Anda di halaman 1dari 3

PERBINCANGAN

Tahap kebolehan membaca al-Quran Dapatan kajian menunjukkan guru pelatih hanya menguasai kemahiran atau pengetahuan yang rendah dalam membaca al-Quran. Mereka didapati kurang menguasai kemahiran atau pengetahuan yang lebih tinggi dan mencabar. Contohnya, ilmu tajwid dan tandatanda bacaan, menghafaz ayat-ayat al-Quran dan membaca al-Quran di khalayak ramai. Masalah-masalah tersebut boleh dikaitkan dengan faktor-faktor berikut :i. Faktor Pembimbing Sebahagian besar guru pelatih mendapat pendedahan awal pembelajaran membaca al-Quran daripada pembimbing yang tidak bertauliah. Ramai dibimbing oleh tok-tok guru dan ibu bapa sendiri yang tidak dilatih khas untuk membimbing membaca al-Quran. Ini bererti guru pelatih tersebut tidak dibimbing secara teratur ketika mula belajar membaca al-Quran. Ini mengakibatkan tahap kebolehan membaca al-Quran yang rendah di kalangan guru pelatih tersebut. Faktor Peruntukan Masa Mata Pelajaran Pendidikan Agama Islam Di sekolah rendah, Pendidikan Agama diperuntukkan 180 ninit seminggu. Sementara sukatan pelajarannya adalah luas. Ia termasuk aspek Tilawah Quran(bacaan, hafazan dan tafsir), asas Ulumul Syariah( ibadah, akidah dan sirah), asas Akhlak Islamiyah dan amali. Di samping itu, guru pendidikan Islam dikehendaki menyempurnakan Perkara Asas Fardhu Ain(PAFA) dalam waktu yang sama. Memandangkan sukatan Pendidikan Agama adalah berat dan pelbagai, peruntukan masa 180 minit seminggu sudah tentu tidak memungkinkan pembelajaran membaca al-Quran disempurnakan sepenuhnya. Faktor Kurang Penekanan Terhadap Ilmu Tajwid Walaupun dapatan kajian menunjukkan kebanyakan respoden pernah mendapat pendedahan Ilmu Tajwid tetapi ianya hanya berlaku secara tidak sengaja. Akibatnya tidak ramai di kalangan mereka yang benar-benar menguasai Ilmu Tajwid. Malah ada yang langsung tidak tahu hukum-hukum asas yang terdapat dalam Ilmu Tajwid, apatah lagi mengaplikasikannya dalam bacaan al-Quran. Keadaan ini berpunca dari kurangnya penekanan terhadap Ilmu Tajwid semasa mereka belajar membaca al-Quran. Pembelajaran dan pengajaran yang tidak sistematik turut menjadi punca . Keadaan ini menjadi bertambah parah apabila dalam pendidikan Islam di sekolah, Ilmu Tajwid hanya disampaikan melalui penggabungjalinan kemahiran Tilawah al-Quran sahaja. Peruntukan masa khas untuk Ilmu Tajwid tidak disediakan. Ia lebih banyak bergantung kepada budi bicara guru Pendidikan

i. i.

i. i.

i.

Islam sendiri. Adalah malang bagi ibu bapa yang beranggapan Pendidikan Islam di sekolah sudah membebaskan mereka dari tanggungjawab memberi ilmu kepada anak-anak mereka khususnya yang berkaitan dengan ilmu Fardhu Ain, termasuk Ilmu Tajwid. Faktor Sikap Ibu Bapa Sikap ibu bapa yang mengutamakan pencapaian akademik dan membelakangkan kebolehan membaca al-Quran juga turut memainkan peranannya . Ramai ibu bapa akan terkilan sekiranya anak mereka tidak mecapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan awam tetapi tidak ramai yang terkilan jika anak mereka tidak boleh membaca al-Quran mengikut hukum tajwid. Faktor Kurang Penekanan Terhadap Amalan Membaca Al-Quran Dalam Kehidupan.

i.

Kajian mendapati hanya sebilangan kecil guru pelatih kerap kali membaca alQuran. Ramai yang tidak menjadikan membaca al-Quran sebahagian daripada amalan hidupnya . Sikap sambil lewa terhadap perkara tersebut telah menyebabkan tahap kebolehan membaca al-Quran yang rendah dan kurang keyakinan membaca al-Quran di khalayak ramai di kalangan guru pelatih. Perbandingan tahap kebolehan membaca al-Quran berdasarkan beberapa aspek tertentu Perbandingan tahap kebolehan membaca al-Quran di kalangan guru pelatih berdasarkan aspek (i) Jantina , (ii) Kelayakan akademik , (iii)Pencapaian Mata Pelajaran Agama Islam dalam SPM dan (iv)Pengkhususan , mendapati tidak wujud perbezaan signifikan kecuali aspek jantina dan pencapaian mata pelajaran Agama Islam dalam SPM. Ujian t yang dikendalikan menunjukkan guru pelatih perempuan mempunyai tahap kebolehan membaca al-Quran yang lebih tinggi daripada guru pelatih lelaki . Ini selaras dengan dapatan kajian yang dijalankan oleh Razali Ismail (1996). Sementara ujian khi kuasa Dua mendapati guru pelatih yang berpencapaian tinggi dalam mata pelajaran Agama Islam lebih tinggi tahap kebolehan membaca al-Quran daripada mereka yang berpencapaian rendah dalam mata pelajaran Agama Islam SPM. Perbezaan tahap kebolehan membaca al-Quran antara guru pelatih perempuan dan lelaki kemungkinan besar disebabkan oleh sikap mereka terhadap kewajipan mempelajari membaca al-Quran. Guru Pelatih perempuan lebih tekun dan sabar manakala guru pelatih lelaki cenderung bersikap sambil lewa. Perbezaan tahap kebolehan membaca al-Quran antara guru pelatih yang berpencapaian tinggi dan berpencapaian rendah dalam keputusan mata pelajaran Agama Islam SPM boleh dikaitkan dengan perbezaan tahap pengetahuan al-Quran di kalangan guru pelatih tersebut.

CADANGAN Berdasarkan dapatan kajian, beberapa cadangan dikemukakan untuk meningkatkan tahap kebolehan membaca al-Quran di kalangan guru pelatih. i. ii. iii. iv. v. vi. Pihak Bahagian Pendidikan Guru sepatutnya mengasingkan mata pelajaran alQuran dengan Mata Pelajaran Pendidikan Islam. Ini membolehkan perhatian yang lebih diberi kepada mata pelajaran tersebut. Pihak Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM) peringkat Institut perlu mengadakan bengkel Quran dan kelas bimbangan al-Quran khususnya untuk pelatih yang tidak mengenal huruf-huruf al-Quran. Kelas membaca al-Quran secara intensif diadakan pada hari tertentu. Bahagian Pendidikan Guru perlu mengadakan bengkel dan kursus kemahiran alQuran untuk semua pensyarah Jabatan Pendidikan Islam dan Moral di Institut Perguruan Darulaman. Selain mempelajari al-Quran secara Talaqi Musafahah, pembelajaran pengajaran al-Quran dengan menggunakan pelbagai media seperti komputer juga boleh diperkenalkan supaya lebih menarik minat guru pelatih. Sukatan pelajaran Dinamika Pendidikan Islam yang hanya memperuntukkan lima jam satu semester untuk kaedah Iqrak adalah belum mencukupi bagi mengatasi kemahiran membaca al-Quran . Oleh itu , tambahan masa untuk perkara tersebut perlu dipertimbangkan.

KESIMPULAN Secara keseluruhan , kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap kebolehan membaca alQuran di kalangan guru pelatih Kursus Diploma Perguruan Malaysia yang bukan pengkhususan Pendidikan Islam Institut Perguruan Darulaman . Dapatan kajian menunjukkan tahap kebolehan membaca al-Quran guru pelatih tersebut agak rendah khasnya aspek pembacaan al-Quran yang lebih mencabar yang memerlukan kemahiran yang lebih tinggi . Juga didapati wujudnya perbezaan signifikan tahap kebolehan membaca al-Quran di kalangan guru pelatih perempuan dan lelaki. Beberapa cadangan dikemukkan untuk pihak berkenaan meningkatkan tahap kebolehan membaca al-Quran di kalangan guru pelatih.