Anda di halaman 1dari 3

KESESATAN AQIDAH SYIAH [PART 2] (Sebarkan..!! tak perlu minta izin share) 2.

0 Mengagungkan Para Imam 12 melebihi Rasulullah saw Syiah mengangkat Imam 12 mereka terlalu tinggi sehingga meletakkan Imam mereka lebih tinggi di atas Rasulullah saw. Mereka juga mendakwa imam 12 mereka mempunyai beberapa kuasa yang pada pendapat ASWJ, hanya Allah sahaja mempunyai kuasa mutlak tersebut. Inilah yang mensyirikkan Syiah Imamiyyah/Jaafariah, dan beberapa golongan Syiah lainnya yang beriman terhadap imam 12 ini. [Fakta: 80-85% Syiah seluruh dunia adalah dari mazhab Imamiyyah/Jaafariah atau beberapa fahaman syiah lain yang beriman pada Imam 12. Sumber, website mereka sendiri,www.najaf.org] AMARAN!! Awas, segala huraian di bawah adalah diambil dari kitab-kitab ulama syiah. Jangan terpercaya dan iktikad bahawa ia benar. Semuanya bercanggah dengan ASWJ (kecuali ayat-ayat Al-Quran yang dinyatakan di bawah) 2.1 Menolak Perkataan Rasulullah saw Berkenaan Perkara Ghaib Syeikh Muhammad Hasan Al-Laitiani (ulama mujtahid syiah) menulis bahawa Apabila Rasulullah saw memberi perkhabaran mengenai perkara-perkara yang membatalkan wuduk dan hukum hakam berkaitan haid dan nifas contohnya, maka wajiblah dipercayai dan diamalkan; tetapi apabila Rasulullah saw memberi perkhabaran mengenai perkara ghaib seperti masalah penciptaan langit dan bumi, bidadari dan mahligai di dalam syurga, maka tidaklah wajib dipercayai sepenuhnya walaupun ia sah datang dari Rasulullah saw. [rujuk kitab syiah: Lautan faedah-faedah, juz 1, hlm. 267, dan Majalah Risalatul-Islam, bilangan keempat tahun keempat, hlm. 368 (tajuk rencana: Sebahagian daripada keputusan ijtihad syiah oleh Ketua Mahkamah Tinggi Syiah di Lebanon)] Sedangkan kita sebagai Islam sejati wajib hanya mempercayai kata-kata Rasulullah saw atau Al-Quran sahaja. Syiah pula menolak sebahagian kata-kata Nabi, meskipun ia sahih. Sedangkan Allah berfirman: Dan dia (Nabi Muhammad saw) tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya. [Surah An-Najm, ayat 3 dan 4] 2.2 Imam 12 Lebih Tahu Tentang Perkara Ghaib Berbanding Rasulullah saw Diriwayatkan daripada Jaafar As-Sadiq (salah seorang dari 12 imam dalam syiah): Sesungguhnya aku mengetahui apa yang ada di langit dan di bumi. Aku mengetahui apa yang ada di Syurga dan di Neraka. Aku mengetahui ilmu tentang zaman silam dan ilmu tentang zaman akan datang. [rujuk kitab syiah: al-Kafi, jilid 1, hlm. 261]

Imam mereka ke-7, Musa b. Ja'far berkata: Pengetahuan kami ada tiga jenis: yang berhubungan dengan masa lalu, yang berkaitan dengan masa depan, dan yang berkaitan dengan situasi yang baru muncul. Pengetahuan yang berkaitan dengan masa lalu telah ditafsirkan untuk kita; manakala pengetahuan yang berkaitan dengan masa depan, dan pengetahuan yang berkaitan dengan situasi yang baru muncul, adalah disampaikan (diwahyukan) dalam hati kami dan telinga kami. [rujuk kitab syiah: al-Kafi (oleh al-Kulaini), jilid 1, hlm. 264] 2.3 Memuliakan Kotoran (najis) Imam 12 Ibnu Babawayh al-Qummi (ulama syiah) menyebutkan: Dilaporkan Ahmad b. Muhammad b. Sa'id al-Kufi mengatakan: Dikisahkan kepada kami Ali b. al-Hasan b. Fidaal, dari ayahnya dari Abul-Hasan Ali b. Musa al-Ridha mengatakan: "Tanda-tanda untuk Imam adalah (salah satunya) - Kotorannya (najisnya) jauh lebih baik daripada bauan aroma misk" [rujuk kitab Syiah: Man La Yahdhuru al-Faqih, jilid 4, hlm. 418] 2.4 Minum Kencing dan Makan Najis Imam 12 = Dijamin Syurga Akhond Mulla Zainul Abideen-al-Galbaigani berkata: "Kotoran Imam tidak memiliki bau apa-apa melainkan baunya seperti minyak misk. Siapa yang meminum air kencing, darah dan memakan kotoran mereka (najis para imam 12), maka, Allah akan hindarkan dari api neraka dan memasukkannya ke dalam syurga [rujuk kitab syiah: Anwaar al-Wilayah, hlm. 440] Rasulullah saw sendiri pun tidak pernah memuliakan najisnya sendiri sebagaimana point 2.3 dan 2.4. 2.5 Dakwaan Imam 12 Menerima Wahyu Dari Jibril as. Hasan b. Abbas pernah bertanya Ali b. Musa al-Rida (salah seorang imam 12 syiah) "Apakah perbezaan rasul, nabi, dan imam?" al-Rida menjawab: "Rasul adalah orang yang kepadanya Jibril turun dan yang dapat melihat dia (Jibril) dan mendengar kata-kata dari beliau. Rasul menerima wahyu yang kadang-kadang diterima dalam bentuk mimpi, seperti mana yang berlaku dengan Ibrahim dan Rasulullah saw. Nabi adalah orang yang kadang-kadang mendengar kata-kata yang dituturkan oleh Jibril dan pada masa yang lain melihat dia tanpa mendengar apa-apa dari dia. Imam pula mendengar kata-kata yang dilafazkan Jibril tanpa melihat dia. " [rujuk kitab syiah: al-Kafi (oleh al-Kulaini), jilid 1, hlm. 176]

2.6 Penutup Sudah nampak bukti mereka meletakkan taraf Imam mereka jauh lebih tinggi dari Rasulullah saw? Memang mereka tak kata secara direct, mereka memperhalusi fatwa mereka dengan menyatakan kekuasaan atau kelebihan kepada Imam mereka yang tidak ada pada Nabi atau yang setanding atau lebih dari Nabi.

Anda mungkin juga menyukai