Anda di halaman 1dari 2

KESESATAN AQIDAH SYIAH [PART 3] (Sebarkan..!! tak perlu minta izin share) 3.0 Mensyirikkan Allah s.w.t.

Perlu difahami di sini bahawa, tidaklah Syiah mensyirikkan Allah dengan berhala atau Tuhan lain atau matahari dan sebagainya. Namun mereka mensyirikkan Allah dengan Imam 12 mereka sendiri. Di sini telah mengkufurkan akidah mereka kerana telah syirik atau menyekutukan/menyamakan makhluk dengan Allah. Jadi, berjaga-jagalah jika ada saudara, jiran, atau sesiapa yang anda kenal menganut syiah. Dakwahlah mereka sehabis baik agar pulang ke pangkal jalan. AMARAN!! Awas, segala huraian di bawah adalah diambil dari kitab-kitab ulama syiah. Jangan terpercaya dan iktikad bahawa ia benar. Semuanya bercanggah dengan ASWJ (kecuali ayat-ayat Al-Quran yang dinyatakan di bawah) 3.1 Dunia dan Akhirat Adalah Kepunyaan Imam, Setanding Dengan Kuasa Allah Muhammad Bin Yaakub al-Kulaini (ulama tersohor syiah) meriwayatkan dalam Usul al-Kafi dari Abi Abdillah, kata beliau Sesungguhnya dunia dan akhirat adalah kepunyaan Imam. Dia boleh meletakkannya di mana dikehendaki dan memberikan kepada sesiapa yang dikehendakinya. Itu adalah satu kebenaran dari pihak Allah kepadanya. [rujuk kitab syiah: al-Kafi, Bab dunia ini semuanya kepunyaan Imam, jilid 1, hlm. 409] Sedangkan Allah telah berfirman di dalam al-Quran yang berbunyi : "Mintalah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah, sesungguhnya bumi ini kepunyaan Allah, diwariskannya (bukan bermaksud memberi hak kuasa empunya) kepada sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya... [Surah Al-Araf, ayat 128] Allah berfirman lagi: Dia lah (Allah) sahaja yang menguasai dan memiliki langit dan bumi; Ia menghidupkan dan mematikan; dan Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu [Surah Al-Hadid, ayat 2] 3.2 Riwayat Palsu Syiah Menyatakan Saidina Ali Menggelar Dirinya Dengan Sifat Allah Syiah meriwayatkan kononnya Saidina Ali R.A. berkata: Akulah yang awal dan yang akhir, akulah yang zahir dan akulah yang batin, akulah pewaris bumi. [atsar palsu] [rujuk kitab syiah: Kitab Rijal al-Kasyi, hlm. 211] Sedangkan Allah berfirman: Dia lah (Allah) Yang Awal dan Yang Akhir; dan Yang Zahir serta Yang Batin [Surah Al-Hadid, ayat 3] Sesungguhnya Kamilah (Allah) yang mewarisi bumi dan segala makhluk yang ada di atasnya; dan ke pada Kamilah mereka akan dikembalikan [Surah Maryam, ayat 40] 3.3 Menyamakan Diri Imam 12 Dengan Sifat Allah Al-Kulaini (ulama tersohor syiah) menyebut dalam Usul al-Kafi bahawa Muhammad al-Baqir berkata : Kami adalah wajah Allah, Kami adalah mata Allah di kalangan makhlukNya dan Kami adalah tanganNya yang terhampar menghulurkan rahmat

kepada hambaNya [rujuk kitab syiah: Al-Kulayni, Abu Jafar Muhammad bin Yaqub, Usul al-kafi, Jilid 1: Intisyarat, ilmiyyah Islamiyyah, hlm. 83] Seorang ahli tafsir Syiah yang terkenal bernama Maqbul Ahmad dalam tafsirnya ketika mentafsirkan ayat Al-Quran Surah ArRahman ayat 26-27 berbunyi: Segala sesuatu yang ada di muka bumi itu akan binasa; kecuali wajahNya yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan (terjemahan ayat ini benar dan sahih, tapi...) Maqbul Ahmad meriwayatkan bahawa Jafar as-Sadiq (salah seorang dari imam 12) mentafsirkan ayat ini dengan: Kamilah (Imam 12 lah) wajah Allah itu. [rujuk kitab syiah: At-Tauhid Syeikh Saqud, hlm. 151, Tafsir Maqbul Ahmad] 3.4 Imam 12 Boleh Menghalalkan Dan Mengharamkan Apa Yang Mereka Kehendaki Al-Kulaini berkata lagi bahawa Para Imam boleh menghalalkan dan mengharamkan apa yang mereka kehendaki dan mereka sekali-kali tidak menghendaki melainkan apa yang dikehendaki Allah. [rujuk kitab syiah: Al-Kulayni, Abu Jafar Muhammad bin Yaqub, Usul al-kafi, Jilid 1: Intisyarat, ilmiyyah Islamiyyah, hlm. 441] Sedangkan Allah berfirman: Wahai Nabi! Mengapa engkau haramkan apa yang dihalalkan oleh Allah bagimu?... [Surah At-Tahrim, ayat 1] Nabi sendiri pun tidak dibenarkan mengharamkan apa yang Allah halalkan dan menghalalkan apa yang Allah haramkan, siapa pula Imam 12 nak buat begitu? Walaupun tiada bukti Imam 12 pernah melakukannya (menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal), tapi dengan ber-iktiqad bahawa Imam 12 MAMPU melakukannya, sudah cukup untuk dikira sesat. 3.5 Para Imam 12 Tahu Perkara Yang Akan Berlaku/Menimpa Dirinya Akan Datang al-Kulaini meriwayatkan bahawa Jaafar as-Sadiq berkata: Mana-mana Imam yang tidak mengetahui sesuatu yang akan menimpanya dan ke mana mereka akan pergi maka ia bukanlah hujah dari pihak Allah kepada makhluk-Nya [rujuk kitab syiah: Al-Kulayni, Abu Jafar Muhammad bin Yaqub, Usul al-kafi, Jilid 1: Intisyarat, ilmiyyah Islamiyyah, hlm. 285] Sedangkan Allah berfirman: Katakanlah lagi: Tiada sesiapapun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib melainkan Allah!" [Surah An-Naml, ayat 65] Perkara yang mensyirikkan Allah walau sekecil mana pun perkara itu, jika dijadikan iktikad pegangan dalam satu-satu kumpulan, maka telah tertolaklah keaslian "Islam" mereka itu dan harus diragui keIslaman mereka.

Anda mungkin juga menyukai