Anda di halaman 1dari 4

1.

Pengenalan

Teori Behavioris, Teori Pemusatan Insan, Teori Rasional Emotif dan Teori Pemusatan Perorangan adalah antara teori-toeri kaunsleing yang sering diperbincangkan. Kamus Dewan (1986) telah mendefinisikan teori sebagai pendapat yang dikemukan untuk menerangkan sesuatu ilmu pengetahuan ataupun asas-asas kasar yang menjadi dasar pembentukan sesuatu pengetahuan. Hal ini bermakna teori merupakan suatu penerangan terhadap sesuatu perkara dan akibatnya boleh didasarkan kepada tindakan masa hadapan. Muhd Mansur Abdullah ( dalam Sapora Sipon & Hapshah Yusof 1987) pula mengatakan bahawa hampir keseluruhan teori kaunseling membicarakan tentang manusia mengubah tingkah laku yang juga meliputi teori pembelajaran dan teori keperibadian, maka ia menjadi saling berkaitan antara satu sama lain. Teori dalam kaunseling juga memainkan peranan yang sangat penting kerana kaunseling yang berlandaskan teori yang baik akan dapat menghasilkan rawatan yang berkesan dan diterima ramai. Perkara ini diperkuatkan lagi oleh pandangan Gill dan Johnson (1977) yang menjelaskan sekiranya kelompok ingin menjadi lebih kreatif, ia memerlukan asas teoritikal yang kuat dan perlu diterjemahkan dan dipraktikkan dalam latar belakang sesi kelompok yang sebenar.

2.0

Perbandingan Teori Walaupun terdapat pelbagai teori dalam kaunseling, namun setiap teori

menggunakan pendekatan yang berbeza dan teori-teori ini boleh diaplikasikan oleh guru biasa kepada pelajar-pelajar di sekolah rendah. Perbezaan pertama adalah dari segi konsep teori itu sendiri. Teori Behavioris merupakan suatu teori yang hanya menekankan kepada aspek tingkahlaku manakala teori Rasional Emotif pula mementingkan tiga aspek iaitu kognitif, emosi dan tingkah laku. Hal ini menunjukkan guru yang mengamalkan teori Behavioris akan hanya menilai pelajarnya berdasarkan tingkah laku semata-mata disebabkan mereka beranggapan bahawa pemikiran dan perasaan adalah sukar untuk diukur. Namun, bagi guru yang mengamalkan teori Rasional Emotif, mereka tidak hanya menilai pelajar dari segi tingkah lakunya malah mengambil kira faktor kognitif dan

emosi pelajar kerana kadang kala tingkah laku seseorang manusia tidak selari dengan pemikirannya. Jadi, guru harus bijak menggunakan teori kaunseling yang sesuai untuk diamalkan kepada murid sekolah rendah. Sebagai contoh, seorang murid yang didapati mencuri duit murid lain pastinya akan dinilai jahat berdasarkan tingkah lakunya tetapi bagi guru yang mengamalkan teori Rasional Emotif, beliau akan mengambil kira aspek kognitif dan emosi pelajar itu yang berkemungkinan mencuri kerana kedaifan keluarganya. Selain itu, perbezaan yang jelas dapat dilihat bagi kedua-dua teori ini ialah dari segi wujudnya prinsip hukuman dan ganjaran. Bagi teori Behavioris, setiap perkara positif akan diberi ganjaran manakala perkara negatif akan diberi hukuman. Justeru, bagi guru yang mengamalkan teori ini mereka akan membentuk tingkah laku murid dengan memberikan ganjaran yang sesuai. Tingkah laku yang tidak diingini dalam diri murid pula akan cuba diatasi dengan mengenakan hukuman yang setimpal supaya murid itu sedar akan kesalahannya. Sebagai contoh, guru akan memberikan hadiah kepada murid yang menyiapkan kerja sekolah manakala murid yang tidak menyiapkannya akan dirotan. Jadi, secara tidak langsung tingkah laku yang diingini akan terbentuk dalam diri murid dan terhapusnya tingkah laku yang tidak diingini. Hal ini berbeza dengan teori Rasional Emotif yang tidak mengamalkan prinsip hukuman dan ganjaran. Teori ini pula berpegang kepada kepercayaaan bahawa manusia perlu mengubah cara berfikir supaya dapat membetulkan fikiran yang tidak rasional. Sebagai contoh, murid yang hilang semangat setelah kematian ibu bapanya yang terbabit dalam kemalangan. Jadi, tugas gurulah untuk memotivasikan murid ini agar meneruskan hidup. Oleh yang demikian, guru boleh mengaplikasikan teori Rasional Emotif di mana guru boleh mengubah pemikiran tidak rasional murid (kehilangan tempat pergantungan setelah kematian ibu bapanya) kepada pemikiran rasional iaitu menerima dan redha dengan kematian ibu bapanya serta meneruskan kehidupan seperti biasa. Apabila guru mampu mengubah pemikiran murid menjadi rasional, murid itu akan sedar dan percaya bahawa kematian itu pasti dan dia harus meneruskan kehidupannya walau pun telah kehilangan ibu bapa yang disyanginya. Di samping itu, perbandingan bagi teori Behavioris dan teori Rasional Emotif dapat juga dikenal pasti dari segi strategi dan teknik yang digunakan oleh guru itu

sendiri kepada pelajar-pelajarnya. Kedua-dua teori ini menggunakan cara dan pendekatan yang berbeza. Teori Behavioris lebih menggunakan aktiviti yang difikirkan sesuai dengan tahap kemampuan murid tanpa memaksa murid-murid manakala teori Rasional Emotif memerlukan guru meneroka corak pemikiran seseorang murid itu sendiri. Sebagai contoh, pendekatan ini dapat diaplikasikan dalam masalah murid yang sering didapati tidak mahu masuk ke kelas Bahasa Inggeris. Bagi guru yang mengamalkan teori Behavioris, mereka boleh mengadakan aktiviti permainan seperti Scrabble atau Sahibba bagi menarik perhatian muridmurid seperti ini. Dengan pendekatan ini, murid-murid akan berminat untuk masuk ke kelas kerana tertarik dengan aktiviti baru yang diperkenalkan oleh guru. Berbeza pula dengan cara atau pendekatan yang digunakan oleh guru yang mengamalkan teori Rasional Emotif. Mereka melakukan penerokaan sama ada melalui statistik hasil pencapaian murid ataupun menemubual sendiri murid yang didapati tidak mahu masuk ke kelas Bahasa Inggeris. Hal ini mungkin kerana murid itu berasa rendah diri berbanding kawan-kawan lain yang pandai berkomunikasi menggunakan Bahasa Inggeris. Seterusnya, walaupun pada dasarnya peranan guru sama sahaja iaitu untuk membantu murid-muridnya yang menghadapi masalah namun terdapat beberapa perbezaan apabila menggunakan teori yang berlainan. Bagi guru biasa yang menggunakan Teori Behavioris, beliau haruslah bertindak sebagai seorang guru yang aktif yang mempunyai ilmu pengetahuan dan juga kemahiran-kemahiran yang saintifik. Ilmu ini mampu membantunya untuk menangani masalah-masalah yang timbul dalam kalangan kliennya. Guru juga perlu menjadi role model yang bertindak sebagai contoh dan ikutan kepada kliennya. Role model ini merangkumi dari pelbagai segi ; dalaman dan juga luaran dirinya serta merangkumi perwatakan dan sifat-sifat dirinya. Berbeza pula dalam pendekatan Teori Emotif di mana peranan guru sangat ditekankan dari aspek kognitif. Ia tidak begitu menekankan hubungan guru dengan murid tetapi guru perlu membimbing muridnya supaya mendedahkan tingkah laku emotif dan behavioral di bawah sistem model ABC. Selain itu, guru juga mempunyai peranan untuk membantu murid dalam membuat perbezaan tentang kepercayaan rasional dan tidak rasional dan tugasnya jugalah untuk mengajar semula alternatif baru dan kebaikan idea baru kepada muridnya.

Walaupun secara kasarnya dapat dilihat bahawa teori Behavioris dan teori Rasional Emotif mempunyai banyak perbezaan namun masih terdapat persamaan antara keduanya. Kedua-dua teori ini tidak mengambil kira masa lampau seseorang individu. Jika diteliti, masa lampau seseorang murid juga perlu diberi perhatian oleh seorang guru kerana perkara ini akan mempengaruhi pembentukan sikap atau tingkah laku seseorang murid pada masa sekarang. Contohnya, murid yang pernah dirogol mungkin akan bersikap pasif dan menjauhkan diri daripada rakan-rakan lelaki. Salah satu teori yang memberi perhatian kepada masa lampau seseorang ialah teori Psikoanalitik. Dalam teori ini pengalaman masa lalu digunakan bagi memandu dan membentuk peringkat kefahaman kendiri yang diperlukan untuk membuat perwatakan. Justeru, guru biasa bolehlah menggunakan teori Psikoanalitik ini apabila berhadapan dengan situasi seperti yang dinyatakan tadi. Guru ini perlu lebih peka dan bijak dalam berkomunikasi untuk mendapatkan maklumat mengenai masa silam murid-muridnya. Kesimpulannya, dengan adanya teori-teori kaunseling yang dikemukakan, seseorang guru dapat membuat perbandingan mengenai tabii manusia, teknik-teknik dan strategi yang sesuai dan proses dan matlamat sesuatu kaunseling itu sendiri. Justeru, guru dapat memilih mana-mana teori yang difikirkan sesuai untuk diamalkan dalam sesi pengajaran dan pembelajarannya.

Anda mungkin juga menyukai