Anda di halaman 1dari 6

SEJARAH RINGKAS SQUASH MALAYSIA DAN ANTARABANGSA Di England, beberapa sekolah mula mencuba dalam permainan ini dengan

mendirikan gelanggang sendiri. Pada tahun 1825, permainan ini telah diperkenalkan di Sekolah Harrow. Perkataan squash adalah dipercayai diambil dari bunyi bola semasa ia terkena raket. Pada mulanya, squash dimainkan secara suka-suka sahaja. Selepas perang dunia pertama, ia telah menjadi sukan yang dipertandingkan di peringkat antarabangsa. Persatuan Squash di England ditubuhkan pada tahun 1929. Pada tahun-tahun awal pertandingan squash, ianya telah dimenangi oleh pemain-pemain Inggeris, tetapi selepas tahun 1950-an permainan ini telah dikuasai oleh Negara Pakistan yang dimulai oleh Hashim Khan. Kemudian, diikuti pula oleh adiknya Azam Khan dan supupunya Roshan Khan. Permainan squash akhirnya telah dibawa masuk ke Malaysia oleh orang-orang Inggeris yang bertugas di negara ini. Tarikh tepat permainan squash diperkenalkan di Malaysia tidak dapat dipastikan. Adalah dipercayai ia diperkenalkan sekitar tahun 1920an. Pada masa itu, ia dimainkan oleh kelab-kelab, khusus untuk orang-orang kulit putih. Permainan squash mula diminati oleh rakyat negara ini selepas perang dunia kedua. Selepas tahun-tahun 1960-an, squash mula menjadi satu permainan yang semakin diminati hingga ada sekolah-sekolah dan persatuan-persatuan sukan memasukkan permainan ini di dalam senarai sukan mereka. Pertandingan dan kejohanan squash mula dianjurkan sama ada di peringkat sekolah, kelab atau jabatan. Pada tahun 1972, sekumpulan peminat dan pemain squash di sekitar Kuala Lumpur telah bertemu di Kelab Tasik Perdana Kuala Lumpur bertujuan menubuhkan sebuah persatuan khusus untuk sukan ini. Akhirnya, Persatuan Squash Malaysia (PSM) telah didaftarkan secara rasmi dan diiktiraf sebagai badan sukan untuk permainan squash di seluruh Malaysia. Datuk Hisyam Albakri adalah presidennya yang pertama. Dengan adanya Persatuan Sepak Takraw Malaysia, banyak persatuan-persatuan squash negeri ditubuhkan termasuk Kelab Squash Angkatan Tentera Malaysia dan Kelab Squash Polis Diraja Malaysia. Beberapa pertandingan mula diadakan seperti di Kolej Melayu Kuala Kangsar tahun1939 dan Pertandingan Piala Tiger tahun 1966. Squash terbukti telah meletakkan nama Malaysia harum di puncak dunia khususnya melalui kejayaan Nicol Ann David yang muncul selaku pemain terbaik wanita dunia tahun 2005 dan Olahragawati Asia 2007. Melalui usaha yang tidak mengenal jemu di dalam menampilkan cabaran negara pada setiap kejohanan diperingkat antarabangsa, segala usaha itu kini membuahkan hasil. Di sana sini terelibat pemain squash negara berjuang melakar kejayaan diri demi negara. Nama-nama seperti Nicol Ann David, Ong Beng Hee dan Mohd Azlan Iskandar kini meniti dibibir lawan sebagai pencabar yang digeruni untuk ditemui.Kejayaan Nicol Ann David menjuarai kejohanan squash Terbuka Hong Kong sekaligus ternobat selaku pemain nombor satu dunia, sewajarnya dijadikan impian seimbang buat lain-lain atlit. Kecemerlangan yang ditunjukkan oleh pemain-pemain squash negara memberi petanda bahawa Malaysia boleh mencipta nama menerusi sukan ini.

Undang-undang dan Peraturan Squash 1. Pertandingan akan dimainkan dengan sistem kompetisi, dengan menggunakan bola squash titik 2. 2. Peringkat 1 dan 2 dari tabel kompetisi ditetapkan sebagai juara I dan II 3. Permainan dilakukan dengan sistem skoring rally point. 4. Juara ditentukan dengan sistem three winning set atau telah mencapai waktu 50 menit 5. Untuk sistem three winning set, pemain yang pertama kali mendapatkan skor 11 akan memenangkan set.Jika terjadi posisi skor 10-10 maka permainan dilanjutkan hingga diperoleh selisih 2 point. 6. Jika permainan dengan sistem three winning set belum selesai namun telah melebihi 50 menit, maka pemain dalam posisi unggul akan memenangkan permainan. 7. Pemain diwajibkan hadir 5 menit sebelum pertandingan dimulai. Panitia memberikan toleransi 5 menit dari jadwal pertandingan. Jika melebihi batas waktu toleransi, maka pemain tersebut dianggap kalah WO (walk out) dengan nilai 11-0 sebanyak 3 set untuk pemenang. 8. Tiap pertandingan diawali dengan pemanasan selama 5 menit. Jika diperlukan, disediakan waktu istirahat antar set selama 90 detik. Jika diberlakukan sistem batasan waktu (50 menit), maka total waktu yang tersedia untuk pertandingan adalah 45 menit (tanpa istirahat diantara set) atau 42 menit (dengan istirahat diantara set). 9. Peserta wajib menggunakan sepatu indoor yang tidak meninggalkan noda hitam pada lantai lapangan.

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN 1 .Semua perlawanan melibatkan acara perseorangan sahaja. 2. Susunan pemain adalah seperti berikut: i. Perseorangan Lelaki I ii. Perseorangan Lelaki II iii. Perseorangan Lelaki III iv. Perseorangan Wanita I v. Perseorangan Wanita II 3 .Sekiranya terdapat penyertaan enam (6) pasukan atau lebih, pertandingan akan dibuat secara kumpulan (Kumpulan A dan Kumpulan B). Jika penyertaan kurang daripada enam (6) pasukan, pertandingan akan dijalankan secara liga satu pusingan sahaja. 4. Setiap pemain hanya dibenarkan sekali sahaja disetiap perlawanan. 5 .Sekiranya pertandingan dijalankan secara kumpulan, Johan dan Naib Johan setiap kumpulan akan bermain di peringkat separuh akhir dimana Johan dan Naib Johan kumpulan akan bertemu dengan lawan di kumpulan lain secara menyilang. 6. Pasukan yeng bertanding hendaklah berada di gelanggang perlawanan sepuluh (10) minit sebelum perlawanan bermula. Kemenangan percuma akan diberikan kepada pasukan yang menunggu sekiranya pihak lawan tidak berada di gelanggang selepas lima (5) minit masa perlawanan yang ditetapkan. 7 .Pemain yang ditimpa kecederaan semasa bermain akan diberi masa lima (5) minit untuk mendapatkan rawatan.Jika pemain tidak dapat meneruskan perlawanan, kemenangan akan diberikan kepada pihak lawan. 8 .Jenis dan tahap bola yang digunakan akan ditetapkan oleh pihak penganjur pertandingan. 9. Pertandingan ini adalah tertakluk di bawah undang-undang pertandingan Persatuan Squash Antarabangsa.

PERALATAN

Raket squash dan bola squash

1. Bola yang digunakan : Pro XX dua titik kuning pada bola hitam perlahan permainan professional dan berpasukan. Pertandingan XT satu titik kuning pada titik hitam perlahan pemain amatur Max Progress bola hitam 6% besar dari standard sederhana pemain yang sedang meningkat naik. Max bola biru, 12% besar dari standard laju untuk pemain baru. 2. Raket mengikut spesifikasi PSA dan WISPA (standard) 3. Setiap pemain diwajibkan memakai pelindung mata EYE-MASK semasa berada di dalam gelanggang ketika bermain

PAKAIAN

1. penganjur akan menentukan segala pakaian pemain. 2. pakaian berwarna gelap / hitam tidak semestinya automatic dibatalkan penyertaannya. 3. dalam situasi tertentu, terutamanya kejohanan yang dianjurkan oleh SRAM dan MSSM, penggunaan iklan di baju adakalanya dilarang.

Ukuran gelanggang 1.1 Berukuran 13.4 x 6.1m dan bebas dari sebarang halangan setinggi 8m dari permukaan lantai ( gelanggang pasir dan rumput tidak digalakan). (Measured 13.4x6.1m and free from any obstructions) 1.2. Garisan Gelanggang Lebar semua garisan gelanggang tidak boleh melebihi 0.04m dan dilukis haladalam dari penjuru ukuran gelanggang. Semua garisan hendaklah dilukis sekurangkurangnya 3.0m dari sebarang halangan. 1.3. Garisan Teras Garisan selebar 0.02m yang membahagaikan gelanggang kepada 2 bahagian yang sama besar. 1.4. Garisan Suku Bulatan Pada pertemuan-silang antara garisan tengah dengan setiap garisan tepi, garisan suku bulatan hendaklah dilukis dari garisan tepi ke ke garisan tengah berjejari 0.9m diukur dan dilukis hala-keluar dari jejari 0.9m. 1.5. Bulatan Sepak Mula Bulatan sepakmula berjejari 0.3m hendaklah dilukis pada petak kiri dan kanan gelanggang, yang man pusatnya adalah 2.45m dari garisan belakang gelanggang, 4.25m dari garisan tengah gelanggang dan 3.05m dari garisan tepi. Garisan 0.04m ini hendaklah diukur dan dilukis hala keluar dari jejari 0.3m.

Keselamatan dan Peraturan Squash

Gelanggang squash

Dilarang minum dan makan di dalam gelanggang squash Tapak kasut hitam dilarang pakai masuk semasa latihan Sapukan gelanggang sebelum dan selepas latihan Dilarang meletakkan alat-alat seperti telefon bimbit, dompet dan kunci di atas lantai gelanggang squash Dilarang menggantung atau menyidai tuala, sapu tangan dan sebagainya di atas kaca gelanggang squash Pemain

Pakai pakaian yang sesuai dan kasut yang bertapak cerah semasa datang untuk latihan Dilarang memakai pakaian seragam sekolah (kecuali seluar sekolah) semasa latihan Puteri sila mengikut peraturan Kelab Puteri Melaporkan diri kepada AJK yang bertugas semasa datang untuk latihan ( kalau tidak hadir, kehadiran tidak akan diambil kira) Setiap aktiviti dan latihan diwajib hadir Tidak boleh membawa orang luar masuk ke dalam bilik skuasy tanpa kebenaran AJk atau cikgu Selalu menjaga kebersihan gelanggang dan bilik squash Melaporkan diri 10 minit sebelum sebelum latihan untuk menjalankan tugas pembersihan Ahli-ahli diminta untuk memeriksa keadaan raket squash sebelum menggunakannya . Sekiranya terdapat apa-apa kerosakan sila laporkan kepada AJK yang bertugas pada hari tersebut.