Anda di halaman 1dari 5

SURAH ALAM NASYRAH

Nabi Muhammad S.A.W bersabda :


"Barangsiapa membaca surah Alam
Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan
aku mengambil kesempatan maka
menjadi suatu kelapangan daripadaku".

Barangsiapa membiasakan
membaca surah Alam Nasyrah
selesai mengerjakan solat fardhu,
nescaya Allah permudahkan
urusannya serta dimudahkan
segala keperluannya dan
dimudahkan rezekinya.
Sesiapa yang membacanya nescaya
Allah turut melapangkan dadanya serta
dijauhkan daripada segala kesukaran
dalam segala urusannya. Dihilangkan
segala sifat kesal dan jemu, serta
mendatangkan rajin dalam mengerjakan
ibadat.

Barangsiapa membaca Alam


Nasyrah sembilan kali sesudah
solat fardhu nescaya Allah akan
menjauhkan daripada kesempitan
hidup dan dimudahkan rezeki
dalam segala urusan.
Surah Al-Inshirah / Alam Nasyrah
Ayat 94

Dengan nama Allah, Yang Maha


Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
1] Bukankah Kami telah melapangkan
bagimu: Dadamu (wahai Muhammad
serta mengisinya dengan iman dan
hidayat petunjuk)?

[2] Dan Kami telah meringankan


daripadamu: Bebanmu (menyiarkan
Islam);

[3] Yang memberati tanggunganmu,


(dengan memberikan berbagai
kemudahan dalam melaksanakannya)?
[5] Oleh itu, maka (tetapkanlah
kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya
tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

[6] (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa


sesungguhnya tiap-tiap kesukaran
disertai kemudahan.

[7] Kemudian apabila engkau telah


selesai (daripada sesuatu amal soleh),
maka bersungguh-sungguhlah engkau
berusaha (mengerjakan amal soleh
yang lain),

Anda mungkin juga menyukai