Anda di halaman 1dari 4

Hukum Pergerakan Newton (Newtons Law Of Motion)

Hukum Newton Pertama (Hukum Inersia) Definisi Hukum newton pertama menyatakan bahawa sesuatu jasad akan kekal dalam keadaan pegun atau terus bergerak secara seragam dalam satu hala kecuali apabila ada daya bertindak ke atas jasad itu dan menyebabkan berlakunya perubahan kepada keadaan tersebut.

Hukum ini juga merujuk kepada rintangan terhadap sebarang perubahan yang berkaitan dengan pergerakan. Daya diperlukan untuk memulakan pergerakan, menghalang pergerakan, memecutkan sesuatu objek, menukar arahnya ataupun untuk memberhentikan pergerakannya. Jadi rintangan terhadap perubahan dalam pergerakan juga dikenali sebagai inersia.

Hukum gerakan Newton kedua menyatakan bahawa kadar perubahan momentum adalah berkadar terus dengan daya paduan yang bertindak ke atas objek itu pada arah yang sama dengan arah tindakan itu.

iaitu F = daya paduan; m = jisim objek di bawah pengaruh daya paduan F; v = halaju akhir objek; u = halaju awal objek; t = masa. Disebabkan pecutan objek diberi oleh

Hukum gerakan Newton kedua lebih terkenal dengan formula

Ini bermakna, semua objek berjisim tetap di bawah suatu pengaruh daya paduan F bukan sifar akan mengalami pecutan. Justeru, Hukum gerakan Newton kedua ini juga dikenali sebagai hukum pecutan.

Hukum gerakan Newton ketiga menyatakan bahawa untuk setiap daya tindakan , terdapat satu daya tindak balas yang mempunyai magnitud sama dan bertindak pada arah yang bertentangan. Contoh: Apabila seseorang berjalan, tapak kakinya menolak ke lantai ke belakang. Lantai menolak tapak kaki orang itu ke hadapan dengan magnitud daya yang sama. Sebuah buku diletakkan di atas permukaan meja. Berat buku itu bertindak ke atas meja. Meja itu bertindak balas dengan daya yang sama magnitud tetapi pada arah yang bertentangan iaitu ke atas.

Hukum newton 1- 3

http://alamsains.blogspot.com/2009/11/hukum-newton.html

Hukum 1 http://zaireey-myeasyhits4u.blogspot.com/2010/07/hukum-newton-pertamahukum-inersia.html

System tuas Terdapat tiga kelas tuas, iaitu: Tuas kelas pertama Tuas kelas kedua Tuas kelas ketiga

Klasifikasi tuas adalah ditentukan oleh tiga kedudukan, iaitu: Kedudukan fulkrum Kedudukan beban Kedudukan daya

Kelas pertama ( Berlaku apabila fulkrum berada di antara daya dan beban. menggunakan daya yang minimum untuk mengatasi beban yang besar tetapi pergerakan yang perlahan. Digunakan untuk: keseimbangan tingkatkan kelajuan dan julat pergerakan kedua Berlaku apabila beban berada di antara daya dan fulkrum. Menggunakan daya yang minimum untuk mengatasi beban yang besar tetapi pergerakan perlahan. Digunakan untuk: tidak meningkatkan daya

Menghasilkan daya gerakan

Ketiga Berlaku apabila daya berada di antara beban dan fulkrum. Menggunakan daya yang maksimum dan pergerakan pantas. Digunakan untuk: Menambahkan kelajuan

Anda mungkin juga menyukai