Anda di halaman 1dari 6

TAJUK CERITA : NASIB MALANG PAK DOLAH PENULIS SUMBER PENCERITA SEKOLAH : M.

JASNI MAJID :MAJALAH KUNTUM ( MAC 2012 ) : NUR NAQIBAH BT ROSLI : SK. LEREH

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Salam satu Malaysia. Apa khabar kawan-kawan? Harap-harap semuanya sihat ya.Gembira rasanya hati dapat berada di pentas ini. Saya akan menceritakan sebuah kisah yang bertajuk Nasib Malang Pak Dolah. Eh, kenapa pula Pak Dolah bernasib malang. Hah nak tahu ceritanya. Kalau kawan-kawan hendak tahu, marilah duduk dekat dengan saya dan.. pasang telinga ya

1 Kawan-kawan yang saya hormati, tersebut kisah, di sebuah kampung yang baru dibuka, tinggallah beberapa keluarga petani. Mereka bekerja mengusahakan sawah.Masing-masing memiliki seekor kerbau untuk meneroka kawasan baharu. Kawan-kawan pernah melihat kerbau? Kerbau ialah haiwan yang hamper sama dengan lembu tetapi tanduknya lebih panjang dan tajam. Di kampung itu, kerbau digunakan untuk membajak sawah dan mengangkat hasil tanaman. Salah seorang petani itu bernama Pak Dolah. Dia, baru sahaja berpindah ke kampung itu. Dia datang ke kampung itu bersama isteri dan dua orang anaknya.

2. Kawan-kawan, Pak Dolah sangat kuat bekerja. Tetapi dia juga memiliki sifat tamak . Dia berhasrat untuk membolot semua kawasan yang belum diteroka oleh orang-orang kampung. Puas difikirkan bagaimana hendak mengenakan Pak Karim dan Pak Seman yang sama-sama meneroka tanah di kampung itu.

3. Pak Dolah berasa cemburu kerana , kerbau milik Pak Seman masih muda dan sangat kuat bekerja. Setiap hari kerbau itu ,yang digunakan Pak Seman untuk mengangkut batang-batang pokok yang telah tumbang lalu dilonggokkan di suatu tempat. 4. Pada suatu pagi , Pak Dolah pergi ke rumah Pak Seman. Dari jauh dilihatnya, Pak Seman asyik menggosok-gosok badan kerbaunya. Eh, kamu tak bekerja hari ni Dolah? Tanya Pak Seman sebaik terpandang Pak Dolah. Tidak, jawab Pak Dolah.
2

Kenapa pula, tanya Pak Seman kehairanan. 5. Pak Dolah mula mereka cerita. Katanya, petang semalam dia terserempak dengan ular sawa yang sangat besar. Meremang bulu roma Pak Seman mendengarnya. Dia berasa berat hati untuk pergi bekerja pada hari itu. Kawan-kawan baguskah perbuatan Pak Dolah itu? Hah.. tentulah tidak. Perbuatannya itu hanya mematikan semangat orang lain untuk bekerja. 6. Berita yang dibawa oleh Pak Dolah itu cepat-cepat dikhabarkan kepada Pak Karim. Pak Karim turut membatalkan hasratnya untuk pergi meneroka kawasan hutan pada hari itu. Tanpa mereka sedari, diam-diam , Pak Dolah telah pergi ke hutan untuk meneroka tanah. Dia menebang pokok, dan menebas semak-samun seorang diri. Semakin lama, semakin luas kawasan yang diterokanya. .

7. Lebih teruk lagi, untuk mengaburi mata orang-orang kampung, Pak Dolah meninggalkan kerbaunya didalam kandang. Jadi orang akan menyangka dia tidak pergi bekerja .Padahal.sepanjang hari itu Pak Dolah bekerja tanpa mengenal penat dan lelah. Dia puas hati dapat memperdaya kawankawannya. Menjelang senja barulah Pak Dolah berhenti menebang pokok dan menebas belukar.

8. Sebelum keluar dari kawasan hutan itu, Pak Dolah meninjau-ninjau keadaan sekitar. Bimbang, kalau-kalau ada sesiapa yang terlihat kelibatnya keluar dari hutan. Sampai di rumah, dia terus ke kandang kerbaunya . Gembira hatinya melihat kerbaunya yang gagah itu sedang leka memakan rumput.

Dua hari lagi, kamu kena ikut aku ke dalam hutan. Dah banyak pokok yang aku tebang.Kamu kenalah angkut, kata Pak Dolah sambil mengusapusap tengkuk kerbaunya. Kerbau yang jinak itu seolah-olah mengerti kata-kata tuannya lalu dikibas kibaskan ekornya yang lembut itu.

9. Malam itu, Pak Dolah berasa sungguh penat. Dia mula merebahkan badannya diatas tikar. Baru dia hendak memejamkan mata, kedengaran suara orang memberi salam. Assalammualaikum, Dolah.. o . Dolah . Semacam kukenal suara itu, kata Pak Dolah berbisik. Ha Kamu Seman, Karim. Naiklah dulu, pelawa Pak Dolah. 10. Pak Seman dan Pak Karim memberitahu hajat mereka datang ke rumah Pak Dolah malam-malam begitu. Sebenarnya mereka bimbangkan perihal ular yang diceritakan oleh Pak Dolah siang tadi. Mereka mengajak Pak Dolah merancang bagaimana hendak mengatasi masalah itu. Kita tunggulah seminggu lagi. Yang penting, kita jangan bawa kerbau masing-masing ke hutan. Ular sawa, selalunya cepat mengesan bau binatang. Pak Dolah memberi cadangan. Pak Karim dan Pak Seman mengangguk tanda faham. Mereka bersetuju dengan cadangan Pak Seman itu. Hai. Tak habishabis Pak Dolah hendak menipu rakan-rakannya. Jangan suka menipu kawankawan .Orang yang suka menipu, lambat laun akan pecah tembelangnya. 11. Malangnya, Pak Dolah puas hati dapat memperdayakan rakanrakannya itu. Dia sebaliknya, mula mencari-cari cara lain untuk menakutnakutkan rakannya itu. Pada suatu malam, Pak Dolah pergi ke rumah Seman. Dia membuat kacau di reban ayam milik Pak Seman. Dia menakut-nakutkan ayam- ayam itu. Apa lagi kawan-kawan, riuh rendahlah bunyi ayam di dalam reban itu berterbangan ke sana ke mari.

12. Keesokan harinya orang-orang kampung heboh dengan cerita ular sawa mengganggu ternakan penduduk kampung. Malah, ada kerbau orang kampung yang terlepas dari tambatan lalu hilang entah kemana. Sejak kejadian itu, semakin ramai orang kampung yang takut hendak ke hutan. Kesempatan itu diambil oleh Pak Dolah untuk meneroka lebih banyak kawasan hutan.

Inilah masanya untuk aku meluaskan lagi kawasan tanah milik aku. Lepas ni, aku akan menjadi orang paling kaya di kampung ni. Kata Pak Dolah dengan bangganya.

13. Pada suatu petang, seperti biasa Pak Dolah bersendirian di hutan. Sayupsayup dia terdengar suara orang sedang berbual-bual tidak jauh dari tempat dia sedang bekerja. Pak Dolah bersembunyi di celah-celah pokok gelam. Dia ternampak Pak Karim dan Pak Seman sedang meninjau-ninjau ke kawasan yang baru diterokanya. Alamak pecahlah rahsia aku kali ni. Apa mereka buat datang ke sini? Bisik Pak Dolah. Pak Dolah menyusup ke dalam semak untuk bersembunyi. Kawan-kawan, bukankah kawasan semak itu tempat yang bahaya? Pak Dolah tidak berhati-hati. Tanpa disedarinya sesuatu yang hitam berkilat sedang menjalar dicelah-celah semak itu. Taringnya yang tajam bersedia untuk membenam pada kaki Pak Dolah. Aduh, tolong.. tolong. Jerit Pak Dolah. Ular tedung yang mematuk Pak Dolah menyusup laju ke dalam semak. Pak Seman dan Pak Karim bergegas mendapatkan Pak Dolah sebaik terdengar suara jeritannya. Mereka mengikat kaki Pak Dolah untuk menyekat bisa ular tersebut. Dengan sekuat tenaga , Pak Dolah diusung pulang ke rumah. Baik sungguh hati mereka. Begitulah kawan-kawan, kita hendaklah berbuat baik dengan membantu orang yang dalam kesusahan. 14. Sejak peristiwa itu, Pak Dolah tidak bersikap tamak lagi. Dia menyesal kerana telah memperdayakan orang yang telah menyelamatkan nyawanya. Dia meminta maaf kepada Pak Karim dan Pak Seman.

Demikianlah berakhirnya cerita saya ini kawan-kawan. Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan. Tiada gunanya kita bersikap tamak kerana sikap tamak dan mementingkan diri akan merugikan diri kita sendiri. Orang yang berjiwa besar tidak malu untuk mengakui kesilapan.Kawan-kawan, sekiranya kita pernah berbuat salah kepada orang lain, janganlah malu untuk meminta maaf. Sekian, assalamuaikum.
5