Anda di halaman 1dari 74

TAJUK 5 :

MODEL PENGAJARAN
Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh

Konsep Pengajaran

Pengajaran merupakan satu proses yang melibatkan sistem aktiviti aktiviti yang ditujukan kepada murid dengan tujuan membawa perubahan-perubahan tingkah laku di kalangan mereka.

Proses pengajaran merangkumi perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan penilaian. Kesemua langkah-langkah ini adalah bertujuan untuk menyebarkan ilmu dengan berkesan.

P &P Yang Berjaya :


Mencapai objektif perubahan tingkah laku

Guru perlulah jelas dengan jenis perubahan yang dikehendaki. Kemudian merancang aktiviti yang sesuai untuk menjayakannya. Antara perubahan-perubahan yang dikehendaki ialah jenis pengetahuan yang hendak diajarkan, kemahiran dan perubahan sikap. Melalui kaedah dan teknik tertentu yang bertujuan untuk menyebarkan ilmu pengetahuan dan kemahiran murid-murid.

Apakah itu Model Pengajaran? Satu perihalan persekitaran pembelajaran yang boleh dijadikan panduan guru semasa merancang kurikulum, kursus dan unit pengajaran serta menyediakan bahan-bahan pengajaran, seperti program multi-media, pengajaran berbantukan komputer, lembaranlembaran kerja dan sebagainya.

Model-Model Pengajaran
Model-model ini berdasarkan pengkategorian yang diutarakan oleh Bruce, Weil & Calhoun (2009). Setiap mazhab tersebut mengandungi beberapa jenis model pengajaran yg berkongsi orientasi yg sama terhadap manusia dan cara manusia belajar. 1. 2. 3. 4. Model Pemprosesan Maklumat Model Behavioral Model Sosial Model Personal

1. MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT

Pembentukan konsep

Perolehan konsep

Synectics

Implikasi Model Pemprosesan Maklumat terhadap P&P

Inkuiri

http://youtu.be/wBCLpVnai2c http://youtu.be/GaucLgI9Hzo

Model Pemprosesan Maklumat Model Pemprosesan Maklumat berfokus kepada naluri semulajadi kita untuk memahami dunia dengan lebih mendalam melalui langkah-langkah bersistematik dan berturutan iaitu:
Kepekaan terhadap masalah yang timbul, Pemerolehan dan penyusunan maklumat, Penjanaan cara-cara penyelesaian yang sesuai, Pengembangan konsep yang berkenaan.

Pembentukan Konsep
Konsep: menyamakan ingatan manusia sama seperti komputer iaitu menggunakan model input-output. Tiga mode ingatan yang mana pemprosesan maklumat berlaku dalam otak manusia terdiri daripada daftar deria/ sensori, ingatan jangka pendek dan jangka panjang. Oleh itu, pemerosesan melibatkan proses mengumpul dan mewakilkan maklumat, atau mengenkod, menyimpan maklumat dan mendapatkan maklumat apabila diperlukan. Semua proses ini dikawal dengan program yang menentukan bagaimana dan bila maklumat mengalir melalui sistem.

Ramai orang mbandingkan sistem pemerosesan maklumat manusia dengan komponen komputer. Tiga bulatan menggambarkan struktur pengetahuan, dimana maklumat disimpan atau dipindahkan. Sementara, anak panah menunjukkan pengaliran maklumat. Kotak diatas rajah mewakili proses kawalan yang mempengaruhi pengaliran maklumat sistem berkenaan.

Perolehan Konsep
Perolehan Konsep merujuk kepada usaha mencari, kemudian menyenaraikan atribut @ ciri-ciri yg membezakan contoh daripada bukan contoh bagi suatu kategori yg dikenalpasti. Aplikasi Model Perolehan Konsep Dalam Bilik Darjah: Model ini sesuai di Prasekolah. Konsep & contoh hendaklah mudah & sesi pengajaran agak singkat masanya serta diarahkan oleh guru. Cth: guru meminta murid menyenaraikan bentuk yg terdapat dalam bilik darjah. Jawapan murid mungkin kepelbagaianmeja, kerusi, papan tulis dll.

Inkuiri Saintifik
Dipelopori oleh Joseph Schwab. Direka bentuk bertujuan meningkatkan kecekapan murid-murid mempelajari dan seterusnya mengembangkan konsep-konsep. Satu proses mencari ilmu pengetahuan atau kebenaran melalui proses menyoal. Penyelesaian masalah mengikut langkah-langkah yang logikal dan sistematik. Justeru, strategi inkuiri dalam pengajaran dan pembelajaran melibatkan murid dalam memberi pendapat dan menyoal supaya dapat meneroka, mencadangkan hipotesis untuk menguji, mengumpul dan menyusun data untuk menguji hipotesis dan membuat inferens serta kesimpulan.

Teknik Inkuiri direka bentuk khusus kebebasan dalam penyelesaian masalah.

untuk

memberi

Proses inkuiri boleh melibatkan jangka waktu yang pendek seperti satu atau dua jam atau jangka waktu yang panjang seperti dua atau tiga minggu. Proses inkuiri boleh distruktur agar merangkumi beberapa unit konsep. Pendekatan inkuiri juga merupakan kaedah saintifik penyelesaian masalah berdasarkan model penemuan terbimbing yang disarankan oleh John Dewey.

Model Inkuiri pula merangkumi segala proses soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau kesimpulan daripada soalan, atau daripada masalah yang dikemukakan. Aktiviti soal selidik ini memerlukan pelajar mengenal pasti soalan bermasalah, membentuk hipotesis, merancang aktiviti kajian, manjalankan kajian atau siasatan dan seterusnya mendapatkan jawapan dan membuat rumusan. Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, terdapat dua jenis teknik inkuiri iaitu inkuiri terbimbing dan inkuiri terbuka. Inkuiri terbimbing memerlukan guru membimbing pelajar menjalankan segala proses kajian.

Inkuiri jenis ini sesuai dilaksanakan pada peringkat sekolah rendah dan menengah. Dalam inkuiri terbuka, pelajar tidak diberi sebarang bimbingan. Segala proses kajian dijalankan oleh pelajar sendiri. Oleh itu, ianya sesuai dilaksanakan pada peringkat pengajian yang lebih tinggi seperti di universiti. Kesimpulannya, model inkuiri ini amat berguna bagi mendapatkan maklumat dan pengetahuan baru dalam pelbagai bidang khususnya bidang pendidikan.

Kebaikan Model Inkuiri


Arahan kendiri ,memajukan kemahiran pemikiran krikital dan kemahiran pemikiran aras tinggi; Berpusatkan murid-murid terlibat secara aktif dalam pembelajaran; Menggalakkan perasaan ingin tahu dan menggalakkan murid memikirkan dan membayangkan jawapan-jawapan atau penjelasan-penjelasan yang mungkin; perasaan ingin tahu akan membawa kepada inkuiri seterusnya; dan Kurang perlu mencari jawapan yang betul kerana sebarang kesimpulan adalah berbentuk tentatif sahaja; kesimpulan bergantung pada data yang sedia ada. Guru berperanan sebagai fasilitator yang membantu murid mengenalpasti masalah. Guru mewujudkan persekitaran yang menjamin kebebasan untuk meneroka dan mengadakan perhubungan manusia yang baik serta memberi sokongan psikologi.

Synectics
Dipelopori oleh Gordon (1961). Istilah synectics bermaksud membawa kesemua perkara dalam satu perkaitan yang bersepadu. Synectics (aplikasi kreativiti seperti membuat analogi dan metafora) yang reka cipta oleh Gordon merupakan suatu pendekatan yang menarik terhadap pembentukan pemikiran kreatif. Elemen utama dalam model synectics ialah penggunaan analogi, di mana pelajar menggunakan analogi untuk menyelesaikan masalah. Kesepaduan perkara melibatkan kreativiti untuk membentuk struktur yang baru. Setiap pemikiran kreatif berasaskan kepada pemikiran synectics.

Satu pendekatan yg amat menarik untuk mencipta inovasi. Murid akan mula menganalisis elemen berdasarkan masalah tersebut atau menyediakan satu senarai karangan fakta yg penting. Ini merujuk kepada pengetahuan @ pengalaman sedia ada. Synectics memberi peluang untuk melihat objek atau peristiwa yang berlaku, meluahkan perasaan & menghadapi masalah dari perpektif baru.

Aplikasi Model Synectics Dalam Bilik Darjah

Penggunaan model ini merentasi keseluruhan kurikulum. Boleh diaplikasikan dalam kelas bagi mewujudkan sesuana yg kondusif.

Implikasi Model Pemprosesan Maklumat Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran


Model pengajaran yg terkandung dalam mahzab pemprosesan maklumat berasaskan psikologi kognitif. Membantu murid untuk lebih mengenali dunia mereka, fokus diberikan kepada cara mereka memperoleh maklumat, menguruskan data, merangka masalah dan menjana penyelesaian. Implikasi pertama: Guru perlu ketahui jenis model manakah yg sesuai dgn murid berdasarkan tahap pencapaian mereka. Implikasi kedua: Pengetahuan dan kemahiran yg harus ada pada guru supaya murid yakin dan kompeten untuk melaksanakan model pengajaran.

Implikasi Model Pemprosesan Maklumat Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran Guru harus menggunakan kaedah ekspositori untuk menyampaikan konsep-konsep dalam sesuatu topik pengajaran. Bahan pembelajaran (input) harus disusun atur dengan baik. Idea dan konsep baharu harus bermakna kepada pelajar. Menambah konsep-konsep baharu ke dalam struktur kognitif sedia ada akan memudahkan ingatan kembali konsep-konsep tersebut.

2. MODEL BEHAVIORAL
Kumpulan model pengajaran yang paling berstruktur. Berdasarkan bagaimana seseorang bertindak balas terhadap sesuatu tugasan. Idea Skinner. Guru memeringkatkan isi kepada bahagian yang kecil dan sampaikannya langkah demi langkah mengikut kadar penerimaan pelajar. Bila semua langkah dikuasai maka dapatlah menguasai keseluruhan tajuk itu.

http://youtu.be/xQWSsPvVUaY

Model Behavioral Pengajaran Langsung

Pelopor Thomas Good Jere Brophy Wes Becker Siegfried Englemann Carl Bereiter Benjamin Bloom James Block

Tujuan Penguasaan kandungan dan kemahiran akademik dalam bidang pengajian yang luas.

Pembelajaran Masteri

Penguasaan kemahiran akademik dan pelbagai jenis kandungan.

Simulasi

Carl Smith Mary Smith B.F Skinner

Penguasaan kemahiran dan konsep kompleks dalam bidang pengajian yang luas. Penguasaan kemahiran, konsep dan maklumat berbentuk faktor. Pengurusan tingkahlaku, belajar pola tingkahlaku yang baru dan kawalan kendiri.

Pembelajaran Bersifat Program Pembelajaran Sosial

Albert Bandura

Pengajaran Langsung
Satu pendekatan untuk pengajaran kemahiran-kemahiran asas. Pelajaran terarah, bermatlamat dan persekitaran pembelajaran adalah berstruktur. Pengajaran langsung terdiri daripada tiga aspek: 1. Jenis hasil pembelajaran pelajar. 2. Aliran aktiviti pengajaran. 3. Persekitaran pembelajaran. Pengajaran jenis ini berpusatkan guru dan mengandungi lima langkah, iaitu penentuan set, penerangan/ demonstrasi, praktis/latihan terbimbing, maklum balas dan amalan/ praktis lanjutan.

Pengajaran Langsung
Pengajaran jenis ini berpusatkan guru dan mengandungi lima langkah, iaitu penentuan set, penerangan/ demonstrasi, praktis/latihan terbimbing, maklum balas dan amalan/ praktis lanjutan.

Pengajaran Langsung Proses Pengajaran Langsung 1. Pengenalan (Orientasi) 2. Perkembangan (Penyampaian) 3. Latihan Struktur (Amalan Berstruktur) 4. Latihan terbimbing (Amalan Terbimbing) 5. Latihan kendiri (Amalan Berdikari) 6. Penilaian

Pengajaran Langsung
1. Pengenalan / Orientasi: Guru membentuk kerangka pengajaran dari segi: i. Objektif dan tahap pencapaian. ii. Isi kandungan dan hubungan dengan pengetahuan atau/dan pengalaman sedia ada. iii. Langkah-langkah dan peranan murid bagi aktiviti yang dijalankan.

Pengajaran Langsung
2. Perkembangan (Penyampaian) Guru menerangkan konsep atau kemahiran baru melalui contoh dan demonstrasi secara visual dan lisan. 3. Latihan Struktur (Amalan Berstruktur) Guru membimbing murid-murid dengan menggunakan contoh-contoh dan memberi maklum balas kepada respons mereka.

Pengajaran Langsung
4. Latihan Terbimbing (Amalan Terbimbing) Murid-murid berpeluang membuat latihan secara individu dengan bimbingan guru. 5. Latihan Kendiri (Amalan Berdikari) Apabila prestasi amalan terbimbing murid-murid telah mencapai tahap 85% hingga 90%, mereka laksana latihan sendiri tanpa bimbingan guru.

Pengajaran Langsung
Kebaikan dan Keterbatasan Pengajaran Langsung Kebaikan: Meningkatkan gred pencapaian Pembelajaran yang berstruktur untuk pelajar Berkesan untuk murid-murid yang kecerdasan sederhana dan lambat

Batasan: Hadkan pemikiran yang kritis dan kreatif Mengurangkan usaha pembelajaran kendiri Kurang mencabar untuk pelajar yang cemerlang

Pengajaran Langsung
Aplikasi Model Pengajaran Langsung dalam bilik darjah: Sesuai bagi pengajaran maklumat dan kemahiran asas yang terkandung dalam kurikulum teras.

Pembelajaran Masteri
Pembelajaran masteri ialah satu kaedah pengajaran secara individu yang menggunakan kurikulum berstruktur dan dibahagikan kepada unit-unit kecil pengetahuan serta kemahiran yang akan dipelajari. Bloom (1968), pembelajaran ini merupakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berfokuskan penguasaan murid dalam sesuatu perkara yang diajar.

Pembelajaran Masteri Prinsip-prinsip Pembelajaran Masteri:


1. Semua murid normal boleh menguasai apa-apa yang diajar oleh guru. 2. Pembelajaran dipecah kepada unit-unti kecil di mana pengetahuan disusun daripada mudah kepada sukar supaya mudah difahami oleh murid. 3. Masa yang diperuntukkan harus mencukupi dan fleksibel untuk semua murid mencapai objektif pembelajaran.

Pembelajaran Masteri
Langkah-Langkah Pembelajaran Masteri:
i. ii. iii. iv. Satu matapelajaran mempunyai objektif utama tersendiri yang mewakili objektif satu kursus atau unit. Satu unit besar dibahagikan kepada unit-unit kecil yang mempunyai objektif masing-masing. Bahan pembelajaran dikenalpasti dan strategi atau model pengajaran dipilih. Setiap unit disertakan dengan ujian diagnostik ringkas yang mengukur kemajuan murid-murid secara berterusan serta mengenalpasti masalah setiap murid. Guru boleh merancang seterusnya melaksanakan pengajaran tambahan untuk membantu murid-murid berkenaan menyelesaikan masalah pembelajaran masing-masing.

v.

Pembelajaran Masteri
Individually Prescribed Instructional Program (Penetapan Program Pengajaran Individu) Murid-murid berupaya meningkatkan inisiatif kendiri, arah kendiri, penilaian kendiri dan motivasi terhadap pembelajaran. Terdapat perbezaan antara murid-murid dari segi kuantiti masa dan praktis yang diperlukan untuk menguasai objektif-objektif pengajaran.

Pembelajaran Masteri
Individually Prescribed Instructional Program (Penetapan Program Pengajaran Individu)

Murid-murid belajar mengikut kadar masing-masing dengan persekitaran yang kondusif dan pertimbangan terhadap perbezaan masing-masing. Tahap penguasaan yang minimum bagi satu-satu unit pembelajaran merupakan pra syarat bagi permulaan unit baru. Penilaian formatif untuk mengesan kemajuan muridmurid amat penting supaya dapat menjadi asas membentuk pakej pembelajaran secara individu.

Pembelajaran Masteri
Aplikasi Pembelajaran Masteri Dalam Bilik Darjah
Sesuai digunakan bagi pelbagai jenis matapelajaran (BI, MT, GEO, SN, Statistik) Sesuai bagi semua peringkat persekolahan bermula daripada prasekolah hingga ke kolej. Juga diaplikasikan bagi mengajar pembentukan konsep, hafalan, kreativiti dan penyelesaian masalah. Guru perlu merancang dengan rapi agar dapat mewujudkan suatu sistem pembelajaran yang positif dan kondusif. Guru hendaklah bersifat sedia mendorong dan membantu sebagai pemangkin kepada harga diri positif murid-murid.

Simulasi
Melibatkan murid-murid main peranan watak-watak tertentu yang ada dalam kehidupan harian mereka. Penjelasan model simulasi akan dibuat berdasarkan empat fasa : i. Sinopsis ii. Sistem sosial iii. Prinsip reaksi iv. Sistem sokongan

Simulasi
Sinopsis Model Pengajaran Langsung
Fasa 1: Orientasi -Gurumenyampaikan topik simulasi secara menyeluruh serta konsep yang perlu disisipkan ke dalam aktiviti simulasi. -Guru menerangkan tentang prosedur simulasi.

Fasa 2: Latihan Peserta -Guru membentuk senario bagi simulasi, menentukan peranan-peranan tertentu dan mengadakan sesi latihan.
Fasa 3: Operasi Simulasi -Guru melaksanakan aktiviti simulasi. -Murid-murid memberi maklumbalas dan penilaian. -Guru menjelaskan sebarang miskonsepsi yang timbul -Aktiviti simulasi diteruskan. Fasa 4: Debriefing Peserta -Guru membimbing murid-murid untuk buat rumusan, menganalisis proses, membandingkan aktiviti dengan realiti hidup, mengaitkan dengan kandungan matapelajaran serta menilai dan merekabentuk semula aktiviti.

Simulasi
Sistem Sosial Suasana persekitaran yang bersifat koperatif dan interaktif harus wujud. Murid-murid dikehendaki berkongsi idea agar membentuk satu sistem sosial rakan sebaya.

Simulasi
Prinsip-prinsip Reaksi: Guru tidak menjalankan sebarang penilaian sepanjang aktiviti simulasi. Guru hanya perlu membawa murid-murid yang kurang berminat semasa aktiviti simulasi kembali ke pangkuan simulasi tersebut.

Simulasi
Sistem Sokongan: Bahan-bahan simulasi khususnya dalam bidang sains sosial. Berbentuk komputer

Simulasi
Aplikasi Model Simulasi Dalam Bilik Darjah Berupaya merangsang pembelajaran mengenai unsurunsur: i. Persaingan ii. Bekerjasama iii. Empati iv. Sistem sosial v. Konsep vi. Kemahiran vii. dan lain-lain

Implikasi Model Behavioral Terhadap P&P


1. Guru harus berpegang kepada prinsip rangsangan-gerakbalas. 2. Jikalau inginkan tingkahlaku yang positif dalam kalangan murid-murid, maka tumpuan diberikan kepada pengukuhan positif dan bukannya pengukuhan negatif atau hukuman. 3. Sebelum meneruskan kepada unit baru, guru haruslah menjalankan tafsiran atau penilaian bagi memastikan penguasaan murid-murid.

4. Guru harus merancang dan mempelbagaikan kaedah mengajar dengan mengambil kira gaya pembelajaran pelajar yang berbeza. 5. Guru berkeyakinan bahawa semua pelajar berbeza boleh menguasai apa-apa yang diajar. 6. Guru digalakkkan untuk mempelbagaikan kaedah pembelajaran supaya mereka dapat menguasai apaapa yang diajar dalam masa yang paling singkat.

3. MODEL SOSIAL
Model sosial ini melatih pelajar agar berkebolehan menyusun maklumat serta-merta dan mensintesis maklumat untuk menyelesaikan masalah. Model ini membantu untuk memperkembangkan perspektif individu dan kumpulan dalam memperjelas dan mengembangkan idea-idea. Mementingkan unsur interaksi sosial sambil murid-murid bekerjasama untuk menyempurnakan suatu tugasan. Contoh: - mengumpul - mengkaji dan menganalisis maklumat - menilai dan mentafsir - membuat kesimpulan

3. MODEL SOSIAL
http://youtu.be/ikTxfIDYx6Q http://youtu.be/t6WX11iqmg0

Pembelajaran Koperatif
Pelopor: John Dewey dan Herbert Thelen. Pembelajaran koperatif berkisar atas tiga perkara: 1. Pencapaian akademik, 2. Penerimaan kepelbagaian (Pemahaman peribadi) dan 3. Perkembangan sosial. Pelajar-pelajar dalam situasi pembelajaran dikehendaki bekerjasama dalam kumpulan masing-masing untuk menyelesaikan satu tugasan bersama demi mencapai matlamat yang sama.

Pembelajaran Koperatif
Pembelajaran koperatif berhasrat untuk mengubah norma dalam kalangan pelajar muda agar mereka dapat menerima hakikat untuk mencapai kecemerlangan dalam tugasan dan pembelajaran. Model ini dapat memanfaatkan kumpulan pelajar berpencapaian rendah dan tinggi apabila mereka menyelesaikan tugasan pembelajaran bersama.

Pembelajaran Koperatif
Konsep Utama Pembelajaran Koperatif: 1. 2. 3. 4. 5. Pasukan Pengurusan pembelajaran koperatif Keinginan untuk bekerjasama Kemahiran untuk bekerjasama Prinsip-prinsip pembelajaran koperatif

Inkuiri Sosial
Pelopor: Byron Massialas dan Benjamin Cox. Tujuan: Penyelesaian masalah sosial melalui pembelajaran kolektif dan penaakulan logikal.

Inkuiri Jurisprudential
Pelopor: James Shaver dan Donald Oliver. Tujuan: Analisis isu-isu polisi melalui kerangka Jurisprudential (Realiti Berhemah). Pengumpulan data analisis soalan nilai, kajian kepercayaan peribadi.

Inkuiri Sosial Berstruktur


Pelopor: Robert Salvin dan rakan-rakan. Tujuan: Fokus kepada inkuiri akademik dan perkembangan sosial serta peribadi. Penggunaan strategi koperatif sebagai pendekatan pengajian akademik.

Saling Pergantungan
Pelopor: David Johnson, Roger Johnson, Elizabeth Cohen. Tujuan: Pembentukan strategi interaksi sosial yang bersifat saling pergantungan. Pemahaman hubungan dan emosi kendiriorang lain.

Main Peranan
Pelopor: Fanny Shaftel. Tujuan: Kajian tentang nilai dan peranan dalam interaksi sosial. Kefahaman peribadi tentang nilai dan tingkahlaku.

Main Peranan
Main peranan merupakan satu situasi yang melibatkan pelajar memegang sesuatu peranan sama ada sebagai dirinya sendiri atau individu lain. Main peranan bertujuan untuk memberikan peluang kepada pelajar melibatkan diri dalam lakonan dan perbincangan. Pelajar boleh menguasai kemahiran-kemahiran seperti kemahiran bahasa daripada laras bahasa dan sebutan.

Main Peranan
Pelajar dapat memahami tingkah laku orang lain melalui dalam lakonan dan perbincangan. Model ini dijangka dapat membantu peljar yang pasif melibatkan diri dalam aktiviti main peranan dan seterusnya membina keyakinan diri mereka. Pelajar juga dapat memupuk sifat-sifat sosial. Mereka diberikan peluang melahirkan pelbagai perasaan mengikut situasi watak yang dimainkan, berbincang serta memikirkan masalah sendiri dan dengan ini dapat memahami diri sendri secara lebih mendalam

Main Peranan
Pelajar juga dapat mengawal perasaan dan emosi dalam pelbagai situasi. Satu pengajaran dalam mata pelajaran dapat disampaikan dalam bentuk yang menarik dan berkesan.

Main Peranan Jenis-jenis Peranan


1. 2. 3. 4. 5. Memerihal Demonstrasi Latihan Cerminan Kepekaan

Simulasi
Simulasi boleh dalam bentuk permainan, permasalahan, berbentuk persaingan atau koperatif. Model ini terdapat empat fasa, iaitu: 1. Orientasi 2. Latihan peserta 3. Proses simulasi dan 4. Perbincangan.

Simulasi
Fasa 1: Guru akan megemukakan topik yang ingin diajar, menerangkan konsep dalam simulasi dan pakah sebenarnya semulasi serta gambaran umum permainan tersebut. Fasa 2: Pelajar mula simulasi dan guru memperkenalkan peraturan, peranan, prosedur, cara mendapat skor, jenis keputusan yan gperlu dibuat dan matlamat simulasi.

Simulasi
Fasa 3: Pelajar melibatkan diri dalam simulasiu. Guru sebagai pengadil dan jurulatih. Permainaan boleh dihentikan untuk pelajar memperoleh maklum balas, menilai prestasi dan keputusan serta memperjelas salah tanggapan. Fasa 4: Merangkumi perbincangan pelajar selepas simulasi tentang hasil pembelajaran, proses simulasi dan banding beza antara simulasi dengan dunia sebenar, hubung kait aktiviti dengan kandungan kursus atau pelajaran dan menilai serta mereka cipta semula simulasi.

Implikasi Model Sosial Terhadap P & P 1. Pelajar meniru tingkah laku positif secara tidak langsung yang ditonjolkan oleh watak-watak dalam main peranan dan simulasi. 2. Peranan guru sebagai role model harus memastikan dan mempunyai tingkah laku serta perwatakan yang positif supaya pelajar dapat menirunya. 3. Guru menasihati pelajar tentang program yang sesuai ditonton di televisyen dan filem yang tidak sesuai ditonton oleh mereka.

Berfokus kepada penggunaan prinsip-prinsip psikologikal dalam bilik darjah. Melibatkan guru-murid, murid-murid, dan muridguru. Pola interaksi yang positif akan membawa kepada peningkatan murid-murid daripada aspek akademik, sikap, dan konsep kendiri.

4. MODEL PERSONAL
http://youtu.be/FteC-XBE8BU http://youtu.be/FoDA9_q24oY Model personal adalah untuk membentuk personaliti yang kompeten, bersepadu dan berkeyakinan diri. Model pembelajaran melalui kaunseling ingin membentuk satu komuniti pelajar yang berdisiplin serta mempunyai kesedaran peribadi yang tinggi.

Kesedaran Peribadi
Pelopor: Carl Rogers. Tujuan: Membina kapasiti untuk perkembangan, pemahaman kendiri, autonomi, dan harga diri. Model ini mementingkan peranan guru sebagai fasilitator, di mana guru akan cuba melihat dunia dari perspektif murid-murid, serta mewujudkan komunikasi bersifat empati bertujuan memupuk dan mengembangkan arah kendiri masing-masing. Persekitaran pembelajaran dapat membantu murid untuk mencapai integrasi personal yang lebih tinggi, dan penilaian kendiri yang realistik.

Penyempurnaan Kendiri (Self-actualization)


Pelopor: Abraham Maslow. Tujuan: Meningkatkan perkembagan pemahaman personal dan kapasiti untuk berkembang.

Latihan Kesedaran
Pelopor: Fritz Perls. Tujuan: Meningkatkan pemahaman kendiri dan harga diri. Mengembangkan kepekaan interpersonal sensitiviti dan empati.

Perjumpaan Kelas
Pelopor: William Glasser Tujuan: Meningkatkan pemahaman kendiri dan tanggungjawab terhadap diri dan orang lain.

Aplikasi Model Kesedaran Peribadi Dalam Bilik Darjah


Sesuai digunakan dalam beberapa jenis situasi bermasalah seperti personal, sosial dan akademik. Juga sesuai digunakan dalam bilik darjah di mana murid-murid sudah kurang berminat terhadap pengajaran yang disampaikan, dan guru sedang mengahadapi masalah kawalan murid.

Pemupukan Konsep Kendiri dan Harga Diri


Ahli psikologi Maslow dan Rogers menegaskan bahawa kompetensi kita untuk berinteraksi dengan persekitaran kita dipengaruhi oleh pandangan kita terhadap diri. Apabila kita mempunyai konsep kendiri yang tinggi, kita akan bertindakbalas terhadap persekitaran kita dengan penuh yakin diri. Jika seseorang pelajar mempunyai harga diri yang positif akan membantu perkembangan orang lain. Pelajar yang mempunyai harga diri yang negatif cenderung kepada perasaan kecewa dan enggan untuk melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Implikasi Model Personal Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran


1. Berdasarkan prinsip-prinsip psikologi humanistik yang berfokuskan kepada individu dan menitikberatkan kendiri. 2. Guru perlu membantu murid-murid berpuas hati dengan diri mereka, berupaya memaksimumkan potensi serta mempunyai kawalan ke atas hidup masing-masing. 3. Guru hendaklah menguasai kemahiran-kemahiran berhubung dengan peranan mereka sebagai fasilitator yang akan mendorong murid-murid untuk memainkan peranan aktif dalam menentukan matlamat dan hala tuju pendidikan masing-masing.