Anda di halaman 1dari 20

http://teachinginmalaysia.blogspot.com/2011/02/aktivitipratulisan.

html Aktiviti Pratulisan AKTIVITI PRATULISAAN Peringkat pramenulis ialah tempoh masa murid-murid disediakan dengan aktiviti-aktiviti menulis sebelum mereka dapat menulis huruf-huruf dengan kemas dan betul. Dalam tempoh masa ini latihan otot-otot, tangan dan jari serta kordinasi tangan dan mata diberikan kepada murid-murid dari awal-awal lagi. Bagi membolehkan mereka menguasai kemahiran membentuk lambang-lambang yang kemas dan jelas, pelajaran tulisan yang dirancangkan haruslah sistematik, bertitik-tolak daripada aktivitiaktiviti pramenulis ynag berbentuk bebas. Latihan-latihan pramenulis menitikberatkan perkara-perkara berikut: a) Melakukan latihan-latihan pergerakan tangan b) Menguasai gerak tangan yang bebas supaya boleh menulis dengan selesa dan sempurna. c) Melakukan latihan-latihan pergerakan mata. d) Melakukan latihan-latihan kordinasi tangan dan mata. Strategi pengajaran pratulisan Kebanyakan murid yang memasuki sekolah rendah telah pun menerima pendidikan prasekolah di rumah, TASKI atau TADIKA. Mereka telah pun didedahkan kepada asas-asas kemahiran menulis dan membaca. Namun begitu, bagi peringkat permulaan di sekolah rendah, guru patut memberikan kemahiran pratulisan kepada murid. Latihan pergerakan tangan dan mata, memilih dan memadan objek mengikut bentuk, ukuran dan warna, melukis serta mewarna patut dilakukan. Latihan seumpama ini dapat membantu murid menguasai kordinasi antara tangan dan mata, dan seterusnya akan menyediakan seseorang murid itu untuk menulis.

Latihan bagi tangan Murid dikehendaki: i. Menggenggam dan membuka tangan. Hendaklah dilakukan beberapa kali. ii. Menggenggam dan menghancurkan atau meronyokkan sehelai daun atau kertas. iii. Menggenggam dan merasa beg yang berisi kekacang. iv. Menggenggam dan merasa bola. v. Memegang benda-benda seperti pensel atau pembaris. Guru menunjukkan cara memegang yang betul. vi. Melukis bentuk-bentuk bebas menggunakan jari di udara. vii. Melukis bentuk-bentuk di dalam bekas yang mengandungi pasir atau tanah. viii. Memasang butang baju, menanggalkan dan memasang semula. ix. Membuka tali kasut dan mengikat semula. Latihan bagi mata Murid dikehendaki: i. Menutup kedua-dua mata dengan tangan, membuka mata, melihat dan menyebut benda yang ditunjuk atau dipegang oleh guru. ii. Menutup sebelah mata, melihat dan menyebut benda yang ditunjuk atau dipegang oleh guru. Lakukan latihan yang sama pada mata yang sebelah lagi. iii. Melihat sesuatu benda yang dipegang oleh guru dan dibawa dari kiri ke kanan dan dari kanan ke kiri. iv. Menyebutkan nama benda-benda kecil yang dipegang oleh guru seperti getah pemadam, pengasah pensel, mancis, dan seterusnya benda-benda sederhana besar dan benda-benda yang besar. v. Menyebutkan warna benda atau alat yang ditunjukkan oleh guru. b.

a.

vi.

Menyebut bentuk blok-blok geometri yang diperbuat daripada kadbod atau plastik sama ada segi empat, segi tiga, bulat, separuh bulat, bujur dan sebagaimya.

Latihan bagi kordinasi mata dan tangan: Murid dikehendaki: i. Menyusun benda mengikut golongan bagi benda yang sama bentuk, warna atau ukuran. ii. Menyusun gambar-gambar yang diselaraskan mengikut urutan. iii. Mencantum bahagian-bahagian gambar yang terpotong, misalnyajigsaw puzzle. iv. Melambung dan menangkap bola sama ada di tempat berdiri secara individu atau dengan bergerak di padang bersama pasangan, v. Mewarnakan gambar yang diberikan oleh guru. vi. Mencantum titik atau sempang untuk membentuk huruf atau gambar. vii. Mencantum arah jalan atau aliran sungai. viii. Memadankan gambar bagi benda-benda yang serupa. ix. Memilih gambar yang berlainan dalam satu set. x. Mencari lima perbezaan pada sekeping gambar yang seakan-akan sama dengan gambar asal. xi. Mencari lima benda yang tersembunyi dalam sebuah lukisan. xii. Membuat garisan lurus dari atas ke bawah atau sebaliknya

c.

http://mohdnorizwansulaiman.blogspot.com/2009/05/31pratulisan.html 3.1 PRATULISAN 3.0 PERINGKAT-PERINGKAT PENGAJARAN MENULIS 3.1 PRATULISAN Peringkat pengajaran menulis terbahagi kepada tiga iaitu peringkat pratulisan, peringkat mekanis dan peringkat untuk pelahiran. Peringkat pertama iaitu pratulisan adalah tempoh masa murid-murid disediakan dengan aktiviti menulis sebelum mereka dapat menulis huruf-huruf dengan kemas dan betul. Dalam tempoh masa ini latihan otot-otot, tangan dan jari serta koordinasi tangan dan mata diberi kepada murid-murid dari awal-awal lagi. Bagi membolehkan mereka menguasai kemahiran membentuk lambang-lambang yang kemas dan jelas, pelajaran tulisan yang dirancangkan haruslah sistematik, bertitik-tolak daripada aktivitiaktiviti pratulisan yang berbentuk bebas. Latihan-latihan pratulisan menitikberatkan beberapa perkara seperti melakukan latihan-latihan pergerakan tangan terebih dahulu seperti mengerakkan jari diatas garisan atau corak yang dilakarkan di atas kertas supaya murid-murid dapat menguasai gerak tangan yang bebas supaya boleh menulis dengan selesa dan sempurna. Latihan seperti membentuk bulatan di udara, di meja, di lantai, di atas pasir, di atas rumput tanpa mengunakan alat tulis seperti melukis bulatan besar dan kecil juga boleh dilakukan. Di samping itu murid-murid boleh melakukan latihan pergerakan jari dengan memainkan jari, menekan jari, mengoyangkan tangan, meramas-ramas jari dan sebagainya. Setelah mahir aktiviti tersebut murid-murid boleh melakukan latihan-latihan pergerakan mata dan seterusnya melakukan latihan-latihan yang melbatkan koordinasi tangan dan mata. Antara aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan adalah seperti latihan mengikut garisan-garisan rajah atau gambar dari kiri ke kanan,

latihan membentuk garisan lurus, latihan mewarnakan rajah berbentuk mudah dari kiri ke kanan atau dari kanan ke kiri dan seterusnya membentuk corak-corak gabungan antara bulatan dan garis lurus secara bebas.

3.2 PERINGKAT TULISAN MEKANIS Setelah murid-murid menjalankan latihan pratulisan, faham dan tahu memegang pensel serta boleh duduk dengan cara yang betul, mereka boleh dilatih membentuk lambang-lambang tulisan. Pada peringkat awal, dicadangkan murid membentuk huruf di atas kertas kosong yang tidak mempunyai sebarang garisan. Setelah didapati memuaskan barulah dilatih membentuk huruf pada halaman yang bergaris. Apabila murid mula membentuk huruf-huruf pada kertas bergaris, kawalan tulisan perlu dilakukan. Ia harus bermula daripada garisan lebar hingga kepada lembaran satu garis. Di bawah latihan menulis terkawal dari mula hingga ke lembaran satu garis itu. Contoh aktiviti yang boleh dijalankan adalah seperti latihan membentuk bulatan dan garis lurus dalam keadaan terkawal, latihan menulis huruf di atas kertas bergaris dua, latihan menulis huruf di atas kertas bergaris satu dan latihan membentuk lambang tulisan dengan cara yang betul untuk mendapat keseragaman cara menulis bagi menghasilkan tulisan yang seragam. Semasa menyampaikan kemahiran tersebut guru haruslah memberi perhatian kepada beberapa perkara iaitu kanak-kanak harus diperkenalkan kepada lambang-lambang huruf dengan menggunakan gambar. Sebelum melatih menulis, baik juga diberi latihan bebas untuk membetulkan urat-urat daging kanak-kanak. Selain itu guru haruslah memberi perhatian kepada kanak untuk menulis dengan mengeja dan menyebut nama-nama huruf. Latihan juga dilakukan dengan menggunakan kertas yang dimulakan dengan tidak bergaris dan selepas itu barulah menggunakan buku yang bergaris. Seterusnya apabila kanakkanak dapat menggunakan alat-alat dengan baik , baruah dilatih

menggunakan buku dan alat-alat lain yang sesuai. Antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah seperti menekap dan barulah menulis mengikut urutan yang ditetapkan. Kemudian murid-murid disuruh memadan dan menyalin dua suku kata supaya menjadi perkataan yang bermakna. Seterusnya menulis huruf yang tertinggal dalam ruang atau petak yang dikosongkan. Latihan ini diteruskan dengan menyalin perkataan yang mudah dan menyalin ayat-ayat yang mudah dan sebagainya. 3.3 PERINGKAT MENULIS UNTUK PELAHIRAN Setelah menguasai menulis mekanis, murid-murid patut digalakkan melahirkan fikiran mereka secara bertulis. Cara-cara yang dicadangkan ialah bermula daripada yang terkawal iaitu berpandukan gambar-gambar dan perkataan, mengisi tenpat kosong, melengkapkan ayat-ayat dengan perenggan sehingga murid-murid itu boleh menghasilkan tulisan tanpa panduan. Di antara aktiviti aktivit-aktiviti menulis yang boleh dijalankan adalah seperti mengisi silang kata, mengisi tempat kosong dalam ayat, melengkapkan ayat dengan menambah rangkai kata yang sesuai, menulis ayat yang lengkap dengan perkataan yang diberi. Selain itu aktiviti seperti memanjangkan ayat dengan menambahkan rangka kata yang sesuai juga boleh dilakukan. Seterusnya adalah aktiviti seperti membentuk ayat-ayat bagi menyudahkan cerita, menulis ayat berdasarkan gambar yang disediakan, menulis jawapan-jawapn kefahaman, menulis rencana daripada bahan yang diperlihatkan dan menulis karangan daripada tajuk yang disediakan. Pelbagai aktiviti yang dapat dijalankan supaya muridmurid dapat menguasai kemahiran menulis.

3.4 AKTIVITI-AKTIVITI LATIHAN PRATULISAN a) Latihan mengikut garisan-garisan rajah atau gambar dari kiri ke kanan. i. --------- . .. ...

c) Latihan membentuk bulatan di udara, di meja, di lantai, di atas pasir, di rumput tanpa menggunakan alat tulis. BULATAN BESAR BULATAN KECIL

d) Latihan-latihan gerak jari dengan mempermain-mainkan jari, menekan-nekan jari, menggoyangkan tangan, ma=eramas-ramas jari dan sebagainya. e) Latihan membentuk garisan lurus.

f) Latihan membentuk corak-corak campuran bulatan dan garisan lurus. Dilakukan secara bebas.

g) Latihan melukis gambar-gambar yang mengandungi garisangarisan lurus dan bulat.

3.5 AKTIVITI-AKTIVITI LATIHAN TULISAN MEKANIS i. Latihan membentuk bulatan dan garis lurus dalam keadaan

yang terkawal.

ii. Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris dua.

iii. Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris.

iv. latihan membentuk lambing tulisan dengan cara yang betul untuk mendapat keseragaman cara menulis bagi

http://www.scribd.com/doc/46655673/Aktiviti-Pratulisan-DanTulisan-Mekanis AKTIVITI PRATULISAN DAN TULISAN MEKANISPERINGKAT PRATULISAN Peringkat pengajaran menulis terbahagi kepada tiga iaitu peringkat pratulisan, peringkatmekanis dan peringkat untuk pelahiran. Peringkat pertama iaitu pratulisan adalahtempoh masa murid-murid disediakan dengan aktiviti menulis sebelum mereka dapatmenulis huruf-huruf dengan kemas dan betul. Dalam tempoh masa ini latihan otot-otot,tangan dan jari serta koordinasi tangan dan mata diberi kepada murid-murid dari awal-awal lagi. Bagi membolehkan mereka menguasai kemahiran membentuk lambang-lambang yang kemas dan jelas, pelajaran tulisan yang dirancangkan haruslahsistematik, bertitik-tolak daripada aktivitiaktiviti pratulisan yang berbentuk bebas. Latihan-latihan pratulisan menitikberatkan beberapa perkara seperti melakukanlatihan-latihan pergerakan tangan terebih dahulu seperti mengerakkan jari diatasgarisan atau corak yang dilakarkan di atas kertas supaya murid-murid dapat menguasaigerak tangan yang bebas supaya boleh menulis dengan selesa dan sempurna. Latihanseperti membentuk bulatan di udara, di meja, di lantai, di atas pasir, di atas rumputtanpa mengunakan alat tulis seperti melukis bulatan besar dan kecil juga bolehdilakukan. Di samping itu murid-murid boleh melakukan latihan pergerakan jari denganmemainkan jari, menekan jari, mengoyangkan tangan, meramas-ramas jari dansebagainya. Setelah mahir aktiviti tersebut murid-murid boleh melakukan latihanlatihanpergerakan mata dan seterusnya melakukan latihan-latihan yang melibatkan koordinasitangan dan mata. Antara aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan adalah seperti latihanmengikut garisan-garisan rajah atau gambar dari kiri ke kanan, latihan membentukgarisan lurus, latihan mewarnakan rajah berbentuk mudah dari kiri ke kanan atau darikanan ke kiri dan seterusnya membentuk corak-corak gabungan antara bulatan dangaris lurus secara bebas.

PERINGKAT TULISAN MEKANIS Setelah murid-murid menjalankan latihan pratulisan, faham dan tahu memegangpensel serta boleh duduk dengan cara yang betul, mereka boleh dilatih membentuklambang-lambang tulisan. Pada peringkat awal, dicadangkan murid membentuk huruf diatas kertas kosong yang tidak mempunyai sebarang garisan. Setelah didapatimemuaskan barulah dilatih membentuk huruf pada halaman yang bergaris. Apabilamurid mula membentuk huruf-huruf pada kertas bergaris, kawalan tulisan perludilakukan. Ia harus bermula daripada garisan lebar hingga kepada lembaran satu garis.Di bawah latihan menulis terkawal dari mula hingga ke lembaran satu garis itu. Contohaktiviti yang boleh dijalankan adalah seperti latihan membentuk bulatan dan garis lurusdalam keadaan terkawal, latihan menulis huruf di atas kertas bergaris dua, latihanmenulis huruf di atas kertas bergaris satu dan latihan membentuk lambang tulisandengan cara yang betul untuk mendapat keseragaman cara menulis bagi menghasilkantulisan yang seragam.Semasa menyampaikan kemahiran tersebut guru haruslah memberi perhatiankepada beberapa perkara iaitu kanak-kanak harus diperkenalkan kepada lambang-lambang huruf dengan menggunakan gambar. Sebelum melatih menulis, baik jugadiberi latihan bebas untuk membetulkan urat-urat daging kanak-kanak. Selain itu guruharuslah memberi perhatian kepada kanak untuk menulis dengan mengeja danmenyebut nama-nama huruf. Latihan juga dilakukan dengan menggunakan kertas yangdimulakan dengan tidak bergaris dan selepas itu barulah menggunakan buku yangbergaris. Seterusnya apabila kanakkanak dapat menggunakan alat-alat dengan baik ,baruah dilatih menggunakan buku dan alat-alat lain yang sesuai.Antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah seperti menekap dan barulah menulismengikut urutan yang ditetapkan. Kemudian murid-murid disuruh memadan danmenyalin dua suku kata supaya menjadi perkataan yang bermakna. Seterusnyamenulis huruf yang tertinggal dalam ruang atau petak yang dikosongkan. Latihan iniditeruskan dengan menyalin perkataan yang mudah dan menyalin ayat-ayat yangmudah dan sebagainya.

Analisis pratulisan dan tulisan mekanisKedua-dua peringkat pratulisan dan tulisan mekanis merupakan peringkatpersediaan kepada pelajar sebelum mereka diperkenalkan dengan penulisan abjadyang betul. Peringkat ini penting sebagai pengenalan pelajar kepada cara penulisansupaya mereka dapat menghasilkan lamban-lambang tulisan yang kemas dan jelaspada peringkat seterusnya.Pada peringkat pratulisan pelajar akan didedahkan tentang asas-asas penulisansebelum mereka diajar untuk menulis abjad dengan betul. Motor halus mereka sertakoordinasi mata dan tangan mereka akan dilatih sebagai persediaan untuk merekamemegang pensel untuk menulis dan membentuk huruf. Pelbagai kaedah bolehdilakukan kepada pelajar seperti yang telah diterangkan dan kaedah-kaedah iniseharusnya dilakukan kepada pelajar sebelum mereka diajar untuk menulis abjadsupaya mereka dapat menghasilkan tulisan yang kemas dan jelas. Aktiviti yangdijalankan kepada pelajar haruslah berperingkat. Mereka seharusnya dapat kuasaigerak tangan bebas sebelum melakukan aktiviti melibatkan pergerakan mata dantangan.Peringkat tulisan mekanis seharusnya dilakukan setelah kita ketahui bahawapelajar telah bersedia dan tahu untuk memegang pensel dengan betul. pada peringkatini, mereka akan mula diajar untuk mengenal lambang-lambang tulisan dan mulamelakukan aktiviti menulis. Pelajar juga akan diajar untuk menyebut abjab yang ditulisuntuk membiasakan mereka untuk mengenal huruf yang ditulis bagi mengelakkankekeliruan kepada pelajar sekaligus mereka dapat membiasakan diri dengan abjad.Kedua-dua kaedah ini penting untuk pelajar kuasai sebelum mereka diajar keperingkat seterusnya dalam penulisan supaya mereka dapat menghasilkan lambanghuruf yang kemas dan jelas.

Lampiran: AKTIVITI PERGERAKAN TANGAN DAN MATAAktiviti Pergerakan Tangan dan Mata 1 Membentuk benda daripada plastisin, tanah liat atau bubur kertas dan lainlain.Bahan: plastisin, tanah liat, dan bubur kertas.Kaedah: 1. Buat satu atau dua benda daripada bahan yang diberi sebagai contoh. 2. Berikan bahan kepada murid dan minta mereka membentuk benda ataumodel yang disukainya. 3. Minta murid menceritakan hasil kerja mereka.

Gambar rajah : Contoh doh mainan yang boleh disunakan dan bentuk yang boleh dihasilkan Aktiviti Pergerakan Tangan dan Mata 2 Melakar bentuk yang sesuai dari kiri ke kanan, dari kanan ke kiri dan dari atas kebawah untuk membolehkan membentuk huruf. Bahan: Lembaran kerja, benda maujud (dulang berpasir, model pokok, m odeltiang bendera, bola, manik, cawan air) kertas pendua yang mengandungiperjalanan atau arah yang dibuat dengan garisan putusputus.

Kaedah: 1. Murid menggolekkan bola dia atas dulang berpasir dengan jar i dari kiri ke kanan dan sebaliknya. 2. Murid memegang cawan plastic yang penuh dengan air menggunakantangan kanan dan menggerak-gerakkan tangan kanan mereka ke kirike kanan dan sebaliknya. Teknik memegang cawan dipelbagaikan. 3. Murid membilang manik yang digantung dengan menggunakan jari dariatas ke bawah dan sebaliknya. 4. Murid melakar garis pada dulang pasir dari model pokok ke tiangbendera. PRATULISAN / PRAMENULISPeringkat Pramenulis i. Melakukan pergerakan tangan atas ke bawah, kiri ke kanan dan depan kebelakang. ii. Menekap atau menyurih bentuk-bentuk geometri dan garisan putus. iii. Menyambungkan titik-titik di atas kertas. iv. Melukis garis lintang dari kiri ke kanan, melukis garis tegak dari atas ke bawahdan bawah ke atas. v. Melukis bulatan arah lawan jam, garis melengkung dan bulatan arah ja rum jam. vi. Melukis garis condong. vii. Menyalin corak mudah dan bentuk-bentuk. viii. Mengenal hurufhuruf dan dapat membezakan keserupaan dan perbezaanbentuk hurufhuruf tersebut. Contoh aktivi pramenulis seperti berikut:

i. Latihan menulis dari kiri ke kanan

ii. Latihan mewarnakan dari kiri ke kanan atau dari kanan ke kiri

iii. Latihan membentuk bulatan di udara. Di atas meja, pasir, lantai tanpa menggunakan alat tulis.

iv. Latihan membentuk garis lurus

v. Latihan membentuk corak campuran bulatan dan garisan lurus yang dilakukan secara bebas.

vi. Latihan melukis gambar yang mengandungi garis lurus dan bulat.

PENULISAN MEKANIS Peringkat Mendirikan Asas i. Latihan membentuk bulatan dan garis lurus dalam keadaanyang terkaw al.

ii. Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris dua / tiga.

ii. Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris satu.

iv. Latihan membentuk lambang tulisan dengan cara yang betul

. Melengkapkan tempat kosong mengikut urutan yang betul abjad a-z. vi. Melengkapkan tempat kosong mengikut urutan songsang abjad z-a. vii. Membina satu suku kata KV dan KVK viii. Menggabungkan suku kata menjadi perkataan. ix. Membina ayat tunggal.

Anda mungkin juga menyukai