Anda di halaman 1dari 5

EN. ABDUL RAHMAN B.

ALBI TERENDAK 1 )

- ( SK. KEM

EN. NOR HISHAM B. ABD. KADIR - ( SK. PADANG TEMU ) PN. NOR AINI BT YUSOP - ( SK. LEREH )

PN. ZAITON BT AB TALIB - ( SK. LUBOK REDAN ) PN. AZLINA BT AHMAD - ( SK. TELOK

JANJI ADIK Pencerita : Mak Bibah datang ke rumah lalu memberi salam kepada emak di depan tangga. Emak membalas salam Mak Bibah , kemudian mempelawanya naik ke rumah. Mak Bibah : Asslammualakum. Emak : Walaikumsalam . Masuklah Kak Bibah.

Mak Bibah : Sudah dua hari kamu tidak menorah, Jah. Kamu ada beraskah ? Pencerita : Adik hanya mendengar kata-kata Mak Bibah dengan teliti di sebalik pintu. Rasa sedih menyelinap ke dalam jiwa adik. Emak : Ada lagi , Bibah. Tapi kalau hujan tak berhenti juga esok , agaknya saya kena pinjam beras daripada kamu. Mak Bibah : Tidak mengapa. Kalau beras kamu habis, datanglah ke rumah . Saya akan beri. Emak : Terima kasihlah Bibah.

Mak Bibah : Munir ke mana ni ? Tak Nampak pun . Emak : Ada kat dapur tadi .

Mak Bibah : Duit belanja ke sekolahnya ada ? Emak lagi. : Ada lagi. Duit jual getah minggu lepas masih ada sikit-sikit

Mak Bibah : Kalau begitu , biar saya balik dulu. Kalau ada apa-apa masalah , beritahu saya. Pencerita : Selepas bersalaman dengan emak, Mak Bibah pun pulang . Adik terus keluar dari ruang dapur lalu menuju ke ruang tamu. Emak termenung di depan pintu. Emak seakan-akan tidak sedar adik sudah duduk di belakang emak.

Munir : Mak.kalau hujan tak berhenti-henti juga, biar adik ke sungai esok ya. Emak : Eh , nak buat apa , Munir ?

Munir : Adik nak tangkap ikan. Sekarang ikan tengah banyak kat sungai. Kalau dapat banyak ikan, bolehlah kita jual. Dapat juga duit untuk dibuat belanja. Emak : Eh, jangan! Bahaya! Air sungai tu deras. Kamu tak ingat? Ada yang dah jatuh ke dalam sungai tu tahun lepas! Munir : Tapi sekarang, ramai orang kat sungai tu . Biarlah adik bantu emak cari duit. Pencerita : Emak termenung. Termakan juga emak dengan kata-kata adik. Emak tahu , apabila hujan turun tidak berhenti-henti selama dua atau tiga hari , ikan-ikan begitu galak di sungai . Beberapa orang kampung mendapat banyak wang kerana menjual ikan yang ditangkap di sungai itu. Pagi itu , emak seolah-olah tidak berdaya menahan kemahuan adik. Apatah lagi apabila emak melihat adik membawa serawan jala buruk di tangan kanan adik dan sebuah bakul rotan di tangan kirinya. Ketika emak termenung di tangga , emak tidak sedar Mak Bibah sudah tercegat di depannya. Di tangan Mak Bibah ada bungkusan plastik. Emak : Kamu bawa apa tu Bibah ?

Mak Bibah : Beras . Bukankah saya janji semalam nak beri beras kepada kamu ? Emak : Yalah. Hari ini pun saya tak boleh menoreh lagi . Hujan lagi pagi ini. Mak Bibah : Eh ..... Munir ada ? Emak : Kalau ya pun naiklah dulu.

Mak Bibah : Tak payah . Saya nak ke sungai lihat orang menangkap ikan.

Emak : Kalau begitu saya juga nak ikut. Munir di sungai sekarang menangkap ikan. Mak Bibah : Ya, kah ? Eh, kalau begitu mari kita pergi cepat. Pencerita : Emak sangat bimbangkan keselamatan adik . Emak tahu adik tidak tahu berenang. Tidak lama kemudian mereka sampai ke tepi sungai. Ramai penduduk kampung berada di sana.Dari jauh, emak tidak melihat kelibat adik. Emak : Eh , di mana Munir ?

Mak Bibah : Tu .............. kamu tak nampakkah ? Emak : Mana ?

Mak Bibah : Tu di sebelah Pak Kadir. Emak : Eh , suami kamu pun ada di situ ?

Mak Bibah : Yalah , kamu tak tahu Si Kadir tu. Dia tu pantang dengar ada ikan . Mesti dia ke sini. Pencerita ikan yang Emak Pak Kadir Emak Pak Kadir : Emak terus meluru mendapatkan adik. Emak lihat banyak adik dapat. : Eh , banyaknya ikan ....... : Sebenarnya, dah tiga kilo ikan, Munir jual kepada peraih. : Eh , betulkah ? : Betul...

Munir : Pak Kadir pun apa kurangnya , emak. Dah berkilo-kilo dah dijualnya. Pencerita : Ketika matahari hampir tegak di atas kepala,barulah adik, emak, Mak Bibah dan Pak Kadir pulang ke rumah. Adik sungguh gembira kerana mendapat banyak ikan di samping wang hasil jualan sebahagian ikan yang ditangkapnya.