Anda di halaman 1dari 54

PANTANG LARANG PELBAGAI KAUM DI MALAYSIA

DISEDIAKAN OLEH: NIK AZRI NIK MOHAMED ARRIFF WAN MUHAMMAD HASBI WAN JUHARI AZRUL FAHMI AZIZI

DEFINISI PANTANG LARANG


Adalah peraturan larangan bagi sesebuah kehidupan bangsa itu.

Ia adalah sangat berguna bagi sama-sama menjaga adat dan

ketenteraman hidup.
Pantang larang juga dapat memberi jaminan keselamatan bagi

individu.
Ia adalah ibarat penjaga diri iaitu ilmu di badan sendiri dan semua

pihak.

Melay u
Orang Asli Cina

Kadazan

India

Iban

KAUM MELAYU

Pantang larang Orang Melayu


Sebelum berkahwin

Perempuan

Wanita hamil

Makan

Bayi

SEBELUM BERKAHWIN
Bilik lelaki atau wanita jangan dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli

keluarga terdekat tidur di dalamnya bagi mengelak dari dikhianati orang.


Jangan buat kerja yang berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia akan

berasa penat dan mudah terjadinya gangguan emosi.


Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati. Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti kangkung,

bayam, timun, jambu batu, dan air kelapa agar muka nampak segar.

Jangan cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka. Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yang tinggi menjelang

perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada di luar.


Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh orang lain bagi

mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung.


Jangan bebas keluar ke mana-mana kerana takut disantau oleh mereka yang

mempunyai niat tidak baik.

WANITA HAMIL
Dilarang mencaci atau menceritakan kecacatan, dikhuatiri anak yang bakal

lahir juga akan cacat.


Dilarang memukul, mendera atau mencederakan mana-mana binatang,

dikhuatiri anak yang bakal lahir mengalami kecacatan.


Dilarang memaku, memahat, mengail atau menyembelih binatang, dikhuatiri

anak yang bakal lahit bibir terbelah atau mengalami kecacatan.


Dilarang bergaduh dengan ibu mertua, dikhuatiri mengalami kesulitan ketika

melahirkan anak.
Dilarang mencerca atau melihat sesuatu yang ganjil, dikhuatiri akan kenan.

Dilarang minum air tebu atau kelapa di awal kehamilan, dikhuatiri anak akan

gugur.
Dilarang melihat gerhana, dikhuatiri anak mendapat tompok hitam atau

bermata juling.
Dilarang melangkah kucing yang sedang tidur, dikhuatiri mata anak tertutup

seperti kucing yang sedang tidur.


Dilarang menyusup di bawah penyidai, nanti anak akan terencat. Dilarang makan sotong, dikhuatiri menghadapi masalah ketika bersalin. Anak

mungkin tercerut tali pusatnya.

BAYI
Bayi tak boleh ditegur jika badan gemuk, cuma katakan semangat

kerana ditakuti menjadi kurus.


Dilarang memicit mulutnya, nanti tiada selera makan. Tak boleh diletak bayi atas lutut, nanti mendapat sakit perut. Sisa makanan bayi tak boleh dimakan oleh ibu bapa, nanti melawan

cakap.
Tak boleh dicium sewaktu tidur terutama di atas ubun-ubun kepala dan

pada pusatnya kerana dikatakan pendek umur

MAKAN
Makan pedal ayam, akan mengantuk ketika bersanding. Makan tidak basuh pinggan, nanti lambat dapat menantu. Makan pisang kembar, akan beranak kembar. Makan waktu Maghrib, makan bersama hantu. Makan sisa anak, anak akan degil.

Tidur selepas makan, nanti perut buncit.

Makan sambil berjalan, dapat penyakit perut.


Bila makan, pinggan tak boleh diletak atas riba, nanti suami diambil

orang.
Jangan makan nasi di senduk, nanti payah rezeki. Makan bertindih pinggan, akan beristeri dua.

PEREMPUAN
Dilarang menyanyi di dapur, nanti kahwin orang tua. Dilarang menjahit di badan, nanti tidak lepas hutang. Pantang bangun lewat, nanti sukar mendapat jodoh. Dilarang makan nasi kerak, nanti mendapat anak bodoh. Pantang berbual di tangga, nanti dipinang orang di serambi rumah

sahaja.

Dilarang mencari kutu ditangga, nanti kahwin orang tua. Dilarang mencucuk jarum pada waktu malam, nanti didatangi sial.

Dilarang makan berubah tempat, nanti berkahwin ramai.


Dilarang meletak pinggan di tapak tangan ketika makan, dikhuatiri nanti

akan merampas suami orang.


Dilarang makan bertindih pinggan, nanti menjadi madu orang. Tak boleh menyapu nasi pada waktu malam, nanti pendek rezeki.

Dilarang mengerat kuku waktu malam, nanti datang sial.

KAUM CINA

Perniagaan

Nasib malang

Tuah baik

TUAH BAIK
Membuka pintu dan tingkap dianggap menjemput masuk tuah pada tahun

baru.
Membiarkan lampu menyala semalaman dipercayai menghalau hantu

dan puaka pembawa musibah yang mampu mempengaruhi nasib sekeluarga sepanjang tahun.
Gula-gula dan manisan dimakan untuk "memaniskan" nasib sepanjang

tahun bagi pemakannya.

Pembersihan rumah di setiap sudut wajib dilangsungkan sebelum hari

tahun baru agar mudah menerima tuah bagi tahun yang menjelang.
Ada orang yang percaya bahawa apa yang berlaku pada hari pertama

mencerminkan peristiwa yang berjudi pada hari pertama ini bagi

menaruh harapan untuk menambah kekayaan.


Memakai selipar baru yang dibeli sebelum tahun baru bermaksud

memijak orang yang bergosip tentang pemakainya.

NASIB MALANG
Membeli kasut baru dianggap pembawa malang bagi sesetengah orang

Cina kerana perkataan bahasa Kantonis bagi "kasut" sama bunyinya


dengan perkataan "kasar" atau "sukar".
Membeli seluar baru juga dipandang sebagai pembawa malang kerana

perkataan Kantonis bagi "seluar" sama bunyinya dengan "pahit".


(Namun ada yang menganggapnya sebagai positif, kerana perkataan bagi "seluar" dalam dialek itu juga sama bunyinya dengan "kaya".)
Mencuci rambut dianggap sebagai mencuci keluar kekayaan (namun

perihal kebersihan sering telah mengatasi tradisi ini.)

Menggunting rambut juga ditegah kerana perkataan bagi rambut sama

bunyinya dengan hasil. Maka menggunting rambut juga dipandang

sebagai "memotong hasil dalam bahasa Kantonis.


Menyapu lantai dilarang pada hari pertama kerana ini akan menyapu

keluar tuah bagi tahun baru.


Perbualan mengenai kematian kurang sesuai bagi beberapa hari terawal

Tahun Baru Cina kerana ini turut dianggap tidak bagus.


Membeli buku membawa malang kerana perkataan sesetengah dialek

Cina bagi "buku" sebunyi dengan perkataan bagi "kalah".

PERNIAGAAN
Jangan menghadiahkan jam, gunting dan benda patung kepada peniaga.

Hadiah terbaik adalah patung dewa rezeki dan panjang umur.


Meletak cermin di dalam premis dapat menghalau semangat serta roh

jahat.
Jika papan tanda perniagaan jatuh ataupun pecah, ia menandakan

perniagaan akan berakhir ataupun bankrap.

Sial perlu dibuang dengan mencampurkan limau bali ke dalam mandian

dan melangkah api yang menyala sebelum melangkah masuk ke premis.


Perniagaan akan mendapat berkat daripada tuhan dengan derma, sedekah

dan sumbangan.

KAUM INDIA

Tuan rumah tidak boleh membenarkan tetamu yang pertama kali datang

menziarahi melakukan kerja rumah.


Bakal pasangan akan saling membalas kunjungan ketika merisik. Tetapi

ketika rombongan bakal pengantin perempuan, bakal pengantin perempuan dilarang ikut serta.
Jangan bersiul waktu malam ular masuk. Jangan makan di tempat gelap, jika tidak makanan dikongsi bersama

hantu.
Tidak digalakkan melawat bayi yang baru lahir

Gambar si mati tidak boleh digantung secara formal tetapi terbalik. Barang perhiasan perlu dikeluarkan dari ruang tamu.

Ahli keluarga perlu mengelilingi mayat sebanyak 3 kali lawan jam

sebagai tanda penghormatan.


Sedikit

makanan berupa beras disuapkan sebagai pemberian

terakhir.(Vaaikkarisi).
Jangan asah pensel di kedua-dua belah, dipercayai ibubapa akan

sentiasa bergaduh.

KAUM IBAN

KELAHIRAN
Dalam tempoh tujuh bulan sewaktu mengandung, wanita Iban dan

suaminya dikenakan pelbagai pantang larang, antaranya seperti berikut:


Wanita yang mengandung dilarang menuang minyak ke atas tapak

tangan untuk disapu pada rambut supaya bayi yang bakal lahir tidak

akan bernanah.
Kedua suami isteri tidak boleh mengetuk telur menggunakan pisau

atau kayu kerana dikhuatiri bayi itu akan cacat penglihatan.


Mereka tidak boleh menanam pokok pisang supaya si bayi tidak

berkepala besar.

Mereka dilarang menggali parit di kawasan padi atau di mana-mana

sahaja.
Mereka dilarang memotong pokok yang menjalar di atas tanah, kerana

dibimbangi akan menghalang pendarahan yang berterusan semasa melahirkan anak.


Mereka tidak boleh memikul batu-bata tajam di dalam raga kerana

dikhuatiri bayi akan lumpuh.


Mereka tidak boleh membawa kura-kura ke dalam bilik supaya bayi

tidak tersekat di dalam rahim semasa dilahirkan.

PERKAHWINAN
Dalam masyarakat Iban, usia pengantin lelaki perlu melebihi dua puluh

dua tahun. Ini disebabkan dalam usia yang sebegini, pihak lelaki telah
bersedia untuk berkahwin.
Pihak yang melanggar mana-mana adat perkahwinan dikehendaki

membayar denda untuk mengelakkan pasangan suami isteri ditimpa


kesusahan.

KEMATIAN
Kaum wanita dilarang memasuki kawasan perkuburan selepas seekor

ayam dikorbankan pada kawasan perkuburan yang ditetapkan.


Lubang kubur digali tanpa menggunakan sebarang senjata tajam.

Hanya tangan dan kayu sahaja yang boleh digunakan.


Apabila sudah digali, daun atau rumput hijau dielakkan daripada

memasuki lubang itu. Jika daun atau rumput itu turut terkubur, mereka percaya roh si mati akan mengganggu orang yang masih hidup.

Dalam tempoh berkabung, unggun api dinyalakan di luar rumah selama

tiga malam. Jika tidak, roh si mati akan pulang ke rumah dan mengganggu orang yang masih hidup.
Mereka dilarang mengadakan sebarang majlis hiburan. Ahli keluarga si mati juga dilarang memakai barang kemas dan pakaian

bewarna-warni.

KAUM KADAZAN

KELAHIRAN
Sepanjang tempoh berpantang, si suami tidak dibenarkan berada jauh

dari rumah.
Ibu yang bersalin tidak boleh makan ikan yang bertulang keras, ikan

yang berduri, nasi sejuk dan nasi bercampur air seperti bubur.
Bayi yang baru lahir terutamanya dari hari pertama hingga hari ke tujuh,

tidak boleh dibawa ke ruang yang terdedah, umpamanya ke halaman rumah. Ini untuk mengelakkan bayi itu daripada diganggu oleh roh jahat yang dinamakan Rogon Gaiyah.

PERKAHWINAN
Segala urusan merisik dan juga pinang-meminang ini mesti dibuat pada waktu

pagi. Waktu petang dan malam tidak dibenarkan sama sekali.


Walaupun perkahwinan pasangan suami isteri itu sudah sah di sisi agama dan

kepercayaan, mereka masih belum boleh bersatu pada hari dan malam pertama. Paling cepat mereka hanya boleh bersatu pada malam kedua, malah ada yang mengambil masa selama seminggu atau dua minggu berikutnya. Kesemuanya ini bergantung kepada besar atau lamanya majlis perkahwinan itu diadakan.
Ibu bapa pengantin lelaki tidak boleh sama sekali hadir di rumah pengantin

perempuan sebelum pasangan itu sah bersatu.

KEMATIAN
Setiap anggota masyarakat Kadazan tidak boleh melakukan apa-apa

pekerjaan terutama apabila upacara pengkebumian dilakukan.


Pekerjaan menanam padi amat dilarang. Mengikut kepercayaan

masyarakat Kadazan sekiranya mereka melakukan juga pekerjaan

tersebut kerja-kerja itu hanyalah sia-sia kerana tidak mendatangkan


hasil. Selain itu kemungkinan penyakit akan menimpa mereka pula.
Suasana di dalam rumah juga hendaklah sunyi. Sesiapa pun tidak

dibenarkan bercakap kasar atau marah-marah

Mayat akan dijaga dengan baik semasa diletakkan di ruang tamu

supaya tidak ada binatang yang melangkahinya terutama kucing hitam.

Masyarakat Kadazan percaya sekiranya kucing hitam yang melangkah,


mayat akan bangun dan mengamuk sehingga boleh membunuh mereka yang berada di situ.
Bahan makanan yang disediakan untuk si mati tidak boleh diusik oleh

sesiapa. Jika diganggu juga seseorang itu akan dikenakan sugit atau denda sebanyak RM5 atau seekor ayam.

KAUM ORANG ASLI

KELAHIRAN
Wanita mengandung tidak boleh mentertawakan binatang seperti

monyet kerana dikhuatiri muka dan perlakuan bayi akan menyamai


haiwan berkenaan.
Mereka dilarang memakan ikan yang bewarna merah kerana dikhuatiri

berlakunya tumpah darah ketika melahirkan bayi.


Wanita mengandung dilarang bekerja pada waktu subuh dan maghrib

kerana dikhuatiri bayi yang lahir akan kelihatan tidak bermaya kerana

semangatnya telah terganggu.


Mereka dilarang mengetuk paku pada kayu di sebelah petang kerana

dikhuatiri bayi atau ibu akan sakit atau mati.

PERKAHWINAN
Bagi kaum lelaki, usia 18 tahun merupakan usia yang paling sesuai

untuk mendirikan rumahtangga.


Kaum perempuan pula ketika berusia 16 tahun dan hendaklah tidak

lebih daripada usia kaum lelaki.

KEMATIAN
Ahli-ahli keluarga dilarang mengungkit keburukan si mati semasa hidup.

Oleh itu mereka dikehendaki menceritakan kebaikan si mati sahaja.


Dengan ini roh si mati akan lebih tenteram di dunia akhirat kelak.

BIBLIOGRAFI

BIBLIOGRAFI
http://intim.wordpress.com/2007/06/27/pantang-larang-orang-melayu-

tradisional/
http://malaysiana.pnm.my/01/010401swkiban_pengenalan.htm http://malaysiana.pnm.my/01/010501sbhkdzan_pengenalan.htm hhttp://malaysiana.pnm.my/01/0106orgasli_pengenalan.htm

http://ms.wikipedia.org/wiki/Pantang_larang_Melayu ttp://ms.wikipedia.org/wiki/Tahun_Baru_Cina#Pantang-

larang_sewaktu_perayaan
http://sasterasmso.tripod.com/id3.html http://semerbak.net/blog/?p=1067 http://www.scribd.com/doc/25521662/Pantang-Larang-Kaum-India

KUIZ

Sila kenal pasti pantang larang daripada kaum manakah yg disebut dibawah.
1)

Wanita yang mengandung dilarang menuang minyak ke atas tapak tangan untuk disapu pada rambut supaya bayi yang bakal lahir tidak akan bernanah.
a) b) c)

Orang Asli Melayu Iban

d)

Kadazan

2)

Segala urusan merisik dan juga pinang-meminang ini mesti dibuat pada waktu pagi. Waktu petang dan malam tidak dibenarkan sama sekali.
A. B. C. D.

Orang Asli

Kadazan
Melayu Iban

3)

Ahli-ahli keluarga dilarang mengungkit keburukan si mati semasa hidup. Oleh itu mereka dikehendaki menceritakan kebaikan si mati sahaja. Dengan ini roh si mati akan lebih tenteram di dunia akhirat kelak.
A. B. C.

India Iban Kadazan

D.

Orang asli

4)

Makan tidak basuh pinggan, nanti lambat dapat menantu.


A.
B.

Melayu
Cina

C.
D.

Iban
Kadazan

5)

Gula-gula dan manisan dimakan untuk "memaniskan" nasib

sepanjang tahun bagi pemakannya.


A. B. C. D.

Melayu India Cina Orang Asli

6)

Jangan asah pensel di kedua-dua belah, dipercayai ibubapa akan

sentiasa bergaduh.
A. B. C. D.

Iban Orang Asli Melayu India

7)

Wanita hamil dilarang memakan ikan yang bewarna merah kerana

dikhuatiri berlakunya tumpah darah ketika melahirkan bayi.


A. B. C. D.

India Orang Asli Kadazan Iban

8)

Kaum wanita dilarang memasuki kawasan perkuburan selepas seekor ayam dikorbankan pada kawasan perkuburan yang ditetapkan.
A. B. C. D.

Kadazan

Orang Asli
Iban Cina

9)

Sepanjang tempoh berpantang si isteri selepas bersalin, si suami

tidak dibenarkan berada jauh dari rumah.


A. B. C. D.

India Orang Asli Iban Kadazan

10) Dilarang mencucuk jarum pada waktu malam, nanti didatangi sial.

A.
B. C. D.

Melayu
Cina India Orang asli