Anda di halaman 1dari 2

PENDAHULUAN PBS Pendidikan Moral merupakan satu bentuk pentaksiran yang bersifat holistik dan komprehensif iaitu menilai

dari aspek kognitif, afektif dan psikomotor serta sosial yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. PBS Pendidikan Moral mentaksir proses dan produk secara formatif dan sumatif iaitu dengan mengamalkan konsep assessment for learning dan assessment of learning. PBS Pendidikan Moral bertujuan untuk melihat kemajuan dan pertumbuhan (growth) pembelajaran serta pencapaian prestasi seseorang murid daripada perspektif domain moral. Terminologi teras yang perlu difahami di dalam PBS Pendidikan Moral Tingkatan 1 ialah Plot Perkembangan Moral yang mana plot ini menggambarkan literasi pelajar dalam menentukan tahap pencapaian band atau benchmark terhadap penguasaan setiap deskriptor nilai moral. Hal ini membuktikan bahawa, plot perkembangan moral merupakan garis panduan kepada pentaksir untuk menentukan pencapaian dan kebolehupayaan pelajar menguasai sesuatu nilai yang terkandung dalam deskriptor nilai. Dalam pentaksiran ini, standard prestasi digunakan untuk melihat kemajuan dan pertumbuhan pembelajaran serta pencapaian prestasi seseorang murid. Selain itu, pentaksiran dan penilaianbenchmark ataupun band dalam PBS Pendidikan Moral menekankan kebolehupayaan dan literasi pelajar dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Pentaksiran dan penilaian ini dilakukan secara berterusan yang mengikut Plot Perkembangan dan Dokumen Standard Prestasi Pendidikan Moral Tingkatan 1. Pentaksiran dan penilaian yang dijalankan dalam PBS Pendidikan Moral Tingkatan 1 ini merupakan sesuatu yang boleh diukur, ditadbir dan ditaksir secara individu ataupun berkumpulan untuk jangka masa tertentu. Sehubungan itu PBS Pendidikan Moral ini bertepatan dengan matlamat Pendidikan Moral KSSM iaitu ingin melahirkan individu yang berakhlak mulia, berpekerti terpuji serta mengamalkan dan menghayati nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian sekaligus mampu memberi sumbangan terhadap pembangunan keluarga, masyarakat dan negara. Konklusinya, PBS Pendidikan Moral secara tidak langsung akan memberi impak positif kepada peningkatan kualiti proses sosial dalam kalangan pelajar dan tahap kompetensi guru dalam melaksanakannya. 1

Anda mungkin juga menyukai