Anda di halaman 1dari 32

WAN HAZRAH BT WAN HAMAT 720705035402 ISI KANDUNGAN BIL KANDUNGAN MUKA SURAT 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11.

Isi Kandungan Sekapur Sireh Pengenalan Latar Belakang Dan Sejarah MTAQWQ Pulai Chondong Struktur Organisasi MTAQWQ Pulai Chondong Struktur Kurikulum MTAQWQ Pulai Chondong Peranan MTAQWQ Pulai Chondong Riwayat Hidup Ibnu Al-Jazari Sumbangan Ibnu Al-Jazari Dalam Perkembangan Ilmu Al-Qiraat Penutup Bibliografi 1 2 3 4 13 21 22 24 27 30 31

WAN HAZRAH BT WAN HAMAT 720705035402


Kesyukuran tidak terhingga dipanjatkan kehadhrat Ilahi atas keizinanNya, tugasan ini dapat disiapkan tepat pada masanya. Terlebih dahulu, ribuan terimakasih diucapkan kepada yang budiman, TN HAJI MOHD. SHARANI BIN MOHD NAIM selaku Tutor HBQE 2203: AL- QIRAAT diatas segala tunjuk ajar serta segala ilmu yang telah dicurahkan. Jasamu dikenang. Tidak lupa juga buat ahli keluarga tersayang yang memberi sokongan serta amat memahami dan tidak putus-putus memberi semangat dan dorongan untuk menyiapkan ternilaikan. Buat terhingga tambahan sahabat atas serta seperjuangan, ukhwah terima yang kasih tidak sokongan, jalinn bantuan dan tidak informasi mungkin tugasan ini. Pengorbanan kalian tak

terluput dari ingatan. Semoga ukhuwah berkekalan dan diberkati Ilahi. Semoga inti pati tugasan ini akan dapat membantu saya dalam meningkatkan professionalisme perguruan yang merupakan pemangkin dalam pembangunan pendidikan. WAN HAZRAH BT WAN HAMAT
2

WAN HAZRAH BT WAN HAMAT 720705035402

720705035402

Kalimah Qiraat adalah bentuk masdar daripada qaraa atau jamak daripada qiraah yang ertinya bacaan. Menurut istilah ilmiah, qiraat adalah satu mazhab (aliran) pengucapan AlQuran yang dipilih oleh salah seorang Imam qurra sebagai suatu mazhab yang berbeza dengan mazhab lainnya. Dengan kata yang lain ia membawa maksud perbezaanperbezaan dalam membaca Al-Quran, iaitu perbezaan lafaz-lafaz Al-Quran mengenai huruf-huruf dan cara mengucapkannya di segi tebal atau nipis, panjang pendeknya dan sebagainya.

"Qiraat ialah suatu mazhab yang dipilih oleh imam qiraat yang mana antara satu dengan lainnya tidak sama dalam menuturkan Al-Quran, kata Muhammad Abdul Azim Az-Zarqani Muhammad Salam Muhsin mengatakan: Qiraat adalah satu ilmu yang membahaskan tentang cara pertuturan kalimat-kalimat Al-Quran serta cara pelaksanaannya dengan menisbahkan setiap wajahnya kepada seorang Imam pakar qiraat.

Manakala Muhammad Ali Shabuni pula mengatakan: "Qiraat ialah suatu cara daripada beberapa cara mengucapkan Al-Quran yang masing-masing imam itu memilih satu cara yang berbeza dengan yang lainnya dalam mengucapkan Al-Quran.

Rumusan daripada definisi tersebut di atas, dapatlah kita simpulkan qiraat adalah suatu ilmu pengetahuan mengenai cara melafazkan Al-Quran secara praktikal dengan pengucapannya yang baik, sama ada disepakati atau diperselisihkan kesahihannya dengan 3

WAN HAZRAH BT WAN HAMAT 720705035402 berpandukan pada mazhab-mazhab yang diakui sanadnya hingga sampai kepada Rasulullah SAW. Qiraat yang dianggap mutawatir dalam pembacaan Al-Quran adalah Qiraat Sab'ah atau Qiraat Tujuh. Sebahagian orang menyangka bahawa qiraat atau macam-macam bacaan Al-Quran tersebut direka oleh Rasulullah SAW atau oleh para sahabat dan para tabiin. Tidak kurang juga yang membuat andaian ianya dibuat oleh pakar Al-Quran yang dipengaruhi oleh kabilah-kabilah Arab atau bangsa Ajam (bukan Arab) yang Islam. Anggapan tersebut adalah tidak benar berdasarkan riwayat puluhan hadis sahih menerangkan pelbagai bacaan semenjak Al-Quran diturunkan. Kesemua bacaan yang diriwayatkan oleh ketujuh-tujuh imam itu telah diakui dan disepakati oleh para ulama sebagai sahih dari Rasulullah SAW yang dikenali dengan Qiraat Sab'ah atau Qiraat Tujuh. Beberapa kitab ulum Al-Quran menyebut tentang qiraat tujuh yang dianggap mutawatir oleh jumhur ulama.

Menurut Ibnu Subki, "Qiraat tujuh dipandang mutawatir dengan sebenar-benarnya, yakni yang dinukilkan daripada Rasulullah SAW oleh suatu jemaah yang diyakini mereka tidak mungkin berdusta."

Kemutawatiran qiraat tujuh ini telah disepakati oleh para ulama termashur. Oleh kerana itu umat Islam wajib mempercayai dan tidak boleh menolak kebenaran qiraat tujuh ini, yang telah dibawa oleh orang-orang kepercayaan dengan sanad yang bersambung terus kepada Rasulullah SAW. Al-Qadhi Jalaluddin Al-Balqini yang menyifatkan qiraat tujuh sebagai mutawatir lagi masyhur, katanya: "Qiraat itu terbahagi menjadi qiraat mutawatir, ahad dan syaz. Adapun qiraat yang mutawatir adalah qiraat tujuh."

Ilmu Qiraat merupakan salah satu cabang ilmu yang masih belum diperluaskan oleh masyarakat Malaysia. Walaubagaimanapun bacaan Al-Qur'an yang telah menjadi amalan rutin kita selama ini sebenarnya adalah merupakan salah satu cabang ilmu qiraat. Ilmu Qiraat ini adalah satu cabang ilmu tinggalan Islam yang cukup luas dan besar kesannya terhadap percambahan koleksi ilmu-ilmu Islam dan ia seharusnya dipelopori secara lebih

WAN HAZRAH BT WAN HAMAT 720705035402 mendalam menerusi kajian-kajian ilmiah yang lain dalam menyaingi globalisasi dunia ilmuan masa kini

Ilmu Qiraat dianggap asing oleh masyarakat Melayu kerana ia tidak dimasyhurkan di negara kita, sedangkan ia berkembang luas pada zaman Rasulullah SAW. dan selepasnya. Sebenarnya ia bukan suatu ilmu yang asing bagi umat Islam di Malaysia, bahkan AlQuran yang dibaca sekarang adalah Qiraat, tetapi masyarakat kita tidak mengetahuinya. Sebagaimana Al-Quran dan Qiraat adalah suatu kombinasi yang tidak dapat dipisahkan, begitu juga pada ilmu Tajwid. Ini bermakna Al-Quran itu adalah Qiraat dan Tajwid itu adalah Al-Quran. Maksudnya jika seseorang itu membaca Al-Quran tanpa bertajwid ia tidak dinamakan Al-Quran, juga tidak menjadi suatu ibadat, bahkan ia berdosa di sisi syarak. Firman Allah SWT,

"Bacalah Al-Quran dengan murattal (bertajwid dan menyebut hurufnya dengan baik)."(Al-Muzammil: 4) Di Malaysia, banyak terdapat pusat pengajian tahfiz dan ilmu qiraat, ianya tumbuh bagai cendawan selepas hujan, ianya sejajar dengan permintaan ramai. Masyarakat Malaysia makin menyedari kepentingan ilmu tahfiz dan qiraat, dan ramai yang berlumba-lumba menghantar anak ke Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat. Disini saya akan memberi pendedahan tentang sebuah Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat yang bukan sahaja masyhur di Kelantan, bahkan di seluruh Malaysia. Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat yang saya maksudkan ialah Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat yang terletak di Pulai Chondong, Kelantan.

WAN HAZRAH BT WAN HAMAT 720705035402

Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat (bahasa Arab: ) juga dipanggil dengan singkatan (MTAQ) merupakan sebuah sekolah agama/arab yang merangkumi tiga bidang pengajian iaitu Al-Quran Wal-Qiraat, Bahasa Arab dan Akademik. Ia diletakkan di bawah pengurusan Yayasan Islam Kelantan (YIK). Maahad Tahfiz Al-Quran telah ditubuhkan pada tahun 1992. Ia wujud hasil daripada cadangan yang telah dibuat oleh Y.A.B. Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz bin Nik Mat setelah menerajui Kelantan sebagai Menteri Besar pada tahun 1990. Yayasan Islam Kelantan (YIK) pada ketika itu di bawah Haji Abdul Samad Mahmood telah menjunjung tinggi cadangan ini dan mengambil inisiatif untuk mengendalikan pengurusan MTAQ. MTAQ berperanan melahirkan huffaz yang dapat merealisasikan isi kandungan al-Quran dalam masyarakat dan berketrampilan dalam semua bidang Seramai 30 orang pelajar dipilih untuk menjadi generasi sulung pelajar MTAQ. Pada ketika itu, mereka ditempatkan di bangunan Lembaga Peperiksaan YIK, Nilam Puri kerana Kompleks MTAQ masih lagi dalam pembinaan. Dua orang guru telah dilantik iaitu Ustaz Mohd Mansor bin Hj Mohd Daud dan Ustaz Nazaruddin bin Jalaluddin sebagai tenaga pengajar dengan dibantu oleh beberapa orang pegawai YIK. Mereka kemudiannya beralih ke tempat baru, iaitu Kompleks MTAQ di Pulai Chondong pada 16 Mei 1993. Kompleks MTAQ ketika itu sudah siap binaan asasnya, dengan sebuah bangunan di atas tanah seluas empat ekar. Walaupun para pelajar terpaksa menghadapi segala kekurangan dari segi prasarana dan kemudahan, namun mereka berjaya mengikuti segala proses pembelajaran seperti mana yang diharapkan oleh kerajaan.

WAN HAZRAH BT WAN HAMAT 720705035402 MTAQ menjalankan program imam tarawih buat kali pertama pada bulan Ramadan tahun 1413 Hijrah. Sebilangan pelajar dipilih untuk bertugas sebagai imam tarawih di beberapa jajahan sekitar negeri Kelantan sebagai latihan untuk menghadapi masyarakat setempat. Program yang dijalankan ini mendapat sambutan hangat dari semua penduduk negeri Kelantan dan secara tidak langsung memperkenalkan MTAQ di kalangan masyarakat luar Kelantan. Antara kejayaan yang mula-mula dicapai oleh MTAQ ialah Anugerah Sekolah YIK Terbaik SPM 1997 dan Anugerah Sekolah Terbaik YIK STU 1997. Kejayaan yang diraih ini sekaligus menjawab persoalan di kalangan masyarakat bahawa menghafaz Al-Quran tidak menghalang kecemerlangan di dunia. Kemudahan dan prasarana MTAQ juga ditingkatkan dari semasa ke semasa. Pada tahun 1998, sudah beberapa binaan ditambahkan. Antaranya ialah bangunan pentadbiran, perpustakaan, masjid, dewan makan dan dua unit rumah guru. Kakitangan pengurusan MTAQ juga bertambah menjadi seramai 21 orang, termasuk empat orang kakitangan sokongan. Majlis Pelajar (MP) ditubuhkan secara rasminya pada tahun 2000. MP merupakan sebuah pertubuhan pelajar yang menjadi penaung kepada beberapa buah badan di MTAQ seperti Badan Dakwah & Kepimpinan, Badan Disiplin dan Badan Asrama. Penubuhan MP telah memantapkan lagi proses pelaksanaan aktiviti kokurikulum dalam kalangan pelajar. Pada tahun 2001, bilangan kemasukan pelajar telah ditambah kepada dua kelas, iaitu seramai 52 orang. Pada tahun itu juga, empat ekar lagi tanah dibeli untuk meluaskan lagi kawasan MTAQ. Tanah tambahan ini walau bagaimanapun belum dibangunkan lagi kerana dana yang belum mencukupi. Pada 18 Ogos 2003, MTAQ ditukar namanya daripada Maahad Tahfiz Al-Quran kepada Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat, setelah dipersetujui dalam mesyuarat Jawatankuasa MTAQ.

WAN HAZRAH BT WAN HAMAT 720705035402 Sebuah lagi bangunan siap dibina sepenuhnya pada akhir tahun 2003 dan mula beroperasi pada tahun 2004. Bangunan tiga tingkat ini menjadi bangunan pembelajaran utama yang terdiri daripada sembilan buah kelas, sebuah makmal dan sebuah bilik ICT. Dengan beberapa proses pembangunan yang dilaksanakan, MTAQ dijangka akan menerima lebih ramai lagi pelajar setiap tahun. Pada hari ini, MTAQ berdiri gah di mata masyarakat sebagai sebuah pusat tahfiz yang berprestij dan berperanan melahirkan generasi huffaz yang bakal menjadi pemimpin masyarakat pada masa yang akan datang.

Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat Pulai Chondong ialah sebuah sekolah menengah agama/arab tahfiz kelolaan Yayasan Islam Kelantan (YIK) yang menggabungkan tiga kurikulum pendidikan, iaitu kurikulum al-Quran dan Qiraat, kurikulum agama/arab YIK, dan kurikulum akademik.

WAN HAZRAH BT WAN HAMAT 720705035402

LENCANA MTAQWQ

Merealisasikan Yayasan Islam melahirkan

Falsafah Kelantan para

Pendidikan di samping yang

huffaz

berketerampilan dalam semua bidang.

Melahirkan para huffaz yang mahir isi kandungan al-Quran, berilmu, beramal dan bertakwa dan efisyen tentang isi kandungan al-Quran serta dapat merealisasikan dalam masyarakat.

WAN HAZRAH BT WAN HAMAT 720705035402

Untuk menyediakan kemudahan mengkaji al-Quran dan mempelajari Ulum al-Quran

Untuk menghidupkan kembali Ulum Al-Quran dan memperdekatkan Ulum Al-Quran kepada masyarakat

Untuk melahirkan ulama hafiz yang:


o

Mampu memahami isi kandungan al-Quran dan menjadi rujukan masayarakat. Memelihara isi kandungan al-Quran dan keaslian bacaannya dari sebarang penyelewengan. Mempunyai ilmu pengetahuan, beramal soleh, bertakwa kepada Allah s.w.t. dan berakhlak mulia.

10

WAN HAZRAH BT WAN HAMAT 720705035402

Kompleks MTAQ mengandungi: 2 blok bangunan sekolah yang mengandungi bilik darjah, pejabat, bilik pengetua, makmal dan bilik guru. Satu bangunan masjid dua tingkat berserta bilik tayangan. Dua blok asrama dua tingkat yang mengandungi 23 buah bilik, satu bilik pengurusan, dua bilik kegiatan pelajar, tandas dan satu bilik stor. Sebuah kantin. Sebuah dewan makan Sebuah bangunan masakan beserta bilik rehat Empat unit rumah warden.

Waktu pembelajaran di MTAQ dibahagikan kepada dua sesi: 1. Sesi persekolahan rasmi bermula pada pukul 7:30 pagi sehingga 2:30 petang 2. Sesi pengajian al-Quran dan tahfiz bermula selepas solat maghrib berjemaah sehingga 9:15 malam.

11

WAN HAZRAH BT WAN HAMAT 720705035402

Buku-buku dan sukatan pelajaran di MTAQ mengikut sukatan sekolah-sekolah di bawah Yayasan Islam Kelantan sementara mata pelajaran l-Quran dan Qiraat berdasarkan kurikulum Maahad Qiraat Al-Azhar. LIHAT LAMPIRAN

Aktiviti kokurikulum yang diadakan di MTAQ seperti berikut: 1. Aktiviti ilmiah dan akademik 2. Program riadah dan sukan 3. Pasukan beruniform: Persatuan Taekwon-Do (ITF) Persatuan Briged Bakti (BBNK)

Sijil peperiksaan dan peluang melanjutkan pelajaran Pelajar MTAQ menduduki beberapa jenis peperiksaan bersijil. Dengan sijil yang diperoleh, pelajar MTAQ berpeluang melanjutkan pelajaran ke mana-mana institusi pengajian tinggi, sama ada dalam negeri mahupun di luar negara. Berikut adalah senarai sijil peperiksaan yang diperoleh semasa pengajian di MTAQ: Tingkatan Tingkatan Empat Tingkatan Lima Tingkatan Enam Bawah Sijil Sijil Menengah Ugama (SMU/SMTQ) Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 12 Kelayakan Pondok Moden, Bachok

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) IPTA/IPTS Tempatan & Luar Negeri Universiti Timur Tengah spt. AlAzhar

Tingkatan Enam Bawah

Sijil Tinggi Tahfiz Quran (STTQ)

WAN HAZRAH BT WAN HAMAT 720705035402 Maahad Qiraat Shoubra, Tanta (caw. Al-Azhar)

Dengan kelayakan yang diperolehi dari keputusan SPM, mana-mana pelajar bebas memilih IPTA/IPTS dalam dan luar negeri mengikut cita-cita masing-masing. Pelajar yang habis menduduki peperiksaan STAM pula boleh memilih mana-mana institut pengajian di Timur Tengah, seperti Universiti Al-Azhar, Universiti Madinah, Jordan dan lain-lain. Pelajar yang menduduki peperiksaan STTQ pula berpeluang untuk menyambung pengajian secara terus dalam bidang Quran & Qiraat di Universiti AlAzhar Cawangan Shoubra, Mesir. Peraturan Disiplin Pelajar yang diterima masuk ke MTAQ akan tertakluk kepada peraturan yang telah ditetapkan dalam Buku Peraturan MTAQ cetakan pertama 3 Mac 2000 yang mengandungi: Peraturan kehadiran sekolah Pakaian seragam Potongan rambut Peraturan buku teks Tatatertib Peraturan peperiksaan dan ujian Kesalahan-kesalahan berat Larangan-larangan Lawatan dan pelawat Peraturan kebersihan Tatatertib di luar kawasan sekolah

13

WAN HAZRAH BT WAN HAMAT 720705035402 Hukuman dan rayuan

Pelajar-pelajar yang memenuhi syarat-syarat berikut layak memohon ke Soff Tamhidi (Tingkatan Satu) di MTAQ:

Tamat tahun 6 SRK/SRJK atau setaraf dengannya Lelaki, tamat al-Quran dan boleh membaca dengan baik Mendapatkan sekurang-kurangnya 4A dalam peperiksaan UPSR atau setaraf dengannya

Borang permohonan boleh didapati di MTAQ dengan mengemukakan:


Kad Pengenalan / Surat Beranak Keputusan sebenar UPSR

Permohonan dibuka pada hari pertama keputusan UPSR diumumkan dan ditutup dua minggu selepas tarikh berikut. Pemohon yang berjaya dalam sesi ujian akan dipilih sebagai pelajar MTAQ.

14

WAN HAZRAH BT WAN HAMAT 720705035402

HJ MOHD MANSOR B HJ DAUD Pengetua

OTHMAN BIN LAH Penolong Kanan 1 (Pentadbiran)

AHMAD SUZANI BIN JAAFAR Penolong Kanan 2 (Hal Ehwal Murid)

WAN MOHD AMIN BIN YUSOFF Guru Kantin & Kedai Sekolah, Guru

ZAILAN BIN SALLEH Pendaftar, Guru PSS, Guru Ting 3 AL

RASMAN BIN CHE MOHD NOR Bendahari 1, Bendahari IKRAM

W MOHD NAZARI W ISMAIL Bendahari 2, Bendahari PIBG,

MOHD FAUZI BIN ZAINUDDIN Pengarah Kecemerlangan, SU MKS,

AHMAD SABRI MOHD NAWI SU Peperiksaan SPM/STTQ

SHAHARUDIN BIN YAACOB Guru Kanan al-Quran & Qiraat

KHAIRUL NIZAM IBRAHIM Hubungan Luar, Guru Kanan

ANAS AWG QAMARULDEEN Guru Asrama, Guru Disiplin, Guru

ABD MOHAIMEN SYED ALY Guru Khas, Peningkatan Bahasa

MOHD MARZUQI ABDUL AZIZ Guru ICT, Pendaftar, SU IKRAM

NIK IZNAN MUSYAHMI MOHD Guru Bilik Gerakan & Tayangan, SU

HAZRI BIN NAWI Guru Kaunseling, Guru Kebersihan

A MARWAN AB RAHMAN Guru Asrama, Guru Peperiksaan 2,

CHE HASHIM HJ ARIFFIN Infra & Pembangunan, Guru Bahasa

RAJA MD ADIB RAJA MOHD Guru Asrama, Guru ICT

MOHD AZAM BIN CHE YUSOFF Guru Kesihatan & Kebajikan

NORRUZAIMI BIN RUSMAN Guru Dakwah

MOHD ZAKI BIN OMAR Guru Peperiksaan , Guru Kurikulum

MOHD MUSADDIQ BIN MAT SU Guru al-Quran

MOHD ZULKIFLI ABD GHANI Guru SPBT, Guru Tingkatan 1 AL

MOHD SHAHRIN MD SHAARI Guru Kokurikulum

MOHD RAZLAN MOHD BAKRI Guru Kantin, Guru Redaksi

ZULFIKRI BIN ZAKARIA Guru Kokurikulum, Guru Disiplin

MOHD RIZAL MOHD NOOR Guru Disiplin

AHMAD RIDZA ABD RAHMAN Guru Kebersihan & Keceriaan,

MOHD ZAMRI BIN JUSOH Guru Kokurikulum,

AHMAD MUKHLIS MUSTAFFA Imam Jemputan, Guru Dakwah

MUHD AZMAN B CHE OMAR Guru SPBT

MUHAMMAD TORIQ YAACOB Guru Dakwah, Guru Asrama, Guru

AZMAN MOHAMED NOOR Guru Infra&Pembangunan

15

WAN HAZRAH BT WAN HAMAT 720705035402

HAJI MOHD MANSOR BIN HAJI DAUD (MA Syariah Islamiah UM, BA Syariah Islamiah UM, Diploma Pendidikan UIAM) Pengetua OTHMAN BIN LAH (BA(H) Qiraat al-Azhar, Diploma Pendidikan KOPEDA) Penolong Kanan 1 (Pentadbiran) AHMAD SUZANI BIN JAAFAR (BA(H) UM, Diploma Pendidikan UKM) Penolong Kanan 2 (Hal Ehwal Murid) ZAILAN BIN SALLEH (Diploma JAKIM) Pendaftar, Guru PSS, Guru Tingkatan 3 AL WAN MOHD AMIN BIN YUSOFF (BA(H) Qiraat al-Azhar) Guru Kantin & Kedai Sekolah, Guru Tingkatan 2 AL WAN MOHD NAZARI BIN WAN ISMAIL (B.E(H) UiTM) Bendahari 2, Bendahari PIBG, Guru Kanan Akademik

16

WAN HAZRAH BT WAN HAMAT 720705035402 RASMAN BIN CHE MOHD NOR (Diploma JAKIM) Bendahari 1, Bendahari IKRAM MOHD FAUZI BIN ZAINUDDIN (BA(H) UM) Pengarah Kecemerlangan, SU MKS, Pendaftar, Pengerusi IKRAM AHMAD SABRI BIN MOHAMED NAWI (BA Azhar) SU Peperiksaan SPM/STTQ SHAHARUDIN BIN YAACOB (BA(H) al-Azhar, Tanta) Guru Kanan al-Quran & Qiraat KHAIRUL NIZAM BIN IBRAHIM (BAc(H) UiTM) Hubungan Luar, Guru Kanan Tambahan & Muzakarah ANAS BIN AWANG QAMARULDEEN (BA(H) al-Azhar) Guru Asrama, Guru Disiplin, Guru Bilik Gerakan & Tayangan, Guru Tingkatan 2 AL ABD MOHAIMEN BIN SAYED ALY ABD MAGED (BA(H) al-Azhar, Tanta) Guru Khas, Peningkatan Bahasa Arab, Guru Badan Dakwah MOHAMMAD MARZUQI BIN ABDUL AZIZ (BA(H) Al-Azhar (Shoubra)) Guru ICT, Pendaftar, SU IKRAM, Guru Tingkatan 3 AL

17

WAN HAZRAH BT WAN HAMAT 720705035402 NIK IZNAN MUSYAHMI BIN MOHAMED (BA(H) UiTM) Guru Bilik Gerakan & Tayangan, SU PIBG, Guru Tingkatan STTQ HAZRI BIN NAWI (BAc.c(H) UiTM) Guru Kaunseling, Guru Kebersihan &Keceriaan, Guru Tingkatan 1 TJ RAJA MUHAMMAD ADIB BIN RAJA MOHAMED @ RAJA MOHD GHANI (BA(H) al-Azhar) Guru Asrama, Guru Redaksi & Pameran, Guru ICT, Guru Tingkatan 2 AL AHMAD MARWAN BIN ABDUL RAHMAN (B.A(H) al-Azhar) Guru Asrama, Guru Peperiksaan 2, Infra & Pembangunan HASHIM @ CHE HASHIM BIN HAJI ARIFFIN (BA(H) al-Azhar) Infra & Pembangunan, Guru Bahasa Arab, Guru Kurikulum MOHD AZAM BIN CHE YUSOFF (BA(H) al-Azhar) Guru Kesihatan & Kebajikan, Guru Tingkatan 1 TJ NORRUZAIMI BIN RUSMAN (BA(H) al-Azhar) Guru Dakwah MOHD ZAKI BIN OMAR (BA(H) al-Azhar) Guru Peperiksaan (Keputusan & Sijil), Guru Kurikulum

18

WAN HAZRAH BT WAN HAMAT 720705035402 MOHD MUSADDIQ BIN MAT (BA(H) al-Azhar) SU Guru al-Quran MOHD ZULKIFLI BIN ABDUL GHANI (BA(H) al-Azhar) Guru SPBT, Guru Tingkatan 1 AL MOHD SHAHRIN BIN MOHD SHAARI (STTUP) Guru Kokurikulum MOHD RAZLAN BIN MOHD BAKRI (Diploma JAKIM) Guru Kantin & Kedai Sekolah, Guru Redaksi & Pameran ZULFIKRI BIN ZAKARIA (BA(H) al-Azhar) Guru Kokurikulum, Guru Disiplin MOHAMED RIZAL BIN MOHAMED NOOR (B.Ec(H) UUM) Guru Disiplin AHMAD RIDZA BIN ABDUL RAHMAN (BA(H) al-Azhar) Guru Kebersihan & Keceriaan, Guru Tingkatan 1 AL MOHD ZAMRI BIN JUSOH (BA(H) UIAM) Guru Kokurikulum, Guru Tingkatan 1 AL

19

WAN HAZRAH BT WAN HAMAT 720705035402 AHMAD MUKHLIS BIN MUSTAFFA (BA(H) al-Azhar) Imam Jemputan, Guru Dakwah, Guru Tingkatan 2 TJ MUHD AZMAN BIN CHE OMAR (Diploma JAKIM) Guru SPBT, Guru Tingkatan 2 TJ MUHAMMAD TORIQ BIN YAACOB (BA(H) UIAM) Guru Dakwah, Guru Asrama, Guru Kaunseling AZMAN BIN MOHAMED NOOR (BEC(H) UUM) Guru Infra&Pembangunan, Guru Tingkatan 2 AL MUHAMMAD HAKIMI BIN MUSTAPAI (BA(H) al-Azhar, Tanta)

20

WAN HAZRAH BT WAN HAMAT 720705035402

Buku-buku dan sukatan pelajaran di MTAQ mengikut sukatan sekolah-sekolah di bawah Yayasan Islam Kelantan sementara mata pelajaran al-Quran dan Qiraat berdasarkan kurikulum Maahad Qiraat Al-Azhar.

LIHAT LAMPIRAN

21

WAN HAZRAH BT WAN HAMAT 720705035402 Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat, berperanan sebagai salah satu institusi yang menyediakan kemudahan mengkaji Al-Quran dan mempelajari Ulum Al-Quran dengan lebih terperinci lagi, ia juga merupakan sebuah institusi yang menghidupkan kembali Ulum Al-Quran dan memperdekatkan Ulum Al-Quran kepada masyarakat. MTAQWQ juga merupakan satu pusat yang melahirkan ulama hafiz yang mampu memahami isi kandungan Al-Quran dan menjadi rujukan masyarakat, ia juga satu institusi yang memelihara isi kandungan Al-Quran dan keaslian bacaannya dari sebarang penyelewengan. MTAQWQ merupakan sebuah institusi yang mempunyai Visi dan Misi yang bertepatan dengan keperluan masa kini iaitu merealisasikan Falsafah Pendidikan Yayasan Islam Kelantan di samping berperanan melahirkan para huffaz yang mempunyai ilmu pengetahuan, beramal soleh, bertakwa kepada Allah S.W.T. dan berakhlak mulia serta berketerampilan dalam semua bidang. MTAQWQ berperanan secara langsung dalam memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara dengan melahirkan para huffaz yang mahir isi kandungan al-Quran, berilmu, beramal dan bertakwa dan efisyen tentang isi kandungan Al-Quran serta dapat merealisasikan dalam masyarakat dan dalam kehidupan seharian. MTAQWQ juga memainkan peranan yang penting dalam menyediakan kemudahan mengkaji al-Quran dan mempelajari Ulum Al-Quran serta untuk menghidupkan kembali Ulum Al-Quran dan memperdekatkannya kepada masyarakat. MTAQWQ juga melahirkan para huffaz yang mahir isi kandungan Al-Quran, berilmu, beramal dan bertakwa dan efisyen tentang isi kandungan Al-Quran serta dapat merealisasikan dalam masyarakat

22

WAN HAZRAH BT WAN HAMAT 720705035402 Perkara yang paling penting ialah intitusi ini berperanan besar dalam melahirkan ulama hafiz yang : Mampu memahami isi kandungan al-Quran dan menjadi rujukan masayarakat. Memelihara isi kandungan al-Quran dan keaslian bacaannya dari sebarang penyelewengan. Mempunyai ilmu pengetahuan, beramal soleh, bertakwa kepada Allah s.w.t. dan berakhlak mulia. Berdaya saing dan maju kehadapan. Huffaz al-Quran dan duaat yang mahir dalam seni bacaan dan Qiraat.

Dengan inisiatif yang telah diambil oleh institusi ini, ia telah memberi impak yang besar dalam melahirkan lebih ramai generasi yang celik Al-Quran dan ilmu al-Qiraat. Semenjak Institusi ini mula dibuka dan beroperasi dari tahun 1991 sehinggalah tahun 2009, MTAQ ini mempunyai 907 orang pelajar berdaftar. Manakala institusi ini telah berjaya melahirkan huffaz seramai 314 orang. Semoga hasil daripada didikan daripada institusi ini, para pelajar boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi agar dapat memberi sumbangan yang besar terhadap perkembangan Islam pada hari ini,juga dapat menyumbangkan jasa-jasa terhadap masyarakat, bangsa dan negara dalam melahirkan generasi pintar al-Quran dan generasi hadhari serta dapat merealisasikan di negara Malaysia.

23

WAN HAZRAH BT WAN HAMAT 720705035402

AL-IMAM

IBNU

AL-JAZARI

(751H

833H)

PENGHULU

QURRA'

Muhammad Bin Muhammad Bin Muhammad Bin `Ali Bin Yusuf Al-Jazari Al-Dimasyqi merupakan nama sebenar Al-Imam Ibnu Al-Jazari. Beliau juga digelar sebagai Abu AlKhair. Beliau dilahirkan pada malam Sabtu 25 Ramadhan 751 Hijriah di Dimasyq, Syam. Beliau telah dibesarkan dan tamat menghafaz Al-Quran di Damsyq ketika beliau berusia 14 tahun lagi. Apabila beliau membesar beliau lebih cenderung untuk mendalami ilmu alQiraat daripada masyayikh-masyayikh yang ada pada ketika itu.

Ibnu Al Jazari menimba ilmu dari ramai ulama tersohor, antara ulama-ulama Dimasyq yang menjadi tempat beliau bertalaqqi ialah Abu Muhammad Abdul Wahhab Bin AsSalar, Syeikh Ahmad Bin Ibrahim At-Thohhan, Syeikh Abu al-Ma`ali Muhammad Bin Ahmad Al-Labani dan Al-Qodhi Abu Yusuf Ahmad Bin Al-Husain Al-Kifri Al-Hanafi. Manakala guru-guru beliau dari Mesir ialah Abu Bakr Abdullah Bin Al-Jundi, Abu Abdillah Muhammad Bin As-Sho`igh, Abu Muhammad Abdul Rahman Bin Al-Baghdadi dan Syeikh Abdul Wahhab Al-Qorwi.

Beliau telah bertalaqqi Al-Quran dengan Imam Masjid Al-Nabawi ketika itu iaitu Muhammad Bin Soleh, ketika beliau bermusafir ke Makkah untuk menunaikan ibadat haji dan menuju ke Madinah untuk menziarahi Rasulullah S.A.W. Beliau juga telah mentalaqqi Al-Quran daripada hampir semua imam-imam qiraat daripada Syam, Mesir, 24

WAN HAZRAH BT WAN HAMAT 720705035402 Hijaz baik secara ifrad dan jama` dengan berpandukan kitab-kitab qiraat yang muktabar seperti As-Syatibiah, At-Taisir, Al-Kafi, Al-`Unwan, Al-I`lan, Al-Mustanir, At-Tazkirah, At-Tajrid dan lain-lain kitab qiraat yang masyhur pada ketika itu yang menjadi rujukan utama umat Islam dalam bidang ini. Beliau juga mengadakan majlis pengajian qiraat selama beberapa tahun di Jami` Umawi, Dimasyq dengan sambutan yang cukup hebat oleh murid-murid beliau pada masa itu. Ada dikalangan mereka yang bertalaqqi daripada beliau berdasarkan satu buah kitab qiraat sahaja. Ada juga yang lebih daripada satu buah kitab. Ada yang bertalaqqi daripada beliau Qiraat Tujuh, Qiraat Sepuluh bahkan lebih daripada itu. Antara anak-anak murid beliau yang mengambil Qiraat Sepuluh ialah anak beliau sendiri Abu Bakr Ahmad Bin Muhammad, Syeikh Mahmud Bin Al-Husain As-Syirazi, Syeikh Najibuddin Abdullah Bin Al-Husain Al-Baihaqi, Syeikh Muhammad Bin Ahmad Bin Al-Haim dan sebahagian besar murid-murid beliau yang lain.

Ibnu Al Jazari berusaha besungguh-sungguh untuk mendalami ilmu qiraat, ini dapat dilihat melalui ketabahan beliau merantau keseluruh rantau Islam untuk belajar ilmu Qiraat dan mengajarkannya. Beliau telah bermusafir ke Mesir, Madinah, Basrah, Samarqand, Khurasan, Isfahan dan Syiraz. Ketika beliau singgah di `Anizah, Najd beliau telah mengarang kitab ad-Durrah al-Mudhiah, kitab Qiraat Tiga untuk menyempurnakan Qiraat Tujuh oleh Imam as-Syatibi sehingga dikenali sebagai Qiraat Sepuluh Syughra. Beliau telah mengarang Tahbir At-Taisir ketika beliau berada di Madinah, setelah selesai beliau mengarang satu kitab lagi yang cukup bermakna dalam dunia ilmu Al-Quran dan Al-Qiraat iaitu An-Nasyr Fi Al-Qiraat Al-`Asyr. Kitab ini merupakan kitab yang paling sempurna di antara sekian banyak kitab-kitab beliau dalam membahaskan ilmu tajwid dan qiraat. Kitab inilah yang menjadi manhaj tertinggi pengajian ilmu qiraat sejak zaman dahulu sehinggalah sekarang. Setelah itu, beliau telah mengarang sebuah kitab untuk 25

WAN HAZRAH BT WAN HAMAT 720705035402 mentalkhis kitab An-Nasyr ke dalam bentuk matan dengan nama Toyyibah An-Nasyr Fi Al-Qiraat Al-`Asyr. Kitab inilah yang telah ditetapkan oleh Al-Azhar dalam manhaj pengajian qiraat di marhalah Takhassus Qiraat di maahad-maahad qiraat di seluruh Mesir. Di samping itu, semasa beliau berada di Madinah beliau telah mengarang beberapa kitab lain samada qiraat dan lain-lain.

Al-Imam tidaklah alim dalam bidang qiraat sahaja, bahkan beliau sangat alim dalam beberapa disiplin ilmu yang lain seperti tafsir, hadith, fiqh, usul fiqh, tauhid, tasauf, nahu, sorf, balaghah dan lain-lain lagi. Akan tetapi, di antara ilmu-ilmu yang dinyatakan tadi ternyata beliau lebih alim dalam bidang ilmu hadith. Al-Imam telah mempelajari ulum hadith ini daripada guru-guru beliau seperti As-Syeikh Solahuddin Bin Ibrahim Bin Abdullah Al-Muqaddisi Al-Hanbali, Al-Imam Al-Mufassir Al-Muhaddith Al-Hafiz Abu Al-Fida` Ismail Bin Kathir, Al-Imam Ibnu `Asakir, Zainuddin Bin Abdul Rahim AlIsnawi dan beberapa guru beliau yang muktabar. Beliau mendalami ilmu ini baik dirayah mahupun riwayah sehingga beliau digelar Al-Huffaz Ath-Thiqat Al-Athbat.

Beliau berguru dengan Al-Imam Al-Isnawi dan Al-Imam Ibnu Kathir sehinggalah beliau diberi keizinan oleh gurunya untuk memberi fatwa dan pengajian pada tahun 774 Hijriah sedangkan pada ketika itu beliau baru berumur 24 tahun dan Al-Imam Ibnu Kathir merupakan guru pertama yang memberi ijazah keizinan memberi fatwa kepada beliau. Beliau juga diiktiraf untuk memberi fatwa oleh as-Syeikh Dhiauddin pada tahun 778 Hijriah. Manakala pada tahun 785 Hijriah, Syaikhul Islam al-Balqini juga melakukan perkara yang sama.

Ibnu Al Jazari juga telah dilantik sebagai Masyikhah As-Solihiyyah di Baitul Maqdis selama beberapa waktu. Beliau juga pernah dilantik sebagai qadhi di Syam dan Syiraz. Ketika beliau di Syiraz, beliau telah menubuhkan sebuah madrasah untuk mengajar ilmu qiraat yang diberi nama "Darul Quran".

26

WAN HAZRAH BT WAN HAMAT 720705035402

Perbahasan mengenai Qiraat Tujuh

merupakan intipati dan kupasan dari apa yang

dipelopori oleh Imam Al-Shatibi. Adapun Imam Al-Jazari pula membahaskan ilmu ini dengan lebih mendalam sehingga beliau dapat mengumpul dan menyusunnya sehingga sepuluh Qiraat. Ini bukan bererti Imam Al-Jazari menokok tambah tanpa sebarang kajian, cuma ia berkemungkinan pada era pengkajian Imam al-Shatibi, beliau hanya sempat mengumpul dan menyusunnya sebanyak tujuh Qiraat sahaja. Setelah itu, pengumpulan dan pengkajian dalam bidang ini diteruskan oleh Imam al-Jazari sehingga bertambah sebanyak tiga Qiraat, menjadikannya sepuluh jenis Qiraat. Sepuluh Qiraat yang dikaji oleh Imam Al-Jazari dikenali dengan Al-Qiraat al-`Asharah Al-Kubra. Tetapi jika tujuh Qiraat yang diperkenalkan oleh Imam Al-Shatibi digabungkan dengan tiga lagi Qiraat yang dibahaskan oleh Imam al-Jazari, maka ia dikenali pula dengan Al-Qiraat Al-`Asyarah Al-Sughra.

1.

Abu Al-Fida Ismail Ibn Kathir telah mengizin dan mengijazah Ibn Al Jazari untuk

berfatwa pada tahun 774H. Ijazah Fatwa juga telah diberi oleh Diya Ai-Din AlQazuwaini pada tahun 775H. 2. Syeikh Ai-Islam Al-Bulaqimi juga telah mengijazah beliau untuk berfatwa.

Selepas menerima pengijazahan dari gurunya Ibn al-Jazari mula mengajar Al-Quran di Janu' bani Umayah pada tahun 785H,. 3. Ibnu Al-Jazari juga adalah pakar rujuk di Adiliyah, Dar al-Hadith Al-Asyrafiyyah,

Turbah Umi Al-Salih.

27

WAN HAZRAH BT WAN HAMAT 720705035402 3. Ulama-ulama sezaman dengannya turut serta dalam mengikuti siri-siri

pengajarannya. Antaranya ialah Al-Syihab Ibn Hajar, beliau mengulas tentang gurunya, " Ibn Al-Jazari adalah seorang guru yang mulia". 4. Ibn Al- Jazari adalah dikalangan ulama yang mengkayakan perpustakaan Islam

dengan penulisan-penulisan yang berharga. Penulisannya meliputi Ulum Al-Hadith, AlQuran dan Al-Qiraat. 5. Antara kitab-kitabnya yang masyhur dan diterbit pada hari ini adalah seperti

berikut: (a) Al-Nasyr Fi Al-Qiraat Al-A'syr

Kitab ini mengandungi riwayat Al-Quran yang sahih. Penulis buku ini memuatkan di dalam kitabnya bacaan sepuluh Qurra, setiap Imam disebut dua perawi, setiap perawi disebut dua tariq. Setiap tariq disebut dua sumber iaitu magrhibiyah dan masriqiyah, masriyyah dan iraqiyyah. (b) Taqrib Al-Nasyr Fi Al-Qiraat Al-A'syr

Kitab ini adalah ringkasan bagi kitab Al-Nasyr. Kandungannya ialah imam-imam, tariq-tariq yang masyhur dan sah disisi ulama terdahulu. (c) Ghayah Al-Nihayah Fi Tabaqat Al-Qurra

Kitab ini mempunyai dua jilid dan merupakan ringkasan kepada kitabnya "Ninayah AlDirayat Fi Ama Rijal Al-Qiraat". (masih dalam manuskrip). Kitab ini dianggap rujukan terpenting dalam pengenalan Qurra'.

28

(d)

WAN HAZRAH BT WAN HAMAT 720705035402 Matn AI-Durrah AI-Mudhiyyah AI-Qiraat AI-Thalathah AI-Mutamimah Li

AI A'syarah Kitab ini ditulis dalam bentuk syair dan jumlah keseluruhan rangkap syairnya ialah 241. Ia selesai ditulis pada tahun 823H iaitu ketika lawatannya ke U'naizah di Najd. Rujukan utama Matn ini ialah melalui karangannya juga iaitu Tahbir Al-Taisir. Pada tahun 1414H cetakan Matn ini disahkan oleh Syeikh Mohamed Tamim Al-Zu'bi dan diterbitkan oleh Maktabah Dar Al-Huda. Kepentingan matn ini begitu tinggi dalam ilmu Qiraat dan ini menjadi sebab beberapa ulama telah menghasilkan Syarah, antara mereka ialah: Syarh Al-Imam al-Zubaidy (848H) Syarh Al- Imam Nuwairy (897H) Syarh Al- Imam Samanawdy

Ibnu Al Jazari telah telah pulang mengadap Rabul `Izzati pada waktu dhuha hari Jumaat bertepatan 5 Rabi`ul Awwal 833 Hijriah. Beliau telah disemadikan di Darul Quran yang diasaskan olehnya. Jenazah beliau telah diiringi oleh seluruh umat tanpa mengira darjat dan pangkat. Ini memberi bukti beliau benar-benar dikasihi umat islam dan kewafatan beliau merupakan satu kehilangan yang amat besar.

29

WAN HAZRAH BT WAN HAMAT 720705035402

30

WAN HAZRAH BT WAN HAMAT 720705035402

Sesungguhnya Ibnu Al-Jazari merupakan seorang yang alim, soleh, wara`, zuhud dan pemurah. Seluruh masa dan waktu beliau penuh dengan amal kebajikan dan taqarrub. Sentiasa membaca Al-Quran dan mendengarnya daripada orang lain, tekun menuntut ilmu sehinga mampu mengarang. Beliau tidak pernah meninggalkan qiamullail baik ketika beliau kelapangan atau dalam permusafiran. Senantiasa berpuasa pada hari Isnin dan Khamis serta tiga hari dalam setiap bulan. Banyak karangannya yang bermanfaat menunjukkan tingginya kegigihan beliau dan hebatnya ilmu beliau tanpa mengira disiplin ilmu apatah lagi dalam bidang ilmu Al-Quran dan Al-Qiraat yang diberi kelebihan oleh Allah S.W.T kepada beliau. Kedudukan Ibn Al-Jazari dalam ilmu Qiraat begitu mulia dan dipandang tinggi samada pada zamannya atau zaman selepasnya. Kemuliaan yang diperoleh adalah bukan kebetulan semata-mata tetapi ia adalah usaha beliau yang berterusan dengan mempelajari ilmu dari banyak guru dan sanggup bermusafir dari satu negeri ke negeri untuk berjumpa dan membaca Al-Quran dihadapan guru. Justeru namanya terus diingati hingga ke hari ini dan tidak akan dilupakan oleh seluruh ummat islam.

31

WAN HAZRAH BT WAN HAMAT 720705035402

Khairul Anuar Mohamad, Zulhilmi Mohamed Noor. (2008). Modul Al Tajwid (HBQE 2103). Seri Kembangan Selangor Darul Ihsan: Meteor Doc. Sdn. Bhd. Haji Norakyairee Mohd Raus, Khirul Anua Mohamad Al-Hafiz. (2008). Al-Qiraat ( HBQE 2203). Seri Kembangan Selangor Darul Ihsan: Meteor Doc. Sdn. Bhd. Ash-Siddeqy M. Hasbi. ( 1989 ) Sejarah Dan Penghantar ilmu Al-Quran. Jakarta: Penerbitan Bulan Bintang. Akala, Abduh Zulfidar ( 1996 ) Al Quran Dan Qiraat. Jakarta : Pustaka Al- Kauthar. http://mtaq.edu.my/Sejarah_penubuhan" qiraatitatih.blogspot.com/2008/07/al-imam-ibnu-al-jazari-751h-833h.html http:// win-suka-info/ ejurnal

32