Anda di halaman 1dari 2

KERJA KURSUS PROJEK : PENDIDIKAN MORAL

Sifat- sifat Insan Bermoral Yang Selaras Dengan Prinsip- prinsip Moral

Sifat- sifat moral seseorang individu boleh dilihat melalui perlakuan yang menggambarkan sifat pemikiran kejiwaaannya. Terdapat berbagai pendapat dalam menentukan sifat-sifat insan bermoral kerana masing-masing mempunyai fahaman yang tersendiri. Berdasarkan apa yang kami telah kaji, seseorang insan yang bermoral hendaklah sentiasa berkeperibadian mulia dan memiliki ciri- ciri mulia dalam dirinya. Walau bagaimanapun, tiga prinsip utama telah dikemukakan sebagai panduan menentukan insan bermoral, iaitu: prinsip keadilan, prinsip alturisme dan prinsip autonomi. Kami berpendapat daripada ketiga- tiga prinsip ini, hanya dua prinsip sahaja sesuai dan mempunyai kaitan dengan sifat- sifat yang perlu dimiliki oleh seseorang insan bermoral.

Prinsip Keadilan mementingkan saksama, seimbang, sama rata dan sama rasa. Keadilan melibatkan menghormati orang lain dan kesaksamaan. Oleh itu, keadilaan tidak akan membenarkan individu menyalahgunakan kebebasannya untuk sesuatu yang bersifat tamak dan mementingkan diri sendiri. Ini selaras dengan sifat yang perlu dimiliki oleh seorang insan yang bermoral. Sebagai insan yang bermoral dan beretika perlu adil dan saksama dalam setiap aspek. Sebagai contohnya, di sekolah A, Guru Besar sentiasa menyuruh guru X membuat kerja-kerja pentadbiran sekolah. Akibatnya guru X tidak ada masa langsung untuk dirinya dan keluarganya sedangkan terdapat ramai guru di sekolah A yang tidak mempunyai banyak kerja. Perkara tersebut membuktikan salah guna kuasa oleh guru besar sehingga membawa kesan negatif kepada kehidupan guru tersebut. Guru besar tersebut sepatutnya adil

KERJA KURSUS PROJEK : PENDIDIKAN MORAL

dalam mengagihkan tugas kepada para gurunya. Maka secara tidak langsung guru besar itu tidak dapat digelar sebagai insan bermoral. Sifatnya itu tidak dapat dijadikan contoh oleh kita untuk menjadi manusia yang bermoral.

Selain itu, Prinsip Altruisme pula merujuk kepada sebarang tingkah laku atau pertimbangan moral akan melibatkan atau berkait hubung dengan orang lain. Mengikut prinsip ini, kepentingan terhadap orang lain lebih diutamakan daripada diri sendiri. Jika perasaan ini digunakan semasa membuat pertimbangan moral maka keputusannya adalah lebih berkeperikemanusiaan dan bermoral. Perasaan kasih sayang, simpati dan memikirkan perasaan orang lain akan menjauhi perasaan kepentingan diri, tamak dan kelakuan jahat. Ini selaras dengan sifat- sifat yang dimiliki oleh insan bermoral iaitu mencurahkan kasih sayang yang tidak berbelah bagi terhadap negara,

berperikemanusiaan, peka terhadap keperluan orang di sekitarnya, murah hati dan sebagainya. Sifat- sifat ini boleh dijadikan teladan oleh diri kita untuk menjadi manusia yang berkeperibadian mulia. Sebagai contoh, seluruh dunia tanpa mengira bangsa telah bersatu padu menyumbangkan tenaga dalam bentuk tenaga dan wang ringgit untuk membantu mangsa Tsunami di Aceh, India, Bangkok dan lain- lain. Mereka menderma untuk meringankan bebanan yang ditanggung oleh mangsa yang hidup dan anak-anak yatim yang kehilangan ibubapa. Ini menunjukkan kita berperanan sebagai insan yang bermoral yang mempunyai perasaan simpati, kasih sayang seperti yang ditekankan dalam Prinsip Altruisme.

Anda mungkin juga menyukai