Anda di halaman 1dari 3

KAMI MEMBINA INSAN GEMILANG Al-Fadhil Ustaz Ahmad Munawir bin Salehuddin Sek. Men.

Tahfiz Darul Ridzuan, Felda Lasah, 31120 Sungai Siput Utara, Perak. Melalui, Pengetua, Sek. Men. Tahfiz Darul Ridzuan, Felda Lasah, 31120 Sungai Siput Utara, Perak. Tuan, JEMPUTAN SEBAGAI PENCERAMAH SAMBUTAN ISRA MIKRAJ Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Pihak sekolah dengan sukacitanya menjemput tuan sebagai penceramah Majlis sambutan Isra Mikraj. 3. Ketetapan majlis adalah seperti berikut:Tarikh Hari Masa Tempat 4. : : : : 18 Jun 2013 M bersamaan 9 Syaaban 1434 H Selasa 8.00 pagi 10.00 pagi Dewan SMK Tronoh

13 Jun 2013

Semoga kehadiran tuan dapat menyeri dan menjayakan lagi majlis di atas.

Sekian. Terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK AGAMA, BANGSA DAN NEGARA Yang menurut perintah,

Panitia Pendidikan Islam, Sek. Men. Keb. Tronoh, 31750 Tronoh, Perak Darul Ridzuan. Melalui, Pengetua, Sek. Men. Keb. Tronoh, 31750 Tronoh, Perak Darul Ridzuan. Kepada, Pengetua, SMKA Sultan Azlan Shah, Jalan Bota Tronoh, Seri Iskandar, Perak. Tuan,

4 Mei 2007

PERMOHONAN UNTUK MEMINJAM ALAT MUZIK (BONGGO BESAR) BAGI PERTANDINGAN NASYID ANTI DADAH Merujuk kepada perkara di atas, pihak sekolah amatlah berharap agar pihak tuan dapatlah meminjamkan kepada pihak kami alat muzik yang dimaksudkan iaitu bonggo besar bagi tujuan yang tersebut di atas. 2. Ini kerana sekolah kami tidak mempunyai alat muzik tersebut dan hanya ada alatan seperti itu yang bersaiz kecil. 3. Pertandingan nasyid anti dadah ini akan diadakan pada hari Khamis bertarikh 10 Mei 2007 minggu hadapan. 4. Diharap permohonan ini akan diluluskan oleh pihak tuan dan kami berjanji kan menjaganya dengan baik dan akan memulangkannya apabila telah selesai pertandingan tersebut. Sekian. Terima kasih. Yang benar,

KAMI MEMBINA INSAN GEMILANG 1 Oktober 2008 Al-Fadhil Ustaz Mohd. Kusairi b. Musa Akademi Pembangunan Belia Malaysia, 31750 Tronoh. Tuan, JEMPUTAN SEBAGAI PENCERAMAH PROGRAM KECEMERLANGAN PENDIDIKAN ISLAM PMR SMK TRONOH 2008 Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Pihak sekolah dengan sukacitanya menjemput tuan sebagai penceramah bagi program yang tersebut di atas. 3. Ketetapan program adalah seperti berikut:Tarikh Hari Masa Tempat : : : : 9 Oktober 2008M / 9 Syawal 1428H Khamis 9.00 hingga 10.30 pagi Makmal Bahasa, SMK Tronoh

4. Sehubungan itu pihak sekolah telah bersetuju untuk memberi sumbangan berbentuk wang tunai sebanyak RM100.00 kepada tuan. 5. Semoga kehadiran tuan dapat membantu dan meningkatkan pencapaian akademik para pelajar. Sekian, terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK AGAMA, BANGSA DAN NEGARA Yang menjalankan tugas,

Anda mungkin juga menyukai