Anda di halaman 1dari 5

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

MENEPATI JANJI, MEMBAWA HARAPAN ( 12 APRIL 2013 / 1 JAMADILAKHIR 1434H)

Muslimin Yang di Rahmati Allah, Saya berpesan kepada tuan-tuan dan diri saya sendiri marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah SWT dengan memperkukuhkan pengabdian diri kita kepada-Nya dengan melaksanakan segala perintah dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan pada hari yang penuh berkat ini menjadikan kita insan yang berjaya di dunia dan akhirat. Tajuk khutbah pada hari ini ialah: MENEPATI JANJI, MEMBAWA HARAPAN. Muslimin Yang dirahmati Allah, Dalam membina sesebuah negara agar berada dalam kemakmuran sebagaimana yang dirakam oleh Allah SWT di dalam al Quran baldatun taiyyibatun wa rabbun ghafur memerlukan seorang pemimpin yang berkemampuan untuk mentadbir negara serta menepati segala janji dan melaksanakannya melalui tindakan. Yakinlah bahawa menepati janji dan berkata benar merupakan bukti kesempurnaan dan keadilan seseorang pemimpin pemimpin mampu mengotakannya dan itu kerana bukan semua hanya pemimpin yang

bertanggungjawab serta sayangkan rakyatnya sahaja mampu menunaikan janjinya. Pepatah arab pernah berkata: Barang siapa yang bermuamalah dengan seorang lain dan tidak berlaku aniaya. Jika berbicara tidak mengatakan yang dusta dan jika berjanji tidak menyalahi maka jelaslah orang
1

itu memiliki keperwiraan sempurna, nyata pula keadilannya dan haruslah dipereratkan persaudaraan dengannya. Meremehkan janji atau sengaja untuk tidak menepati apa diucapkan adalah suatu dosa besar yang pasti menyebabkan kebencian dan kemarahan. Bayangkan, apakah akibatnya kepada rakyat jika ada pemimpin yang tidak menepati janji?. Pastinya rakyat akan menderita dan merana di bawah pemerintahannya. Janganlah hanya pandai menaburkan janji manis ibarat menanam tebu di tepi bibir. Ingatlah, setiap manusia akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah mengenai janji yang pernah dibuat sebagaimana firman Allah SWT di dalam surah al-Isra ayat 34:

Maksudnya: dan penuhilah janji, sesungguhnya janji itu akan ditanya. Muslimin Yang dirahmati Allah, Bagi melaksanakan segala janji-janji ini, maka ianya memerlukan sebuah kerajaan yang baik (Good Governance) samada dari segi kesungguhan serta kemampuan yang utuh untuk membina sebuah negara yang maju dan sejahtera. Secara ringkasnya mimbar ingin menyatakan bahawa kerajaan good governance adalah sebuah kerajaan yang dapat menunaikan janji dan dapat memenuhi harapan rakyat di dalam pemerintahannya. Menurut pandangan beberapa ulama bahawa sesebuah kerajaan yang dikatakan baik ialah yang mempunyai ciri-ciri berikut, Pertama: Sentiasa berada dalam keampunan, lindungan dan pertolongan Allah SWT dari sebarang bentuk ancaman dalaman mahupun luaran. Kedua: Sentiasa dilimpah kurnia rezeki oleh Allah SWT di mana kurniaan tersebut dapat dinikmati oleh rakyat secara adil dan saksama. Ketiga: Sentiasa berasa dalam keadaan aman, damai dan suasana penuh harmoni, hasil dari kerjasama antara pemerintah yang adil dan rakyat kerana masing-masing memikul tanggungjawab menjaga, membangun dan memakmurkan negara secara bersama selari dengan ajaran Islam. Firman Allah SWT di dalam surah Saba ayat 15:
2

Maksudnya:Sesungguhnya bagi penduduk Saba, ada tanda-tanda yang terdapat di tempat tinggal mereka, iaitu dua kebun, yang terletak di sebelah kanan dan kiri. Makanlah dari rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepada-Nya. Negerimu adalah negeri yang baik dan Tuhan yang Maha Pengampun! Muslimin Yang dirahmati Allah, Mimbar amat yakin bahawa dalam menepati janji dan membawa harapan rakyat ini maka ianya dilaksanakan berdasarkan semangat Islam yang berpandukan panduan prinsip al-adl wal ihsan iaitu menghayati semangat keadilan dan muafakat di samping prinsip tidak memudaratkan. Amalan yang berasaskan prinsip ini akan sentiasa mengingati balasan daripada Allah SWT di atas setiap kesalahan seperti memungkiri janji, mengambil hak rakyat, mementingkan diri sendiri dan segala bentuk penyelewengan atau perkara-perkara yang menzalimi dan merugikan pihak-pihak tertentu. Sesungguhnya pemimpin yang baik ialah pemimpin yang sentiasa menepati janji, tidak menggadaikan agama kerana kepentingan, berilmu, mempunyai visi dan pandangan jauh untuk membina bangsa dan negara dan senantiasa menjaga kemakmuran serta kepentingan rakyat. Berdasarkan kepada pemerhatian mimbar bahawa kebijaksanaan pemerintah di dalam melaksanakan tanggungjawab adalah berteraskan maqasid al-Syariah. Lihat dan pertahankanlah apa yang telah dilaksanakan oleh pemerintah negara hari ini demi menjaga kesucian agama, nyawa, akal, maruah, keturunan dan juga harta. Semuanya berasaskan kepada kepentingan rakyat dan negara. Justeru sebagai rakyat yang bijaksana, kita hendaklah bersyukur di atas segala nikmat ini dan menghargai pihak pemerintah dan bandingkanlah keadaan kita dengan umat Islam di negara-negara jiran. Maka, menjadi tanggungjawab kita untuk mempertahankannya dan tidak terpengaruh dengan emosi sematamata dalam membuat sesuatu keputusan dan tindakan. Sesuatu tindakan dan keputusan mestilah dibuat dengan hati yang ikhlas, jiwa yang tenang, akal yang
3

bijak serta mesti melakukan analisa baik buruk serta kesan jangka panjang dan jangka pendek. Yakinlah, persepsi manusia yang tercipta dari emosi sematamata kadangkala salah dan menyimpang dari perkara yang sebenar. Percayalah, ketaatan kepada pemerintah negara hari ini yang terbukti sentiasa mempertahankan agama Islam terutamanya dalam isu Kalimah Allah dan berjaya membela nasib rakyat sangatlah dituntut. Firman Allah SWT di dalam surah an-Nisaa ayat 59:

Maksudnya: Wahai orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan Rasul dan taatlah kamu kepada Ulil-Amri dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berselisih dalam sesuatu perkara, maka kembalikanlah ia kepada Allah dan Rasul-Nya jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. Sidang Jumaat Yang Dihormati, Bagi memulakan agenda besar ini, mimbar menyeru marilah sama-sama kita mengisinya dengan nilai penuh keimanan dan ketakwaan yang sejati di dalam diri kita. Melaksanakan dan menepati segala janji dan amanah yang diberikan kepada kita dengan sepenuhnya kerana ianya sebahagian daripada akhlak Islam dan wajar diteruskan. Kita meyakini gesaan Allah SWT yang meletakkan persoalan iman sebagai syarat utama kejayaan umat Islam di dunia ini dan di akhirat kelak. Percayalah bahawa menepati janji merupakan bukti kesempurnaan iman seseorang itu. Seorang mukmin tidak mungkin akan menyalahi janjinya dan mustahil pula mengkhianati amanah kerana perbuatan itu menyebabkan sukar untuk dipercayai. Hayatilah kisah Luqmanul Hakim yang pernah ditanya: Apakah sebab sehingga kamu dapat mencapai kedudukanmu itu? Beliau menjawab: Dengan benar dalam berkata-kata, dan menunaikan amanah dan meninggalkan apa bukan kepentinganku. Semoga negara yang tercinta ini terus maju, aman dan damai, dan menjadi payung serta pelindung kepada Islam dan umatnya. Kita mendoakan
4

juga agar negara dikekalkan nikmat kestabilan politik dan keamanan, keteguhan ekonomi, dijauhkan dari segala perbuatan jahat dan fitnah yang boleh membawa malapetaka dan kehancuran negara. Mimbar juga menyeru kepada umat Islam sekalian, marilah sama-sama kita tanamkan rasa kasih sayang di antara kita, kukuhkan perpaduan semoga sentiasa hidup dalam kemakmuran dan keselamatan sepanjang zaman. Ingatlah wahai umat Islam sekalian bahawa segala janji ini merupakan satu pengharapan dari rakyat untuk ditunaikan dan ianya akan diperhitungkan oleh Allah SWT di akhirat kelak. Mengakhiri khutbah pada minggu ini marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT di dalam surah al-Araf ayat 96:

Maksudnya: Dan Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertakwa, tentulah Kami bukakan kepada mereka keberkatan dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami) lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.

Anda mungkin juga menyukai