggungjawab yang telah

diamanahkan ini. Saya berasa begitu gembira dan terharu kerana berpeluang untuk menjalani program PBS ini di mana saya merasakan diri amat dihargai dan bertuah menjadi salah seorang daripada bakal komuniti sekolah apabila sudah selesai menghabiskan pengajian kelak. Kedatangan saya ke sekolah itu disambut dengan tangan terbuka dan dialu-alukan kedatangan saya oleh komuniti sekolah tersebut. Saya berasa amat bersyukur di atas penerimaan mereka terhadap kedatangan saya ke sekolah itu. Warga sekolah begitu peramah dan senang menghulurkan bantuan dan saya pun berasa begitu selesa ketika menjalani PBS di sekolah tersebut. Walaupun dengan keadaan ada di antaranya bangunan-bangunan kelas yang sudah kelihatan sudah agak usang, namun kebersihan persekitaran amat dititikberatkan oleh pihak pengurusan sekolah. Terdapat juga bangunan yang

boleh dikatakan dibina kemudian untuk menambahkan bilangan kelas yang semakin meningkat sepuluh tahun yang lalu adalah bangunan setinggi empat tingkat. Dengan adanya bangunan itu, semua murid dapat belajar dalam satu sesi sahaja kerana telah mempunyai bilangan kelas yang mencukupi untuk pembelajaran mereka agar berada dalam keadaan yang lebih selesa dan selamat. Di samping itu juga, saya perhatikan pencapaian sekolah ini agak memberansangkan dalam aktiviti kokurikulum mahupun akademik. Sekolah ini merupakan salah sebuah sekolah yang berjaya melahirkan murid-murid yang cemerlang dalam keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan tidak lupa juga dalam aktiviti kokurikulum. Semasa masuk ke kelas bersama seorang guru mata pelajaran bagi Matematik yang telah membenarkan saya untuk bersama beliau, saya berasa begitu terharu dengan penerimaan murid-murid dalam kelas tersebut terhadap diri saya. Mereka kelihatan begitu gembira berjumpa dengan saya dan menunjukkan rasa hormat yang begitu menggalakkan serta memudahkan proses pelaksanaan tugasan yang saya lakukan. Kerjasama dan bantuan daripada komuniti sekolah begitu membantu saya dalam menyiapkan tugasan PBS ini dengan sempurna. Semua pihak membantu saya dalam mendapatkan maklumat yang diperlukan. Guru-guru dan kakitangan sekolah turut memberikan kerjasama yang amat menggalakkan. Jika diberikan peluang, saya ingin sekali lagi berada di sekolah tersebut. Namun begitu, saya rasa saya perlu mencuba untuk mendapatkan sesuatu pengalaman yang baru di tempat lain. Program PBS ini begitu membantu saya dalam memahami dengan lebih mendalam lagi tentang profesion perguruan agar dapat menjadikan saya seorang guru yang berwibawa kelak.

3.0

INSTRUMEN PENGUMPULAN DATA BERHUBUNG TUGASAN

Terdapat pelbagai instrumen yang saya gunakan dalam pengumpulan data berhubung tugasan yang diberikan oleh kursus Amalan Profesional berhubung tugasan dalam Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) ini. Saya membuat pengumpulan data melalui pemerhatian saya terhadap sekolah itu sepanjang saya menjalani PBS di sekolah tersebut. Saya juga turut menyediakan senarai semak yang bersesuaian dengan keperluan tugasan saya dengan mencatitkan semua perkara yang dirasakan perlu dalam ada di dalam senarai semak. Selain itu, saya juga menjalankan sesi temu bual bersama-sama dengan komuniti sekolah seperti pihak pentadbir sekolah, guru-guru, kakitangan sekolah dan juga murid-murid. Saya menyediakan soalan-soalan yang saya rasakan perlu dalam sesi temu bual tersebut untuk dimasukkan ke dalam tugasan PBS saya. Di samping itu, soal selidik juga saya lakukan untuk mengetahui sesuatu perkara tersebut bersesuaian dengan kehendak dan keperluan pembelajaran murid-murid di sekolah. Dengan itu, untuk mendapatkan semua maklumat yang diperlukan, saya perlulah berinteraksi dengan semua pihak sama ada pihak pengurusan sekolah mahupun dengan murid-murid sekalian.

3.1

PEMERHATIAN

Sebaik sahaja saya tiba di Sekolah Kebangsaan Kompleks Mengabang Telipot, perkara pertama yang saya lakukan adalah membuat pemerhatian. Hal ini kerana sebelum melangkah lebih jauh lagi, secara tidak langsung kita telah pun memerhati persekitaran sesebuah kawasan tersebut. Begitu juga dengan saya,

sebaik saja menjejakkan kaki di sekolah, saya secara tidak langsung memerhati persekitaran dan suasana sekolah tersebut. Sebelum membuat tugasan yang seterusnya, selepas medaftar diri, saya telah ditempatkan di bilik guru bersama dengan guru-guru yang lain. Pada masa tersebut, saya perhatikan suasana di bilik guru tersebut begitu ceria dengan reaksi guru-guru yang begitu peramah. Di samping itu, mereka turut memberikan kerjasama yang amat menggalakkan sepanjang saya berada di sekolah tersebut dan memberi tunjuk ajar yang baik kepada saya. Pada hari yang berikutnya, saya telah membuat pemerhatian dan interaksi dengan komuniti sekolah berkaitan dengan persekitaran dan prasarana yang terdapat di sekolah tersebut. Terdapat pelbagai kemudahan atau prasarana yang disediakan untuk pembelajaran dan dapat memberikan keselesaan kepada murid-murid. Antara prasarana yang terdapat di sekolah tersebut ialah mempunyai bilik darjah atau ruang pembelajaran yang cukup dan selesa sesuai dengan perkembangan kanak-kanak. Selain itu, terdapat juga dewan terbuka yang terletak di aras tanah bangunan empat tingkat, kantin yang bersih dan ceria, padang, padang permainan, pusat sumber, makmal sains, makmal komputer, tandas, sudut-sudut pembelajaran dan sebagainya yang banyak lagi prasarana yang bersesuai dengan tahap perkembangan mereka. Di samping itu, saya dapati persekitaran sekolah agak bersih dan ceria. Namun begitu, terdapat juga prasarana yang kelihatan sudah agak lama dan perlu dilakukan penambahbaikkan seperti bangunan kelas dan makmal sains. Perkara ini penting untuk menjamin keselamatan para pelajar. Kekurangan yang saya perhatikan di sekolah tersebut adalah pusat sumber yang agak padat dan tidak dapat memberikan keselesaan sekiranya pelajar terlalu ramai

memasukinya dan banyak kelas-kelas yang rosak serta tidak terjaga keadaan tersebut. Selain itu, ruang bagi surau pula terlalu jauh iaitu terletak di tingkat atas di bangunan empat tingkat. Keadaan tersebut sangatlah tidak sesuai dengan perkembangan murid-murid kerana terlalu tinggi untuk sampai ke ruang solat tersebut dan boleh membahayakan murid-murid.

Selain itu juga, saya turut membuat pemerhatian terhadap murid-murid di sekolah tersebut di samping mengadakan interaksi dengan mereka. Budaya positif yang dapat saya perhatikan dalam kalangan murid-murid di sekolah itu adalah saling hormat-menghormati dan bantu-membantu. Mereka juga

mengamalkan amalan memberi salam ketika bertemu dengan guru mahupun komuniti sekolah yang lain. Amalan nilai-nilai murni ini sentiasa dipertingkatkan dalam diri setiap individu selari dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan modal insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Semasa membuat tugasan ini, saya telah berkesempatan untuk melihat suasana sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang diadakan. Saya telah masuk ke kelas bersama guru yang telahpun bersetuju untuk membenarkan saya membuat pemerhatian semasa beliau sedang mengajar. Saya perhatikan murid-murid memberi perhatian yang amat menggalakkan terhadap apa yang diajar oleh guru mereka. Terdapat segelintir pelajar yang agak aktif semasa sesi P&P dijalankan, namun tidak kurang juga yang pasif sehingga tidak memberi respon terhadap apa yang guru ajarkan. Murid-murid menyiapkan latihan yang diberikan oleh guru mereka dengan sempurna dan menghantar latihan tersebut pada masa yang telah ditetapkan. Selanjutnya, saya juga sempat memerhatikan cara pengurusan sekolah di samping aktiviti-aktiviti yang diadakan. Saya sempat melihat pasukan nasyid di sekolah itu membuat latihan untuk pergi bertanding bagi Pertandingan Nasyid antara sekolah-sekolah. Suasana pada ketika itu sungguh menggembirakan dengan keadaan semasa mereka berlatih. Pada mulanya, mereka agak segan dengan saya dan rakan-rakan yang turut melakukan PBS di sekolah itu tetapi selepas beberapa ketika mereka mula berasa seronok dan tidak lagi segan dan malu, malahan kami saling berinteraksi dengan berkongsi cerita dan pengalaman yang mereka lalui sepanjang mengikuti pasukan nasyid ini. Secara keseluruhannya, sekolah ini mengamalkan budaya yang positif di samping komunitinya yang mengamalkan nilai-nilai murni yang tinggi. Saya

percaya, tidak mustahil suatu hari nanti sekolah tersebut berjaya menjadi salah sebuah sekolah yang cemerlang dan melahirkan modal insan yang seimbang dan harmonis.

3.2

SENARAI SEMAK

Saya juga turut menyediakan senarai semak yang bersesuaian dengan keperluan tugasan saya bagi memudahkan lagi saya untuk melaksanakan tugasan ini dengan hanya perlu mencatit perkara-perkara yang dirasakan perlu dan bersesuaian dengan kehendak tugasan saya itu untuk dimasukkan ke dalam senarai semak. Berikut merupakan senarai semak yang saya telah sertakan bersesuaian dengan kehendak soalan tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS). Saya juga melaksankan mengikut senarai semak ini dengan penangkapan gambar-gambar.

SENARAI SEMAK TUGASAN PBS

ada BIL. 1 PERKARA Pengurusan dan Organisasi sekolah 1.1 Pelan fizikal sekolah 1.2 Carta organisasi sekolah 2. Prasarana sekolah 2.1 Kemudahan sekolah: ruang pembelajaran dewan kantin padang padang permainan pusat sumber makmal sains makmal komputer

tiada x Catatan

Lakarkan Lakarkan

2.2 Mural sekolah 2.3 Kata-kata hikmah 2.4 Nilai-nilai murni Amalan dalam kalangan murid 2.5 Rukun Negara Buat catatan Buat catatan berdasarkan interaksi dengan murid yang dikenalpasti

2.6 Falsafah Pendidikan Kebangsaan 2.7 Bilik Darjah: Ruang pembelajaran Paparan Jadual waktu Jadual tugas 3 Kurikulum 3.1 Sukatan pelajaran 3.2 Buku rekod pengajaran guru 3.3 Sumber pengajaranpembelajaran Bahan bantu mengajar Bahan bantu belajar Sudut bacaan Paparan bahan pembelajaran 3.4 Kokurikulum Senaraikan jenis gerak kerja kokurikulum yang dilaksanakan Peraturan

3.3

TEMU BUAL

Saya juga menjalankan sesi temu bual bersama-sama dengan komuniti di sekolah seperti dengan pihak pentadbir sekolah, guru-guru dan kakitangan sekolah serta murid-murid untuk mendapatkan sedikit maklumat dan informasi mengenai persoalan yang bermain difikiran saya yang bersesuaian dengan kehendak tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) ini. Berikut merupakan soalan-soalan yang ditemu bual mengikut pihak-pihak yang terlibat.

PIHAK YANG DITEMU BUAL

SOALAN SOALAN UNTUK SESI TEMU BUAL

1. Bolehkah menceritakan serba sedikit tentang latar Guru Besar belakang sekolah? 2. Apakah peranan dan bidang tugas Guru Besar dalam memperkembangkan aspek JERIS muridmurid? 3. Adakah sekolah menyediakan kemudahan dan persekitaran yang sesuai dengan perkembangan pembelajaran murid-murid? 4. Apakah pandangan terhadap Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang baru 2 tahun dijalankan?

1. Apakah peranan Guru Penolong Kanan Kurikulum Guru Penolong Kanan Kurikulum (PK 1) dalam memperkembangkan aspek intelek muridmurid? 2. Apakah program dan aktiviti kurikulum yang dijalankan di sekolah untuk murid-murid?

3. Adakah prestasi murid-murid memberansang? 4. Bolehkah menceritakan serba sedikit tentang pencapaian murid-murid di sekolah?

1. Apakah peranan Guru Penolong Kanan Kokurikulum Guru Penolong Kanan Kokurikulum (PK KO) dalam memperkembangkan aspek jasmani muridmurid? 2. Apakah program dan aktiviti kokurikulum yang sekolah jalankan untuk murid-murid? 3. Adakah pencapaian murid-murid dalam aktiviti kokurikulum ini memberansangkan? 4. Bolehkah menceritakan program-program kokurikulum yang lepas yang telah memberikan kejayaan kepada sekolah? 5. Adakah aktiviti kokurikulum yang diadakan bersesuaian dengan murid-murid? 6. Adakah aktiviti kokurikulum ini dapat menarik minat murid-murid untuk menyertainya?

1. Apakah peranan yang dilakukan oleh Ketua Panitia? Ketua Panitia 2. Adakah bahan-bahan yang digunakan dalam sesi P&P sesuai dan selamat untuk murid-murid dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup?

1. Bagaimanakah pelaksanaan P&P terhadap kanakMentor (Guru Pemulihan) kanak pemulihan? 2. Apakah pendekatan yang digunakan dalam proses P&P pendidikan pemulihan? 3. Bagaimanakah cara untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak pemulihan?

4. Bagaimanakah proses sebelum murid-murid pemulihan diterima masuk ke dalam kelas pemulihan? 5. Adakah cara P&P di kelas Pemulihan berbeza dengan P&P kelas aliran perdana?

1. Apakah peranan yang dimainkan oleh guru mata Guru Mata Pelajaran pelajaran Pendidikan Islam dalam memperkembangkan aspek rohani muri-murid? 2. Apakah pandangan terhadap program LINUS? 3. Apakah peranan yang dimainkan oleh guru-guru mata pelajaran dalam memastikan murid-murid belajar? 4. Apakah pandangan terhadap KSSR? 5. Adakah kemudahan dan prasarana yang disediakan sesuai dengan perkembangan murid-murid? 6. Bolehkah menceritakan serba sedikit tentang sekolah ini?

1. Apakah bidang tugas sebagai ketua kerani? Kakitangan Sekolah (Ketua Kerani) 2. Bagaimanakah keadaan kewangan sekolah ini mencukupi untuk kegunaan guru-guru dalam proses pembelajaran murid-murid?

1. Adakah suasana pembelajaran dalam keadaan Murid-murid yang selesa? 2. Adakah prasarana dan kemudahan yang disediakan mencukupi? 3. Apakah pandangan terhadap persekitaran sekolah?

3.4

SOAL SELIDIK

Saya juga telah menjalankan soal selidik terhadap beberapa perkara yang dirasakan perlu untuk melengkapkan lagi tugasan PBS tersebut. Saya telah menjalankan soal selidik ini ke atas murid-murid untuk mengetahui dengan lebih terperinci tentang sesuatu perkara. Berikut merupakan borang soal selidik yang saya buat terhadap amalan nilai murni dalam kalangan murid, pengurusan kantin sekolah dan juga pengurusan pusat sumber sekolah.

BORANG SOAL SELIDIK AMALAN NILAI-NILAI MURNI DALAM KALANGAN MURID SEKOLAH Tandakan ( / ) jawapan anda pada ruangan yang disediakan.

1. Adakah anda akan menghulurkan bantuan sekiranya rakan anda meminta pertolongan daripada anda? Ya Tidak

2. Adakah rakan anda sentiasa menghormati antara satu sama lain? Ya Tidak

3. Adakah anda merupakan seorang murid yang jujur? Ya Tidak

4. Adakah anda akan menjawab setiap soalan yang diajukan oleh guru dengan sempurna? Ya Tidak

5. Apakah perasaan anda apabila didapati bersalah oleh guru anda? Malu Menyesal Gembira Sedih

6. Apakah yang akan anda lakukan apabila melihat rakan anda mencuri? Memberitahu guru Merahsiakan perkara tersebut

7. Bagaimanakah anda ingin mendapat pujian daripada seorang guru? Membantu guru Menyiapkan semua latihan yang diberikan

8. Amalan nilai murni yang sentiasa diamalkan Bekerjasama Hormat Berprasangka buruk

BORANG SOAL SELIDIK PENGURUSAN KANTIN SEKOLAH

Sila tandakan ( / ) pada pernyataan yang bertepatan dengan pilihan anda. 1. Adakah anda berpuas hati dengan layanan pengurusan kantin? Ya Tidak

2. Pada pandangan anda, berapakah tahap kebersihan di kantin sekolah ini? 0 > 4 - Kurang memuaskan

5 > 7 - Memuaskan

8 > 10 - Sangat memuaskan

3. Harga yang ditawarkan? Murah Berpatutan Mahal

4. Menu yang disediakan? Membuka selera Berkhasiat Sering diperbaharui

5. Prasarana yang disediakan selesa dan mencukupi? Ya Tidak

BORANG SOAL SELIDIK PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH

Sila tandakan ( / ) pada pernyataan yang bertepatan dengan pilihan anda.

1. Adakah anda berpuas hati dengan pengurusan pusat sumber sekolah yang disediakan? Ya Tidak

2. Berapa kerap kalikah anda mengunjungi pusat sumber sekolah dalam seminggu? 1-2 lebih daripada 3 lebih daripada 5

3. Berapa kalikah anda meminjam buku di pusat sumber sekolah dalam seminggu? <1 <3 <5

4. Apakah jenis buku yang selalu anda pinjam di pusat sumber sekolah? Fiksyen Bukan Fiksyen

5. Adakah buku-buku yang disediakan oleh pihak pusat sumber sekolah mencukupi untuk anda membuat rujukan? Ya Tidak

Melalui soal selidik yang telah dijalankan, di sini dapat saya rumuskan bahawa murid-murid di sekolah ini sentiasa mengamalkan amalan-amalan nilainilai murni seperti yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan di sekolah. Di samping itu, guru-guru dan komuniti sekolah juga sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni dalam sesi penganjaran dan pembelajaran. Mereka sentiasa berusaha untuk menerapkan nilai-nilai murni ini dalam kalangan murid-murid. Oleh hal yang demikian, kebanyakkan murid-murid menunjukkan reaksi yang positif terhadap soalan yang diberikan dalam borang soal selidik yang disediakan. Penerapan nilai-nilai murni ini mampu melahirkan pelajar yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Selain itu, pengurusan kantin sekolah juga turut memberikan kemudahan yang bertetapan dengan kehendak dan memenuhi keperluan muri-murid dengan menyediakan menu makanan yang sesuai dengan perkembangan murid-murid. Mereka juga berasa seronok untuk makan bersama kawan-kawan dalam suasan yang meriah. Di samping itu, saya turut menjalankan soal selidik mengenai pengurusan pusat sumber sekolah dalam menyediakan keperluan pembelajaran untuk muridmurid. Hasil soal selidik yang dijalankan ke atas beberapa orang murid, saya mendapati setiap kelas akan berpeluang untuk berada di pusat sumber selam sekali seminggu. Oleh itu, ramai yang menggunakan peluang yang ada ini dengan membaca untuk Program NILAM. Terdapat juga di antara murid-murid yang kerap mengunjungi perpustakaan untuk meminjam buku dan tidak kurang juga pergi untuk membaca sementara menunggu masa untuk menghadiri kelas petang iaitu Kelas KAFA.

Anda mungkin juga menyukai

  • Analisis Ud Math
    Analisis Ud Math
    Dokumen2 halaman
    Analisis Ud Math
    Eisya KyRa
    Belum ada peringkat
  • Nombor Di Antara
    Nombor Di Antara
    Dokumen3 halaman
    Nombor Di Antara
    Eisya KyRa
    Belum ada peringkat
  • Halaman Judul
    Halaman Judul
    Dokumen1 halaman
    Halaman Judul
    Eisya KyRa
    Belum ada peringkat
  • OBJEKTIF
    OBJEKTIF
    Dokumen2 halaman
    OBJEKTIF
    Eisya KyRa
    Belum ada peringkat
  • Ahad Isnin
    Ahad Isnin
    Dokumen3 halaman
    Ahad Isnin
    Eisya KyRa
    Belum ada peringkat
  • HTTP
    HTTP
    Dokumen3 halaman
    HTTP
    Eisya KyRa
    Belum ada peringkat
  • Rahsia Bulan Kelahiran
    Rahsia Bulan Kelahiran
    Dokumen8 halaman
    Rahsia Bulan Kelahiran
    Eisya KyRa
    Belum ada peringkat
  • Warna
    Warna
    Dokumen3 halaman
    Warna
    Eisya KyRa
    Belum ada peringkat
  • Cover Ud BM MT
    Cover Ud BM MT
    Dokumen2 halaman
    Cover Ud BM MT
    Eisya KyRa
    Belum ada peringkat
  • Halaman Judul
    Halaman Judul
    Dokumen1 halaman
    Halaman Judul
    Eisya KyRa
    Belum ada peringkat
  • R Asional
    R Asional
    Dokumen1 halaman
    R Asional
    Eisya KyRa
    Belum ada peringkat
  • PERDANA MENTERI MALAYSIA
    PERDANA MENTERI MALAYSIA
    Dokumen6 halaman
    PERDANA MENTERI MALAYSIA
    Eisya KyRa
    100% (1)
  • Maksud
    Maksud
    Dokumen13 halaman
    Maksud
    Eisya KyRa
    Belum ada peringkat
  • Lampiran 1
    Lampiran 1
    Dokumen1 halaman
    Lampiran 1
    Eisya KyRa
    Belum ada peringkat
  • OPTIMALKAN SOLAT WITIR
    OPTIMALKAN SOLAT WITIR
    Dokumen19 halaman
    OPTIMALKAN SOLAT WITIR
    Eisya KyRa
    Belum ada peringkat
  • SOLAT
    SOLAT
    Dokumen18 halaman
    SOLAT
    Eisya KyRa
    Belum ada peringkat
  • Hegemoni Barat
    Hegemoni Barat
    Dokumen25 halaman
    Hegemoni Barat
    Eisya KyRa
    Belum ada peringkat
  • Cover
    Cover
    Dokumen1 halaman
    Cover
    Eisya KyRa
    Belum ada peringkat
  • Jihad-Bab 5
    Jihad-Bab 5
    Dokumen23 halaman
    Jihad-Bab 5
    Huzair Alhakim Zaini
    Belum ada peringkat
  • Bab 4 - Islam Dalam Tamadun Melayu
    Bab 4 - Islam Dalam Tamadun Melayu
    Dokumen44 halaman
    Bab 4 - Islam Dalam Tamadun Melayu
    Nadwah Khalid
    Belum ada peringkat
  • Rehat
    Rehat
    Dokumen1 halaman
    Rehat
    anwar9335
    Belum ada peringkat
  • Bab 1 - Tamadun Melayu-Z
    Bab 1 - Tamadun Melayu-Z
    Dokumen26 halaman
    Bab 1 - Tamadun Melayu-Z
    Eisya KyRa
    Belum ada peringkat
  • Rehat
    Rehat
    Dokumen1 halaman
    Rehat
    anwar9335
    Belum ada peringkat
  • PDF Generasi Muda
    PDF Generasi Muda
    Dokumen12 halaman
    PDF Generasi Muda
    Trie Rahman Wahyuni
    Belum ada peringkat
  • Modul PPG BAB 2 Baru
    Modul PPG BAB 2 Baru
    Dokumen19 halaman
    Modul PPG BAB 2 Baru
    Dhinna Lynn
    Belum ada peringkat
  • Asal Usul Kejadian Manusia
    Asal Usul Kejadian Manusia
    Dokumen5 halaman
    Asal Usul Kejadian Manusia
    Eisya KyRa
    100% (1)
  • Globalisasi
    Globalisasi
    Dokumen25 halaman
    Globalisasi
    sham1927
    100% (1)
  • Kulit
    Kulit
    Dokumen4 halaman
    Kulit
    Eisya KyRa
    Belum ada peringkat
  • Cover Folio Big
    Cover Folio Big
    Dokumen1 halaman
    Cover Folio Big
    Eisya KyRa
    Belum ada peringkat