Anda di halaman 1dari 1

OBJEKTIF KAJIAN

Menurut, objektif kajian ialah apa yang hendak dicapai melalui kajian yang sedang kita lakukan. Objektif kajian haruslah menjawab persoalan tajuk yang sedang kita kaji. Objektif kajian juga merupakan matlamat khusus yang hendak dicapai melalui penyelidikan. Oleh itu, objektif kajian haruslah dirancang terlebih dahulu untuk memudahkan kita menjalankan kajian. Dengan adanya objektif kajian, kita akan mengetahui hala tuju kajian kita dan perkara-perkara yang ingin dan perlu dicapai pada akhir kajian kita. Objektif Kajian saya adalah seperti berikut : Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pilihan pelanggan untuk mengunjungi kedai makanan segera Menentukan sama ada cita rasa pelanggan merupakan faktor dominan yang mempengaruhi pilihan mereka untuk mengunjungi kedai makanan segera Menentukan sama ada harga makanan di kedai makanan segera menjadi pertimbangan pelanggan sebelum memilih untuk mengunjungi kedai makanan segera untuk menjamu selera.