Anda di halaman 1dari 17

LAMPIRAN C

NAMA: MUHAMMAD ARIFF ZAKWAN BIN ISMAIL : SITI NURHABIBAH BINTI MOHD RASHID : RAIHANA BINTI ABDUL RAHMAN : NUR ADILA HANI BINTI ABDUL HAMID KUMPULAN : KUMPULAN 2: LARI BERGANTI-GANTI ANGKA GILIRAN : 2011171340120 2011171340132 2011171340130 2011171340125 MYKAD : 910819-07-5151 910124-10-5940 910226-14-6110 910303-08-5658

PENGAJARAN MIKRO <ACARA BALAPAN> : LARI BERGANTI-GANTI

1.0

Pengenalan Menurut sejarah, dua orang peminat olahraga iaitu Frank Ellis dan Lausaat Geyelin dari Universiti Pennsylvaria telah mengadakan lari berganti-ganti pada akhir abad ke-19 di Amerika Syarikat dan inilah kali pertama acara ini diadakan. Lari berganti-ganti merupakan acara berpasukan dalam sukan olahraga. Acara ini tergolong kepada peserta lelaki dan wanita. Dalam sesuatu pertandingan olahraga, biasanya acara lari 4x100 meter dan 100 meter menjadi tumpuan ramai. Acara lari berganti-ganti (relay) seperti 4X100 meter, 4X200 meter dan 4X400 meter ini merupakan satu acara yang memerlukan para atlet sentiasa berada pada tahap kecergasan fizikal yang tinggi. Acara lari 4X100 meter ini melibatkan kesemua komponen kecergasan fizikal iaitu kepantasan, kekuatan dan daya tahan otot, daya tahan kardiovaskular, kuasa tindakbalas dan ketangkasan. Oleh itu, satu program khas harus dirancang untuk membina komponen-komponen kecergasan bagi menyediakan atlet menghadapi situasi pertandingan.

2.0

Fasa Terdiri daripada tiga fasa larian iaitu: A. Fasa permulaan Terbahagi kepada tiga bahagian iaitu gaya peluru, gaya sederhana dan gaya panjang. i. Memulakan larian tanpa blok permulaan Gaya peluru Berdiri rapat kepada garisan dan kira dua atau setengah tapak kaki. Hujung tapak kaki belakang selari dengan tumit tapak kaki hadapan. Ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk. Gaya sederhana Berdiri rapat kepada garisan dan kira dua atau setengah tapak kaki. Lutut tapak kaki belakang selari dengan hujung tapak kaki hadapan. Ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk. Gaya panjang Berdiri rapat kepada garisan dan kira dua atau setengah tapak kaki. Lutut tapak kaki belakang selari dengan hujung tumit kaki hadapan. Ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk. Memulakan larian dengan blok permulaan. Gaya peluru Blok permulaan adalah rapat dengan garisan permulaan. Blok hadapan diletakkan dua tapak dari garisan permulaan dan blok belakang setapak dari bahagian hadapan blok hadapan. Gaya sederhana Letakkan blok pertama dua tapak dari garis permulaan. Blok belakang dua tapak dari bahagian hadapan blok hadapan. Gaya panjang Blok hadapan diletakkan dua tapak dari garis permulaan. Blok belakang tiga tapak dari bahagian hadapan blok hadapan. Fasa larian Pecutan Selepas arahan pelepas 'ke garisan' diberi, pelari mengambil tempat di blok permulaan. II. Tangan lurus dan buka seluas bahu. Ibu jari dan jari telunjuk dibuka dengan luas dan jari-jari lain rapat di antara satu sama lain, diletakkan di belakang garisan mula. I.

ii.

B. 1.

III. Kepala dan leher didongak iaitu sebahagian dari 'torso'. Mata pandang ke hadapan dengan penuh tumpuan. Selepas arahan 'sedia' diberikan, pinggul diangkat tinggi dan badan condong ke hadapan. IV. Selepas bunyi tembakan pistol, pergerakan ke hadapan dimulakan dengan hayunan pergerakan yang kuat bahagian tangan dan kaki. V. Tangan yang bertentangan dengan kaki belakang memulakan pergerakan hayunan ke hadapan. Tangan lain digerakkan ke belakang dengan kuat. Tangan dibengkokkan pada sudut 90. VI. Lutut belakang digerakkan ke hadapan dengan cepat dan pada tahap rendah. Kaki hadapan diluruskan sepenuhnya. Fasa pecutan melibatkan larian dalam jarak di antara 30 hingga 60 meter, kedudukan badan berubah dari rendah ke condong ke hadapan. Jarak langkah juga turut bertambah dalam fasa ini. 2. Kelajuan maksimum dan pengekalan kelajuan I. Fasa pecutan berlaku di antara jarak 30 meter dan 60 meter iaitu pada awal larian. 95% daripada kelajuan maksimum dicapai pada jarak kira-kira 18 meter II. Apabila seorang atlet mencapai kelajuan maksimum, kadar pecutannya ditentukan oleh tahap kecergasan fizikal atlit. 3. Larian di selekoh Pada bahagian selekoh, semakin laju atlit berlari, semakin kuat kuasa 'centrifugal'. Pelari perlu merendahkan badan ke dalam sedikit untuk memastikan larian selekoh berkesan untuk mengimbangi kuasa 'centrifugal'. Tangan kiri dihayun lurus, manakala tangan kanan menyilang badan mengarah ke dalam.

C.

Fasa Penukaran Baton (POIN PENUKARAN) Untuk memastikan baton bertukar tangan dengan seberapa cepat yang mungkin, penukaran harus dilakukan apabila pelari yang membawa baton telah menyaingi pelari-keluar. II. Pelari-masuk menyaingi pelari yang keluar. III. Secara umum,penukaran baton yang baik berada lebih kurang 2-3 meter melepasi pertengahan zon penukaran baton. IV. Penukaran baton berada pada 2-3 meter melepasi pertengahan zon penukaran baton. I.

D.

Fasa penamat i. Berlari dengan 10 meter lebih dari jarak lariannya. ii. Pelari perlu berlari pecut sehingga melewati garisan penamat. iii. Cara yang paling baik untuk menamatkan larian ialah untuk menonjolkan bahagian dada ke hadapan.

3.0

Gaya 3.1 Gaya selang seli tanpa pandang Dalam acara lari berganti-ganti 4x100 meter, pelari-pelari biasanya mengamalkan gaya selang seli tanpa pandang. Mengikut gaya ini pelari pertama dan ketiga dikehendaki membawa baton dengan tangan kiri, pelari kedua dan keempat pula menerima dan membawa baton dengan kanan. Semasa menerima baton, pelari tidak menoleh ke belakang. Sebaik sahaja pembawa sampai di tandaan pelari akan mula berlari dengan membawa baton. Pelari yang membawa baton akan memberi isyarat supaya pelari yang berada di hadapannya menghulurkan tangan kebelakang untuk menerima baton. Pelari yang menerima baton, ketika melihat ke hadapan menghulurkan tangan kanannya ke belakang. Jari-jari dalam kedudukan rapat dengan ibu jari terbuka serta membentuk huruf V. Sentiasa luruskan tangan dan jangan menggoyangkannya.Pelari yang memberikan baton akan menggenggam baton itu antara ibu jari dengan jari kirinya sambil menghulur ke depan. Pelari yang membawa baton meletakkannya pada tangan pelari yang menerima. Tetapi pelari yang membawa baton jangan melepaskan baton serta-merta. Pada masa yang tepat, baton itu diletakkan ke dalam tangan penerima. Pelari perlu memastikan tangan bahagian mana yang digunakan pembawa untuk menghantar baton dan tangan mana mana pula untuk menerimanya. Pelari yang memberikan baton membiarkan baton itu ditarik kepada tangannya, dan mengawal kelajuan sendiri untuk berhenti.

Rajah 1 : Gerakan menghantar dan menerima baton dalam acara 4x100 meter (tanpa pandang) 5

3.2 Gaya selang seli cara pandang Gaya ini memperoleh namanya hasil tindakan pelari yang menerima baton menoleh ke belakang dan memerhatikan pemberian baton kepadanya semasa pertukaran baton dilakukan. Tugas pembawa baton adalah untuk meletakkan baton ke tangan penerima. Kebiasannya, pemberian itu dilakukan dengan pergerakkan ke bawah.

Rajah 2: Gerakan menghantar dan menerima baton dalam acara 4 x 100 meter (dengan memandang) Pelari yang akan menerima baton memusingkan kepala dan bahunya ke arah baton. Hulurkan tangan kanan ke belakang. Biarkan tangan lurus dan tidak bergerak.Tapak tangan hendaklah menghala ke atas dalam kedudukan terbuka.Pelari yang memberikan baton menggenggam baton antara ibu jari dan jarijarinya yang sebelah lagi.Pelari yang memberi baton menurunkannya lalu meletakkan pada tapak tangan pelari yang menerima, tetapi jangan melepaskan baton serta merta, sehingga penerima menggenggam baton itu. Penerima menarik baton daripada pemberi, memusingkan kepala dan bahu ke depan, lalu meneruskan lariannya. Perlakuan ini diulangi oleh pelari kedua, ketiga dan keempat. Gaya ini kurang sesuai untuk 4 x 100m tetapi sesuai untuk 4 x 400m 3.1.1 Teknik Pemberian dan Penerimaan Baton

Cara Memegang Boton Pada Permulaan Lumba Lari (a) Baton dipegang dengan ibu jari dan jari ketiga. (b) Baton digenggam dengan jari ketiga dan keempat. (c) Baton digenggam dengan jari keempat dan kelima. (d) Baton degenggam dengan ibu jari dan jari telunjuk.

Cara memberi baton a) Kepantasan larian dikekalkan semasa memberi baton. b) Beri isyarat kepada penerima. c) Hulurkan baton dengan tangan yang lurus. d) Perhatikan tangan penerima dan letakkan bahagian hujung baton ke dalam tangannya. Cara Menerima Baton a) Selalu berada dalam keadaan yang bersedia. b) Menoleh untuk memandang pelari yang membawa baton.

c) Sediakan tandaan. Berlepas dengan pantas sebaik sahaja pelari yang membawa baton sampai di tandaan itu. Jangan menoleh ke belakang semasa berlari. (gaya tanpa pandang) d) Hulurkan tangan lurus ke belakang apabila mendengar isyarat daripada pelari yang sedang membawa baton. e) Pegang baton dengan erat di bahagian pangkalnya. Kaedah Pertukaran Baton pelari lain. (a) Hantaran Dari Bawah Ke Atas Dalam teknik ini, pembawa baton akan menghantar baton kepada penerima baton dengan menghayunkannya dari bawah ke atas tangan penerima. Jari telunjuk dan ibu jari penerima dibuka berbentuk V terbalik. Penerima memegang hujung baton. Penyerah baton sedia untuk melepaskan baton dari tangannya. Penerima mengambil baton daripada rakannya. Penyerah baton melepaskan baton daripada tangannya.

(b) Hantaran Dari Atas Ke Bawah. Pembawa baton menghayun baton dari atas ke bawah ke tangan penerima. Tangan penerima diangkat ke belakang dan ke atas.

Tapak tangan penerima menghadap ke langit. Ibu jari dan jari telunjuk penerima berbentuk V untuk menerima baton. Penerima bersedia untuk memegang baton apabila merasakan baton diletak di atas tangannya. Penyerah baton bersedia untuk melepaskan baton apabila baton diletakkan di atas tangan penerima. Penerima baton mengambil baton daripada rakannya. Penyerah baton melepaskan baton daripada tangannya.

4.0

Gaya Pilihan Gaya Yang Dipilih Adalah Gaya Selang Seli Tanpa Pandang Mengikut gaya ini pelari pertama dan ketiga dikehendaki membawa baton dengan tangan kiri, pelari kedua dan keempat pula menerima dan membawa baton dengan kanan. Semasa menerima baton, pelari tidak menoleh ke belakang. Sebaik sahaja pembawa sampai di tandaan pelari akan mula berlari dengan membawa baton. Pelari yang membawa baton akan memberi isyarat supaya pelari yang berada di hadapannya menghulurkan tangan kebelakang untuk meneriman baton. Pelari yang menerima baton, ketika melihat ke hadapan menghulurkan tangan kanannya ke belakang. Jari-jari dalam kedudukan rapat dengan ibu jari terbuka serta membentuk huruf V. Sentiasa luruskan tangan dan jangan menggoyangkannya. Pelari yang memberikan baton akan menggenggam baton itu antara ibu jari dengan jari kirinya sambil menghulur ke depan.Pelari yang membawa baton meletakkannya pada tangan pelari yang menerima. Tetapi pelari yang membawa baton jangan melepaskan baton serta-merta. Pada masa yang tepat, baton itu diletakkan ke dalam tangan penerima. Pelari perlu memastikan tangan bahagian mana yang digunakan pembawa untuk

menghantar baton dan tangan mana mana pula untuk menerimanya. Pelari yang memberikan baton membiarkan baton itu ditarik kepada tangannya, dan mengawal kelajuan sendiri untuk berhenti.

10

5.0

Peraturan : Peraturan 170 Dan Peraturan 166: Lari Berganti-ganti 5.1 Pertandingan Peraturan 170 1. Garisan garisan setebal 5sm hendaklah dibuat merintasi balapan bagi menandakan jarak peringkat larian dan menentukan garisan pembahagi (scratch). 2. Setiap zon sambut hendaklah sepanjang 20m dengan garisan pembahagi (scratch) di tengah-tengahnya. Zon sambut bermula dan tamat dari sisi garisannya yang menghala garisan permulaan, dari arah peserta datang. 3. Garisan tengah zon sambut pertama 4 x 400m (atau zon sambut kedua 4 x 200m) sama dengan garisan permulaan 800m. 4. Zon sambut kedua dan terakhir 4 x 400m ialah garisan 10m di kedua-dua belah garisan permulaan/penamat. 5. Lengkuk yang merintasi balapan pada permulaan memotong masuk pelari kedua (4x400m) dan pelari ketiga (4x200m) di awal bahagian lurus seberang padang hendaklah sama dengan garisan memotong masuk bagi acara 800m, seperti dijelaskan dalam Peraturan 163.5.

Peraturan 166 Pelari baton kedua,ketiga dan keempat boleh mula berlari dalam zon 10 meter tambahan sebelum pertukaran baton Jika baton terjatuh: i. Boleh tinggalkan lorong untuk mengutip baton dengan syarat tidak menganggu peserta lain. ii. Dikutip oleh pelari yang menjatuhkannya. Dalam acara 4x100 meter, tidak dibenarkan pertukaran baton dalam zon pecutan atau pra zon 10 meter. Setiap pelari 4x100 berlari di lorong masing-masing walaupun selepas membuat hantaran baton. Acara 4x200 meter, pelari pertama dan kedua berlari didalam lorong dan pelari ketiga berlari dalam lorong sehingga selekoh pertama. Acara 4x400 meter, pelari pertama berlari didalam lorong sehingga selekoh pertama sahaja. Sekiranya terdapat tiga atau kurang pasukan yang bertanding, perlari pertama berlari dalam lorong sehingga selekoh pertama. Pelari boleh digantikan oleh salah seorang daripada dua orang pelari simpanan yang telah didaftarkan. Pelari yang telah digantikan tidak dibenarkan untuk mengambil bahagian lagi dalam kejohanan itu. Giliran pelari mesti ditetapkan dan dilaporkan sebelum acara bermula.

Mulaan Di Bahagian Selekoh Lorong Larian

11

Sekiranya pelari harus memulakan larian dari bahagian selekoh lorong larian, dia hendaklah memasang blok mulaan secara bersudut. Cara ini akan membolehkan pelari tersebut bergerak dengan lurus ke bahagian dalam lorong lariannya. Semasa berlari di selekoh, perkara-perkara yang berikut perlu diberi perhatian: a) Condong badan ke sisi sedikit ke arah dalam lorong. b) Beban badan di kaki kiri. c) Tangan kiri dijatuhkan sedikit. d) Tangan kanan diayun ke depan melintasi dada dan tolak ke belakang.

ZON PENUKARAN BATON Setiap zon penukaran baton adalah sepanjang 20meter dengan adanya satu garisan pembahagi di tengah-tengahnya. Penukaran baton ini mestilah dilakukan di dalam zon penukaran baton yang panjangnya 20 meter. Dalam acara 4 x 100 meter, zon pemecutan sepanjang 10 meter dibenarkan dan mendahului zon penukaran baton. Zon pemecutan digunakan untuk pelari memulakan larian bila pembawa baton menghampiri titik tanda.

12

Rajah 5 : Zon Pertukaran Baton untuk Acara 4 x 100 meter. Baton hendaklah diserahkan di dalam zon penukaran baton. Penyerahan baton bermula sebaik sahaja ia menyentuh pelari yang menerima dan selesai apabila baton telah benar-benar berada dalam genggaman pelari yang menerima baton. Kebiasaannya, penerima baton akan membuat satu tandaan (check mark) yang jaraknya lebih kurang 15-18 tapak kaki ke belakang garisan mula zon penukaran baton. Apabila pembawa baton berlari sampai ke tandaan yang dibuat itu, penerima baton akan terus berlari dan menunggu isyarat daripada pembawa baton untuk menerima baton dalam zon penukaran baton.

Semasa Dan Selepas Penukaran Baton Sekiranya baton yang dibawa terjatuh semasa melakukan pertukaran, pembawa baton yang berkenaan dikehendaki mengutip baton yang terjatuh itu semula dan memberikannya kepada pelari yang menunggu. Pemberi baton perlulah berlari di tepi penerima baton semasa penukaran baton untuk mengelakkan pertembungan sesame sendiri. Sebelum dan/atau selepas menyerahkan baton, pemberi baton hendaklah berada dalam zon atau lorong masing-masing sehingga balapan tidak berhalangan supaya tidak menghalang peserta-peserta lain.

13

5.2

Alatan Alatan yang digunakan dalam acara lari berganti-ganti ini adalah: Blok permulaan Blok permulaan digunakan dalam semua acara lari berganti-ganti. Blok permulaan akan digunakan oleh pelari pertama. Blok permulaan harus boleh disesuaikan mengikut keselesaan atlit. Cara mengukur blok untuk keselesaan atlit boleh dilakukan seperti dalam gambar berikut:

a) Letakkan blok permulaan dalam ukuran 1 kaki dari garis permulaan. b) Letakkan pedal dua kaki daripada garis permulaan.

(c) pedal sebelah lagi diletakkan dua setengah kaki daripada garis permulaan. (d) Contoh Jarak antara Blok

14

Baton Baton berbentuk tiub bulat bergeronggang dan berpermukaan licin diperbuat daripada kayu, logam atau apa jua bahan yang keras sebatang penuh, berukuran tidak lebih daripada 30sm dan tidak kurang daripada 28sm. Ukur lilitnya hendaklah antara 12sm dan 13sm yang beratnya tidak kurang daripada 50gm. Ia wajar diwarnakan supaya senang dilihat ketika dibawa berlari.

15

6.0

Otot otot yang terlibat 6.1 Fasa Larian

Pectoralis major O Otot-otot tangan: Gluteus maximus O Otot-otot kaki: Kuadriceps Hamstring Gastrocnemius Anterior Deltoid Biceps Triceps Brachioradialis Flexor carpi radialais

16

7.0

Lampiran

17