Anda di halaman 1dari 3

Amalan membaca dalam kalangan masyarakat hari ini masih berada pada tahap yang sederhana.

Jelaskan faktor-faktor yang menyebabkan masyarakat hari ini kurang membaca.


Sebenarnya pelbagai usaha telah dilakukan untuk memupuk sikap suka membaca dalam kalangan rakyat di negara ini tetapi setiap kali itu juga semua tindakan itu menemukan jalan buntu. Kegagalan ini mungkin menyebabkan banyak pihak tidak lagi mahu melakukan apaapa yang berkaitan dengan amalan membaca kerana mereka sedar semua tindakan mereka akan gagal. Lihat sahaja usaha pihak kerajaan menganjurkan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur pada setiap tahun itu yang memang baik tetapi tahap pembacaan masyarakat kita masih di takuk lama. Kegagalan masyarakat kita untuk membaca didorong oleh pelbagai faktor yang menarik untuk dihuraikan di sini. Secara amnya masyarakat kita lebih suka melakukan aktiviti lain sebagai hobi mereka seperi mamancing dan bersukan daripada membaca buku. Mereka lebih suka melakukan aktiviti sebegini kerana kesannya lebih jelas seperti mengeluarkan peluh berbanding membaca yang hanya boleh menambah pengetahuan seseorang sahaja tanpa diketahui oleh orang. Aktiviti masa lapang yang lain seperti menjahit dan memasak pula dikatakan mampu membawa keuntungan atau pendapatan kepada seseorang berbanding dengan menghabiskan masa dengan membaca tanpa mendapat keuntungan kewangan. Oleh sebab itu, membaca tidak dminati oleh masyarakat kita. Selain itu, amalan membaca juga tidak subur dalam jiwa masyarakat kita kerana kehidupan zaman moden yang terlalu sibuk dengan urusan kerjaya dan peibadi. Urusan di pejabat yang sudah sibuk kemudiannya aspek menjaga keluarga di rumah menyebabkan tidak ramai yang sanggup menghabiskan masa rehat mereka yang beitu singkat itu dengan hanya membaca sahaja. Mereka lebih sanggup menghabiskan masa yang sedikit itu dengan tidur atau melakukan aktiviti lain yang pada mereka lebih memberikan faedah kepada masa depan mereka. Sesungguhnya, kesibukan hidup menyebabkan membaca tidak menjadi satu amalan yang penting buat rakyat negara ini. Malah, ibu bapa juga tidak memainkan peranan memupuk amalam membaca dalam jiwa anak mereka sejak kecil. Masyarakat kita jarang mendedahkan anak mereka dengan bahan bacaan seperti

buku dan akhbar sehingga menjadikan kanak-kanak itu langsung tidak berminat untuk membaca apabila dewasa kelak. Ibu bapa lebih suka menerangkan aspek kehidupan lain seperti cara-cara mencari wang atau belajar daripada menjelaskan kepentingan membaca dalam kehidupan seseorang itu. Kalau sejak kecil kita tidak didedahkan dengan amalan membaca bagaimanakah seseorang itu akan membaca apabila dewasa kelak? Buku juga dikatakan tidak diminati kerana menerima persaingan daripada teknologi lain dalam aspek penerimaan informasi. Lihat sahaja teknologi televisyen, radio dan internet yang begitu mudah menyalurkan maklumat dalam bentuk visual yang lebih menarik berbanding bahan dalam buku yang begitu statik bentuknya. Bahan dalam media massa moden juga lebih terkini dan pantas untuk diterima oleh masyarakat berbanding buku yang boleh dibiarkan sahaja. Keadaan inilah yang menyebabkan buku tidak diminati oleh masyarakat terutama remaja yang lebih mengutamakan teknologi moden. Pada masa yang sama pihak swasta tidak lagi berminat untuk menganjurkan program yang berkaitan dengan membaca kerana sedar mereka tidak akan menerima kesan positifnya. Lebih banyak program berunsur hiburan dianjurkan oleh pihak swasta yang mampu menarik lebih banyak pengunjung lalu memberikan keuntungan seperti menjalankan program muzik atau pameran teknologi internet. Ketiadaan program anjuran pihak swasta pasti akan memastikan semangat sesiapa sahaja yang berminat untuk membaca kerana mereka tidak lagi berpeluang untuk menikmati buku-buku yang bermutu tinggi. Sebenarnya, amalan membaca semakin kurang kerana pihak swasta tidak lagi yakin dan mahu menaja sebarang program berkaitan dengan amalam membaca di negara ini. Kesimpulannya, amalan membaca di negara ini harus dipupuk semula oleh pihak berkuasa. Masyarakat pula perlu sedar bahawa membaca itu jambatan ilmu kerana banyak pengetahuan boleh diperoleh menerusi aktiviti sebegini. Membaca menjadikan masyarakat negara ini satu kelompok manusia yang celik ilmu dan mampu menangani cabaran kehidupan semasa pula. Jadi, marilah kita semua membaca mulai sekarang.

Anda mungkin juga menyukai