Anda di halaman 1dari 40

PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN

DISEDIAKAN OLEH: ROHAIDA BT. ISMAIL THEVAKI A/P RAZINDRAN SITI ROKIAH BT. OTHMAN NURUL HASANATY SOLEHAH BT. ZAINON

BAB 1 KONSEP DAN TAKRIF TAMADUN

Konsep Asas Tamadun


Pengertian umum masyarakat :
Masyarakat manusia yang telah keluar daripada kehidupan yang mundur (nomad) dan telah mencapai kemajuan dalam pelbagai aspek Peringkat atau tahap-tahap kemajuan yang dicapai oleh manusia pada sesuatu zaman Kehidupan masyarakat moden yang dipenuhi dengan segala kemudahan hasil penggunaan pelbagai alat teknologi

Definisi tamadun dari sudut bahasa

Bahasa Arab Bahasa Inggeris Bahasa Melayu

BAHASA ARAB

Ada 4 istilah yang digunakan

Madaniyyah
Tamadun Hadarah Umran

Dari sudut semantik tamadun kata terbitan daripada kata kerja maddana: pemilihan sesuatu lokasi sebagai tempat tinggal membangunkan sesuatu kawasan hingga menjadi suatu perbandaran

Lahir daripada maddana : Madinah bandar Madani / al-madaniyah peradaban dan kemakmuran hidup yang merujuk kepada kemajuan kebendaan yang dicapai oleh masyarakat diperkenalkan oleh Abu Nasir alFarabi (abad ke-11) Mudun kota-kota yang memiliki ciri-ciri tamadun

Umran & hadarah Ibn Khaldun (alMuqadimah


Hadarah satu daerah, kota, bandar, kampung @ tanah yang diusahakan

Umran kawasan tanah tempat tinggal yang tetap, berkembang subur dan maju dan menjadi bandar

lawan - badawiah

Hadarah Said Hawwa Kata dasar al-hadr menetap di kawasan bandar membawa maksud Kehidupan bertamadun dari sudut material & sosio budaya

Thaqafah sama maksud dengan culture yang mana merupakan satu ramuan untuk melahirkan tamadun secara ringkas kebudayaan bermaksud cara hidup, cara berfikir dan cara bertindak sesuatu kelompok manusia

Tamadun boleh ditakrifkan


- Sejumlah pencapaian dan pemerolehan dalam segala perlakuan, pemikiran, penciptaan yang baik, akhlak baik bagi sesuatu kelompok manusia yang membentu sebuah bangsa atau negara bangsa

BAHASA INGGERIS

Sudut epistemologi perkataan civilization berkait rapat dengan urbanization Civilization asal perkataan Latin civitas, civiltas = city --- bermaksud tiap-tiap perubahan adalah jelas pertumbuhannya di bandar-bandar besar dan ciri-ciri asas peradaban manusia lebih mudah ditemui di bandar-bandar

Istilah latin iaitucivita s lahir bersama kelahiran tamadun Rom membawa maksud sistem pemerintahan dan undang- undang di Rom gambaran wujudnya sistem undang-undang seperti undang- undang awam, warganegara dll tanda wujudnya sebuah masyarakat yang memiliki organisasi yang tersusun Civitas dalam bahasa Greek bandar / kota / metropolis diperluaskan kepada makna negara kota (city state)

Definisi Tokoh Barat: Collingwood suatu proses bagi mencapai suatu tahap kehidupan civil (sopan) atau proses untuk menjadi sivil (sopan) hasilnya lahirkan masyarakat bandar iaitu masyarakat yang mempunyai kehalusan budi. Samuel Johnson suautu keadaan yang bertentangan dengan kehidupan biadap (barbaric) iaitu mencapai satu tahap kesopanan yang tinggi

Perkataan b.Inggeris lain untuk tamadun Culture urbanization renainssance Tidak begitu luas penggunaannya kerana ruang lingkup unsur2 yang diungkapkan oleh perkataan ini dalam hubungannya dengan tamadun terbatas berbanding civilization

Pengertian civilization lebih mudah difahami kerana umumnya merujuk kepada perubahan daripada kehidupan barbaric (nomad) kepada hidup menetap yang mempunyai sistem politik, ekonomi dan sosial yang teratur dan maju. Istilah ini hanya mula digunakan Eropah pada pertengahan kurun ke-1 apabila ahli-ahli ekonomi Peranchis menggunakannya untuk memberi tafsiran kepada proses menuju kemajuan ekonomi.

Perkataan civilization sama makna dengan tamadun dalam b.Arab hanya Civilization menekankan kepada pencapaian material

Tamadun (b.Arab) menekankan kepada pencapaian material & spritual dalam sesebuah masyarakat yang membolehkan sesebuah masyarakat dianggap sebagai sebuah masyarakat yang bertamadun.

BAHASA MELAYU

Selain tamadun dua perkataan yang dimaksudkan dengan tamadun ialah


- peradaban - kebudayaan

Agak berbeza sedikit pengertian dengan tamadun oleh Kamus Dewan walaupun maksudnya serupa

Kamus Dewan
keadaan masyarakat manusia yang dicirikan oleh atau didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik), negara dan penduduknya yang telah mencapai taraf kemajuan kebendaan. serta perkembangan pemikiran, budaya atau cara hidup.

Pada penghujung abad 20 perkataan tamadun menjadi popular dengan kemuculan perkataan madani iaitu kata sifat bagi tamadun dalam wacana tamadun peringkat Alam Melayu

Nakarikam(Tamil)
Akar kata nakar maksud - kota atau bandar, simbolik tentang penjelmaan Tuhan Siva iaitu Tuhan yang menciptakan bandar.

Nakarikam bermaksud sebagai tingkah laku, tutur kata dan pakaian yang berkaitan dengan sesebuah bandar; peradaban, kesopanan, kehalusan budi;perbandaran, penjalinan persahabatan dan prihatin atau kasih sayang.

Wen ming(Cina)
Akar kata - ming Maksud cerah, terang atau bercahaya. Ia dikaitkan dengan amalan tradisi yang perlu dipraktikkan, pemikiran yang bijaksana, pemahaman yang jelas dan bertutur secara terbuka.

Wen ming merujuk kepada unsur-unsur material dan spiritual yang muncul daripada pencapaian sejarah perkembangan manusia.

Tamadun Daripada Perspektif Pelbagai Bangsa & Agama

Umumnya setiap bangsa dan agama setuju tamadun merupakan pencapaian kemajuan dalam pelbagai bidang kehidupan masyarakat Sukar tentukan takrif mutlak bagi tamadun - kenapa sukar tentukan takrif mutlak????? - kenapa berbeza istilah?????

Islam Istilah madaniyah, umran,hadarah, tamadun berbeza tetapi sebenarnya menemui titik persamaan dari segi konsep tamadun iaitu meletakkan unsur agama yang berpaksikan akidah,syar iah dan akhlak sebagai dasar dalam pembinaan &perkembangan tamadun

Barat Lebih menonjolkan aspek pencapaian kebendaan atau material sebagai ukuran bagi menentukan sesebuah masyarakat itu bertamadun atau sebaliknya.

Melayu
Menerima pengaruh besar daripada tamadun Islam memperlihatkan perbezaan dengan tamadun Barat. terdapat kecenderungan sesuatu bangsa tentang tamadun bangsa mereka lebih tinggi berbanding tamadun lain Cth China dan Barat - Islam

RUMUSAN
definisi tamadun banyak dipengaruhi pandangan semesta sesebuah masyarakatPandangan semesta lahir daripada latar belakang dan pengalaman agama, politik dan kemasyarakatan antara satu dengan lain Penekanan yang diberikan terhadap tamadun berbeza lihat Islam dan Barat.

Syed Qutb
Tamadun Islam ialah segala bentuk kemajuan yang dihasilkan oleh masyarakat dalam aspek sosial, pemerintahan, politik, ekonomi, kebudayaan yang berteraskan kepada syariat Allah serta bercirikan nilai nilai moral Islam

Arnold Toynbee Tamadun ialah suatu sistem masyarakat yang dapat membantu manusia menambah pengeluaran dan ia mempunyai empat elemen penting iaitu bahan-bahan ekonomi, sistem politik, pengetahuan dan seni.

PERBEZAAN ANTARA TAMADUN, BUDAYA, AGAMA DAN BANGSA

Tamadun luas & melangkaui dan melepasi budaya, bangsa dan juga berbeza daripada agama a) Budaya dan bangsa Budaya faham makna budaya ??? Semua masyarakat berbudaya tetapi tidak semua budaya boleh mencapai tamadun yang tinggi

Masyarakat berbudaya tinggi akan mencapai tamadun yang tinggi dan sempurna berbanding tamadun lain jika tidak mencapai tahap masyarakat berbudaya tinggi masyarakat itu berbudaya rendah seperti masyarakat nomad Tamadun Barat & Tamadun Islam sendiri mengandungi pelbagai budaya daripada pelbagai kaum

Cth : Cina Muslim di China amalkan budaya China tetapi beragama Islam bawah Tamadun Islam Cth : masyarakat Barat di Eropah dan Amerika budaya berbeza-beza bawah Tamadun Barat

b) Agama * Tamadun juga berbeza daripada agama Faham makna agama????? Tamadun juga melangkaui agama masyarakat yang menganut agama yang berbeza tetapi bernaung di bawah tamadun yang sama
Cth : Orang Jepun ( Shinto, Budhha ) bawah Tamadun Jepun Cth : Orang Cina ( Konfucius, Buddha, Taios ) bawah Tamadun Cina

Tamadun Islam agama unsur terpenting dalam binaan tamadun Menerima apa-apa budaya asalkan tidak bercanggah

RUMUSAN
Tidak dinafikan budaya, agama, bangsa mempunyai kaitan rapat dengan kewujudan tamadun. Hanya tidak boleh disamakan dari segi makna kerana cakupan tamadun lebih luas melepasi budaya, bangsa dan agama.

TERIMA KASIH DR. RAZAK & RAKAN - RAKAN