Anda di halaman 1dari 8

Selamat Datang Ke Firnena Department Kesihatan Haiwan!

Memandangkan Firnena Kesihatan Kucing adala sebuah mini website, dan


tujuannya pula adalah supaya anda boleh segera bermula secepat mungkin dalam
mengubati haiwan kesayangan anda, maka format penjelasan yang ada dalam
ebook ini adalah berkonsepkan straight to the point.

Baiklan, semak Pakej yang tiba. Ia sepatutnya mengandungi sebotol Penawar
Haiwan dan satu alat plastik kecil bagi tujuan menyumbat / menyuntik penawar ke
dalam mulut haiwan.

Sudah semak? Ada? Okay...Kita mulakan.

Kategori Pertama Untuk Kucing Sakit

Kita bermula dengan kucing yang sakitnya di tahap sederhana. Maksud saya;
kemungkinan ia sakit kerana demam, jangkitan selsema atau tidak lalu makan.
Simptom-simptom ini adalah pembunuh kucing dalam keadaan perlahan. Ia
mengambil jangka masa yang agak lama berbanding penyakit-penyakit kronik untuk
menunjukkan kesan ketara.

Cara untuk ubati adalah dengan menggunakan satu dos penuh sebanyak ini:



Dos sebanyak itu harus diberi setiap hari (tak kisah siang atau malam).

- Amalkan selama seminggu 7 hari.

- Kemudian jarakkan menjadi selang 2 hari selama seminggu lagi.

Selepas tempoh ini, ia dijangka sudah sihat. Maka anda boleh terus kepada babak
Penjagaan Kucing Sihat. (Iaitu selang 3 hari berterusan, dalam kuantiti yang sama.)

Untuk anak kucing dan arnab (2 3 bulan ke atas), separuh dos.

Penawar Kesihatan Kucing (Haiwan)

Kandungan penawar ini sebenarnya unik. Tetapi apa yang perlu anda ketahui
adalah; ia tidak mengandungi apa-apa unsur kimia atau bahan merbahaya. Ia
mengandungi herbal-herbal tradisional dan moden, digabungkan bersama bagi
tujuan mengubati dan juga menaikkan taraf kesihatan.

#1 - Penyakit Kulit seperti Kurap dan Gatal-gatal.

Penyakit ini amat biasa. Kucing yang terkena simptom ini selalunya berada dalam
suasana harian yang kotor. Punca pemakanan bukan sebab utama tetapi minuman.
Kemungkinan ia banyak mendapatkan sumber minuman di longkang-longkang atau
lopak air yang kotor. Memang selalu sangat kucing yang terbiar di lorong-lorong
terdedah kepada bahana ini.
Firnena Kucing Page 1

Kucing saya tinggal dalam rumah, tapi tetap ada simptom macam ni. Kenapa?

Manusia dan haiwan berbeza. Andaikata anda membela kucing di dalam rumah,
sedikit sebanyak semestinya ia ada membuang najis atau kencing (pancut) dalam
rumah. Kuman-kuman dari najis ini walaupun dicuci, akan tetap ada melekat di
mana-mana. Apatah lagi kalau kes pembuangan najis dan pancut berulang. Kita rasa
kita dah bersihkan sebaik mungkin tetapi sangkaan tersebut selalunya salah.
Andaikata kucing membuang najis di tempat lain pula (dalam rumah), maka kuman-
kuman ini akan bergabung dengan kuman lama yang ada.

Hanya kalau kes pembuangan najis itu berlaku sekali dua, kemudian anda ketatkan
displin dengan tidak membenarkan ia melakukannya lagi dengan cara melarang ia
untuk berkeliaran di dalam rumah dengan bebas. Makna kawasan tersebut
memang tidak mungkin lagi terdedah kepada pembuangan najis kucing. Maka lama
kelamaan ia akan bersih semula sebab kuman-kuman lama tidak menjumpai
sebarang teman untuk teruskan generasi kehidupan. Kalau begini, maka rumah
anda bersih dan jangkitan penyakit 90% tiada.


#2 - Penjagaan Haiwan Sakit Teruk

Baiklah, kita teruskan kepada babak seterusnya, bagi haiwan yang terlibat dengan
penyakit berat keracunan, batu karang, pendarahan dalaman dan cacing kerawit
tahap dewasa (yang berupaya melenyapkan selera makan haiwan dengan cepat dan
membunuh dalam masa lebih kurang seminggu).

Dos yang diperlukan adalah isian penuh.

Diberikan pada waktu pagi (8 9 pagi). Disebabkan dos agak banyak, jangan
sumbat sekali shot. Sebab kalau buat macam tu; akan tersembur keluar semula (tak
masuk semua ke dalam). Geser-geser (pat) kepala haiwan secara gentle, dan
kemudian pujuk ia untuk membenarkan dos di masukkan perlahan.

Bahagikan kalau boleh kepada 3 bahagian 3 kali suntikan. Kalau tumpah sedikit tu
tak apa. Yang penting masuknya penawar banyak.

Selepas melakukan ini, anda tak perlu berikan ia apa-apa. Tak perlu berulang-alik
beri tumpuan nak bagi apa-apa lagi. Biarkan saja. Tak perlu bagi makan atau susu.
Ini kerana penawar ini sudah terbukti merangkumi semua aspek. Ia akan
membekalkan organ dalaman haiwan dengan zat vitamin secukupnya.

Nota: penawar ini bukan seperti zat vitamin biasa. Ia lebih kuat. Di samping memberi
nutrisi dan memperbaiki organ dalaman haiwan, ia juga akan singkirkan kotoran dan
kuman yang menyebabkan penyakit kepada haiwan.

Kemudian, anda dikehendaki memberi satu lagi dos penuh kepadanya dalam lebih
kurang pukul 3 4 petang macam tu. (Saya harap dos pertama adalah pukul 8 9
pagi.Jangan terlalu lewat sehingga 11 atau 12pm.)

Pun sama buat sebagaimana mula tadi. Pujuk ia menerima dos perlahan.

Terakhir; pada satu lagi dos pada pukul 11 12 malam macam tu.
Firnena Kucing Page 2
Oleh kerana ia sakit teruk, apa yang perlu anda pastikan adalah ia berehat di tempat
yang bersih di lapik kain dan juga kertas bersih. Itu saja. Bersabar beri masa
penawar tu meresap dan men-sihatkan ia semula.

Baiklah, setelah melakukan teknik tersebut, nampaknya tidak banyak yang perlu
anda lakukan lagi selain dari menunggu. Haiwan akan memberi isyarat ia lapar
apabila dengan lemah ia bangkit dan berbunyi. Di ketika ini, adalah elok anda
memberikan makanan lembut khas untuk haiwan iaitu makanan tin. Jangan gaul
dengan nasi. Selalunya yang paling berkesan adalah jenis Sardin + Squid (kalau
untuk kucing). Jenis daging selalunya hanya elok untuk yang sihat.

Mengikut kajian, ia akan makan setelah seminggu anda pastikan penawar diberi ikut
jadual (3 kali sehari). Apabila ia mula untuk makan, jadikan pemberian penawar
dengan hanya 2 kali sehari pagi dan malam sahaja. Amalkan begini sehingga anda
nampak kesan ia betul-betul berselera untuk makan secara normal semula.

Perlahan-lahan kurangkan pemberian penawar kepada satu dos penuh selang-
sehari pula - selama seminggu.

Dan apabila ia sudah normal (sihat), jadikan pemberian penawar kategori haiwan
sihat. Sila baca babak Penjagaan Haiwan Normal pula.


#3 Arnab

Penjagaan arnab tak banyak beza dengan kucing. Disebabkan saiz mereka yang
lebih kurang sama. Jadi, andaikata arnab sakit teruk, anda boleh ikut panduan yang
telah diberi setakat ini.

Penternak Arnab



Yang sangat bagusnya penawar ini adalah buat penternak arnab. Penternak arnab
bertujuan nak buat duit dan dengan memiliki penawar serta pengetahuan melalui
ebook ini, anda bakal menjadi penternak arnab berjaya. Mengamalkan pemberian
penawar ini (mengikut jadual) akan membuatkan arnab jadi sihat dan mudah
membiak. Tahap kecergesan baka jantan untuk mengawan akan jadi subur,
manakala baka betina pula akan bersedia mengandungkan baby-baby sihat, dan
melahirkannya juga sihat. Ini kerana sejak di dalam womb (rahim), anak-anak
tersebut sudah dilengkapi dengan zat nutrisi. Ibunya pula amat sihat dan kuat. Jadi,
proses dari mula hingga akhir menyaksikan kitaran sihat tanpa masalah.

Proses kelahiran disambung lagi dengan bekalan susu yang sihat dari ibu.
Firnena Kucing Page 3

Ringkasannya di sini: arnab tersebut akan
senantiasa berada dalam kitaran produktif.
Yang perlu dilakukan adalah memastikan ia
diberi penawar tersebut secara konsisten.

Perhatian: baby-baby kecil tersebut tidak
perlu diberi penawar. Cuma dikhuatiri pada
peringkat ia separuh besar, jangkitan cacing
akan berlaku. Bagi memastikan perkara ini
tidak berlaku, disarankan agar memberi dos
kecil kepada anak ini apabila ia masuk di bulan ke-2. (Dah besar sikit.) Dos yang
harus diberi cuma separuh. Sikit sahaja. Teruskan beri dos
kecil ini selang 2 hari. Penawar ini telah terbukti berjaya
membanteras penyakit cacing pembunuh baby tanpa perlu
diberi apa-apa ubat lain. Lebih mengenai ini akan diterangkan
di babak seterusnya.

Gambarajah menunjukkan arnab dalam lebih kurang 2 - 3
bulan. Dalam fasa ini sudah sesuai untuk diamalkan setengah
dos sekali sehari. (Selang 3 hari.)


# 4 Sukatan Dos untuk Anjing

Basically, langkah yang perlu diambil adalah sama saja buat semua. Cuma yang
berbeza adalah sukatan dos berdasarkan saiz haiwan.



Sekiranya jenis anjing anda lebih kurang besar yang ditengah itu, maka anda
bernasib baik. Sukatan dos anjing sebesar itu adalah satu dos penuh seperti biasa,
dan kemudian selang 3 4 hari.

Kalau anjing anda jenis besar (seperti kiri dan kanan), maka anda tiada pilihan
melainkan kena berbelanja lebih sikit kalau anda mahu ia mengamalkan penawar ini.
Tetapi sebenarnya perkara ini tidak menjadi masalah. Walaupun satu dos penuh
dengar macam sikit saja, anda harus tahu bahawa penawar ini kuat. Anjing bersaiz
besar memerlukan 2 dos penuh dan kemudian seperti biasa; selang 3 atau 4 hari
mengamalkannya.
Firnena Kucing Page 4

#5 Penjagaan Kepada yang Normal (Sihat)



Dengan penerangan ringkas ini, topik Firnena Kesihatan Haiwan hampir meliputi
semuanya mengenai apa yang perlu anda tahu dalam usaha penjagaan haiwan
mengunakan teknik ini. Itulah kelebihan sesuatu yang berkesan. Tidak perlu
penerangan yang panjang lebar. Sebaik saja anda bermula, penawar ini akan
memainkan hampir seluruh peranan memastikan kesihatan haiwan kesayangan
terjaga. Hanya tinggal anda yang akan memastikan kesihatan seterusnya dengan
memberikan makanan seimbang.

Perhatian: saya benar-benar syorkan anda berikan makanan tin. Sebab makanan
begini diproses dengan menambahkan zat nutrisi berkualiti yang sukar untuk
dipastikan haiwan mendapat secukupnya melalui amalan pemakanan biasa.

Oleh itu, kita kini sampai kepada bahagian paling mudah Teknik Penjagaan
Kesihatan Haiwan ini. Kalau haiwan kesayang sudah sedia sihat, dan anda Cuma
mahu me-maintain-kan kesihatan atau mahu meningkatkan lagi dari sekadar biasa-
biasa, maka:

- 1 dos sukatan penuh

- Selang 3 4 hari berterusan

Manakala untuk anak kucing dan arnab, separuh dos sahaja. Anak anjing yang agak
besar saiznya, sila beri 1 dos penuh. Untuk pengetahuan anda, tiada bahaynya kalau
terlebih dos diberikan. Penawar ini selamat. Cuma kawalan dos diperlukan bagi
mengawal tahap kecergasan supaya ia terkawal. Kalau terlebih, dikhuatiri tahap
agresif haiwan tersebut akan jadi tinggi lalu mewujudkan ke-tidak-selesaan
kepadanya. So; amalkan dos yang telah digaris-panduankan.

Itu saja! Selesai.

Tips:anda juga boleh menggunakan minyak kelapa sawit yang telah diguna goreng ikan
untuk sapuan bagi mengubati kurap. Sangat berkesan. Hanya yang telah diguna sahaja.





Firnena Kucing Page 5
# 6 - Sakit

Malangnya, penyakit tidak pernah berhenti mencari
haiwan-haiwan yang tidak dijaga sebaiknya sebagai
mangsa. Salah satu penyakit yang paling awal
dihadapi adalah selepas 4 minggu kelahiran (atau
sebulan). Kebanyakkan haiwan peliharaan tidak dapat
lari dari penyakit serangan cacing kerawit haiwan
yang akan serang hampir semua haiwan peliharaan
tidak kira jenis. Ia adalah penyakit paling popular
(sering sangat terjadi) di antara semua penyakit yang
ada. Serangan cacing tersebut tinggi peratusnya membawa maut. Ini bergantung
kepada beberapa faktor, tetapi hanya 3 yang paling utama:

- Kesihatan ibu

- Persekitaran

- Pembawaan

Andaikata kesihatan ibu haiwan mengandung sihat di permulaan, maka risiko anak-
anak selamat dari maut adalah 60% - 40%. Tetapi kalau ibunya kesihatannya tidak
berapa bagus (agak kurus), selalu tidak cukup makan, maka anak-anak dijangka
tidak akan selamat dari serangan cacing ini.

Persekitaran selalunya haiwan
peliharaan yang terkurung dalam rumah
tidak dibenarkan keluar menikmati
suasana dan udara segar, akan memberi
peluang kepada kuman-kuman lain
terkumpul dalaman rumah untuk
bergabung dengan kuman cacing ini.
Walaupun rumah tersebut dirasai
(anggap) bersih, namun kuman-kuman
tetap ada. Kuman-kuman ini liat untuk
meninggalkan kawasan mereka melainkan kawasan tersebut dibasuh dengan air
panas + bahan pencuci (clorox) bagi memastikan kebersihan total. Namun;
persekitaran tetap memainkan peranan dalam menghasilkan tahap aktif cacing-
cacing pembunuh itu terutama persekitaran kotor.

Pembawaan adalah berdasarkan penurunan genetik dari ibu bapa haiwan terbabit.
Samaada dari gen bapa, atau ibu. Sekiranya ibu bapa haiwan berada di tahap
kesihatan memuaskan, maka peluang anak-anak selamat adalah tinggi. Ini bukan
kerana cacing itu tak kuat, tetapi tahap kesihatan anak yang menyusui ibu yang
sihat, mempunyai imunisasi melawan penyakit yang bagus. Tetapi ada juga kes ibu
haiwan yang sihat (sederhana) tetapi anak-anak kemudiannya dijangkiti cacing
kerawit hingga mampu membunuh anak-anak
dengan pasti.

Perlu anda tahu; gejala cacing ini bagaikan
penyakit wajib yang akan muncul apabila anak-
anak mencapai sekitar 2 3 bulan. Ia seumpama
parasit yang akan memakan sumber-sumber
kesihatan yang ada di dalam badan haiwan.
Cacing-cacing ini selalunya tidak begitu kuat
Firnena Kucing Page 6


terhadap haiwan dewasa (tengok jenis juga) Tetapi terhadap anak-anak, ia cukup
kelengkapan membawa maut.

Hampir semua akan melalui proses ini. Persoalannya; bukan samaada cacing itu
kuat, kronik atau biasa. Tetapi; adakah anak-anak haiwan itu berjaya melepasi
serangan yang bakal berlaku itu? Serangan cacing bukan penyakit berpanjangan,
tetapi mempunyai tempoh tertentu. Selalunya; kalau selepas 3 minggu serangan
cacing berlaku dan anak haiwan selamat, maka peluangnya untuk meneruskan hidup
sehingga dewasa menjadi cerah. (Tahniah!)

Maka dengan mudah menyelesaikan masalah cacing ini seterusnya memastikan
anak haiwan berjaya melepasi tahap maut ini, sila pastikan anda berikan satu dos
penuh sebaik saja ia kelihatan sudah bercerai susu (tidak beberapa memerlukan
susu ibu). Sudah nampak ia sepatutnya memulakan alam makan pula. Selalunya ia
memasuki bulan ke -2 atau 3. Jangan tunggu ia nampak sakit baru nak bagi. Diharap
bersiap-sedia apabila ia masuk ke umur itu.

Berikan separuh dos selang sehari dan kalau anak anjing yang bersaiz agak besar,
satu dos; juga selang sehari. Selepas seminggu, jarakkan kepada selang 2 hari dan
apabila masuk minggu ke-3, sudah boleh dijarakkan lagi dengan menjadikan ia
selang 4 hari.

# 7 - PEMBANTERASAN LEBIH BERKESAN Ubat Cacing Vet

Seni penjagaan kucing atau apa jua haiwan peliharaan, adalah
sebaik mungkin mengelakkan ia dari dijangkiti sebarang
penyakit ataupun jatuh sakit.

Seelok-eloknya, selepas sebulan kelahiran, anda dikehendaki
memberi ia ubat cacing. Ubat cacing ni boleh didapati di Vet
di kawasan anda. (Klinik Haiwan.) Sama ada doktor akan beri ubat ini dalam bentu
cecair atau kapsul, ia bertujuan untuk membuang cacing yang ada. Juga; membunuh
kuman penyebab cirit-birit.
k

Saya benar-benar tegaskan agar anda ikuti langkah memberi ubat ini. Ingat; dalam
lebih kurang sebulan atau 3 minggu, ubat ini layak diberi. Ubat ini selalunya berada
dalam lingkungan RM10.

Andaikata haiwan peliharaan melampau
benar sakitnya nampak lembik, lesu dan
sangat kurus, adalah lebih baik anda mulakan
proses rawatan dengan memberi ubat ini
(minta saja pada doktor dengan nama ubat
cacing, cirit atau demam). Ubat ini tak perlu
diberi terus-menerus. Kalau ia dalam keadaan
tenat, berikan ubat ini (mengikut sukatan yang
Firnena Kucing Page 7
telah doktor berikan), kemudian selepas beberapa jam (lebih kurang; 4 5 jam),
berikan pula penawar haiwan firnena.

Kalau ia tidak sakit, dan anda mahu berikan semata-mata kerana langkah
penjagaan, maka cuma perlu berikan 2 kali sahaja. 3 lebih elok. Sebab kalau ia ambil
ubat ini dalam keadaan sihat, kesannya lebih cepat. Segala kuman penyakit akan
terhapus. Seterusnya, ia LEBIH BERSEDIA mengamalkan penawar firnena.

Memang begini. Ubat doktor ini bukan amalan, tetapi sebagai langkah rawatan di
tahap maksimum. Kombinasi 2 ini akan membuatkan haiwan kesayangan lebih
berjaya kesihatannya.

Contoh Teladan #1: saya pernah mempunyai anak kucing yang mengalami cirit-birit.
Saya berikan ia penawar firnena seperti biasa. Walaupun ia kelihatan sihat dan
cergas, namun ciritnya masih ada. Melalui penilaian saya; anak kucing ini mengalami
cirit-birit berat. Selepas 2 minggu berikan penawar firnena, ia pulih dan sihat
sepenuhnya.

Contoh Teladan #2: kali ini, saya ada seekor lagi anak kucing yang sama kesnya
cirit-birit sepertimana anak kucing pertama. Yang ini, saya mulakan rawatan dengan
memberi ia dos ubat cacing yang diberikan doktor, 2 hari berturut-turut (sekali sahaja
sehari). Di susuli dengan penawar firnena dan selepas 4 hari sahaja, cirit-biritnya
hilang terus! Hasilnya di sini: lebih cepat, lebih berkesan dan sempurna.

Jadi, teramat elok kalau anda membuat persediaan dengan ubat cacing ini disimpan
di rumah. Mana-mana haiwan sakit, mulakan dengan memberi ubat ini, di samping
itu penawar firnena sebagai susulan dan amalan. Pemberian ubat cacing; sama saja,
suntik ke dalam mulut haiwan (sila ikut dos saranan doktor).

Begitulah mudah!

Kombinasi yang telah diberi akan menyelesaikan masalah serangan cacing kerawit
termasuk yang sangat kronik. Anak kucing (haiwan) pula; akan membesar dengan
elok tanpa sebarang masalah. Well, itu saja seni menjaga serta merawat haiwan
peliharaan / kesayangan di tahap terbaik. Semoga berjaya!



Nota: gambar menunjukkan tahap anak-anak haiwan yang sesuai untuk mula
diberikan dos separuh. (Anjing dos penuh.)

PS: sebagai pelanggan berulang, anda tak perlu pesan dengan cara mengisi borang di website
firnena lagi. Cuma email-kan beritahu maklumat pembayaran serta berapa botol yang mahu di
pesan. Contoh: bank-in RM80 ka|au 2 oo|o|, atau RMJ00 un|uk 3 (d|skaun). Pembayaran dibuat
dalam akaun Maybank atau CIMB sepertimana tertera di website. Boleh juga kalau nak guna bo-
rang di website. Caranya: tulis (tambah) jumlah botol pesanan di belakang 'Firnena Kucing' di ba-
hagian Tajuk Pesanan. Contoh: Firnena Kucing 3 (atau berapa botol yg anda mahu).

www.firnena.com/kucing
Firnena Kucing Page 8