Anda di halaman 1dari 3

KESESATAN AQIDAH SYIAH [PART 1] (Sebarkan..!! tak perlu minta izin share) 1.

0 Menghalalkan Nikah Mut`ah Tidak dinafikan pada awal Islam, pernikahan mut`ah diharuskan dan dibenarkan oleh Allah dan Nabi saw, itu pun hanya dalam keadaan darurat atau ketika perang. Terdapat hadis-hadis sahih tentang dibenarkan mut`ah ini. Namun ianya telah diharamkan oleh baginda Nabi saw berdasarkan banyak hadis. Salah satunya yang bertaraf sahih dan diriwayatkan dari Saidina Ali kwj sendiri: Telah menceritakan kepada kami Yahya bin Yahya, dia berkata; Saya membaca di hadapan Malik dari Ibnu Syihab dari Abdullah dan Hasan bin Muhammad bin Ali dari ayahnya dari Ali bin Abi Thalib bahawa Pada saat perang Khaibar, Rasulullah saw telah melarang melakukan nikah Mut`ah, dan mela rang memakan daging keldai jinak [Hadis Riwayat Muslim, Sahih Muslim, Kitab Nikah, Bab Nikah Mut`ah, hadis no 2510] Dari Salamah bin Akwa r.a., ia berkata : Rasulullah Shallallahu alaihi wa sallam telah memberikan keringanan dalam mutah selama tiga hari pada masa perang Awthas (juga dikenal dengan perang Hunain), kemudian beliau melarang kami [Hadis Riwayat Muslim, 9/157, (1405)] Imam Nawawi dalam kitabnya, Syarah Shahih Muslim: Yang benar dalam masalah nikah mutah ini adalah bahwa pernah dibolehkan dan kemudian diharamkan sebanyak dua kali; yakni dibolehkan sebelum perang Khaibar, tapi kemudian diharamkan ketika perang Khaibar. Kemudian dibolehkan selama tiga hari ketika fathu Makkah, atau hari perang Authas, kemudian setelah itu diharamkan untuk selamanya sampai hari kiamat Namun, syiah tidak menerima pengharaman ke atas mut`ah ini kerana beranggapan hadis-hadis dari para sahabat khususnya Abu Bakar dan Umar adalah palsu (kerana syiah telah mengkafirkan para sahabat). Dan mereka anggap hadis Saidina Ali di atas sebagai Saidina Ali tersalah faham maksud Nabi saw. AMARAN!! Awas, segala huraian di bawah adalah diambil dari Kitab-kitab ulama syiah. Jangan terpercaya dan iktikad bahawa ia benar. Semuanya bercanggah dengan ASWJ. 1.1 Mengapa Mut`ah Halal Bagi Syiah Untuk menggalakkan amalan Mut`ah ini, mereka mengadakan sekian banyak hadis palsu atas nama para Imam mereka yang dua belas dan Nabi saw sendiri, di mana mereka meriwayatkan dari Nabi, bahawa Baginda bersabda : Sesiapa yang keluar dari dunia (mati) dalam keadaan tidak pernah melakukan mut`ah, ia akan datang pada hari kiamat dalam keadaan rompong. [Hadis palsu rekaan syiah] [rujuk kitab syiah: Manla Yadhuruhu al-Faqih, jilid 3, hlm. 463] 1.2 Siapa Yang Tidak Halalkan Mut`ah = Bukan Syiah

Muhammad Bin Yaakub Al-Kulaini (ulama tersohor syiah) meriwayatkan dari Jaafar bin Muhamad al -Baqir bahawa beliau berkata Bukan dari kalangan kami orang yang tidak menganggap halal mut`ah kita. [rujuk kitab syiah: Man La Yahdhuru al-Faqih, jilid 3, hlm. 458, dan Muntaha al-Amal-Syeikh Abbas alQummi, jilid 2, hlm 341] 1.3 Mut`ah Tidak Perlu Patuhi Rukun Nikah Perkahwinan Mut`ah tidak memerlukan kepada saksi, wali dan perisytiharan. Ini sangat bertentangan dengan asas munakahat dalam Islam sebagaimana Nabi saw memestikan adanya saksi dan wali. [rujuk kitab syiah: Tahzib al-Ahkam, jilid 7, Hal 254, dan An-Nihayah, hlm. 489] 1.4 Mut`ah Boleh Dilakukan With Anyone Anywhere Anytime Walaupun Dengan Isteri Orang Ia boleh dilakukan di antara seorang perempuan dan seorang lelaki di mana-mana sahaja, boleh dilakukan dengan perempuan Majusi, Nasrani dan Yahudi dan dengan perempuan pelacur sekalipun, seperti kata Khomeini di dalam kitabnya Tidak perlu disoal dan diambil tahu samada perempuan itu mempunyai suami atau tidak. [rujuk kitab syiah: Tahrir al-Wasilah, jilid 2, hlm. 292, dan An-Nihayah at-Thusi, hlm. 489, dan Tahzib alAhkam, jilid 7, hlm. 253] At-Thusi meriwayatkan dari Fadhal Maula Ahmad bin Rasyad bahawa dia menceritakan kepada Jaafar as Sadiq A.S.: Bahawa aku telah berkahwin dengan seorang perempuan secara mut`ah setelah itu timbul dalam hatiku bahawa perempuan itu mempunyai suami. Tiba-tiba aku dapati memang benar dia mempunyai suami. Dia (Jaafar) berkata: Kenapa perlu kamu selidiki? [rujuk kitab syiah: Tahzib al-Ahkam, jilid 7, hlm. 253] 1.5 Seorang Lelaki Boleh Mut`ah Dengan Ramai Wanita Dalam Satu Masa Perempuan boleh dikahwini secara mut`ah mengikut Syiah tanpa had. Ia tidak terbatas sampai empat orang sahaja, tetapi mengikut apa yang mereka riwayatkan dari Jaafar as-Sadiq beliau ada berkata : Berkahwinlah dengan mereka secara mut`ah walaupun sampai seribu orang kerana mereka itu termasuk di antara perempuan yang disewakan (bukan isteri yang dinikahi melalui pernikahan biasa). [rujuk kitab syiah: Al-Istibar, jilid 3, hlm. 147; dan Tahzib al-Ahkam, jilid 7, hlm. 259] 1.6 Seorang Lelaki Boleh Mut`ah Dengan Seorang Wanita Berjuta Lemon Kali Selain dari itu, seseorang lelaki boleh berkahwin secara Mut`ah dengan seorang perempuan beberapa kali sebagaimana yang diriwayatkan dari Jaafar as-Sadiq bahawa beliau berkata : Tidak mengapa, seseorang boleh melakukan mut`ah dengan seseorang perempuan seberapa banyak kali yang dikehendakinya.

[rujuk kitab syiah: Al-Furu Min al-Kafi, jilid 5, hlm. 460] 1.7 Suami Boleh Pinjamkan Isterinya Kepada Sahabat Handai Untuk Dijimak Melalui Mut`ah Bahkan lebih dari itu golongan Syiah berpendapat harus menyewakan faraj isteri dan menghadiahkan kepada sahabat handai. At-Thusi meriwayatkan dari Abu Hasan bahawa dia berkata : Aku bertanya Abi Abdillah A.S. tentang peminjaman faraj. Dia menjawab : Tidak mengapa. [rujuk kitab syiah: Al-Istibar, jilid 3, hlm. 141]

Anda mungkin juga menyukai