Anda di halaman 1dari 9

Jenis-jenis Aktiviti Bertutur (3) Berceramah dan Berpidato

Aktiviti Berceramah/Berucap
Ucapan ialah kata-kata yang mengandungi isi bagi melahirkan berbagai-bagai harapan dan perasaan Kegiatan melafazkan kata-kata kesejahteraan, rasa terima kasih, tahniah, takziah, simpati, sedih, gembira di khalayak Kata-kata begini terkandung dalam berbagaibagai jenis ucapan seperti ucapan perasmian, menyambut tetamu, selamat datang, perpisahan, takziah dan tahniah ataupun ceramah tentang sesuatu perkara

Sambungan.. Biasanya memberi peluang kepada murid-murid berlatih berucap atau bercakap di hadapan kelas. Mereka diminta mengandaikan percakapan itu berlaku dalam sesuatu majlis atau pertemuan Perkara dititikberatkan cara mereka hendak memulakan ucapan tersebut mengikut tempat dan situasi Apakah isi hendak dicakapkan dan bagaimana pula cara menutup ucapan itu Di samping itu dikehendaki menggunakan bahasa yang sesuai, tepat dan boleh dituturkan dengan baik

Sambungan Dalam kelas berbagai-bagai hal boleh ditimbulkan dan murid-murid diminta membuat ucapan pendek Umpamanya boleh berucap untuk mengucapkan selamat tahun baru, selamat naik darjah, selamat bertemu kawan-kawan sedarjah, selamat berpisah kepada kawan yang akan bertukar, selamat hari jadi dan sebagainya Mereka juga boleh berucap menyampaikan rasa takziah kepada rakan-rakan yang mendapat kesusahan dan mengucapkan tahniah kepada kawan-kawan kerana kejayaan

Tujuan Aktiviti Berceramah/Berucap


Melatih bertutur dengan betul terutama dari segi sebutan, tekanan, intonasi, nada dan sebagainya Membolehkan memperluaskan perbendaharaan kata dan dengan ini mereka dapat melahirkan idea-idea bernas, meluahkan pandangan dan pendapat secara berani, tegas, teratur dan kemas Untuk melatih menggunakan bahasa lisan dalam situasi dan konteks tertentu dan dengan ini mereka akan lebih sedar akan pentingnya penggunaan bahasa mengikut laras-larasnya.

Sambungan Melatih berucap dengan betul dan yang ditekankan ialah cara menyampaikan ucapan, penggunaan bahasa ucapan, ketepatan penggunaan kata dan sebagainya Untuk membina minat, mengikis rasa rendah diri, memupuk keyakinan diri dan mempertingkatkan pembinaan personaliti Untuk membolehkan murid-murid menguasai kemahiran lisan. Hal ini bermakna mereka dapat bertutur dengan fasih, lancar, dan boleh berkomunikasi dengan baik

Aktiviti Bersyarah/Berpidato
Pidato adalah kata-kata memberi keterangan, huraian, penjelasan dan ulasan Berperanan menerangkan, memberi interpretasi dan menghuraikan idea dan konsep tertentu, yang sudah diketahui atau belum diketahui Bergantung kepada tajuk atau perkara yang dibawa atau disyarahkan Umpamanya syarahan agama menyentuh hal agama; politik, sastera, budaya, ekonomi, kemasyarakatan dan sebagainya

Sambungan
Di sekolah, sama ada sekolah menengah atau rendah, aktiviti ini memang satu kebiasaan Murid-murid diminta mengambil bahagian dan menunjukkan kebolehan mereka Kadangkala aktiviti ini dibuat dalam bentuk peraduan, iaitu murid-murid bertanding bersama rakan-rakan Pada masa-masa tertentu, peraduan seperti ini dilanjutkan pula ke peringkat antara sekolahsekolah

Tujuan Aktiviti Bersyarah/Berpidato


Melatih mencari dan memikirkan isi syarahan berpandukan tajuk yang penting didahulukan Melatih supaya boleh menyampaikan isi syarahan melalui penggunaan bahasa lisan yang tinggi dan bermutu Mengikis-perasaan malu dan rendah diri dalam kalangan murid Membolehkan murid-murid bercakap dengan gaya betul. Mereka dapat dilatih mengeluarkan idea, memberi pendapat dan pandangan bernas, logik dan matang