Anda di halaman 1dari 5

Linguistik dan perkamusan Perkamusan sebagai ilmu dikenali sebagai leksikografi, iaitu cabang ilmu linguistik terapan yang

memusatkan pembahasaannya kepada kaedah dan teknik penyusunan kamus (Kridalaksana,1984;144). Leksikologi ialah ilmu bahasa interdisiplin yang menyelidiki leksikon, leksis dan leksem. Oleh itu, bidang ini bersifat teoritis, manakala leksikografi merupakan kaedah dan teknik menyusun kamus. Leksikografi tidak bermula dengan kamus-kamus bahasa moden tetapi dengan bahasa-bahasa lama terutama sekali bahasa-bahasa seperti Latin, Sanskrit, Yunani dan lain-lain. Menurut Asmah Haji Omar (1987), kamus Melayu yang paling awal yang pernah diketahui ialah senarai kata Melayu-Cina yang terdiri daripada 482 kata entri yang dikumpulkan antara 1403M-1511M, seperti yang dihuraikan oleh C.O.Blagden dalam karangannya yang bertajuk A Chinese Vocabulary of Malacca Malay Words dan Phrases Collected Between A.D. 1403 and 1511 , dalam Bulletin of the School of Oriental and African Studies, Vol.VI, 1930-32, (h. 715-749). Daftar kata tertua dikatakan merupakan catatan daftar kata Itali-Melayu yang dihasilkan oleh Pigafetta pada tahun 1521. Senarai kata ini dinamakan Daftar Kata Orang Islam. Sejak tahun 1950, terdapat dua kamus yang dihasilkan, iaitu Kamus Am Bahasa Melayu dan Kamus Melayu (di Indonesia dikenali sebagai Kamus Modern Bahasa Indonesia dan Kamus Umum yang diterbitkan pada tahun 1954 dan 1952). Selepas tahun 1950, telah muncul beberapa kamus besar dan juga institusi institusi formal yang berusaha menyusun kamus seperti Dewan Bahasa dan Pustaka dan juga Pusat Bahasa Indonesia. Era ini ditandai dengan kemunculan Kamus Umum Bahasa Indonesia susunan W.J.S Poerwadaminta pada tahun 1952 yang telah menyimpan 20 ribu entri. Jenis-jenis kamus i. ii. iii. iv. v. vi. kamus ekabahasa, kamus dwibahasa, kamus aneka bahasa, kamus etimologi, kamus sinonim, kamus sinkronik, kamus diakronik,

vii. viii. ix.

kamus ensiklopedia, kamus tesaurus kamus umum.

Prinsip-prinsip penyusunan kamus perlulah memerhatikan perkara-perkara yang berikut, iaitu perancangan, individu yang terlibat, aspek linguistik, pemasaran, dan kaedah penelitian. Prinsip-prinsip yang perlu dijadikan pegangan dalam penyusunan kamus, iaitu keaslian, keperwakilan, kelayakan dan kata masukan. Medan maklumat kamus memerlukan perincian bagi seorang penyusun kamus.Sebuah kamus yang baik perlulah mempunyai himpunan kata yang mencukupi, teknik pemerian dan penyajian yang kemas dan tuntas, panduan penggunaan kamus yang mudah, reka bentuk kamus yang menarik dan menggunakan teknologi terkini. Tahap pemberian makna dan pentakrifan dianggap tahap yang menentukan keberhasilan mutu sesebuah kamus yang diusahakan. Kaedah Penyusunan Kamus Secara umumnya penyusunan kamus akan melalui prosedur seperti di bawah. 1. Perancangan Pada peringkat ini, penyusun kamus harus menentukan pekara seperti di bawah: i. ii. Tujuan Penyusunan Kamus Pendekatan Kerja

Selepas itu, penyusun kamus akan mula mengumpul bahanbahan yang diperlukan seperti i. ii. iii. iv. pasukan penyusunnya modal komputer peralatan yang lain seperti alat tulis, alat perakam

2.

Pembinaan Data Korpus Hanya kata-kata yang pernah digunakan oleh masyarakat akan dimasukkan ke dalam kamus.

Maka dengan itu, pasukan penyusun kamus akan membaca sejumlah karya untuk mendapatkan kata-kata kutipan yang akan dimasukkan ke dalam kamus nanti.

Kata-kata ini akan dirakamkan ke dalam kad, satu kata satu kad, dan kad-kad ini disusun mengikut urutan abjad. Semua kata-kata yang pernah muncul dan terbaca dalam akan dirakam. Perkerjaan ini merupakan pekerjaan yang berat, tetapi pada zaman sekarang ia banyak dibantu oleh komputer

3.

Pengisihan dan Pengabjadan Data Prosedur ini merupakan satu kemestian. Setiap kata yang telah dirakam akan disusun menurut abjad. Sekiranya tidak, maka data-data adalah sesuatu yang tidak berguna kerana untuk mencari sesuatu perkataan dalam keadaan ini adalah tidak mungkin. Secara manual, kerja ini boleh dilakukan dengan merakamkan kata-kata kutipan di dalam kad, satu kata satu kad, supaya katakata ini boleh dialih dan disusun dalam urutan. Selepas itu kad-kad ini akan disimpan dalam katalog

4.

Pengolahan Data Setelah kata-kata sudah dikumpul dan siap diabjadkan, maka data ini harus dianalisis. Pada peringkat ini penyusun kamus akan mengklasifikasikan katakata ini kepada: 1. 2. 3. diguna) Kata-kata yang mengalami perubahan makna Selepas itu, penyusun kamus akan membuangkan kata-kata yang lewah, mendokumentasikan kata-kata neologisme, dan seterusnya mengambil kata-kata baru dan kata-kata yang mengalami perubahan makna ke peringkat "pemerian makna" Kata-kata yang lewah Kata-kata baru Kata-kata neologisme (Kata-kata baru yang jarang

5.

Pemerian Makna Pemberian makna bermaksud menjelaskan makna sesuatu perkataan. Ia boleh dilakukan dengan menggunakan ilmu semantik dan pragmatik. Penyusun kamus boleh menggunakan pelbagai bahan rujukan seperti kamus yang sedia ada, daftar istilah dan sebagainya untuk mencari maksud sesuatu perkataan.

Perkamusan Era Teknologi Perkomputeran Selain isu pemantapan leksikologi dan perkembangan bahasa, cabaran yang dihadapi oleh bidang perkamusan ialah keperluan terhadap bahan sumber linguistik dalam bentuk elektronik. Pada zaman ini aplikasi komputer boleh dikatakan telah mempengaruhi hampir semua bidang penyelidikan, termasuklah bidang linguistik. Bidang linguistik terkomputasi (computational linguistic) merupakan satu bidang yang mengaplikasikan penggunaan komputer dalam pengkajian bahasa. Bidang ini bukan sekadar menggunakan komputer untuk menyunting dokumen, komputer tetapi untuk ia mengkaji bagaimana masalah memanfaatkan dalam bidang keupayaan linguistik menyelesaikan

merangkumi sub-bidangnya seperti pragmatik, semantik, sintaksis dan nahu, morfologi dan fonologi. Amnya aplikasi komputer dalam bidang linguistik lebih tertumpu pada penggunaan korpus dalam mengkaji ciri-ciri dan bentuk bahasa dalam kegunaan masyarakat seharian Penggunaan komputer untuk mengurus korpus sangat relevan. Idea sebagai storehouse ini secara tidak langsung merujuk kepentingan komputer sebagai mekanisma bagi meningkatkan kecekapan penyimpanan, pencarian dan pemprosesan maklumat dalam bidang perkamusan. Keperluan yang dinyatakan adalah fungsi asas bagi penyelia storehouse, dan yang nyata semua ciri ini dipunyai oleh komputer. Apatah lagi, tugas perkamusan sebahagian besarnya bergantung pada carian dalam korpus (KD, 2005:xvi, xxv)

Penggunaan korpus dapat membantu ahli bahasa memahami persoalan berkaitan bahasa berdasarkan konkordans. Konkordans merujuk kepada senarai kata dalam korpus (buku, majalah, dsb) yg disusun mengikut abjad yg menyatakan kedudukan sesuatu kata, dan cara penggunaannya dalam bahagian korpus yang berkenaan (KD, 2005: 815).

Manakala persoalan bagi ahli komputer pula ialah bagaimana komputer dapat memproses konkordans dan mentafsirkan entri yang dimuatkan (Salinah, 2000: 811).

Namun kebanyakan isu lebih ditumpukan kepada aspek perisian kamus (kamus elektronik) sebagai bahan pendidikan dan rujukan masyarakat. Hakikatnya perkembangan dan pembangunan perisian kamus nyata menggalakkan jika dilihat pada kemunculan pelbagai perisian kamus untuk komputer peribadi dan atas talian.

Antaranya ialah perisian Dewan Eja, E-Kamus dan kamus atas talian Dewan Bahasa dan Pustaka, DBP