Anda di halaman 1dari 61

WAJ 3104 LITERASI BAHASA

TAJUK 1

AKTIVITI PRABACAAN

Definisi dan Konsep Prabacaan. Kesediaan membaca adalah satu peringkat dalam perkembangan apabila seseorang kanak-kanak itu sudah boleh belajar membaca sama ada melalui kematangan atau hasil daripada pembelajaran atau kedua-duanya sekali. (John Downing & D.V Thackeray) Kesediaan membaca dirujuk kepada keadaan perkembangan yang diperlukan sebelum sesuatu kemahiran baru dapat dipelajari. (Kirk Kliebhan & Lener) Kesediaan membaca bermaksud kemampuan seseorang untuk menerima pengajaran dari segi mental, emosi dan fizikal yang melibatkaan sebarang aktiviti sebelum sesuatu peringkat bacaan dimulakan, sama ada di peringkat mendirikan asas, mengukuhkan asas mahupun peringkat yang lebih tinggi. Kesediaan Fizikal merujuk kepada kemampuan kanak-kanak dalam: I. Keupayaan alat-alat sebutan menghasilkan bunyi-bunyi yang diajarkan. II. Keupayaan mata mengecam bentuk, saiz, perbezaan atau persamaan bentuk. III. Keupayaan pendengaran mengecam bunyi alat muzik, haiwan, kenderaan, suara Kesediaan Emosi kemampuannya dapat dilihat dari segi: I. Minatnya terhadap bahan-bahan bacaan seperti bermain dengan bahan bacaan, membelek-beleknya, melihat buku dan berminat melihat orang di sekitarnya membaca. II. Minatnya untuk mendengar bacaan yang berupa cerita

WAJ 3104 LITERASI BAHASA

Kesediaan Mental merujuk kepada kemampuan dalam: I. Keupayaannya mengingat apa-apa yang diberitahu. II. Kebolehannya menyatakan semula apa-apa yang diketahui. Kesediaan Umur Perkembangan otak kanak-kanak berbeza antara satu dengan yang lain. Terdapat kanak-kanak bersedia untuk membaca seawal usia dua, tiga atau empat tahun atau lebih lewat daripada itu. Kesediaan Persekitaran - Kanak-kanak yang terdedah dengan pelbagai bahan bacaan sejak lahir, sentiasa melihat orang di sekelilingnya membaca dan ada pula orang lain yang membacakan buku cerita untuknya akan lebih cepat bersedia untuk membaca berbanding rakan-rakan sebayanya yang tidak mendapat peluang yang sama.

Rumusan: Syed Abu Bakar (1994) menyatakan bahawa peringkat kesediaan membaca sangat penting. Menurutnya, Jika tahap ini tidak dicapai terlebih dahulu, usaha untuk mengajarkan kemahiran membaca bukan sahaja sia-sia, malah boleh menimbulkan kesan yang amat buruk kepada kanak-kanak, ibu bapa dan guru. Konsep kesediaan membaca ini samalah dengan keadaan semula jadi yang dialami oleh kanak-kanak dalam perkembangan otot-otot tubuh mereka. Meniarap (aktiviti kesediaan membaca) merangkak (aktiviti mendirikan kemahiran asas membaca) berdiri (aktiviti pengukuhan kemahiran asas membaca) berjalan (kemahiran membaca peringkat rendah) berlari (kemahiran membaca peringkat tinggi)

Aktiviti Kesediaan Membaca 1. Syed Abu Bakar (1994) mengkategorikan aktiviti kesediaan membaca kepada dua, iaitu peringkat prabacaan dan peringkat bacaan. Peringkat prabacaan meliputi kemahiran pengamatan penglihatan, kemahiran pengamatan pendengaran, aktiviti pergerakan koordinasi psikomotor (mata dan tangan), latihan menajamkan daya ingatan dan latihan bahasa pertuturan. Peringkat bacaan meliputi kemahiran mengenal abjad hingga membaca ayat.

WAJ 3104 LITERASI BAHASA

2. Ismail Zakaria, Salmah Othman dan Elly Chong (1992) menjelaskan bahawa tahap prabacaan merupakan satu tempoh menyediakan murid untuk membaca. Menurutnya, tahap prabacaan dan kesediaan membaca adalah sama. Pada tahap ini, murid-murid didedahkan kepada aktiviti-aktiviti yang mendoron mereka mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran.

3. Aktiviti prabacaan mungkin berbentuk permainan yang membolehkan murid membiasakan diri dengan bentuk, warna, saiz, corak pada bahan maujud dan juga mendengar bunyi atau suara yang sama atau berbeza yang bertujuan untuk melatih ketajaman penglihatan dan pendengaran. 4. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia (1979) telah mengenal pasti kemahiran kesediaan membaca, iaitu; I. Kemahiran melihat dan mengenal pasti bentuk-bentuk yang sama dan berbeza. II. Kemahiran mendengar dan mengenal pasti bunyi-bunyi yang sama dan berbeza. III. Kemahiran menghubungkan bentuk huruf dan bunyi. IV. Kemahiran mengenal semua huruf. V. Kemahiran menggabungkan bunyi huruf menjadi suku kata dan kemudiannya menjadi kata yang bermakna. VI. Kemahiran mencerakin bentuk kata kepada suku kata dan seterusnya huruf dan bunyi. VII. Kemahiran pengamatan bentuk-bentuk yang sama dan berbeza yang membandingkan perbezaan makna. VIII. Kemahiran pergerakan motor bagi mengukuhkan penglihatan dan pengamatan murid.

WAJ 3104 LITERASI BAHASA

Melaksanakan Aktiviti Prabacaan. Aktiviti Pengamatan Penglihatan. Guru menyuruh murid menunjuk dengan jari ... Tunjuk yang sama

Tunjuk yang tidak sama

Tunjuk yang mana besar

Tunjuk yang mana kecil

WAJ 3104 LITERASI BAHASA

Tunjuk arah yang sama

Guru menyuruh murid menyebut benda-benda di dalam petak A dan B. Petak A Petak B

Guru menyuruh murid menyebut benda-benda yang sama dalam dalam petak A dan petak B. Petak A Petak B

Murid menunjukkan bentuk yang sama.

WAJ 3104 LITERASI BAHASA

Aktiviti Pengamatan Pendengaran. Murid mendengar bunyi rakaman kenderaan di bawah.

Murid mengecam dan menyatakan nama kenderaan. Murid kemudiannya meniru bunyi dan membunyikannya.

Murid mendengar bunyi rakaman haiwan di bawah.

Murid mengecam dan menyatakan nama haiwan. Murid kemudiannya meniru bunyi dan membunyikannya.

Murid mendengar bunyi rakaman objek di bawah.

Murid mengecam dan menyatakan nama objek.

WAJ 3104 LITERASI BAHASA

Aktiviti Pergerakan Tangan dan Mata.

-----------------------------------Murid mengikut dengan jari perjalanan anak ayam.

Murid mengikut dengan jari cara bola melantun

Guru menyuruh murid mengikut dengan jari perjalanan ke tempat itu.

WAJ 3104 LITERASI BAHASA

TAJUK 2

ASAS MEMBACA: KAEDAH FONIK

Pendekatan dan Kaedah-kaedah Pengajaran Bacaan di Peringkat Awal. Terdapat beberapa pendekatan dan kaedah yang telah dicipta bagi menolong murid mengenal pasti dan mengenal simbol bertulis (perkataan).

Pendekatan mengajar bacaan Terdapat 3 pendekatan iaitu pendekatan binaan, pendekatan cerakinan dan pendekatan elektik. Pendekatan Binaan Pendekatan binaan juga dikenali juga sebagai pendekatan sintesis. Pengajaran bacaan dimulakan dengan memperkenalkan unsur-unsur yang terkecil terlebih dahulu kemudian diikuti dengan unsur-unsur yang lebih besar. Murid-murid diperkenalkan dengan huruf-huruf terlebih dahulu kemudian diikuti dengan suku kata, perkataan, rangkai kata, ayat dan cerita. Contohnya : Perkenalkan huruf = r, u, m, a dan h Perkenalkan suku kata = ru dan mah Perkenalkan perkataan = rumah,. Perkenalkan ayat = ini rumah Kaedah yang sesuai menggunakan pendekatan ini ialah kaedah abjad, kaedah fonik dan kaedah suku kata.

WAJ 3104 LITERASI BAHASA

Pendekatan Cerakinan Pendekatan ini dikenali juga dengan pendekatan cerakinan atau analisis. Kaedah pengajarannya mendahulukan unsur yang lebih besar dan kemudian unsur itu dicerakinkankan kepada unsur-unsur yang kecil. Pendekatan ini mengesyorkan pengajaran bacaan dimulakan dengan memperkenalkan ayat kepada murid kemudian ayat itu dicerakinkan kepada perkataan, suku kata dan huruf. Contoh: Perkenalkan ayat = Rumah saya besar Perkenalkan perkataan = rumah, saya dan besar Perkenalkan suku kata = ru dan mah,. Perkenalkan huruf = r, u, m, a dan h Pendekatan ini sesuai digunakan untuk mengajar bacaan kaedah pandang dan sebut, kaedah ayat dan kaedah cerita. Pendekatan Elektik Pendekatan elektik juga dikenali sebagai pendekatan campuran iaitu pendekatan yang menggabungkan pendekatan binaan dan pendekatan cerakinan. Pendekatan ini mesti disesuaikan dengan keadaan murid-murid, situasi bilik darjah, bahan pengajaran dan sebagainya. Pendekatan ini juga mesti dijalankan secara sistematik dan dirancang dengan baik supaya pengajaran. Kaedah Fonik
Dalam keadah ini, murid-murid diperkenalkan dengan bunyi-bunyi huruf dan bukannya nama huruf. Murid-murid dilatih membunyikan bunyi-bunyi huruf secara terasing dari a z.. Kemudian huruf-huruf itu bunyi huruf-huruf ini digabungkan untuk membentuk suku kata dan seterusnya perkataan. Lambang-lambang huruf itu

WAJ 3104 LITERASI BAHASA

diperkenalkan dengan bunyinya. Bagi menarik minat murid-murid, penggunaan kaedah ini amat sesuai menggunakan gambar sebagai sokongan.

Huruf

dibunyi aaa ,

b dibunyikan beh, t dibunyikan teh, m

dibunyikan meh dan begitu juga dengan huruf-huruf yang lain. Lambang huruf a, b, dan t tidak dipekenalkan nama hurufnya iaitu bi, ti dan em.

Perkataan batu dieja dengan bunyi huruf :

b ( beh ), a ( aaa ) = ba t ( teh ), u ( uuu ) = tu = batu.

Bunyi-bunyi itu kemudiannya dicantumkan menjadi suku kata dan perkataan, misalnya satu (gabungan bunyi sa dan tu), baju, roti dan sebagainya. Pada peringkat awal, murid-murid diajar dengan bunyi-bunyi yang tidak bermakna tetapi ia boleh menanam asas yang kukuh untuk mengenali bunyibunyi yang dilambang oleh huruf-huruf.

Kebaikan dan Keburukan kaedah Fonik Kebaikan dengan susuk Keburukan - bacaan murid tidak licin - tidak menarik hati kerana suku kata yang diajar tidak mempunyai makna - sukar untuk membunyi kan fonem diftong dan digraf

- sesuai

bahasa

Melayu yang bersifat fonemik - membolehkan kanak-kanak membaca perkataan baru - memudah murid-murid menguasai kemahiran bacaan

10

WAJ 3104 LITERASI BAHASA

TAJUK 3

ASAS MEMBACA: KAEDAH ABJAD

Merupakan kaedah yang paling tua digunakan oleh manusia

bagi

mengajarkan bacaan kepada kanak-kanak . Dikenali juga dengan nama kaedah huruf dan kaedah mengeja. Mengikut kaedah ini, murid-murid diperkenalkan dengan huruf-huruf yang ada dalam sistem ejaan bahasa Malaysia iaitu huruf a z. Murid-murid dikehendaki menghafal nama kedua-dua bentuk huruf iaitu huruf kecil dan huruf besar. Setelah murid mengenali nama-nama huruf, baharulah diperkenalkan huruf-huruf vokal iaitu a,e,i,o dan u. Seterusnya huruf-huruf itu dicantum dengan huruf konsonan untuk membentuk suku kata dan seterusnya membentuk perkataan. ba bi bu bo be be ca ci cu co ce ce da di du do de de Daripada suku kata itu dibentuk perkataan-perkataan seperti baca, babu, cucu, dada, budi dan sebagainya. Perkataan dibaca mengikut nama hurufnya dan kemudian baharu disebut perkataannya. Ada dua cara mengeja perkataanperkataan itu, iaitu : secara huruf satu demi satu bi, e, t, u ( b, a, t, u) = batu secara suku kata - ba, tu = batu t, u = tu = batu

bi, e = ba

Kebaikan dan Keburukan Kaedah Abjad


11

WAJ 3104 LITERASI BAHASA

- kemahiran kata

Kebaikan membaca

diasaskan

Keburukan - murid-murid terdorong

untuk

pada pengenalan huruf dan suku - setiap huruf atau lambang mewakili satu bunyi - tercapai kecekapan dan kemahiran membaca serta memberi keyakinan kepada murid

membaca dengan mengeja satu demi satu perkataan menyebabkan bacaan kurang lancar. - Memberi tumpuan kepada penyebutan huruf dan suku kata bukan kepada maksud yang dibaca.

TAJUK 4

ASAS MEMBACA: KAEDAH PANDANG DAN SEBUT

12

WAJ 3104 LITERASI BAHASA

Kaedah ini dikenali juga sebagai kaedah seluruh kata. Pengajaran bacaan dimulakan dengan murid-murid terus diperkenalkan dengan seluruh perkataan dan disertakan dengan gambar. Setiap gambar dilabelkan dengan perkataan . Murid-murid disuruh menyebut perkataan itu dengan mengenali gambarnya sekali. Setelah mereka mengenalinya dan boleh menyebutnya, baharulah diajar nama-nama abjad atau huruf yang membentuk perkataan tersebut. Mengikut kaedah ini, pada permulaan pengajaran murid-murid perlu mengenali keseluruhan lambang-lambang yang membentuk perkataan. Mereka perlu mengenali berpuluh-puluh lambang untuk membaca sebuah ayat pendek. Setelah mereka boleh menyebut perkataan, rangkai kata dan ayat, baharulah mereka dapat mengenali satu demi satu huruf-huruf yang membentuk perkataan itu.
Contoh :

bo + la b + o + l + a

Kaedah ini sebenarnya lebih sesuai untuk bahasa yang mengamalkan sistem ejaan yang bersifat logografik iaitu sesuatu konsep dilambangkan dengan lambang yang khusus.

13

WAJ 3104 LITERASI BAHASA

Kebaikan dan Keburukan Kaedah Pandang dan Sebut

Kebaikan - Perkataan yang bermakna. - Mereka memahami

diperkenal apa yang

Keburukan - murid-murid terdorong membaca bacaan dengan kurang mengeja

untuk satu

demi satu perkataan menyebabkan lancKemahiran mengenal lambing yang membentuk perkataan agak lambat. - Murid-murid berdasarlan membaca perkataan bukan tetapi

dibaca dan ini dapat mengelak mereka daripa bosan

berdasarkan gambar..

TAJUK 5

BENGKEL AKTIVITI PRATULISAN

Konsep Menulis

14

WAJ 3104 LITERASI BAHASA

Menurut Kamarudin Hj Husin menulis merupakan proses penghasilan symbolsimbol grafik yang disusun berdasarkan pertuturan yang membentuk perkataanperkataan dan seterusnya menjadi ayat. Yahya Othman, menulis adalah penyaluran ilmu, idea ataupun maklumat secara bersistem. Ia mengambil kira aspek tujuan menulis, penggunaan bahasa, audiens dan gaya penulisan supaya dapat menggambarkan keadaan alam atau kehidupan secara lebih menyeluruh.

Peringkat Pratulisan Peringkat Pratulisan ialah tempoh murid-murid disedakan dengan aktiviti-aktiviti menulis sebelum mereka dapat menulis huruf dengan kemas dan betul. Dalam tempoh masa itu latihan otot-otot, tangan dan jari serta koordinasi tangan dan mata harus diberi kepada murid-murid. Latihan-latihan pratulisan menitik beratkan perkara-perkara berikut :-

a. b. c. d.

Melakukan latihan-latihan pergerakan tangan Menguasai pergerakan tangan bebas supaya boleh menulis dengan selesa dan sempurna Melakukan latihan-latihan pergerakan mata Melakukan latihan-latihan koordinasi tangan dan mata.

Aktiviti-Aktiviti Pratulisan a. Latihan mengikut garisan-garisan rajah atau gambar dari kiri ke kanan

15

WAJ 3104 LITERASI BAHASA

b. c. d. e. f. g. h.

Latihan mewarnakan dari kiri ke kanan atau kanan ke kiri Latihan membentuk bulatan di udara, di meja, di lantai, di atas pasir, di rumput tanpa menggunakan alat tulis Latihan gerak jari dengan mempermain-mainkan jari, menekankan jari, menggoyangkan tangan, meramas-ramas jari. Latihan membentuk garis lurus Latihan membentuk corak-corak campuran bulatan dan garis lurus Latihan melukis gambar-gambar yang mengandungi garisan-garisan lurus dan bulatan Latihan menyambung titik-titik bagi membentuk huruf-huruf

Contoh Aktiviti

a. Latihan mengikut garis-garis dari kiri ke kanan dan sebaliknya

b. Latihan membentuk corak-corak campuran bulatan dan garis lurus

16

WAJ 3104 LITERASI BAHASA

c. Latihan membentuk garis lurus

d. Latihan membentuk bulatan di udara, di meja, di lantai, di atas pasir tanpa menggunakan alat tulis. (bulatan besar bulatan kecil)

TAJUK 6

BENGKEL AKTIVITI MENULIS MEKANIS

17

WAJ 3104 LITERASI BAHASA

Aktiviti menulis secara mekanis hendaklah dikuasai pada peringkat awal supaya kanak-kanak dapat menghasilkan tulisan yang kemas dan mudah dibaca. Pada peringkat awal murid-murid dicadangkan membentuk huruf di kertas kosong yang tidak mempunyai sebarang garisan. Setelah didapati memusakan, barulah dilatih untuk membentuk huruf pada halaman yang bergaris dan pada masa ini kawalan tulisan perlu dilakukan. Ia harus bermula daripada satu garisan yang lebar ingga ke lembaran satu garis.

Antara aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan di peringkat ini ialah :-

a. b. c. d.

Latihan membentuk bulatan dan garis lurus dalam keadaan yang terkawal Latihan menulis hrf di atas kertas bergaris dua Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris satu Latihan membentuk lambang tulisan dengan cara yang betul untuk mendapat keseragaman cara menulis bagi menghasilkan tulisan yang seragam dan mudah dibaca

e. f. g. h.

Latihan memadan nama huruf dengan bunyi huruf Latihan menulis huruf mengikut urutan Latihan mengisi tempat kosong dengan huruf yang tertinggal Latihan menulis suku kata, perkataan dan ayat tunggal

Contoh Aktivti : a. Latihan membentuk bulatan dan garis lurus dalam keadaan terkawal

18

WAJ 3104 LITERASI BAHASA

b.

Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris satu

c.

Latihan membentuk lambang tulisan dengan cara yang betul untuk mendapat keseragaman cara menulis bagi menghasilkan tulisan yang seragam dan mudah dibaca

TAJUK 7

AKTIVITI PENYERAPAN PEMULIHAN MEMBACA DAN MENULIS DALAM MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MUZIK

Definisi dan Konsep Pendidikan Pemulihan

19

WAJ 3104 LITERASI BAHASA

1. Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 2 10: 2003 Aktiviti pemulihan disediakan untuk membantu murid menguasai hasil pembelajaran yang belum dicapai. Aktiviti ini dilaksanakan mengikut kadar kemampuan murid. 2. KAMUS DEWAN EDISI 4:111: 1967 Pulih bermaksud kembali seperti biasa, sembuh atau baik semula. [ keadaan semula] Merujuk kepada kanakkanak yang menghadapi masalah dalam pembelajaran. Pembelajaran pemulihan biasanya dikaitkan dengan usaha untuk memperbaiki sesuatu kekurangan atau memperbetulkan sesuatu. 3. BLAIR: 1956 Program khas berbentuk tambahan bagi memenuhi keperluan kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran agar ketidakupayaan yang menghalangnya dapat diatasi. Ia tertumpu kepada penguasaan kemahiran. 4. O. C SIMPSON 1975 Merupakan tindakan khas tindakan khusus yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesulitan dari segi pembelajaran dalam kelas khas di sekolah biasa, di pusat-pusat khusus yang dihadiri oleh murid secara sambilan, dalam kumpulan biasa dan dalam darjah untuk pengajaran 5. SYARIFAH ALAWIAH ALSAGOF1983 .satu tindakan yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami keperluan pendidikan murid yang mengalami kesusahan dari segi pembelajaran dalam darjah khas di sekolah biasa, di pusat khusus yang diasingkan daripada sekolah biasa dan dalam darjah untuk pengajaran 6. ISHAK HARUN & KOH BOH BOON 1983 .sebagai perkhidmatan khas untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang menghadapi masalah dan kesulitan pembelajaran yang melibatkan murid-murid lambat (lembap) dalam mencapai pembelajaran berbanding dengan murid-murid lain. Bertujuan untuk memperbaiki kelemahan pembelajaran 7. 1982, KPM Kementerian Pelajaran Malaysia (1982) menggunakan

istilah program pemulihan. Takrif Kementerian Pelajaran Malaysia terhadap program pemulihan pada masa itu ialah "suatu rancangan pembelajaran yang disediakan untuk membantu murid-murid yang menghadapi masalah atau kesukaran pembelajaran dalam menguasai sesuatu kemahiran. Dalam usaha untuk membantu murid-murid ini, kaedah, bahan dan aktiviti alternatif yang bersesuaian dengan masalah yang dihadapi adalah digunakan."

20

WAJ 3104 LITERASI BAHASA

8. 1984, KPM

Takrif ini diubah suai kemudiannya. Kementerian Pelajaran

Malaysia (1984) menegaskan "Dalam konteks KBSR, program pemulihan merupakan langkah-langkah khusus yang dijalankan untuk membantu murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam kemahiran asas membaca, menulis dan mengira. Mereka ini hendaklah dipulihkan sebaik sahaja masalah tersebut dapat dikesan dan ditentukan. Dalam konteks KBSR, murid yang lemah ini terdapat di semua peringkat persekolahan dan di mana-mana sahaja. Masalah pembelajaran yang mereka hadapi ini berbeza-beza. Oleh itu langkah-langkah pemulihan perlu juga berbeza-beza bergantung pada masalah yang timbul. Guru digalakkan untuk mengekalkan murid-murid yang memerlukan pemulihan ini belajar bersama-sama rakan sekelasnya." 9. 1986, Syarifah Syarifah Alwiah (1986) mentakrifkan pendidikan pemulihan sebagai "... tindakan khusus yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesusahan dari segi pembelajaran dalam darjah khas di sekolah biasa; di pusat khusus yang dihadiri oleh murid secara sambilan; dalam kumpulan yang diasingkan dari sekolah biasa; dan dalam darjah untuk pengajaran khusus oleh guru pemulihan ...." Takrif ini berasal daripada takrif yang dibuat oleh National Association for Remedial Education, Great Britain . Asas takrif ini ialah frasa yang berhuruf condong. 10. 1999, KPM Program Pemulihan Khas ialah satu usaha mengatasi masalah murid yang menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira. Kesemua definisi tersebut mengutamakan sasarannya, iaitu murid yang menghadapi masalah pembelajaran. Sinonim bagi frasa murid yang menghadapi masalah pembelajaran ini ialah: murid kurang bernasib baik, murid pencapaian rendah, murid lambat atau murid lembam. Murid lembam ialah murid yang gagal menghadapi kerja normal sekolah untuk kumpulan sebaya tetapi kegagalan mereka tidak dapat dianggap sebagai disebabkan oleh kecacatan.

21

WAJ 3104 LITERASI BAHASA

Kesemua definisi itu juga menyatakan pendekatan pendidikan pemulihan yang disebut sebagai langkah atau tindakan khusus. Perkara ini merupakan sebahagian daripada ciri khas pendidikan pemulihan berbanding dengan pendidikan biasa. Idealnya, proses pendidikan pemulihan dilaksanakan oleh guru khas pemulihan (GKP). KBSR nampaknya tidak menegaskan perkara ini. Dari segi tempat melaksanakan pengajaran pemulihan, kenyataan yang terkandung dalam takrif pertama adalah lengkap. Bagaimanapun, KBSR menggalakkan muridmurid yang memerlukan pemulihan itu belajar bersama-sama rakan sekelasnya. Perbezaan Antara Pendidikan Khas dengan Pengajaran Pemulihan . Pendidikan pemulihan berbeza dengan pendidikan khas. Misalnya, dari segi sasaran pendidikan pemulihan ditujukan kepada kanak-kanak biasa, sedangkan pendidikan khas ditujukan kepada kanak-kanak cacat seperti terencat akal, cacat anggota, buta dan sebagainya. Pengajaran pemulihan pula cuma sebahagian daripada proses pendidikan pemulihan. Kedua-dua istilah ini kerap digunakan secara bertukar ganti hingga mengaburkan maksudnya. Perlu juga ditegaskan bahawa program pemulihan merupakan sebahagian sahaja daripada proses ketika melaksanakan pendidikan pemulihan. Selain itu, imbuhan. pada masa dahulu pendidikan pendidikan pemulihan adalah sebahagian daripada program

RUMUSAN:

Pendidikan pemulihan adalah satu aktiviti pengajaran dan

pembelajaran alternatif untuk membantu murid-murid yang menghadapi masalah di dalam kelas. Program pemulihan ini disarankan supaya jurang perbezaan pencapaian antara murid dapat dikecilkan dan mereka dapat belajar bersama dalam suasana pembelajaran yang lebih baik di dalam kelas biasa.
22

WAJ 3104 LITERASI BAHASA

Definisi dan Konsep Penyerapan Pemulihan 1. Penyerapan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu merupakan satu proses penyebatian dan penyatupaduan pengetahuan daripada mata pelajaran lain sebagai isi pelajaran 2. Penyerapan pemulihan membaca dan menulis dalam pengajaran merupakan tindakan yang dilakukan untuk memantapkan lagi kemahiran membaca dan menulis. Murid-murid yang lemah dan gagal menguasai kemahiran tersebut dengan baik dan berkesan amat memerlukan pengajaran pemulihan. 3. Pengajaran pemulihan membaca dan menulis boleh merintis dalam pelbagai mata pelajaran.Guru boleh mengaplikasikan pengajaran tersebut dalam mata pelajaran Pendidikan Muzik, Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Pelaksanaan Aktiviti Penyerapan Pemulihan Membaca dan Menulis dalam Mata Pelajaran Pendidikan Muzik. Cadangan Aktiviti: Latihan mengeja satu dan dua suku kata dalam lirik lagu. - Mengeja dan menyebut secara berlagu dan menyanyi. Membuat aksi mengikut bentuk huruf. - Meniru dan membuat aksi bentuk huruf. Menjalankan aktiviti kesediaan murid - Mengenal dan mengecam bunyi alat-alat muzik. Menyanyikan lagu-lagu yang diperkenalkan. - Lagu-lagu yang mengandungi satu dan dua suku kata. Contoh ayat mudah yang dilagukan.

23

WAJ 3104 LITERASI BAHASA

Menjalankan aktiviti pengukuhan terhadap perkataan-perkataan yang terdapat dalam lirik lagu. - Melengkapkan perkataan dengan suku kata atau huruf yang tepat.

TAJUK 8

AKTIVITI PENYERAPAN PEMULIHAN MEMBACA DAN MENULIS DALAM MATA PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Pemulihan bacaan dan tulisan boleh diserap ke dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Guru-guru
24

bahasa

Melayu

mengaplikasikan

WAJ 3104 LITERASI BAHASA

kepelbagaian teknik seni visual untuk meningkatkan penguasaan membaca dan menulis. Antara teknik yang boleh diguna pakai ialah melukis gambar, menghasilkan kraf, kolaj dan ukiran. Cadangan Aktiviti: Melukis dan mewarnakan gambar huruf dan perkataan. Mengeja dan menyebut huruf dan perkataan Menghasilkan kraf. Membentuk huruf menggunakan plastisin atau tanah liat. Membentuk huruf, mengguntingkannya dan manampalnya di dalam buku. Menghasilkan kolaj. Membentuk huruf dan menampalnya dengan cebisan kertas pelbagai warna.

Membuat dan menghasilkan ukiran.

AKTIVITI PENYERAPAN PEMULIHAN MEMBACA DAN TAJUK 9 MENULIS DALAM MATA PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

25

WAJ 3104 LITERASI BAHASA

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan melibatkan pergerakan lokomotor. Oleh itu, guru-guru bahasa Melayu boleh melaksanakan pengajaran pemulihan membaca dan menulis dengan baik. Aktiviti pendidikan jasmani dan kesihatan boleh dilaksanakan di dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah sekiranya aktiviti tersebut memerlukan ruang yang lebih luas dan selesa. Guru-guru digalakkan menggunakan bahan bantu mengajar yang sesuai seperti kad huruf, kad perkataan, permainan bahasa dan melengkapkan perkataan (puzzle).
Cadangan Aktiviti:

Aktiviti bermain dengan huruf dan perkataan secara lokomotor. Membuat aksi membentuk huruf.

Aktiviti bermain dengan huruf dan perkataan secara bukan lokomotor. Menyusun huruf secara teratur

Permainan mengeja. Memilih atau memadan huruf dan membina perkataan satu serta dua suku kata.

Permainan membentuk ayat. Melengkapkan puzzle.

TAJUK 10

MEMBINA DAN MENGGUNAKAN BAHAN/AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BUKAN ELEKTRONIK

Penyediaan Bahan

26

WAJ 3104 LITERASI BAHASA

Bahan-bahan dan alat-alat amat penting untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Ia harus sesuai dengan perbezaan-perbezaan yang ada pada individu dan mengambil kira faktor-faktor kebolehan, perbezaan jantina, umur, latar belakang. Tidak lupa juga pemilihan atau penyediaan bahanbahan pengajaran dan pembelajaran itu haruslah bertepatan dengan objektif .

Untuk membolehkan guru memilih dan menyediakan bahan-bahan yang sesuai, guru hendaklah mengelakkan diri daripada terlalu bergantung kepada bahan-bahan teks yang dikhaskan sahaja. Sebaliknya guru harus lebih peka dan boleh menggunakan kebijaksanaan dan daya kreativitinya semasa memilih bahan tersebut. Sebaik-baiknya bahan itu biarlah mampu menyelesaikan masalah. Dalam konteks ini pemilihan bahan bukan elektronik diberi tumpuan.

Untuk memilih bahan mengajar yang baik dan berkesan, guru haruslah mematuhi kriteria-kriteria berikut :-

1.

Bahan haruslah bersesuaian dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Isi kandungannya haruslah tepat dan berkait rapat dengan topik yang hendak diajar.

27

WAJ 3104 LITERASI BAHASA

2. 3.

Bahan harus mengandungi idea-idea dan rekabentuk yang asli dan tersendiri Bahan yang dipilih boleh membantu guru dalam aktiviti pengajaran dan boleh diguna oleh murid-murid dalam aktiviti pembelajaran mereka.

4.

Rekabentuk bahan hendaklah menarik dan berkesan. Untuk menarik perhatian dan menimbulkan minat murid-murid, bahan ini harus disediakan dengan menggunakan gambar yang berwarna.

5. 6.

Bahan haruslah disediakan dengan perbelanjaan yang rendah dan dalam masa yang berpatutan. Bahan pengajaran dan pembelajaran haruslah mengandungi nilai-nilai murni yang tinggi.

Permainan Bahasa Permainan bahasa secara semulajadi adalah pilihan yang paling praktikal. Ia telah menjadi sebahagian daripada sumber pendidikan yang penting. Selain menggalakkan penglibatan pelajar, memupuk semangat dan empati, ia juga meningkatkan minat dan sikap positif pelajar terhadap pembelajaran Antara matlamat permainan bahasa adalah untuk mewujudkan satu situasi pembelajaran yang releks, berbeza dengan suasana pembelajaran formal. Selain itu, ia juga bermatlaman untuk menambah ataupun mempelbagaikan teknik pengajaran dan pembelajaran bahasa supaya ia lebih menarik dan berkesan.

Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Risalah Panduan Guru Bahasa Malaysia-KBSM(1992) telah menyenaraikan beberapa objektif permainan bahasa antaranya,

28

WAJ 3104 LITERASI BAHASA

1. 2. 3.

untuk

mengukuhkan

lagi

kecekapan

berbahasa

dalam

kemahiran mendengar,bertutur,membaca dan menulis untuk membolehkan pelajar menguasai kemahiran bahasa tertentu mengikut keupayaan mereka untuk menjalankan aktiviti aktiviti-aktiviti pembelajaran yang lebih mencabar kebolehan mereka dan memberi peluang pembelajaran yang sama di dalam dan di luar kelas

Cadangan aktiviti permainan bahasa

Permainan Lisan : Mendengar dan bertutur

1. 2. 3. 4. 5.

Permainan mencari suara Permainan meneka siapa dia ? Permainan teka benda Permainan beg ajaib Permainan nyanyian

Permainan Bacaan dan Tulisan 1. 2. 3. 4. Permainan bingo perkataan Permainan perkataan berlawan Permainan kad suku kata Permainan kejar bintang

29

WAJ 3104 LITERASI BAHASA

5.

Permainan mencantum titik

Pemintal Lidah Satu lagi bentuk latih tubi bagi pengajaran lisan ialah apa yang dinamakan sebagai pemintal lidah. Bagi latih tubi ini guru haruslah menyediakan ayat-ayat yang mengandungi bunyi-bunyi yang menjadi masalah kepada murid-murid dan meminta murid-murid menyebutnya berulang-ulang sehingga mereka benarbenar menguasainya. Ayat-ayat yang dibentuk mestilah ayat-ayat yang bermakna agar meninggalkan kesan kepada murid. Contoh-contoh ayat untuk latih tubi pemintal lidah :

Pandang pandang depan padang Misbun tenung tukang tenun Letak tulang atas dulang Lusa beli rusa Pawang letak bawang atas parang Dari darah dari nanah yang punah di tanah

Pasangan Minimal Pasangan minimal adalah pasangan perkataan yang mempunyai perbezaan bunyi yang paling minimum atau paling kecil tetapi perkataanperkataan itu mempunyai makna yang berlainan.

30

WAJ 3104 LITERASI BAHASA

Murid-murid yang kurang daya diskriminasi pendengarannya mungkin tidak dapat mengesan perbezaan bunyi itu dan seterusnya tidak dapat menyebutnya dengan sebutan yang betul. Jadi, latih tubi pasangan minimal ini adalah untuk memahirkan murid-murid menyebut dengan tepat bunyi-bunyi yang hampir-hampir sama itu.

Contoh : ladang dari garam gali burung balam malam lari karam kali murung lalang dayang daki bagi tegak balas raba laki baki tekak malas rama lalang

TAJUK 11

BENGKEL PENGAJARAN MENGGUNAKAN BONEKA

Pendahuluan Boneka ialah alat atau objek atau bahan yang digerakkan serentak dengan skrip yang dibaca atau skrip bebas yang disesuaikan dengan bahan yang diceritakan. Guru boleh menggunakan pelbagai boneka yang

31

WAJ 3104 LITERASI BAHASA

melambangkan watak-watak yang tertentu. Aktiviti ini menggunakan gerak geri, pepatung dan gambar. Bunyi-bunyian juga boleh digunakan. Nillie Mccaslin (1984) menyatakan bahawa boneka dapat digunakan sebagai Alat Bantu Mengajar dan sebagai alat diagnostik. Menggunakan boneka dapat menarik perhatian pelajar dan mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih menarik di dalam kelas. Mengikut Kamus Pelajar Bahasa Malaysia, Dewan Bahasa Dan Pustaka (1987), boneka ialah :i Barang permainan yang dibuat menyerupai orang. ii Orang yang dianggap sebagai alat atau barang permainan.

Biasanya semasa boneka dimainkan, pemainnya menggunakan dialog dan bunyi yang sesuai dengan boneka tersebut. Sebagai seorang guru, penggunaan boneka ini boleh digunakan pada peringkat pengenalan pelajaran, perkembangan pelajaran dan pengukuhan pelajaran. Guru boleh memainkan boneka tersebut ataupun meminta bantuan murid yang berbakat untuk memainkan boneka tersebut.

Sejarah Ringkas Kewujudan patung atau objek maujud yang menyerupai manusia atau haiwan sememangnya telah dikenalpasti sejak ketamadunan manusia yang lampau lagi. Bukti sejarah menunjukkan masyarakat di Tamadun Mesir adalah masyarakat yang awal menggunakan patung dan memberikan pelbagai fungsi di dalam kehidupan mereka. Ini adalah berdasarkan catatan lukisan sejarah di dinding Piramid yang dijumpai di Mesir yang mencatatkan bahawa kegunaan

32

WAJ 3104 LITERASI BAHASA

patung di dalam masyarakat Mesir lampau merangkumi aspek keagamaan dan perdagangan. Keranda pemerintah-pemerintah Mesir juga dibuat menyerupai patung pemerintah itu sendiri. Sejarah juga mencatatkan penggunaan patung sebagai tuhan yang disembah oleh masyarakat Arab Jahiliah di Semenanjung Tanah Arab sebelum kedatangan dakwah Islam oleh Rasulullah S.A.W. Di dalam ketamadunan China dan India juga turut mencatatkan objek patung sebagai objek yang memberi pelbagai makna dalam kehidupan termasuklah disembah sebagai tuhan. Walaupun begitu, penggunaan patung atau boneka dalam pendidikan dikatakan bermula semenjak sebelum Perang Dunia Pertama oleh guru-guru di Eropah terutamanya guru-guru di Britain. Penggunaan boneka ini pada awalnya bermula dengan penerapan kisah dongeng kanak-kanak yang popular iaitu Pinocchio kepada murid-murid di sekolah. Guru-guru di Britain pada ketika itu juga kadangkala mengupah pemain boneka jalanan untuk memainkan boneka di dalam kelas ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan Pinocchio ini adalah untuk menerapkan nilai murni bercakap benar dan bersikap jujur dalam kehidupan seharian. Guru-guru yang menggunakan boneka ini sependapat mengatakan bahawa penggunaan boneka dapat meningkatkan suasana ceria dan menarik di dalam kelas. Selain daripada penggunaan boneka di dalam kelas, terdapat juda rancangan hiburan kanak-kanak yang menggunakan boneka sebagai medium untuk pendidikan. Rancangan Sesame Street yang cukup popular di Eropah dan juga pernah ditayangkan di media Malaysia merupakan rancangan interaktif pendidikan yang turut menggunakan elemen boneka di dalam pendidikan kepada kanak-kanak. Rancangan ini turut diiktiraf oleh Guinnes Book Of World Record sebagai rancangan televisyen pendidikan yang paling lama ditayangkan di hampir 50 buah negara dan paling popular suatu ketika dahulu. Di Malaysia, pengajaran menggunakan boneka juga telah lama diterapkan. Sekitar tahun 1990an, kewujudan rancangan Televisyen Pendidikan atau lebih dikenali sebagai TV Pendidikan turut menyelitkan slot penggunaan boneka di dalam

33

WAJ 3104 LITERASI BAHASA

pengajaran dan pembelajaran. TV Pendidikan ini boleh ditonton oleh pelajar di sekolah dan penggunaan boneka ini sememangnya memberikan kesan yang positif terhadap pelajar.

Tujuan Penggunaan Boneka Sesuai dengan keistimewaan yang terdapat pada boneka, maka tujuan penggunaan boneka dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu adalah untuk membolehkan murid : 1. 2. Mempelajari bahasa dalam suasana yang menarik dan berkesan. Mengguna menggembirakan. 3. Mempercepat dan mempermudah pemahaman murid terhadap dan memperkukuh kemahiran mendengar, bertutur,

membaca dan menulis melalui pengalaman sebenar serta aktiviti yang

sesuatu cerita, peristiwa atau isi pelajaran yang disampaikan. 4. 5. Memupuk daya kreativiti untuk menghasilkan ciptaan dan karya seni. Melibatkan pembelajaran. 6. 7. 8. Membina keyakinan diri untuk berkomunikasi dengan lebih berkesan. Memupuk semangat bekerjasama dan berkongsi pengalaman. Teransang dan berminat untuk belajar secara tekal dan kekal. diri secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan

Kelebihan penggunaan boneka di dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

34

WAJ 3104 LITERASI BAHASA

1. Konsep yang betul dibina kerana murid boleh melihat benda yang sebenar dan menyerupai benda yang sebenar. Ini dapat dilihat apabila kebanyakan boneka adalah dibuat berdasarkan kepada bentuk manusia dan juga haiwan. 2. Pembelajaran akan berlaku dengan lebih sempurna kerana murid dapat belajar daripada penggunaan bahan-bahan yang sebenar. Ini juga mendedahkan murid kepada asas kehidupan manusia, haiwan dan perkara yang sukar dibayangkan oleh murid seperti bentuk-bentuk haiwan dan bunyi haiwan tersebut. 3. Murid dapat memahami tentang sifat, binaan serta pergerakan sesuatu benda itu dengan lebih baik. Murid pastinya akan tertarik dengan pergerakan boneka yang pelbagai dan dapat mengenal pasti variasi pergerakan seperti berjalan dan melompat. 4. Memberi pengalaman tentang keadaan sebenar sesuatu bahan atau benda itu. Contohnya warna-warna haiwan dan anggota badan. 5. Menggalakkan murid membuat kajian lanjut mengenai sesuatu kejadian atau hasilan. Dalam kisah Pinocchio, murid-murid diajak untuk menkaji kenapakah hidung Pinocchio menjadi panjang dan murid seterusya akan memahami bahawa keadaan tersebut berlaku kerana Pinocchio tidak bercakap benar. 6. Memberi lebih banyak peluang kepada murid berinteraksi diantara satu sama lain. Murid pastinya akan bercerita sesama rakan atau kepada keluarga mengenai kisah boneka yang dilihat dan didengar mereka.

Jenis-Jenis Boneka Untuk Pendidikan Boneka Sarung Tangan

35

WAJ 3104 LITERASI BAHASA

Sarung tangan boleh digubah menjadi badan dan anggota boneka. Semasa menggunakan boneka jenis ini jari dimasukkan ke dalam sarung tangan itu dan digerakkan untuk menghidupkan anggota boneka.

Boneka daripada Alat Sebenar Alat sebenar yang dapat dijadikan boneka adalah seperti teko, cawan, sudu, garpu, senduk dan sebagainya. Alat-alat yang hendak digunakan sebagai boneka bolehlah dihiasi dengan warna dan lakaran mengikut watak yang sesuai.

Boneka Lidi

36

WAJ 3104 LITERASI BAHASA

Boneka ini diperbuat daripada bahan yang keras atau tebal. Kemudian lidi panjang diletakkan pada badan boneka termasuk pada anggota-anggota tertentu yang bakal digerakkan semasa menggunakannya, boneka dijulang pada lidi utama dan lidi-lidi yang lainnya digoyangkan untuk menggerakkan anggota badan boneka tersebut.

Wayang Kulit Rupa bentuk boneka dilukis di atas kertas tebal, diwarnakan dan bentuknya dipotong keluar. Lidi-lidi halus diletakkan pada tempat-tempat tertentu pada badan boneka itu. Semasa memainkan boneka ini, ia ditempatkan di bahagian belakang satu skrin putih. Lampu dinyalakan dan bayang-bayang boneka tersebut akan kelihatan di atas skrin. Lidi digoyang-goyangkan untuk menggerakkan anggota boneka. Satu lagi cara persembahan wayang kulit ialah dengan menggunakan OHP sebagai sumber cahaya dan imej boneka akan terpapar di atas skrin.

Boneka Bertali

37

WAJ 3104 LITERASI BAHASA

Boneka bertali atau marionette diperbuat daripada bahan-bahan keras seperti, Plaster-of-Paris atau kayu. Tali-tali halus disambungkan kepada bahagian-bahagian boneka yang boleh bergerak. Semasa digunakan, tali-tali itu ditarik-tarik untuk membuat anggota-anggota boneka tersebut bergerak.

Boneka Jari Boneka ini dimainkan dengan menggunakan jari. Biasanya boneka seperti ini kecil dan bahagian yang dapat digerakkan ialah tangan dan kepala boneka sahaja.

Boneka Tongkat

38

WAJ 3104 LITERASI BAHASA

Boneka ini berbentuk lengkap tetapi mempunyai tongkat seperti kayu, rotan, buluh dan sebagainya di bahagian bawah boneka tersebut. Boneka ini menggunakan konsep wayang kulit, tetapi berbentuk tiga demensi.

Jenis Pentas Untuk membuat persembahan boneka, pelbagai jenis pentas telah digunakan. Jenis-jenis pentas adalah seperti yang berikut.

Pentas Tirai Pentas ini dapat dibuat dengan menggunakan tiang atau tali.

Pentas Meja

39

WAJ 3104 LITERASI BAHASA

Untuk membuat pentas ini, meja boleh disusun mengikut saiz pentas yang dikehendaki. Kain, tirai atau kertas berwarna gelap boleh ditutup pada bahagian hadapan meja.

Pentas Papan Tulis Papan tulis diletakkan di bahagian depan dan bahagian belakangnya disokong dengan sebuah mereka.

Pentas Berlipat Pentas ini boleh dibuat daripada kotak tebal yang disambung dan dilipat, atau disusun daripada papan flannel.

Pembuatan Boneka

40

WAJ 3104 LITERASI BAHASA

Boneka Sarung Tangan

41

WAJ 3104 LITERASI BAHASA

Boneka Bertali

42

WAJ 3104 LITERASI BAHASA

Boneka Berbatang

43

WAJ 3104 LITERASI BAHASA

Boneka Wayang

44

WAJ 3104 LITERASI BAHASA

Pemilihan Dan Persediaan Dalam Pengajaran & Pembelajaran Sebelum, Semasa Dan Selepas Pengajaran Menggunakan Teknik Boneka

Kriteria yang perlu difikirkan oleh seorang guru

Adakah pengajaran menggunakan boneka ini dapat membantu rancangan pengajaran oleh seorang guru? Apakah pengajaran lisan yang dilakukan dapat menarik minat murid. Bagaimana Alat Bantu Mengajar ini dapat disesuaikan dengan pengajaran seorang guru? Berkesankah pengajaran menggunakan boneka ini? Adakah penggunaan boneka betul-betul dapat melengkapkan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

Persediaan seorang guru dalam mejayakan teknik boneka Membiasakan dan mengingatkan langkah-langkah dalam pengajaran. Persediaan dan pengumpulan bahan dan alat bantu yang diperlukan. Guru juga boleh melakukan kolaborasi dengan guru pendidikan seni untuk penyediaan boneka. Pengetahuan umum untuk menyediakan diri dengan tugasan yang ingin dilaksanakan sekurang-kurangnya seminggu sebelum persembahan diadakan. Berlatih menggunakan boneka menggunakan kedua-dua belah tangan. Latihan penggunaan boneka mengikut jenis dan wataknya. Dapatkan cara menggerakkan boneka untuk mengelakkan persembahan daripada menjadi kaku. Kedudukan pelajar semasa persembahan hendaklah berdekatan guru.

45

WAJ 3104 LITERASI BAHASA

Peranan dan menjayakan murid dengan teknik boneka

Murid hendaklah dipastikan bersedia dari segi jasmani, emosi dan pengetahuan asas mengenai boneka. Kedudukan murid semasa persembahan boneka hendaklah merapati guru dan guru hendaklah berada dalam posisi yang lebih tinggi dan mudah dilihat serta didengari dengan jelas oleh murid. Selain daripada itu, guru juga boleh mengambil inisiatif berikut untuk menjayakan teknik boneka :-

Membawa murid untuk menyaksikan persembahan boneka. Mengadakan lawatan ke tempat-tempat yang mempamerkan boneka. Membuat pameran boneka di dalam kelas menggunakan boneka yangd ibuat oleh guru atau dipinjam dari individu tertentu. Menggalakkan murid-murid membawa boneka daripada rumah. Mencadangkan murid-murid untuk menonton rancangan televisyen yang berunsurkan boneka di rumah seperti Sesame Street dan rancangan kanak-kanak yang menggunakan boneka.

Mengundang pakar-pakar mengenai boneka untuk memberikan ceramah atau penerangan mengenai boneka. Sekiranya terdapat kumpulan boneka tempatan, undang mereka untuk melakukan persembahan di sekolah.

46

WAJ 3104 LITERASI BAHASA

Teknik Penghasilan Boneka Bahan : Kain kapas pelbagai warna dan kertas. Alatan : Gam, gunting, pen/pensil Langkah-langkah membuat boneka :1) Bahan-bahan seperti yang diperlukan akan disediakan terlebih dahulu

2) Lakaran awal bentuk dan rekabentuk boneka dibuat di atas kertas.

47

WAJ 3104 LITERASI BAHASA

3)

Kertas lakaran bentuk-bentuk itu kemudiannya dipotong seperti yang telah ditetapkan.

4) Kertas yang dipotong itu kemudiannya diletakkan di atas lapisan kain kapas berwarna. Kain kapas berwarna itu kemudiannya dipotong mengikut bentuk kertas. Gam kemudiannya digunakan untuk melekatkan anggota badan boneka.

48

WAJ 3104 LITERASI BAHASA

5) Beginilah hasil boneka yang telah disiapkan.

MEMBUAT RUMAH BONEKA Bahan : Polistren, warna air Alatan : Pisau, gunting dan gam polistren. Langkah-langkah membuat rumah boneka :1) Bahan-bahan yang dikehendaki seperti di atas disediakan terlebih dahulu.

49

WAJ 3104 LITERASI BAHASA

2) Polistren kemudiannya dipotong kepada dua bahagian menggunakan pisau. Bahagian pertama berbentuk segi empat tepat untuk badan rumah boneka. Bahagian kedua berbentuk segitiga pula ialah untuk bumbung rumah boneka.

3) Dua lubang ditebuk pada bahagian badan yang pertama menggunakan pisau. Lubang berbentuk segiempat sama ini adalah bertujuan untuk tingkap rumah di mana boneka akan dimainkan.

50

WAJ 3104 LITERASI BAHASA

4) Kedua-dua bahagian rumah boneka ini akan diwarnakan menggunakan warna air. Bahagian badan berwarna merah dan bahagian bumbung berwarna kuning. Biarkan warna air untuk kering kira-kira sejam.

5) Bahagian badan dan bumbung rumah boneka dilekatkan menggunakan gam polistren. Rumah boneka siap untuk dimainkan.

51

WAJ 3104 LITERASI BAHASA

Langkah-langkah penggunaan boneka dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Kumpulan kami telah merancang satu aktiviti pengajaran dan pembelajarn Bahasa Melayu dengan menggunakan teknik boneka. Dapat dilihat di sini, kami telah menghasilkan dua buah boneka jari. Kami juga telah menyediakan sebuah rumah khas untuk boneka yang diperbuat daripada polisterine. Aktiviti yang telah kami rancang melibatkan pengajaran Bahasa Melayu dari aspek prabacaan dan pratulisan. Langkah-langkah melaksanakan kedua-dua aktiviti ini adalah seperti yang berikut : Aktiviti Prabacaan dengan Menggunakan Boneka. 1. Kami telah menyediakan kad-kad gambar yang pelbagai seperti gambar bola, gajah, dan beberapa gambar yang lain. 2. Kad-kad ini kami tampalkan secara berselerak pada rumah boneka yang telah kami sediakan. 3. Semua pelajar diminta berkumpul dan bersila di suatu kawasan lapang bagi sesi pengajaran ini. Guru pula berdiri di hadapan murid bagi memainkan boneka. 4. Kemudian guru meminta pelajar mengecam setiap gambar yang ada pada rumah boneka tadi. 5. Pelajar diminta mencari gambar yang dimaksudkan oleh guru. Aktiviti ini merupakan salah satu daripada aktiviti prabacaan dimana kanak-kanak diminta mengecam dan membezakan gambar dari segi warna, bentuk, saiz dan sebagainya. 6. Aktiviti seperti ini adalah berguna untuk penajaman penglihatan.

52

WAJ 3104 LITERASI BAHASA

7. Aktiviti susulan yang boleh dilakukan adalah dengan memberikan lembaran kerja kepada pelajar untuk memadankan gambar, mewarnakan gambar dan sebagainya (sebagai contoh sila rujuk helaian contoh aktiviti prabaan).

Aktiviti Pratulisan dengan Menggunakan Boneka 1. dengan menggunakan boneka yang sama guru merancang suatu aktiviti di mana murid dikehendaki mencantumkan titik-titik atau mencari jalan. 2. Aktiviti ini adalah penting bagi melatih koordinasi tangan dan mata murid kerana apabila menulis nanti pelajar memerlukan koordinasi mata dan tangan yang baik bagi menghasilkan tulisan yang kemas, teratur dan tersusun. 3. Sebagai contoh sila lihat di lembaran sebelah.

KAEDAH MEMBENTUK HURUF O

Arahan : Sambungkan titik-titik di bawah sehingga menjadi bentuk yang ditetapkan. Kemudian warnakan bentuk tersebut seperti warna yang ditunjukkan.

53

WAJ 3104 LITERASI BAHASA

54

WAJ 3104 LITERASI BAHASA

TAJUK 12

BENGKEL

PEMBELAJARAN

SECARA

INDIVIDU,BERPASANGAN DAN BERKUMPULAN

Pengajaran Pembelajaran Secara Individu Masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid-murid lambat adalah berbezabeza. Oleh kerana banyak kesulitan timbul pada masa mengendalikan pengajaran, maka layanan secara individu amat perlu. Hanya dengan cara ini keberkesanan pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan. Pengajaran dan pembelajaran secara individu memerlukan guru yang

berkemahiran. Kemahiran yang ada pada guru harus sesuai dengan pelajar yang akan dihadapi. Pengajaran dan pembelajaran secara individu adalah sebarang bentuk penyelenggaran yang membolehkan setiap murid belajar pada setiap masa mengenai Pengajaran perkara-perkara dan yang bernilai ini tidak bagi dirinya sevagai individu. cara pembelajaran mengira bentuk atau

menjalankannya tetapi yang penting ialah pengajaran dan pembelajaran itu mestilah satu penyelanggaran yang membolehkan murid-murid menelaah atau membuat sesuatu yang berguna bagi diri mereka sendiri

Pengajaran Pembelajaran Secara Berpasangan Aktiviti berpasangan merupakan satu bentuk gerak kerja yang efektif dalam melibatkan penyertaan pelajar. Aktiviti secara berpasangan boleh memberikan lebih banyak peluang latihan mendengar dan bertutur. Biasanya, aktiviti secara berpasangan tidak banyak menimbulkan masalah jika dibandingkan aktiviti secara kumpulan. Guru lebih mudah untuk pasangan pelajar dengan bergerak dari satu pasangan ke satu pasangan yang lain

55

WAJ 3104 LITERASI BAHASA

Pengajaran Pembelajaran Secara Berkumpulan Salah satu cara yang sesuai dan berkesan untuk melibatkan murid-murid secara aktif dalam proses pengejaran dan pembelajaran ialah dengan membahagikan mereka kepada beberapa kumpulan kecil. Pengajaran dan pembelajaran secara kumpulan biasanya mendorong murid-murid berkomunikasi antara satu sama lain secara berkesan. Setiap murid yang terlibat akan merasa diri mereka sebagai individu yang setaraf dari segi kedudukan dan ini memudahkan mereka belajar bersama-sama. Peranan guru dikurangkan atau tidak diperlukan sama sekali. Dalam hal ini murid-murid biasanya merasa lebih yakin dan tidak merasa cemas semasa berkomunikasi. Dalam konteks pemulihan bahasa Melayu terutama dalam memupuk dan memperkukuhkan kemahiran lisan, kaedah pengajaran dan pembelajaran secara kumpulan boleh membantu merangsangkan komunikasi lisan dengan baik. Murid-murid berpeluang belajar bersama dan menyelesaikan masalah bersama-sama. Di samping itu, murid-murid dapat mewujudkan suasana sosial yang mesra di bilik darjah. Murid-murid dibahagikan kepada kumpulan kecil berdasarkan kebolehan dan minat mereka. Ini memberi peluang kepada mereka untuk belajar mengikut kemampuan dan keperluan masing-masing.

56

WAJ 3104 LITERASI BAHASA

TAJUK 13

BENGKEL PEMBINAAN BAHAN PEMULIHAN DENGAN MENGGUNAKAN POWER POINT

Penggunaan

teknologi

merupakan

satu

isu

yang

amat

penting

dibincangkan dalam pendidikan literasi masa kini. Teknologi boleh digunakan dalam membantu mempercepatkan dan meningkatkan mutu proses pengajaran dan pembelajaran literasi Bahasa Melayu. Umum percaya bahawa teknologi dapat membantu guru menjalankan tugasnya dengan lebih sempurna dan berkesan. Penggunaan teknologi banyak membantu dalam proses pembelajaran kerana kesan daripada pemerolehan maklumat menerusi deria penglihatan merupakan yang terbesar peratusannya berbanding menerusi cara yang lain.

Rasa (1%) Sentuhan (2%) Bau (3%) Pendengaran (11%)

Penglihatan (83%)

Kesan Memperoleh Maklumat daripada Pelbagai Deria Faedah Penggunaan Teknologi Dalam Pendidikan Literasi Bahasa

57

WAJ 3104 LITERASI BAHASA

1.

Meningkatkan kualiti pembelajaran literasi atau darjah penguasaan kemahiran literasi yang ingin dicapai pada sesuatu sesi pengajaran berdasarkan perkembangan semasa dan teknologi terkini.

2.

Menggunakan masa dengan berkualiti dalam suasana persekolahan yang terhad tempohnya bagi mencapai matlamat dalam sesuatu sesi pengajaran literasi.

3.

Meningkatkan kualiti pengajaran guru dan keberkesanannya dalam situasi pembelajaran yang rencam sifatnya atau jumlah pelajar yang terlalu ramai dalam sesuatu kelas literasi.

4. 5.

Mempelbagaikan

teknik

pengajaran

tanpa

mengorbankan

kualiti

kandungan dan kemahiran yang hendak dicapai. Membantu guru dalam meningkatkan minat pelajar literasi, terutama dalam keadaan persekitaran yang tidak menggalakkan dan membosankan.

Penggunaan Teknologi Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Dalam kelas literasi bahasa, teknologi dapat digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan pelbagai cara. Penggunaan teknologi hanyalah alat perantaraan dalam proses hubungan guru dan pelajar secara tidak langsung untuk mencapai objektif pembelajaran. Penggunaan teknologi sebagai membantu guru dalam proses pengajaran dan bukannya menggantikan guru mengajar. Komputer ialah teknologi elektronik yang mempunyai banyak

keistimewaan sama ada dalam kehidupan harian ataupun dalam bidang pendidikan. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, komputer dapat digunakan dalam pelbagai tujuan dan teknik. Guru yang berbakat dapat menggunakan komputer secara kreatif dan kritis bagi membantunya membantu objektif pembelajaran. Komputer dapat memperkaya teknik pengajaran dan memudahkan proses tersebut di dalam bilik darjah.

58

WAJ 3104 LITERASI BAHASA

Komputer

dapat

digunakan

bagi

membantu

pelajar

dalam

mempercepatkan penguasaan asas dalam kemahiran membaca dan menulis. Antara perisian komputer yang boleh digunakan untuk memantapkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah ialah power point. Contoh aktiviti membina bahan pengajaran dan pembelajaran membaca dan menulis menggunakan power point.

59

WAJ 3104 LITERASI BAHASA

60

WAJ 3104 LITERASI BAHASA

61